Tuesday, May 3, 2011

~permaisuri hati~

                                                           Bab 3



Aku  ke kelas seperti biasa pagi itu.Mesti Elly ada call aku.Kesian kawanku itu.Confirm mengamuk minah tu kejap lagi.Terbayang di ruang matanya,wajah bengang rakan baiknya itu.Tergambar wajah pemuda yang telah menyebabkan handphone kesayangannya rosak.Geram sungguh apabila teringatkan kejadian semalam.Nasib baik handphone berjenama Nokia yang baru dibeli dua minggu lalu hanya mengalami kerosakan skrin saja.Kalau rosak teruk…hai,memang rugilah duit aku.Aku agak ralat juga sebenarnya melihat telefon bimbit yang tak sampai sebulan ku beli itu,rosak akibat kelalaian orang lain.

         Aku menunggu bas.Seminit.Lima minit.Ish,mana bas ni?Takkanlah mogok pulak.Aku merungut seorang diri.Hampir dua puluh minit aku menunggu,barulah nampak kelibat bas.Aku menarik nafas lega.

       Aku cepat-cepat naik apabila pintu dibuka.Abang Shahrul,pemandu bas yang memang sudah mengenaliku itu menegur.

       “Hai..pagi-pagi dah masam muka ni?gaduh dengan pakwe ke?Usiknya sambil ketawa kecil.Aku Cuma tersenyum menuju ke arah tempat duduk yang kosong.Hish..orang tengah takde mood,dia boleh pulak nak bergurau pagi-pagi buta ni.Bengong!Ngomelku di dalam hati.

        Jarak antara rumahku ke kolej taklah jauh sangat.Cuma sepuluh minit perjalanan.Sebab itu,aku lebih senang berulang alik dari kolej ke rumah.Bukan tiada rakan-rakan yang mempelawaku duduk bersama mereka di rumah sewa yang disediakan oleh pihak kolej,tetapi aku menolaknya dengan baik kerana aku lebih selesa duduk bersama keluargaku.

       Sekurang-kurangnya,apa-apa yang inginku lakukan orang tuaku tahu.Kawan-kawanku selalu mengatakan yang aku anak manja mak ayahlah,apalah,itulah,inilah.Tapi,aku tak kisah,sebab bagi aku kehidupanku lebih terjaga dan teratur kalau ada mak ayah disisi yang sentiasa memantau aku.

         Nanti takdalah aku mudah sangat terpengaruh dengan aktiviti-aktiviti yang tak sihat.Elly juga turut tinggal bersama keluarganya.Lebih-lebih lagi,dia tu langsung tak boleh berenggang dengan maknya walaupun sehari.

         Aku bersedia untuk turun apabila bas sudah pun bergerak masuk ke bus stand.Harap-harap Elly tunggu aku.Silap-silap mengamuk minah tu.Aku ketawa di dalam hati.Baru sahaja ingin mencari-cari kelibat Elly,tiba-tiba aku disergah dari belakang.
        
         “Hah!”Sergahan itu membuatkan aku melatah.Lantas menoleh.

         “Opocot bapak kau!”Kus semangat.Ish,perempuan ni,kalau tak sergah-sergah aku tak boleh agaknya.Omelku dalam hati.Geram sungguh aku dengan si Elly yang sudah tergelak-gelak itu.


         “Weh…kau ni..terkejut aku tau.Yang kau ni,apahal?Tiba-tiba je terjengul dari belakang ni?kau pergi mana?Pagi-pagi dah merayap.”Tempelakku

          Elly sudah tersenyum-senyum.”Aku pergi toilet tadi.Perut ni meragamlah pulak.Hehe..      

         “Eleh..kau tu hari-hari macam tu.Muka tandas.Asal pergi tandas  je kau,asal kau je pergi tandas.”Kutukku pula.

        “Ish..kau ni..janganlah cakap kuat-kuat.Orang dengar malu woo.”Elly memberikan isyarat supaya aku memperlahankan suara.Lepas tu dia tergelak.

        Aku menekup mulut.Tak sedar pula yang suaraku kuat sangat.”Oppst..sorry.”

        “Hah!Yang kau,apasal aku call tak angkat.Mesej pun tak balas?sakit tau jari jemari aku ni menekan-nekan keypad phone aku tu.Sampai dah nak rosak dah.”Elly memuntahkan pertanyaan yang memang dah aku jangka.

        Kalau tadi  Elly yang tersenyum-senyum,sekarang giliran aku pula.

       “Sorrylah…phone aku rosaklah.Skrin dia pecah.Terjatuh masa ikut mak aku pergi hospital semalam.”Kataku dengan muka sedihku.

       “Lah…macam mana boleh jadi cam tu?Tulah kau,careless sangat!sampaikan semua barang jatuh.”Kutuk elly sambil ketawa kecil.Saja ingin menyakat.

        Aku mengerutkan dahi.Ish,minah ni..cerita pun tak habis lagi,dia dah membebel pulak.Getusku geram.

       “Oit,makcik..aku tak habis citer lagilah.Amboi…sesedap rasa je kau mengutuk aku eh.Dengarlah dulu.”Aku menceritakan kejadian yang berlaku semasa di hospital semalam.Penuh khusyuk si Elly mendengar.

       “Ish..apsal kau tak mintak ganti?”Soalnya tak puas hati.Geram pula hatinya apabila mendengar cerita rakannya itu.

       “Hmm…nak mintak ganti macam mana.Tak sempat aku discuss,dia dah cabut.Nasib baik dia ada tinggalkan phone number dia.Oklah tu.Dia nak lari mana?Pusing-pusing kat situ jugak dia.Eh,dahlah..jom gerak.Dah pukul berapa ni.Karang tak pasal-pasal lambat pulak.Elly mengangguk.Kami melangkah menuju ke kolej.

        Sampai di kelas,beberapa orang pelajar sudah pun kelihatan.Pagi ni kelas Ekonomi.Pensyarah yang mengajar nanti ialah Puan Zarin.Taklah bosan sangat kerana Puan zarin tu kelakar orangnya.Ada sahaja ideanya untuk mengenakan kami.

        Selalunya,aku dan Ellylah yang menjadi mangsa.Kerana,di kalangan pelajar perempuan kelas kami,aku dan Elly yang paling banyak mulut.Oleh kerana itu juga,kami sering dianggap sebagai student favourite Puan zarin.Hai..macam-macam tafsiran yang diorang buat.

        Sedangkan tiada istilah favourite langsung.Cuma,mungkin cara aku dan Elly yang sememangnya suka ‘meriuhkan’ kelas dengan pertanyaan-pertanyaan yang kadangkala sudah cukup membuatkan satu kelas tergelak mendengarnya.Aku tersenyum mengenangkan kerenah kami berdua.

















No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...