Tuesday, May 3, 2011

~permaisuri hati~

                                                   Bab 15
                                                          


Aku  memulakan minggu baru dengan perasaan gembira kerana kerinduan terhadap keluarga dah pun terubat.Walaupun cuma dua hari,namun itu sudah memadai bagiku.Aku melangkah dengan penuh semangat menuju ke kelas yang menempatkan pelajar-pelajar semester dua jurusan Pentadbiran Perniagaan.
 
    Aku terkejut sebaik sahaja melangkah masuk ke bilik kuliah pagi itu.Dengan tidak semena-mena kesemua pelajarku mengucapkan tahniah.Aku terpinga-pinga.Nak kata hari ni,hari jadi aku..ish..lambat lagi.Desisku di dalam hati.

    “Tahniah,Cik Syazreen!”Ucap Yusof salah seorang pelajarku diikuti oleh pelajar-pelajar yang lain juga.

     Aku yang masih lagi terpinga-pinga segera bertanya.”Tahniah?Kenapa pulak?Hai..kamu semua ni..pagi-pagi dah nak bodek saya ke?”Kataku sambil tersengih.

    “Hish..Cik Syazreen ni..buat-buat tanya pulak.Takkanlah Cik Syazreen tak tahu?”Soal Yusof.

    “Ya allah,Yusof..kalau saya tahu,takkanlah saya nak buat-buat tak tahu pulak.Apa dia ni?Cuba cakap..kenapa awak semua ni..takde angin,takde rebut..tiba-tiba ucap tahniah kat saya?”

    “Sebab..Cik Syazreen kan dah nak bertunang.”Yusof menjawab.Manakala pelajar-pelajar lain sudah pun bersorak kegembiraan.

     Aku sudah ternganga.Bertunang?Aik..bila masa pulak aku buat announcement nak bertunang  ni?Pakwe pun takde..tiba-tiba nak bertunang.Hish,budak-budak ni..main-main pulak dia orang hari-hari isnin macam ni.

     ”Bertunang?Dengan siapa?Mana awak dengar cerita ni semua Yusof?”Soalku ingin tahu.

     “Dengan siapa lagi Cik..dengan Encik Sahel Haqimylah.Dia bagitahu kat kitorang tadi.Semua orang kat kampus dah tahu Cik.”Ujarnya bersungguh-sungguh.

      Aku merengus geram.Sahel!Kenapalah kau tak habis-habis nak buat aku marah?Untuk tidak mahu menambahkan lagi spekulasi,aku terus mengatakan yang Sahel tersilap cakap.Buat pertama kalinya juga aku merasakan yang kelas hari ni seakan-akan berlalu dengan lambatnya.



AKU melangkah pantas menuju ke bilik pensyarah.Aku meliarkan mataku mencari-cari kelibat Sahel.Elly yang kebetulan baru saja masuk terus menyapaku.Tambah menyakitkan hati,dia turut mengucapkan tahniah.

    “Reen..Tahniah! Tahniah! Oh,diam-diam nak bertunang eh?Apsal aku tak diberitahu erk?Dengan aku pun nak sorok ke?” Elly menyoalku bertubi-tubi.

     Ini lagi sorang.Tak reti-reti bahasa.“ Ya Allah!Elly..tolonglah!Kau jangan dengar cerita yang bukan-bukan tu,boleh tak? Bila pulak aku nak bertunang ni?” Kataku geram.

     “Lah..habis,yang si Sahel tu..pagi-pagi lagi dah dok canang kat satu kampus ni kata yang korang nak bertunang tu..apa kes?Tak betul ke?”Soalnya hairan.

     “kau percaya kat dia ke..atau kat aku?Kau gila aku nak bertunang…takde angin,takde ribut macam ni.Si Sahel ni memang nak kena tau dengan aku!Suka buat keputusan ikut kepala otak dia!”Aku merengus geram.

        “So..memang betullah takde?”Soal Elly lagi.

        “Yelah..makcik oi!Kau pun terpengaruh jugak ke dengan rumour ni?Kau ada nampak mamat tu tak?Aku nak bersemuka dengan dia.Tak pasal-pasal pulak buat cerita macam ni.Malu tau tak kat student-student aku!Nanti diorang ingat aku nak cari publisiti murahan pulak.”Marahku geram.Elly yang berada di depanku yang menjadi mangsa.

      “Eh..relaxlah..sabar ok.Kau jangan risau..diorang takkan cakap yang bukan-bukan punya pasal kau.”Elly menyuruh aku bertenang.”Erm..sahel ya..tadi aku nampak dia kat….”Elly tidak sempat menghabiskan kata-katanya apabila terlihat kelibat sahel memasuki bilik pensyarah itu.”Hah..tu pun dia!”Jerit Elly.

      Habislah kau Sahel.Sapa suruh buat announcement macam tu?Kau tak tahu ke Si Syazreen ni sejak dua menjak ni asyik mengamuk je.Mengalahkan orang period.Hah,sekarang be readylah nak bersoal jawab dengan dia.Elly berkata di dalam hati.

      Sahel menuju ke arah kami dengan senang hati.”Hai..you all!Eh..sayang saya pun ada.”Dia tersengih-sengih memandangku.Aku menjeling.Oh,senang hati ya?Siap kau!

      “Sahel!Awak tahu tak apa awak dah buat?”

       Sahel Haqimy mengerutkan dahinya.”Buat?Apa pulak  yang saya dah buat?”Soalnya terpinga-pinga.

      “Awak jangan nak buat-buat tak tahulah.Kenapa awak bagitahu semua orang yang kita nak bertunang,hah?”Jerkahku.Elly sudah beredar menuju ke mejanya.Tidak mahu masuk campur mungkin.
  
      Sahel tersenyum”Oh..saya saja je buat macam tu..nanti takdelah pensyarah-pensyarah lelaki sibuk-sibuk nak dekat dengan awak.”jawabnya dengan selamba.
 
     Aku terlopong.”Apa?Saja?”Aku merenungnya geram.Ya Allah,Sahel..awak tahu tak,semua orang percaya dengan apa yang awak cakap tu?Saya malu tau tak?Student saya semua dah tahu.Awak tak malu ke hah?”Soalku kepadanya dengan rasa membara yang teramat sangat.

    Dia tersengih lagi.”malu?Taklah.Buat apa nak malu?lagipun,kitakan pakwe makwe.”Selamba sungguh jawapannya.

     Aku menekan-nekan kepalaku yang sudah mula sakit itu.”Sahel!saya tak sukalah awak buat macam tu.Kalau awak nak malu pun,malulah sorang-sorang..tak payah nak libatkan saya pulak!Saya tak kira..saya nak awak tarik balik announcement awak tu.Kita takde apa-apalah!We’re just a best friend!Not more than that!”Kataku dengan wajah yang sudah mula memerah kerana menahan marah.

     “It was before.Now,you are my girl..and I’m your boyfriend.Tak lama lagi,jadi tunang..lepas tu,jadi suami awak pula.Hai..tak sabarlah pula nak suruh mak ayah saya masuk meminang awak.”Ujarnya sambil tersenyum-senyum.
   
     Aku mengerutkan dahi.Lelaki ni memang menyakitkan hati betul!”Saya tak peduli Sahel.Awak kena cancel announcement tu sekarang jugak sebelum saya…”Aku tidak sempat menghabiskan kata-kataku apabila seorang demi seorang pensyarah masuk ke dalam bilik itu.
  
     “Amboi..orang nak bertunang ni.Kat sini rupanya bermadu kasih,ya.”Usik Mastura,pensyarah di fakulti perakaunan itu.
 
     Aku menahan rasa.Berpura-pura tersenyum.Di dalam hati,tuhan je yang tahu betapa bengkaknya hati aku menghadapi situasi ketika ini.
  
    “Yelah,Mas..mana taknya..buah hati dekatkan.Tahniahlah untuk you all berdua.”Usik seorang lagi pensyarah pula.
  
     Elly yang dari tadi menjadi pemerhati dari tempat duduknya sudah tergelak-gelak melihatku.Aku membulatkan mata ke arahnya.Dia pura-pura memandang ke tempat lain.Sahel pula boleh buat muka selamba sambil sibuk mengucapkan terima kasih di atas ucapan tahniah itu. Aku semakin sakit hati melihatnya.
  
      Aku meminta diri untuk ke tandas.Malu apabila dijadikan bahan usikan.Aku mengetap bibir menahan geram.Huh!Tak guna betul!

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...