Tuesday, May 3, 2011

~permaisuri hati~

                                                  Bab 14




Tengah  hari itu,aku bersiap-siap untuk pulang. Aku mengemas beg pakaianku di dalam bilik.Sedang aku leka memasukkan pakaianku ke dalam beg,emak muncul di sebalik daun pintu yang tidak ku tutup rapat.Emak mengambil tempat duduk di sebelahku.

        “Bila kau nak bertolak balik Syazreen?”soal emak.

       “Lepas zohor kejap lagi kot..kenapa mak?”Aku bertanya.

       “Takde apa..saja tanya.Kau ambik Elly sekalilah ni,ya?”

       Aku mengangguk.”Oh..ye..orang lupalah nak bagitahu.Elly ada telefon malam tadi..dia kirim salam kat mak.”Aku tersengih memandang mak.

     “Walaikumsalam…nanti sampaikan salam mak kat dia dengan keluarga dia.Lama dah tak jumpa mak si Elly tu.”

    “Insyaallah,mak.”Aku terasa seperti ada sesuatu yang ingin mak tanya.Kalau tak,takkanlah mak datang kat bilik aku ni.Tekaku di dalam hati.

    “Kau dengan si budak sahel tu ada apa-apa ke?”Soal emak.Hah!sudah..kan betul tekaanku.Dari semalam,emak dan ayah seolah-olah mahukan penjelasan dari mulutku.Dan sekarang ni,mak sudah pun memuntahkan pertanyaan yang sememangnya sudahku jangka.

    Aku ketawa kecil.”Ada apa-apa?Apa-apa macam mana?takde apalah mak..kitorang kawan je.Tak lebih pun.Kenapa mak tanya?”soalku.

   “Mak ni bukan apa…mak nak tahu aje..yelah,sebelum ni kau tak pernah pun bawak balik kawan lelaki kat rumah..tapi,kali ni..tup-tup..terjengul budak Sahel tu kau bawak balik.kalau takde apa-apa..takkan sampai dia ikut balik?”Emak merenungku.

    Aku sudah gelisah,tak tentu arah.Aduh..nak cakap apa ni?Aku menggaru-garukan kepalaku yang tidak gatal itu sebeleum menjawab.

   ”Ala,mak..kan orang pernah cerita kat mak..orang baik dengan sorang budak ni.Si Sahel tulah orangnya.Baik setakat kawan je mak..tak lebih pun.”Jawabku sambil ketawa kecil.

    “Emak ni bukan apa..jiran-jiran kita ni kau tahulah.Lagi-lagi Makcik Semah kau tu.Mana boleh tengok anak dara orang bawak kawan lelaki balik rumah.Nanti mulalah…bawa cerita sana..bawa cerita sini.Mak dah faham sangat dah piil orang-orang taman kita ni.”

     Aku mengeluh lemah.Rupa-rupanya ini yang mak risaukan.”Lantak dioranglah mak.Orang bukan buat jahat pun.Dah masak dah dengan perangai diorang tu.Kalau keluarga kita,semuanya tak betul.tapi,yang diorang tu macam bagus sangat.

     Padahal diorang pun lebih kurang je!Dahlah mak..tak payahlah layan orang-orang tu semua.Takde faedah langsung!Lagi satu,mak…cakap dengan makcik Semah tu,tak payahlah dia nak sibuk-sibukkan hal kita ni.Suruh dia jaga hal keluarga dia.Itu lebih afdal. ”Aku meluahkan perasaan yang terbuku.Sempatku titipkan pesanan untuk Makcik Semah.

      Emak memang dah sedia maklum yang aku memang tak gemar bila cerita pasal jiran-jiran kami dibangkitkan.

    “Emak tau..mak pun malas nak layan.Tapi,tak salah kalau lebih dari kawan pun.Mak dengan ayah suka budak Sahel tu.Adik-adik kau pun mesra je dengan dia.”Ujar mak sambil tersenyum.

     Aku mengerutkan dahi tanda tak puas hati dengan kata-kata emakku itu.”Tak nak orang dengan dia tu.Dah lama kawan mak.Dah selesa jadi kawan baik je.Tak terfikir pun nak jadi lebih dari kawan.”

    “Yelah..mula-mula memang kawan..lepas tu kahwin.Mak tak kisah,Reen.Lagipun,umur kau pun dah 25.Dah memang patut kahwin pun.Akak kau dah selamat,mak tak kisah sangat.Tinggal kau je.Adik-adik kau tu dua-dua masih belajar lagi.Dahlah,mak nak ke dapur ni.Lauk mak tu kang..hangus pulak jadinya.”Ujar emak sambil terkocoh-kocoh keluar dari biliku menuju ke dapur.

    Aku termenung sejenak memikirkan kata-kata mak tadi.Mak dengan ayah aku pun suka kat dia?ish..apa ilmulah mamat ni pakai?Semua orang dia nak ‘tackle’.Sampaikan adik-adik aku pun boleh ‘tunduk’..apa kes?
    



LEPAS waktu  zohor tengah hari tu,aku bersiap untuk pulang ke KL.Semasa ingin memasukkan beg dan barang-barang ke dalam bonet,jiran-jiranku semuanya ada di luar rumah masing-masing.Semuanya buat-buat seoalah-olah tidak melihat,tetapi sebenarnya masing-masing sibuk nak tahu mungkin,siapalah jejaka yang aku bawak balik ni?Aku dah masak sangat dengan piil makcik-makcik yang tinggal berdekatan dengan rumah keluargaku ini.Busy body betul!Atau dengan kata lain.kpochi!Meluatlah dengan perangai diorang nih.

     Aku cepat-cepat memasukkan barang-barang ku ke dalam kereta.Baru saja aku ingin melangkah,tiba-tiba satu suara menegurku.Aku menoleh.Mak cik Semah rupanya.Aku memaniskan muka memandangnya.Walaupun aku tak berapa suka akan perangai orang tua ni,tapi pesanan emak dan ayah tetap ku ingat.Yang muda kena hormatkan yang tua.Jangan tunjuk kurang ajar.Relaks Syazreen…relaks.Buat-buat senyum.Aku berkata di dalam hati.

      “Oh..syazreen oi..dah nak balik ke?Mak kamu mana?Tak nampak pun dari semalam.”Soal makcik Semah.

      “Ha’ah,makcik.Dah nak balik dah.Emak ada kat dalam.”Jawabku sambil menghulurkan tangan bersalaman.Hmm…mesti tanya mak aku.Nak ajak bergosip lagilah tu.Kataku di dalam hati.

      “Lah..kenapa cepat sangat?Duduklah dua tiga hari dulu.”Katanya lagi sambil memandang-mandang ke dalam rumahku.Entah siapa yang dicarinya,aku pun tak tahu.

      “kalau boleh,memang nak sangat duduk lama-lama makcik.Tapi,tulah..kerja banyak kat KL tu.”Jawabku.Ketika itulah sahel muncul dari belakangku.

     “Hai sayang..”Soalnya sambil memandangku kemudian menyapa  makcik Semah.Dia menghulurkan tangan bersalaman dengan makcik Semah.”Apa khabar,makcik?”Soalnya ramah.makcik Semah mengangguk sambil tersengih-sengih.
    
    “Amboi..segaknya.Siapa ni Syazreen.Boypren kamu ke?”Tanya Mak cik Semah ingin tahu.

    “Kawan je makcik.”Jawabku seringkas yang mungkin.Kalau dah namanya Makcik Semah,Makcik Semah jugaklah.Tak sah kalau tak ambil tahu hal orang lain.Hai..tak faham betul aku.

     Yang dia ni satu hal lagi!Sayang..sayang!Tak sayang mulut betul. Aku menahan rasa geram yang teramat di dalam hati.Mamat ni memang nak  kena.Siap kau kejap lagi.Panggil aku sayang eh.Aku membiarkan mereka berdua berbual ‘mesra’.

     Aku meminta diri untuk masuk ke dalam kerana ada barang yang perlu ku ambil.Hah!Layanlah kau makcik Semah tu.jangan tak terlayan sudahlah kejap lagi.Aku ketawa di dalam hati.


   
“AWAK marah kat saya ke?”Soalnya memecah kesunyian.Ketika itu kami sudah pun berada di highway.Elly di belakang sudah terlena.
    
    “Saya ada buat salah ke?”Soalnya lagi setelah soalan yang pertama kali tadi tidakku jawab..

   “Memang awak buat salah dengan saya.”Jawabku tegas.

   “Boleh saya tahu apa salah saya?”Dia bertanya dengan tenang.

    “Kenapa awak panggil saya sayang kat depan-depan makcik tadi tu?Dah berapa kali saya cakap..jangan panggil saya sayang…awak tak faham ke?.”Marahku..

    “Lar..itu ke sebabnya?Ya Allah..Syazreen..Syazreen..saya ingatkan besar sangatlah salah saya tu.Rupanya..sebab tu je”Katanya sambil ketawa besar.

      Aku mendengus geram.”Bagi awak memanglah kecik..tapi,bagi saya kesalahan awak tu besar tau tak?Kan saya dah cakap..jangan panggil saya macam tu.Nanti orang fikir lain.”kataku tegas.Aku tak suka bila dia memanggilku sayang sebab perkataan tu membuatkan hati dan perasaanku tidak keruan.

     Dia mengerutkan dahi sambil ketawa lagi”Syazreen..makcik Semah tu tak fikir apalah.Dia Cuma fikir yang saya ni pakwe awak je.So,don’t worry ok.”Katanya selamba.

     Aku melopong seketika.”Awak cakap dengan dia macam tu?Sahel!Apa awak buat ni?Kenapa awak cakap dengan makcik Semah macam tu?”Aku merengus marah.Sahlah lepas ni..heboh satu taman,aku bawak balik pakwe.Menyesal pulak aku tinggalkan dia berbual dengan makcik Semah tadi.

      Dia ketawa melihatku.”Kenapa apa pulak?Kira ok saya cakap saya ni pakwe awak tau.Kalau ikutkan hati…saya nak aje cakap yang saya ni bakal suami awak tau..tapi,sebab saya fikir yang saya mungkin akan ditelan hidup-hidup oleh awak..saya batalkan niat murni saya tu.”Dia tersengih lagi.

      Aku ingin membuka mulut untuk membalas,tapi baru saja aku ingin mengeluarkan kata-kata,Elly mencelah dengan wajah pisatnya.

    “Woi..apa bising-bising ni?Aku nak tidur pun tak bolehlah.Kalau nak gaduh pun,tunggulah sampai KL dulu.Hish!macam budak-budaklah korang berdua ni.”marah Elly.Terganggu sebentar tidurnya.

    “Tengok..Elly dah terjaga.Awaklah ni Syazreen.Marah-marah saya lagi.”Katanya sambil meminta maaf kepada Elly.

    ”Sorrylah Elly..ni kawan kau ni.Asyik nak marah je kat aku.Apa yang dia benci sangat dengan aku entah.Nak kata aku ni tak handsome,handsomelah jugak kan.Entah-entah dia takut jatuh cinta kat aku kot?”Sindirnya lagi sambil tersenyum-senyum.

     Sekali lagi aku terlopong.Aku menjegilkan mata ke arahnya.Sahel Ketawa besar melihat mukaku yang sudah merah menahan geram.Ayatnya yang terakhir membuatkan hatiku berdebar-debar.Bertahanlah wahai hati.Jangan mengalah.Aku takkan jatuh cinta kat dia.Dia kawan baik aku.Aku mengingatkan diriku.

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...