Tuesday, May 3, 2011

~permaisuri hati~

                                                     Bab 18




Aku  memulakan fasa baru dalam hidupku apabila bergelar tunangan orang.Bila difikir-fikrkan balik,kelakar pun ada rasanya.Kalau dahulu,aku dan Sahel cuma sahabat baik..sekarang sudah bertukar status menjadi pasangan bertunang pulak dan tak lama lagi akan menjadi pasangan suami isteri.Gila!Bagi aku ini adalah sesuatu yang di luar jangkaan akalku sendiri.

       Mana taknya,aku dan Sahel sudah berjanji untuk kekal sebagai kawan untuk selama-lamanya.Walaupun di antara kami tidak menemui pasangan hidup satu hari nanti,aku tidak akan sesekali memilih dirinya.Begitulah juga dia sebaliknya.Itu janji yang aku dan Sahel pernah buat.Namun,janji tinggal janji kerana Sahel sendiri telah memusnahkan janji kami itu.

      Selepas majlis pertunangan tempoh hari,Sahel ada menghubungiku.Dia meluahkan rasa gembiranya.Sedangkan aku hanya mendengarnya tanpa bersuara apa-apa.Kekecewaan lebih menguasai diri.Aku sendiri tidak pasti kenapa perlunya aku berperasaan begitu.

      Emak dan ayah sememangnya gembira dengan pertunangan ini.Aku dapat lihat reaksi kedua orang tuaku ketika itu.Kenapa aku masih tak dapat menerima lelaki itu?Mungkin hubungan yang terjalin bertahun-tahun lamanya sebagai rakan baik,membuatkan hatiku tidak ‘melekat’ kepada jejaka itu.Agak sukar untuk aku memupuk dan menukar perasaan sayang sebagai sahabat kepada perasaan sayang terhadap bakal suami.Aku mengeluh.

     “Weh..apahal kau ni?Mengeluh je dari tadi aku tengok.”Tegur Elly yang dari tadi asyik memerhatikanku.

     Aku terpinga-pinga seketika.”Ha,apa dia?Kau cakap dengan aku ke?”Soalku kepada Elly dengan muka blurr.

      Elly sudah mengerutkan dahi.”Lah..habis tu,kau ingat aku bercakap dengan dinding ke?”Soal Elly pula.Hairan pula dia.Apa yang difikirkan oleh sahabatnya itu?Dari tadi asyik mengeluh je.Desis hatinya.

     Aku meliarkan mataku memandang sekeliling.Lengang.Sah,tinggal aku dengan Elly aje.Aku ketawa kecil.”Ha’ah lah..aku lupa pulak yang tinggal kita berdua je kat sini.Takde apalah Elly.Aku just penat sikit je.Faham-fahamlah..baru habis kelas dengan students aku.Budak-budak DBA tu,kau tahu jelah..macam-macam fiilnya.Pening kepala aku.”

     Aku memberi alasan yang bagi aku agak munasabah juga.Oleh kerana,aku ada buat penggantian kelas untuk pelajar-pelajarku,sebab itulah aku masih ada lagi di sini walaupun jam sudah menunjukkan ke angka 6.00 petang.Elly pula dalam masa yang sama,ada pelajarnya yang mahu membuat discussion dengannya.

     “Yeke?boleh percaya ke cakap kau ni?Selalu tak macam ni pun.Since,kau bertunang hari tu..sampailah sekarang ni,muka kau tu macam ayam berak kapur je.Apahal ni?Cuba cerita kat aku.”Elly berkata sambil cuba mengorek isi hatiku.

      Bab ni,Elly memang pakar.Tak dapat nak sangkal lagi.Tapi,biarlah aku je yang tahu.Aku tak nak Elly fikir yang bukan-bukan pulak nanti.Nanti tak pasal-pasal kena bebel pulak dengan minah ni.Dia ni kalau membebel,silap-silap boleh ganti mak aku.

      “Takde apa-apalah Elly.Betul..don’t worry ok.”Jawabku sambil tersenyum manis.Senyuman paksa dariku.

      Elly memandangku.”Betul ni?Tak tipu?Mak aku kata..tipu dosa..mati seksa..masuk api neraka tau.”Soalnya lagi dengan pandangan yang sengaja ditajamkan.

    Aku ketawa.Kata-katanya yang terakhir itu membuatkan aku berasa sungguh kelakar.”Betullah..takde apa-apa.Kau ni..itu dialog yang mak aku selalu cakap kat aku adik beradiklah.Dahlah..jom balik.Dah lambat ni.Karang lewat pulak sampai rumah.”Ujarku sambil menukar topik.Elly Cuma mengangkat bahu.

    Ketika sampai di tempat parking kereta,aku yang baru ingin membuka pintu kereta,terhenti seketika apabila handphoneku berbunyi.Aku mengeluarkan handphoneku dari dalam beg kemudian melihat nama yang tertera.Sahel!Aku mengeluh.’Apa lagilah yang dia nak ni?’Aku mengerutkan dahi.

     “Hello…assalamualaikum.”Aku memberi salam. 

     “Waalaikumsalam,hai sayang..awak kat mana tu?”Soal sahel dengan nada ceria.

     Aku mengerutkan dahi.Sayang?Hish..dia ni,tak habis-habis dengan perkataan sayang dia tu.Dah banyak kali pesan jangan panggil pun,dia tetap nak panggil jugak.Geram betul!Aku sempat lagi mengomel di dalam hati sebelum menjawab pertanyaan dari jejaka itu.

      “Saya kat kampus lagi ni.Kenapa?”Jawabku sambil bertanya.

     “Apa?Kat kampus lagi?Awak buat apa kat situ?”Sahel terjerit seketika.Dia yang ketika itu baru sahaja sampai di rumah.

      Dia tidak ke kampus hari ini kerana perlu menghadiri mesyuarat di Putrajaya.Oleh sebab itu dia menelefon Syazreen kerana satu hari suntuk dia tidak melihat wajah Syazreen tunangnya itu.Namun dia terkejut apabila Syazreen mengatakan yang dia masih di kampus.

     “Tengah main masak-masak.Saya baru habis kelaslah.”Jawabku berserta  sindiran.Soalan apalah yang dia tanya ni?Dah tentu-tentulah aku ada kelas sampai petang kat sini.Lagi nak tanya.

     “Yelah..tapi,kenapa tak bagitahu saya?Awak ni..bahayalah sorang-sorang kat situ.Dah..pergi balik sekarang.”Ujarnya sambil mengarahku.

     Aku mengerutkan dahi.”Apahal pulak saya nak bagitahu?Saya bukan budak kecik lagi sampaikan nak balik kerja lambat pun,saya nak kena bagitahu awak.And for your information,Elly pun ada sekali.So,tak payah nak risau-risau ok.”Jelasku dengan penuh panjang lebarnya.Kecohnya mengalahkan mak bapak aku pulak.

     “Syazreen..awak lupa ke?I’m your fiance.Of course  awak kena bagitahu saya.Kalau tak,nanti saya risau tau.Dahlah hari ni saya tak jumpa awak langsung.So,sekarang awak pergi ajak Elly tu balik.Dah nak malam dah sayang.Nanti lambat sampai rumah.”

     Tengok tu.Sayang!Lagi-lagi sayang.Ee..naik muak aku dengar.”Em..yelah Encik Sahel Haqimy.Saya balik sekarang.Puas hati?”Sindirku dengan nada geram.

     Terdengar dia ketawa di hujung talian.”Ok..dah puas dah.Dah cepat balik.Kalau dah sampai,call saya tau.”Dia berpesan sebelum mematikan talian.

     Aku mengerutkan dahi.Yelah,kalaulah aku rajin nak call kau.Desisku di dalam hati.Elly yang sudah pun berada dalam kereta menyoalku.

     “Apahal?”

    “Biasalah..Sahel.Risau pulak aku balik lambat.Dia ingat aku ni budak kecik agaknya.Hish,tak gemar betul!”Aku mendengus kasar.

     Elly disebelah sudah tergelak-gelak.”Hai..normallah tu.Itu baru dinamakan tunang mithali.Hisyam pun tak macam tu tau tak.Kau patutnya bersyukur.Tapi,kenapa ya..aku tengok kau tak pernah layan dia macam mana dia layan kau?Kau still takde perasaan langsung kat dia ke selain dari perasaan as a good friend je?”

     Aku mengeluh entah yang ke berapa kali.”Entahlah Elly.Aku pun tak tahu.Perasaan aku sekarang ni still sama macam waktu kitorang belum bertunang dulu.Tak berubah pun.”Jawabku.
 
   Aku sendiri tak faham dengan diri aku.Payah sangat ke nak tukar perasaan sayang dari seorang sahabat kepada sayang seorang kekasih?Soalan yang aku sendiri tak dapat nak jawab.

     Elly menggeleng melihatku.Aku hanya tersengih seraya menghidupkan enjin kereta untuk segera berlalu kerana hari sudah petang benar.

  
AKU dan Elly tiba di rumah tepat pukul 7.40 malam.Jalan raya yang agak sesak membuatkan kami tersekat dalam jammed.Sampai sahaja di rumah,aku segera menuju ke bilik lantas keluar semula sambil membawa tuala bersama untuk membersihkan diri dan menunaikan solat maghrib yang tinggal hanya beberapa minit sahaja lagi.Elly sudah pun menghilang ke dalam bilik.Dia kebetulan sedang mendapat ‘cuti’.

      Selesai menunaikan solat maghrib,aku berbaring merehatkan diri di atas katil.Letih akibat memandu tadi membuatkan aku terasa seperti mahu tidur saja.Lalu aku melelapkan mata.

     Baru saja ingin terlena,aku dikejutkan dengan bunyi ketukan di pintu.Elly terjengul sambil tersengih.

    “Reen..ada call dari Sahel.Dia cakap,dia call handphone kau tapi tak dapat.Sebab tu dia call line rumah.”Ujar Elly.

    “Kau cakaplah aku dah tidur.Malaslah nak bangun.”

    “Err..sorry..aku dah tercakap kau belum tidur.”Ujar Elly tersengih-sengih sambil menggaru-garu kepala.

   Aku mengeluh lemah.Hai..lupa pulak aku yang kawan aku sorang ni ‘jujur’ sikit orangnya.Macam mana nak dapat,kalau telefon aku dah habis bateri.Aku teringat tiba-tiba yang semalam aku terlupa nak charge handsetku itu.Satu tabiat yang memang masih kekal dalam diriku dari dulu sampailah sekarang.Malas sungguh nak charge handphone.Aku bangun dan menuju ke luar.Aku mencapai  ganggang telefon.
 
   “Awak!Kenapa saya call handphone awak,tak dapat?Awak pergi mana ni?”Soalnya bertalu-talu sebaik saja mendengar suaraku.

   “Saya tak pergi mana-manalah.Saya dah sampai rumah.Handphone saya low battery.”Jawabku acuh tak acuh.

   “Kan saya dah kata,kalau dah sampai rumah terus telefon saya.Kalau bateri takde,tak boleh ke awak pakai line rumah je?”Soalnya dengan nada yang agak berlainan dari tadi.

   “Boleh tu memanglah boleh..tapi,masalahnya saya terlupa.So,sorrylah ya.”Balasku bersahaja.Rasa mengantuk lebih menguasai diri.

   “Awak ni…buat saya risau je.Lain kali,saya nak pastikan awak charge telefon awak tu.Kalau awak tak nak charge,bagi kat saya.Let me do it for you.”Ujarnya.

    Aku mengerutkan dahi.“Ee..mengada-ngada.Telefon saya,saya punya sukalah nak charge ke tak nak.Awak tak payah nak susah-susah.Dahlah,saya penat sangat ni.Saya nak tidur.Bye!”Ucapku.Belum sempat aku ingin mematikan talian,Sahel memanggilku.

    “Syazreen…nantilah dulu.Awak ni..asyik nak tidur je.”Usiknya kepadaku.”Saya nak ajak awak keluar makan,tapi since awak kata,awak mengantuk..takpelah…esok  kita keluar eh?”Ajaknya.

    “Tengoklah.Saya tak janji.Bye.”

    “Ok..bye…take care.Sweet dreams and..love you!Jangan lupa sembahyang isyak dulu.”Dia ketawa senang hati sambil sempat berpesan kepadaku untuk menunaikan solat isyak.

     Aku terharu seketika mendengar kata-kata terakhirnya sebentar tadi.Sahel memang seorang yang amat mementingkan solatnya.Jarang sekali melihat dia meninggalkan solat.
Betul kata Elly,yang lelaki ini memang seorang lelaki yang baik.Dia memang seorang yang sangat memahami diriku.Tapi,kenapa aku masih tidak dapat memberikan kasih sayang yang sebegitu juga terhadap dirinya?Aku keliru.

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...