Tuesday, May 3, 2011

~permaisuri hati~


                                                    Bab  7




Peperiksaan sudah pun berakhir.Seperti mimpi pula rasanya apabila sedar tak sedar,aku sudah pun berjaya menamatkan pengajianku dalam bidang Pengajian Perniagaan.Lega pun ada kerana lepas ni aku dah tak perlu nak menyusahkan mak ayahku lagi.Tanggungjawab sebagai pelajar,dah pun aku lunaskan..Cuma sekarang ni,fokusku hanya lebih kepada hendak mencari kerja dan juga menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak pula.

           Aku pula lepas tamat belajar ni,hanya menghabiskan masa duduk di rumah je.Kebosanan menjadi teman paling akrabku ketika ini.Nasib baik jugalah ada si comel Arisya.Melayan keletah dan kerenahnya sedikit sebanyak dapat menghilangkan bosan dijiwaku.Ceh wah!Dah macam orang bercinta pulak bunyinya ayat aku ni.Aku tersenyum sendirian

       Walaupun begitu,persahabatan antara aku dan Elly masih seperti dulu.Ada masanya kami bertanya khabar melalui telefon.Kadang-kadang tu,Elly akan datang ke rumahku,dan begitu juga aku.

      “Bosanlah duduk rumah…bila dah habis belajar ni,terasa rindu pulak nak pergi kelas.”Ujar Elly ketika kami keluar bersama setelah sebulan tidak bertemu.Kami berjalan-jalan di sekitar Melaka Central.

      “Tu lah pasal..teringat pulak suasana masa belajar dulu.Tapi,seronok jugak dah habis belajar macam ni.Takdelah nak susahkan mak ayah aku lagi.Lepas ni just focus pada nak cari kerja je.”Kataku panjang lebar.Elly mengangguk-angguk.Kami diam sambil melayan perasaan masing-masing.Udara yang panas,memaksa kami singgah di gerai menjual yang berhampiran untuk membasahkan tekak.

     “Eh..cerita pasal kerja..kau dah dapat offer dari mana-mana tempat?”Soal Elly tiba-tiba.

     “So far belum lagi…aku harap-harap,adalah mana-mana company or U yang terima permohonan aku tu.Kenapa kau tanya..kau dah dapat ke?”Soalku ingin tahu.

    “Takdelah..kau nih..buat-buat lupa pulak..kita ni kan senasib. Kalau kau belum dapat kerja..of courselah aku pun tak dapat lagi!”Elly berkata sambil ketawa.Aku turut ketwa.

     Setelah reda bergelak ketawa,aku mengerling jam di tangan.Hampir ke pukul 12 tengah hari.Hmm..pukul 1.00 baliklah.Desis hatiku.
 
     “Eh..kau nak pergi mana-mana lagi tak?Kalau takde,kita balik arh.Sementara budak sekolah belum balik lagi ni.Karang penuh pulak bas bila diorang dah balik.Rimaslah nak kena berasak-asak.”Ujarku.

     Aku dan Elly memang kurang gemar sekiranya menaiki bas yang sama dengan budak-budak sekolah.Bukan apa,perangai budak-budak sekolah ni semuanya tidak boleh dijangka.Ada saja ‘drama’ yang mereka nak buat.Yang peliknya,waktu sekolah tamat pukul 2.00 petang,tetapi sampai dah nak masuk senja pun ada lagi kelibat mereka dengan pakaian seragam sekolah yang masih tersarung dibadan.Tidak rimaskah mereka?Seingat aku,waktu aku sekolah dahulu,akulah manusia yang paling hendak cepat sampai ke rumah sesudah tamatnya waktu persekolahan.Lebih-lebih lagi kalau hari jumaat.Tetapi,berlainan pula budak-budak zaman sekarang ni.Lebih suka melepak di luar daripada di rumah.

      “Hei..aku lagi tak gemar bila terserempak dengan diorang.Erm..baru ingat nak jalan-jalan lagi.Tapi,lain kalilah.Eh..before that,kita pergi makan dululah..aku lapar ar.Kau tak dengar ke bunyi lagu nasyid dari dalam perut aku ni?”Elly tersengih-sengih sambil memegang perutnya.Sengaja disebut lagu kegemaran rakannya itu.
     
       Aku mengerutkan dahi.Sindir akulah tu.”Aku fikir kau tak ingat nak makan tadi.Rupanya ingat jugak.Hmm..jomlah.Aku belanja..tapi……”Aku sengaja memanjangkan perkataan tapi itu.

       “Tapi aku bayar!.”Elly menyambung kata-kataku.

       Aku tersengih.”Pandai pun..actually,aku gurau jelah.Kali ni,my treat.Amacam?”Soalku sambil mengeyitkan mata.

      “Yes!That’s what I want to hear.So,apa lagi..jom arh.Perut dah tukar lagu keroncong dah nih.”Elly menarik tanganku.Beberapa saat kemudian dia bertanya.”Kita nak makan kat mana erk?

     “Kat mulut.”Jawabku selamba.

     Elly sudah merenungku dengan geram.”Kau jangan Reen..aku tengah lapar ni.Kang tak pasal keluar surat khabar front page,’seorang pelajar kolej cedera parah di gigit rakan baik’.Cepatlah cakap..hish,main-mainlah dia ni.”Elly mendengus marah.

     Aku ketawa melihat muka Elly yang sudah seperti harimau mahu menelan mangsa.”Ok..ok..Ala..aku gurau pun tak boleh.Kita makan..Mee sup Utara nak?Dah lama tak makan kat situ.”

     “Tahu takut.Hmm..aku ok jer..dah..dah..jomlah cepat.”Elly segera menarik tanganku menuju ke kedai yang dimaksudkan tadi.Aku menggelengkan kepala.Hai..Elly..Elly..bab makan,tak menyabar betul minah ni.


AKU sampai di rumah,tepat pukul 2.30 petang.Selesai menunaikan solat zohor,aku keluar menuju ke ruang tamu.Emak sedang menonton tv sambil melayan Arisya.Si comel itu sudah mula pandai memanggil emak dan ayah.Kadang-kadang terkeluar juga namaku.Terhibur juga hati.

     “Kau pergi mana tadi Reen?”Soal emak.Ketika itu aku sudah pun duduk sambil bermain dengan Arisya.

    “Pergi jalan-jalan dengan Elly.Boring duduk rumah.”Jawabku sambil tersengih.Aku mengagah Arisya.Sesekali kucium pipi montelnya itu.

    “Boring..boring.Oh,ya..Elly dah dapat kerja?”

    “Belum jugak mak.Mak ni..macam tak tahu pulak.Orang dengan Elly tu kan,senasib.Kalau orang  belum dapat..dia pun mestilah belum jugak.”Aku ketawa kecil.

    “Yelah tu.Besok..besok..kalau nak kahwin pun,macam tu?Kalau dia tak kahwin..kau pun tak kahwinlah.”Bebel mak.

     Aku tersentak.Eh…eh..mak ni.Tiba-tiba pulak cerita pasal kahwin.”Lah..mak ni..mestilah.Dah kata kitorang kawan baik.”Aku menjawab dengan ketawa yang  berdekah-dekah sambil menuju ke dapur.

    Emak hanya menggeleng saja melihatku.Aku tersengih sendirian.
 

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...