Tuesday, May 3, 2011

~permaisuri hati~



                                              Bab 1

                                                                                                                        

Aku  dan Elly menuju ke kelas dengan langkah yang pantas.Kami dah
 terlambat sebenarnya pagi ni.Aku dengan rutin kebiasaan aku yang terlewat bangun..dan elly pula dengan kelewatan basnya yang tak tentu masa itu.Aku segera berjalan kerana kami sememangnya sudah terlewat benar.Pagi ni dahlah kelas Miss Aina..Lecturer aku yang masih belum berkahwin itu,jangan dibuat main..dia memang pantang kalau ada di kalangan student dia yang datang lambat macam kitorang nih.Tapi,si Elly pulak yang terhegeh-hegeh kat belakang.Aku menoleh dan memanggilnya.

      “ Weh,Elly…cepatlah sikit.Kita dah lambat ni tau tak?kau nak kena ganyang ke dengan Miss Aina tu?”Ujarku dengan geram.Orang dah lambat,dia boleh terhegeh-hegeh plak.Ish,minah ni.Bebelku dalam hati.

      Elly tersengih.”Ala..relaxlah..yang kau risau sangat apahal?Bukan dia nak makan kau pun.Hari ni kelas miss Aina takdelah.Dia cancelkan,sebab dia ada hal.”Kata Elly dengan selamba.

     Aku membeliakkan mata aku yang sememangnya kecil ni.Elly di depan ku pandang geram.

     “Hah!Miss cancel kelas?Ei,apsal kau tak cakap dengan aku awal-awal?Kau tau tak punyalah penat aku berlari..alih-alih kau cakap,Miss Aina cancel kelas?Ee…ni yang nak marah ni.”Aku menempelak.Entah apa-apalah minah ni.Suka buat aku kelam kabut.Marahku dalam hati.

     “Aku saja jer..nak bagi kau kelam kabut.Kau kan dah lama tak kelam kabut.”Elly berkata sambil ketawa.Suka hatinya dapat mengenakan aku.

      “Banyaklah kau punya kelam kabut.Aku dah panic tahap babun dah tadi tau.Suka buat aku sesak nafas.Dahlah hari ni lambat bangun…kalau aku tahu,aku sambung tidur je kat rumah tadi.”Aku menarik nafas seraya menyambung.”Habis,sekarang ni nak buat apa?”Soalku.

      Elly tersengih-sengih.”Ala…sorrylah.Aku pun baru tahu pagi tadi..Miss aina mesej.Kau taulah dia tu..suka bagitau student dia bab ni dah last-last minit.So,aku pun bagilah tau kau last minute gak.”Ujar Elly lagi dengan wajah tak bersalahnya walaupun dah mintak maaf.

     “ Dah…dah..aku tak nak tahu tu semua…sekarang ni,yang aku tau..aku dah lapar..jom pegi makan.Disebabkan kau dah buat salah ngan aku..so,kau kena belanja aku makan hari nih..ok?”Giliranku pula mengenakannya.

     Aku ok aje…setakat belanja,apalah sangatkan. Tapi,aku belanja je..bayar..kau sendirilah!”Elly terus berjalan sambil ketawa.

     Aku menggelengkan kepala.Itulah dia Elly.Kawan baikku yang sememangnya periang dan suka berlawak.kalau takde dia,maka tak lengkaplah diari harian aku.Elly merupakan kawan baikku sejak dari sekolah menengah lagi.Perangainya yang gila-gila tu sering membuatkan kelas menjadi haruk pikuk.Ada saja benda yang dilakukan untuk buat orang ketawa.

     Pernah kelas menjadi sunyi sepi apabila Elly tidak hadir ke kelas kerana demam.Pernah juga lecturer Economy mengamuk,tapi…disebabkan lawak spontan yang terkeluar dari mulut si Elly..terus satu kelas ketawa termasuk pensyarah kami tu.

                  “Woit…makcik!Cepatlah sikit..tadi sibuk sangat laparlah…apalah…yang kau
           Tercegat lagi kat situ apsal?”Jerit Elly.

               Aku segera mendapatkannya. “Ish..sabarlah.Tak reti sabarlah kau ni..kalau bab
       Makan…macam larilah kedai tu.”Bebelku.      
         


                           
         




















No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...