Tuesday, May 3, 2011

~permaisuri hati~

                                                           Bab 8




Sebulan kemudian,aku diterima menjadi pensyarah di UiTM Shah Alam.Tawaran ini ku terima dengan senang hati.Lebih menggembirakan lagi,Elly juga turut  mendapat tawaran sebagai pensyarah di tempat yang sama.Melompat-lompat dia ketika memberitahuku berita gembira itu.Aku cuma tersenyum.Dah menjangkakannya kerana kami memang sentiasa berada dekat antara satu sama lain.Lagipun,menjadi seorang pensyarah adalah cita-cita kami berdua sejak dulu lagi.

     Aku memberitahu emak dan ayahku akan hal itu.Mereka mengizinkan cuma aku yang agak berat hati untuk meninggalkan mereka.

     “Tak payah kau nak risau-risau pasal mak dengan ayah…dah dapat kerja tu,pergi je.Peluang dah ada,takkan nak lepaskan.”kata emak ketika aku meluahkan rasa hatiku.

      “Ala..tapi,orang kan tak pernah jauh dari mak ngan ayah..”Memang selama ini,aku tidak pernah berenggang dengan kedua orang tuaku.Dari sekolah rendah,sehinggalah tamat sekolah menengah seterusnya sampailah ke peringkat pengajian tinggi.Aku masih tidak berenggang dengan orang tuaku.Nasibku agak baik juga,kerana dapat menyambung pelajaran di salah sebuah kolej yang berdekatan dengan tempat tinggalku walaupun pada mulanya aku memang mahu melanjutkan pengajian di luar dari negeri kelahiranku,Melaka.Namun,sudah lumrah biasa apa yang kita harapkan,tidak semestinya akan kita dapat..Disebabkan itu juga,aku sering digelar anak manja,kerana status aku yang tidak pernah berenggang dengan emak dan ayahku.

      “Habis sampai bila kau nak berkepit je bawah ketiak mak dengan ayah?Dah..toksah nak pikir-pikir benda tu.Pergi je.lagipun,bukan jauh sangat Shah Alam tu..hujung minggu baliklah sini.Lagipun,adik-adik kau ada.”Emak membebel panjang.Tahu benar dia akan perangai anak daranya yang sorang ni.Dari dulu memang tak biasa berenggang dengan keluarga.

      Aku memikirkan kata-kata emak.Betul jugak.Bila lagi aku nak belajar hidup sendiri.Kalau kakak aku boleh duduk berjauhan dari mak dan ayah..kenapa tidak aku?Asalkan aku tahu jaga diri,sudahlah.Lagipun,Elly ada sekali.Setelah memikirkan apa yang sepatutnya aku fikir,aku membuat keputusan.


MALAMNYA,ketika sedang berteleku di atas katil..telefon bimbitku berbunyi.aku memandang nama yang tertera di skrin.Aku tersenyum lantas mengangkatnya.

      “Hello..assalamualaikum..”Aku memberi salam.

      “Waalaikumsalam…hai,dah tidur ke?Sorry ganggu.”Ujar Sahel haqimy.

      “Eh..takdelah..saya pun tak buat apa sangat.Dok berangan je dari tadi.”Aku berkata sambil ketawa kecil.

     “Berangan?Macam menarik je..berangankan saya ke?”lelaki itu mengusikku.

     “Eh..tolong sikit ya..perasanlah pulak!”Ujarku sambil ketawa kecil.Kau tak termasuk pun dalam angan-angan akulah.Desisku dalam hati.

     “Aik..marah pulak dah..saya guraulah.”Terdengar suaranya tertawa kecil.

     Aku tersenyum.Lantas bertanya,”Eh..lama tak dengar cerita?Apa khabar?”Soalku

     “Oh..sorrylah awak..memang saya dah lama tak contact awak..saya kena attend kursus kat Terengganu.Kenapa tanya?Awak rindu kat saya ke?”sahel Haqimy mengusik.Hilang rasa rindu apabila dapat mendengar suara wanita yang dipuja dalam diam itu.

    “Hello..tolong sikit eh..awak ni,tak habis-habis nak perasan!Saya tanya aje lah..manalah tahu,kot-kot dah kahwin ke.”Sindirku.

     Sahel Haqimy melepaskan tawanya.”Kahwin?Erm..saya takkan kahwin kalau bukan dengan awak tau.”

   Kalau tadi,Sahel ketawa..sekarang giliran aku pula.”Oh..ya?Lawaknya..selama ni,saya ingat saya sorang je yang pandai buat lawak..awak pun pandai jugak rupanya,ya?”

    Aku mengusiknya dengan ketawa yang masih bersisa.Hai,mamat ni..kalau cakap,tak reti nak filter langsung!Ada ke nak kahwin dengan aku?Kelakar ar.

    “Kenapa pulak?”Sahel bersuara.Serius bunyinya.”Awak tak nak kahwin dengan saya ke?”

     Alahai..aphal pulaklah mamat sorang nih?Tiba-tiba lak nak touching.Aku tahulah waktu malam macam ni memang waktu best nak layan jiwang..kot ye pun tak payahlah nak serius sangat.Aduhai…rosak!

      “Sahel..awak ni kenapa?Tiba-tiba je cakap pasal kahwin ni…saya tak selesalah wak.Lagipun,kan kita dah janji..yang kita kawan sampai bila-bila.”Aku cuba menerangkan kepada Sahel tentang topic kami yang semakin meleret itu.

      Walaupun sahel seorang lelaki yang baik,bagi aku dia sudah ku anggap seperti kawan baikku sendiri.Aku sayangkan dia macam aku sayangkan Elly.Sayang sebagai seorang kawan.

     Tiba-tiba terdengar suara dihujung talian itu menghamburkan ketawa kuat.Aku mengerutkan dahi.

     “Apalah awak ni Syazreen..saya bergurau pun awak percaya ke?”Sahel ketawa lagi.Ketawa yang sengaja dibuat-buat.Walaupun hatinya kecewa mendengarkan jawapan yang keluar dari mulut wanita kesayangannya itu,dia sedaya upaya cuba mengelak dari dikesan oleh wanita itu.

    Aku merengus geram.”Hish..awak ni..suka sangat main-main.”Dalam hatiku bermacam-macam perasaan ada.Satu perasaan yang memang tidak dapat aku huraikan satu persatu.

    “Saya guraulah..saya nak jugak try..ada bakat ke tak nak buat lawak..macam nabil Raja Lawak tu.”Ujarnya sambil ketawa kecil.

   “Em..yelah..lawaklah sangat.Oh..ye,awak..saya nak bagitahu ni..saya dapat offer jadi pensyarah kat UiTM Shah Alam.”

     Aku memberitahunya berita gembira itu.Dia mengucapkan tahniah.Ternyata dia juga turut gembira dengan berita yang ku sampaikan.

    “Baguslah wak..i’m happy for you.So,bila start kerja?”Soal sahel buat-buat selamba.Dalam hati,terasa seperti berbunga-bunga.Terasa seperti mahu melompat-lompat sahaja gamaknya apabila mendengar berita itu.

    “Insyaallah..minggu depan.Tapi,saya kena pergi awal sikit..sebab nak cari rumah sewa lagi..takut pulak tak dapat rumah nanti..merempat pulak saya.”Gurauku sambil ketawa kecil.

    “Ok..awak nak saya tolong ke?”Sahel cuba membantu.

    “Takpe kot..Elly kata,dia dah survey rumah yang dekat dengan kampus tu..so,rasanya takde masalah sangat kot.”ujarku tenang.

     “Oh..ok..kita jumpa kat sana nanti,ya?Take care..miss you!”

     Belum sempat aku membalas,dia sudah pun mematikan talian.Aku mengerutkan dahi.’Jumpa kat sana nanti,ya.’Apa maksud dia jumpa kat sana?Takkanlah dia pun akan mengajar kat sana kot.Hish..ntah apa-apalah mamat nih.Sahel Haqimy.Seorang lelaki yang baik.

    Sejak peristiwa kami berlanggar sesama sendiri,aku dan dia terus kekal menjadi kawan baik sehingga sekarang.Siapa sangka,pertemuan demi pertemuan yang tidak disengajakan membuatkan hubungan kami berterusan sehingga kini.

    Elly selalu mengusikku dengan mengatakan,satu hari nanti lelaki itulah yang akan jadi suamiku.Aku cuma tergelak saja bila mendengarkan kata-kata Elly itu.Elly kalau bab buat kesimpulan,memang favourite dia.Tapi,sayang..kesimpulannya jarang sekali tepat.

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...