Tuesday, May 3, 2011

~permaisuri hati~


                                                      Bab 21




Aku  sampai di rumah tepat jam 9.00 malam.Lampu di dalam rumah sudah terang benderang.Mesti Si Elly dah balik ni.Aku berkata di dalam hati.Sebaik sahaja menutup pintu dan grill,aku berpaling.Aku terkejut seketika sambil mengurut dada apabila melihat Elly yang sedang memeluk tubuh tersengih memandangku.Mukanya yang bertempek dengan bedak sejuk itu membuatkan aku terkejut.Huh!Kus semangat.

     “Weh,kau ni..terkejut aku tau!Ingatkan hantu manalah tadi.”Aku ketawa kecil sambil duduk di sofa melepaskan penat.

      Elly mengerutkan dahi.”kau kata aku hantu?Kurang asam!Eh,’hantu’ nilah yang selalu tolong kau tau.”Ujarnya sambil menarik muka masam.

     Aku Cuma tersengih.”Aik..takkan touching kot?Yelah..yelah…kaulah kawan yang paling baik sekali di abad ini.Takde orang tau yang boleh challenge!”Ujarku dengan nada mengusik.

    “Hah..hah..menyindirlah tu.Eh…kau pergi mana,hah?Dah waktu macam ni baru balik.Keluar dating eh?”soal elly dengan muka syak wasangkanya.Setahu dia,Syazreen takde cakap pun nak keluar hari ini.Semasa pulang,Syazreen tiada di rumah..hatinya mula risau.

    “Aku teman Sahel.Dia ajak pergi cari cincin.Letih betul aku.”Jawabku sambil mengurut-ngurut tengkuk.

   “Hai..senangnya setuju.Selalu tu,kena paksa dulu baru nak keluar.Ni dah tak payah nak paksa dah.Kau dah boleh terima dia eh?”Elly menyerkap jarang sambil menaik-naikkan keningnya.

    “Lah..salah ke?Lagipun dia yang beria-ia ajak.Kang kalau tak pergi,ada pulak orang cakap aku ni tak reti nak hargai kebaikan orang.”Kataku dengan nada menyindir.

    Elly tersengih.”Hmm..bagus.Ini satu perubahan yang bagus.Memang patut pun kau involvekan diri kau untuk persiapan kahwin korang tu.”Ujar Elly sambil matanya memandang tv.

    Aku Cuma mendiamkan diri.Penat seharian berjalan dan hampir beberapa jam berada di rumah keluarga Sahel,membuatkan mataku mengantuk.Aku membuka mataku apabila terdengar suara esakan kecil.Ku lihat Elly yang berada di depanku sedang menangis sambil mengesat-ngesat hingus.Ah,sudah!Apasal pulak kawan aku ni?Tadi ok je.Kalau iya pun gembira tengok aku keluar dengan Sahel tu,takkan sampai menangis segala.Aku menjadi hairan.

    “weh..kau kenapa?Kalau iya pun tak percaya aku boleh keluar dengan Sahel hari ni,janganlah menangis.”Soalku sambil mengusiknya.Touching pulak minah ni.

    Namun kata-kataku tidak diendahkan oleh Elly.dia terus mengesat air
matanya.Sesekali dia menghembus hingus pulak.Aku menjadi semakin bingung.Ku garu kepalaku yang tidak gatal itu.

    ”Elly…kenapa ni?.Kot ye pun touching,agak-agaklah.Aku tahu kau gembira aku keluar dengan Sahel.Tapi,janganlah menangis sampai macam ni.Tak cutelah.”Ujarku sambil ketawa kecil.

    Elly mengerutkan dahi.”Aku bukan nangis sebab kaulah.Perasan!”Marahnya.

    “Pulak..dah tu..kalau bukan nangis sebab aku..sebab apa pulak yang kau menangis bagai nak rak ni?”Soalku dengan muka konfius.

   “Aku nangis sebab tengok Hindustan tu.Sedih tau tengok cinta hero dengan heroin
yang tak kesampaian tu.”Jawabnya sambil mengesat-ngesat hingus.Habis tisu di atas meja yang berada dihadapannya dikerjakan.Nasib baik tisu cap TESCO je.Bisik Elly di dalam hati.

     Aku menepuk dahi sambil mengucap panjang.”Ya Allah.Elly..Elly..sebab itu aje ke?Aku ingatkan pasal apalah tadi.Hish…entah apa-apalah.Macam manalah si Hisyam tu boleh tahan dapat awek macam kau ni?Tengok Hindustan pun boleh nangis.Hai..tak faham aku.”Aku menggelengkan kepala sambil tergelak kecil.

    “Amboi..sedap aje kau mengutuk aku eh.Yelah,dah cerita ni sedih sangat..aku pun nangislah.Lagipun,bukan aku je yang menangis.Kalau kau tengok pun,aku confirm dengan kau..kau sekali pun sedih tau.Silap-silap boleh banjir satu rumah.”katanya bersungguh-sungguh.

    Aku sudah tergelak.”hah..aku nak tengok Hindustan?Hmm..silap-silap,cerita tu baliklah yang dok tengok aku.”Ujarku sambil bangun menuju ke dapur untuk membasahkan tekak.

    Sekembalinya aku dari dapur,Elly yang ku kira sudah stabil emosinya itu bertanya.”Macam mana erk bila kau dah kahwin nanti?Tinggallah aku sorang-sorang kat rumah ni.

    Aku tersenyum hambar.”Aku pun tak tahulah Elly.Aku ada jugak terfikir,macam mana kalau aku batalkan aje perkahwinan ni?”Soalku sambil memandang ke arah Elly dengan kening yang sengaja aku gerak-gerakkan.

     Elly yang mendengarnya ketika itu segera menoleh dengan kerutan di dahi.”Eh..kau gila ke apa?Jangan nak mengada-ngadalah..Persiapan semua dah siap tahu tak?Apalah kau ni.Kau ingat ini majlis kahwin olok-olok eh?Ei,jangan nak cari pasal.Aku tak sokong kau…dan tidak akan sesekali menyokong kau.”Ujarnya sambil menggelengkan kepala.Apa pasallah dengan kawan aku ni?Masuk air macam si Sahel tu jugak ke apa?

     “Ala..aku tak nak kahwin lagilah Elly.I’m not ready yet.Aku baru aje 25 tahun tau.Tak puas lagi nak hidup bujang.Lagipun,aku kesian kat kau.Nanti,kalau aku takde..kau tinggal sorang-sorang je kat rumah ni.”

.    Elly ketawa.“Lah..itu kau tak payah risau.Aku tahu nak jaga diri aku.Ini bukan pasal kau ready ke tak ready.Kalau ikutkan,umur macam kita ni,dah memang patut kahwin tau.So,bila dah ada orang nak tu..terima ajelah.Lagi-lagi si Sahel yang sempurna serba serbi tu.Apalagi yang tak kenanya?”Elly berkata dengan panjang lebarnya.

      “Ha’ah..sempurnalah sangat dia tu.Masuk air je aku tengok.Makin lama,makin teruk.Sakit tau kepala otak aku ni melayan kerenah dia tu.”Aku mendengus geram.Teringat peristiwa ketika di rumah keluarganya tadi.Habis-habisan dia dikenakan oleh lelaki itu dihadapan keluarganya.

       “Hish!Kau ni..ada ke panggil tunang sendiri masuk air.Tak baik tau.Tapi,kalau dia masuk air..kau masuk apa pulak erk?”Soal Elly sambil mengangkat-angkat keningnya.

      Aku tersengih.”Kalau dia masuk air..aku masuk..masuk..masuk bilik dululah eh.”Aku ketawa besar lantas berjalan meninggalkan Elly yang sedang mencekak pinggang.       
       

    “Kau pun,cepat-cepat sikit naik pelamin.cakap dengan Hisyam,jangan lambat-lambat.Manalah tahu,nanti ada pulak yang jatuh hati pada si Hisyam tu.”Kataku sebelum menutup pintu bilik.
     “Ewah…ewah..mentang-mentanglah kau dah nak kahwin,aku pun kau suruh kahwin jugak eh.Ei…tolonglah!Lagi satu,kalau si Hisyam tu betul-betul setia,dia mesti tunggu aku.”Elly membalas dengan suara yang lantang.

     Aku  tersenyum di balik pintu.Di dalam hati,aku sendiri masih lagi tidak percaya yang aku akan melangsungkan perkahwinan.Aku juga tidak pasti sama ada aku sudah bersedia sepenuhnya ataupun tidak.
   

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...