Tuesday, May 3, 2011

~permaisuri hati~


                                                     Bab 19



Sahel akan menjemputku untuk keluar makan malam.Aku yang pada mulanya ingin memprotes terpaksa akur ditambah pula desakan dari Elly yang mahu aku keluar dengan Sahel.Aku bersiap ala kadar.Dengan hanya memakai jeans,dan t-shirt lengan panjang berbelang kelabu hitam dipadankan tudung hitam,aku mencalit sedikit bedak.Setelah siap,aku menuju ke ruang tamu.Elly yang sedang menonton tv berpaling dan mengerutkan dahi.
 
      “Sempoi gila!Kau pakai macam ni aje ke?”Tegurnya sambil membelek diriku dari atas sampai ke bawah.

      “Yelah..apsal pulak?Tak boleh?”Jawapan yang berupa soalan dariku.

      “Hish..kau ni..nak jumpa tunang,pakailah cantik-cantik sikit.Ini tak..main bantai je.”Elly sudah menggelengkan kepala melihat aku.

     Aku ketawa.”Lah..apsal pulak?Ok apa?Lagipun,kau kan tahu aku macam mana?Kata simple.Bukannya aku pakai seksi-seksi pun.Tutup auratlah jugak ni.”Kataku lagi.

    Aku memang seorang yang simple kalau dari segi berpakaian.Tak kuasalah nak berat-beratkan badan dengan eksesori yang melampau tu.Aku mengerling jam ditangan.Hish,mana pulak mamat ni?Janji pukul 8.00.Ini dah dekat 8.30.Kang aku cancel nak keluar kang.Omelku di dalam hati.

      “Ee..susahlah cakap dengan kau ni.”Elly kembali memandang ke arah tv.Aku hanya tersengih sambil mengangkat bahu.Kami diam seketika.Tiba-tiba Elly bertanya.


      “Eh..Reen,kau dengan Sahel nak pergi makan kan?”Soal elly.

      Aku mengangguk.”Kenapa?Nak ikut?Ok je..jomlah.Nanti takdelah aku bosan sangat.”Ujarku dengan selamba sambil membetulkan tudung yang ku pakai.

     Elly mengerutkan dahi.”Hish,kau ni.Cubalah semenggah sikit.Ada pulak nak keluar dengan tunang pun nak ajak aku.Gila ke apa!Kau jangan mengarut boleh tak mak cik oi.Aku bukan nak ikut kau.Aku just nak pesan je kat kau..tolong belikan aku tom yam.Itu je!

     Lagipun,Sahel dah cakap dengan aku..kalau kau ajak teman,jangan teman.So,aku kenalah bertindak mengikut arahan.”Dia tersengih memandangku.

     Bagi Elly,dia sanggup melakukan apa saja untuk melihat sahabatnya itu menerima Sahel kerana,dia percaya hanya lelaki itu saja yang mampu menjaga Syazreen dengan baik dan yang pasti,lelaki itu jugaklah yang lebih memahami perangai Syazreen..

    Aku merengus geram.Kurang asam sahel.Awal-awal dia dah berpakat dengan Si Elly nih.Si minah ni pun satu.ikut ajelah apa yang mamat tu cakap.Ee..geram betul!Bebelku di dalam hati.Aku tersentak apabila Elly menepuk bahuku.

    “Hah,dah..tak payah nak membebel kat dalam hati!Tu..tunang dah sampai.Apalagi yang tercegat kat sini.Pergilah cepat!”Dia mengarahku sambil ketawa kecil.Dah memang layak jadi maklah minah ni.

    Aku tercengang-cengang.Elly ni,tahu-tahu je aku tengah membebel. Aku bangkit dari dudukku dengan langkah yang malas.Kenapalah aku ada kawan macam ni?Bukan nak sokong aku.Dia pergi sokong pulak mamat tu.Hish,tak patut betul!

   “Weh..jangan lupa tau tom yam aku!”Jerit Elly ketika aku ingin membuka pintu kereta.Aku Cuma mengangguk.


SUASANA di dalam kereta sunyi sepi.Hanya kedengaran lagu Permaisuri Hatiku nyanyian kumpulan Hijjaz dari corong radio.Sahel di sebelah menyanyi kecil.Aku hanya membatukan diri.Kami dalam perjalanan pulang setelah selesai menjamu selera sebentar tadi.

     “Awak,lagu ni best kan?Saya suka tau lagu ni.Saya tujukan lagu ni khas untuk awak.Sebagai tanda yang saya memang nak sangat awak jadi permaisuri hati saya.”Ujar Sahel sambil tersenyum manis.

     “Aik..awak pun layan nasyid jugak ke?”Soalku sinis.Sebenarnya aku turut menggemari lagu itu.Namun sengaja aku tidak mahu memberitahunya.

    Dia ketawa kecil.”Awak ni..saya fleksibellah.Semua lagu saya layan.Awak ingat,saya tak tahu yang awak pun suka lagu ni.”Dia berkata sambil memandangku.

    Aku mengerutkan dahi.Macam mana dia boleh tahu ni?Hmm..ni mesti kerja Elly ni.Aku tidak menjawab.Rasa mengantuk lebih menguasai diri ketika ini.

    “Awak..saya sukalah tengok awak malam ni.Manis sangat.Baju awak tu kenalah dengan awak.”Katanya sambil matanya tak lepas dari memandangku.

    “Memang kena pun.Kena gelak.”Ujarku.Aku ketawa di dalam hati.Dia tak tahu ke,aku dah kena brainwash dengan Elly tadi pasal pakai baju ni?Dia boleh pulak nak memuji.Mamat ni rabun ke apa?

    “Hish..siapa pulak yang gelakkan awak.Saya puji ikhlas ni.Tapi,kalau awak senyum lagi manis.”Tuturnya lagi.

    Aku hanya mengangkat bahu.”Awak ni,yang puji lebih-lebih ni kenapa?Saya takde duit besar nak bagi.”Soalku sambil mengerutkan dahi.

    Dia ketawa.”Takpe..saya tak kisah.Tak dapat duit pun tak pe.Yang penting,saya dapat tawan hati awak pun,saya dah puas hati.”Katanya perlahan.

     Aku terkedu dengan kata-katanya yang terakhir itu.Aku segera menukar topik.Aku tak betah apabila soal hati mula diperbualkan.

   “Dah..jangan nak mula eh.Hantar saya balik sekarang.”Kataku dengan nada tegas.Sahel hanya tersenyum sambil mengangguk.

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...