Tuesday, May 3, 2011

~permaisuri hati~


                                                         Bab 9




Elly!Cepatlah sikit..kita dah lambat ni.”jeritku kepada Elly yang masih berada di dalam bilik.Hari ni adalah hari pertama aku dan Elly memulakan tugas sebagai pensyarah.Aku tak mahu terlewat biarpun jam menunjukkan yang waktu sebenarnya masih awal lagi.Aku tidak mahu menghadapi kesesakkan jalan raya.Hidup di Bandar seperti Kuala Lumpur ni segala-segalanya kena cepat.Bak kata salah seorang rakanku yang pernah bekerja di ibu Negara ini.

        Elly terkocoh-kocoh mengunci pintu.Aku yang sudah pun menghidupkan enjin kereta menggelengkan kepala melihat telatah kawanku itu.Ish,perempuan ni..kelam kabut betul.

       Aku memandang elly dengan pandangan tajam.Elly yang melihat tersengih-sengih.

     “Aku tahulah aku lambat..janganlah pandang aku dengan pandangan menggoda macam tu.Malu tau.”Elly berkata sambil ketawa kuat.

        Aku turut ketawa.Aku mengundurkan kereta Myvi SE  kesayanganku yang berwarna oren itu.Kereta itu aku beli secara second hand dengan menggunakan duit loan yang aku dapat semasa belajar di kolej dulu.
 
      Disebabkan aku duduk bersama keluarga,jadi perbelanjaan tidaklah banyak sangat.Sebab itu aku dapat menyimpan sedikit demi sedikit duit pinjaman aku itu.Habis saja belajar,aku terus membeli kereta itu.

        Perjalanan kami agak lancar pagi ni kerana tidak banyak kereta.Mungkin kerana aku mengambil keputusan untuk keluar awal.Perjalanan dari Ceras ke Shah Alam mengambil masa kira-kira setengah jam.Kami sampai tepat pada pukul 8.00 pagi.Setelah melapor diri,aku diperkenalkan kepada pensyarah-pensyarah dan juga staf-staf kampus itu.Tiba-tiba,mataku tertancap pada seraut wajah yang memang aku kenal.Elly juga begitu.

        “Sahel!”Aku terjerit kecil.”Awak buat apa kat sini?”Soalku teruja.Patutlah hari tu dia ada cakap nak jumpa aku kat sini.Rupa-rupanya dia memang akan datang sini.Apa yang lebih menggembirakan lagi,kami akan bekerja di bawah satu bumbung.
    
         Sahel haqimy sudah tersenyum-senyum.”Saya dah agak..awak mesti terkejut punya tengok saya kat sini.”Dia ketawa seraya menyambung,”Saya kena tukar wak kat sini.”

         Aku mengecilkan mata.”Oh..sampai hati awak eh..tak bagitahu pun yang awak dapat transfer kat sini.”Kataku pura-pura merajuk.

         Sahel tersenyum.”Ala..wak..sorrylah.Saya bukan tak nak bagitahu awak.Saya nak buat surpriselah”Jawabnya sambil tersengih lebar.

        “Yelah tu.Surprise konon!”Kataku lagi.Aku tidak jadi hendak meneruskan ‘rajuk’ku apabila melihat muka Sahel yang tersengih-sengih macam kerang busuk itu.Terus aku tergelak-gelak sama.

        “Erm..tadi bukan main muram lagi..sekarang..bukan main happy geng aku sorang nih.dah jumpa boyfriend..oppst..tersasul..best friend kesayangan dia,terus hilang monyoknya.”Elly yang sejak tadi mendiamkan diri ketawa sambil menyakatku.
    
       Aku membeliakkan mata.”Apalah kau nih..mana ada aku buat muka monyok.pandai-pandai je.Awak jangan dengar cakap Elly ni..saja je nak mengusik.”Kataku sambil tersengih memandang kedua-duanya.
  
      Sahel turut tersenyum.”Takpe..saya faham.

     “Apa yang awak faham?”Soalku
  
     “Saya faham..betul apa yang Elly cakap tu.”Dia dan Elly sudah terkekek ketawa.Aku merengus geram.Cis!tak guna punya member.Dia kenakan aku.Kurang asam!






PETANG itu,aku dan Elly sampai ke rumah agak lewat sedikit kerana jalan jammed.Aku terus duduk di atas sofa sambil melepaskan penat.Elly pula terus menuju ke dapur.Sebentar kemudian,dia kembali sambil membawa secawan air.Aku yang sedang  berbaring sambil melelapkan mata,terkejut apabila ditepuk olehnya.

      “Ini ruang tamu..bukan bilik tidur.Nak tidur pergi masuk bilik.”Sindir Elly sambil ketawa kecil.Aku yang mendengarnya juga turut tersenyum lantas bangkit.

      “Aku penatlah..sabarlah dulu.Lenguh tau kaki aku ni drive dari Shah alam tu ke sini.”balasku sambil meminum air yang dibawa oleh Elly dengan penuh rakusnya.

       Elly yang melihat,terus membeliakkan matanya.”Weh..tu kan air aku.Penat tau aku ambik kat dapur.”Elly menampar bahuku.

      Aku yang sedang meneguk air tersedak-sedak seketika.

     “Sakitlah!Hish..mintak sikit pun tak boleh.Dengan aku pun nak kedekut!”Aku meraba-raba bahuku yang ditamparnya tadi.

     “Sikit kau cakap?Kau tengok,sampai dah nak habis kau kerjakan..”Elly menempelakku.Aku tersengih-sengih memandangnya.

    “Oppst..iya ke?Sorrylah..tak perasan lak.Tulah kau,lain kali ambikkan sekali air aku..ni tak,ambik air kau je.So,nasiblah kalau aku tibai.”aku menjawab selamba.

    “Ee..nasib baiklah kau ni kawan aku tau..kalau tidak..aku suruh kau pergi ambik balik air tu.”Elly merengus geram.Aku cuma tersengih.Suasana sepi seketika antara kami.Masing-masing melayan perasaan.

     “Eh..Reen..aku peliklah..”Elly bersuara tiba-tiba.

     Aku mengerutkan dahi.”Apa benda yang kau pelik?”Tanyaku hairan.Elly ni,ada aje benda yang dirasakan pelik.

    “Yelah..macam mana si Sahel tu boleh ada kat sini erk?Maksud aku kat kampus tadilah.Tiba-tiba je ada.Dah tu..lapor diri sekali dengan kita pulak tu.Kau tak pelik ke?”Elly memuntahkan pertanyaannya satu persatu.

     “Entah..aku pun tak expect dia boleh ada kat situ.Hari tu dia tak cakap pun yang dia kena transfer ke apa..tup..tup..dah ada je kat depan mata.”Aku ketawa apabila teringatkan insiden tadi.

       Elly pun turut ketawa.”Jangan-jangankan …dia saja kot mintak transfer..sebab dia nak dekat dengan kau.Aku rasakan,dia tak anggap kau setakat kawan baik je tau.Dia mesti anggap kau lebih.”Elly membuat telahan sambil tersenyum-senyum memandangku.

        Aku ketawa besar.”Pandailah kau Elly.Suka sangat buat teori sendiri.Dia tu kan macam kau jugak..kawan baik aku.So,kalau kau boleh dapat kerja kat tempat yang sama dengan aku..kenapa tak dia?Lagipun,aku tak mungkinlah nak anggap dia lebih dari kawan..kau pun tahukan,aku macam mana?”Ujarku dengan panjang lebarnya.

       “Hish..tak baik cakap macam tu.Itu sombong namanya kau tau tak?Memanglah buat masa sekarang ni,kau beranilah cakap..yang kau takde apa-apa perasaan kat dia.

       Mana tau satu hari nanti kau ter’ada’ perasaan kat dia.Hah..time tu,kau jangan sibuk-sibuk cakap dengan aku yang kau dah jatuh cinta,eh.Lagipun,mana ada istilah kawan baik antara lelaki dengan perempuan!Takdelah.”

       Giliran Elly pulak yang bercakap dengan panjang lebarnya.Terserlah gaya seorang pensyarah.Aku tersenyum memandangnya.

     “Apa-apalah Elly…buatlah banyak-banyak teori.Aku nak masuk bilik.Nak mandi.”ujarku sambil berlalu meninggalkannya di ruang tamu.

    “Hah..tulah dia..bila aku cakap,kau buat-buatlah nak pergi mandi segala.Hish..tak paham betul aku dengan perempuan nih.Ada orang nak..dia jual mahal.”Elly membebel seorang diri.

     Pelik betul dengan perangai sahabatnya itu.Suka sangat mengelak bila orang bukak cerita pasal ni.Walaupun,rakannya itu selalu di anggap sombong oleh sesetengah orang kerana raut wajahnya yang  serius,tetapi dia memiliki senyuman yang manis apabila tersenyum.Elly terperanjat  apabila sebiji bantal terjatuh di atas ribanya.

     “Oit!Makcik..berangan lagi ke?bawak-bawaklah pergi mandi.Tak payah peningkan kepala otak kau tu fikirkan masalah aku.”Aku menjerit dari arah pintu bilik sambil ketawa mengekek.Elly turut menjerit sambil membaling bantal tadi ke arahku.Kami ketawa akhirnya.





MALAM  itu,aku dan Elly keluar untuk membeli barang-barang keperluan dapur.Kami ke Pasar Raya Mini Market yang terletak berhampiran dengan rumah sewa kami.Ketika pulang,aku dan Elly singgah di kedai makan untuk mengisi perut.
   
      “Barang dapur dah beli..tapi,makan still kat kedai lagi.”Elly bersuara sebaik saja kami duduk.

       Aku tersenyum.”Barang dapur je..bukan makanan yang dah siap masak.Kalau makanan yang dah siap masak,confirmlah aku tak tercongok kat sini.”Kataku sambil disambut dengan ketawa kecil dari Elly.

      “Takpe..barang dapur dah ada.So,nanti kita gilir-gilirlah masak.”Elly memberi cadangan.Aku mengangguk setuju.

      “Aku tak kisah.Asalkan kita ni tak mati kebulur..sudahlah.”Sekali lagi kata-kataku membuatkan Elly ketawa.Aku juga turut sama ketawa. Setelah memesan makanan masing-masing,kami melayan perasaan sendiri.
     
      “Tak sangka kan Reen..cita-cita kita nak jadi pensyarah tercapai jugak akhirnya.Aku happy sangat-sangatlah.”Luah Elly mengenai perasaan gembiranya.
    
      Aku tersengih.”Inilah dinamakan rezeki.Aku pun tak sangka yang cita-cita aku selama ni dah tercapai.Semua berkat doa kita kot and doa mak bapak jugak.”

       “Hmm..betul..betul..betul.”Kata Elly sambil meniru dialog kartun kegilaan ramai,Upin dan Ipin.”

      “Tapi..yang lagi tak sangkanya,kita dapat jadi pensyarah kat tempat yang sama.Duduk serumah lagi pulak tu.Memang kita nih senasiblah,kan?”Tutur Elly lagi.

      Aku hanya mengangguk sambil tersenyum.”Tulah pasal..memang pun.Tapi,aku terfikir jugak..macam manalah agaknya kalau aku tak dapat kerja?kau pun tak dapat kerja lagi.Apa kita nak buat erk?”Soalku.

      “Hish,kau ni..tak reti-reti lagi.Dah tentu-tentulah jadi penanam anggur paling berjaya lagi terhormat!”Elly ketawa besar.Aku turut ketawa.Sedang kami sibuk bergelak ketawa,terdengar satu suara menegur.Aku dan Elly segera menoleh.Sahel!

      “Hai..awak.Buat apa kat sini?Hah,Elly..kau pun ada.”Sahel Haqimy menegur dengan senyuman sambil menarik kerusi tanpa disuruh.
 
      “Eh..eh..awak ni.Apa punya soalanlah.Dah tentu-tentulah datang sini nak makan..takkan nak tengok konsert pulak.”Kataku dengan nada menyindir.Aku tersenyum memandangnya.

      “Entahlah kau ni.Nama aje pensyarah.Tapi,soalan..tak mencabar minda langsung.”Giliran Elly pulak yang berkata.

      Sahel Haqimy menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu sambil tersengih-sengih menyedari kesilapan sendiri.

     “Ok..ok..sorry.Korang berdua,memang sukakan?Pantang salah sikit.Ada aje modal nak kenakan aku..”Sahel Haqimy membalas.Sahel Haqimy berasa gembira sekali malam ini kerana terserempak dengan Syazreen.Dia baru berura-ura untuk mengajak gadis itu menemaninya keluar makan.Mungkin ini satu kebetulan yang memang sentiasa diharapkan.

      “Sapa suruh salah cakap?”Aku menyoal sambil ketawa kecil.Masih ingin mengenakan lelaki itu.Suka aku melihat mukanya yang sudah mula merah menahan malu,mungkin juga menahan geram.Elly turut ketawa.Kombinasi antara aku dan Elly memang seringkali menjadi lebih-lebih lagi dalam bab mengenakan orang.

      “Yelah..yelah..sampai hati korang buli saya.Takpelah..saya nak baliklah macam ni.”Sahel Haqimy pura-pura merajuk.Dia sudah pun mengangkat punggung untuk beranjak.

      Aku dan Elly berpandangan sesama sendiri.”Ala..ala..merajuk pulak.Tak handsomelah orang tua merajuk.Sorrylah wak..kitorang guraulah ajelah. Kenapa emo pulak malam ni?”Aku memujuknya sambil tersenyum kecil.Hai..dah tua-tua Bangka pun nak merajuk.Sahel..Sahel..kelakarlah dia ni.Ujarku di dalam hati.

     “Entahlah kau ni.Baru kena buli dengan kitorang dah nak blah.Macam mana kau nak jaga Syazreen,kalau macam ni?”Elly berkata dengan selambanya.

      Aku terkedu seketika sambil memandang ke arah Sahel yang sudah tersenyum-senyum itu.Pulak dah!Apahal pulak minah ni..nak kait-kaitkan aku segala.Hish,mulalah tu nak merepek.”Apa kau cakap ni Elly?Aku tahu kau lapar..sabar kejap eh..Tapi,tak payah nak merepek boleh tak?”Marahku sambil menampar bahunya.Dia hanya tersengih dengan wajah tak bersalahnya.

     Sahel yang sudah pun duduk semula melepaskan tawanya.”hah..tahu takut.Saya baru gertak aje tu.Elly,kau jangan risau Elly.Syazreen ni,selagi aku ada dekat sini..aku akan jaga dia betul-betul punya.kau tak payah risaulah.”Dia ketawa sambil mengeyitkan mata ke arahku.Aku mencebikkan bibir.

    “Yelah..dah..dah..korang ni,kalau layan..lagi parah jadi dia.Hah,awak ni,dari tadi lagi asyik membebel aje.Tak nak order ke?Ingat boleh kenyang ke kalau setakat mengusik saya tak henti-henti tu?”Soalku mematikan topik perbualan yang seakan-akan sudah menyimpang jauh itu.

     Sahel tersengih.”Oh..ya.Lupa pulak.Awak order apa ya?Mee soto ke?”

     Aku mengangguk.Dia turut mengangguk lantas membuat pesanan yang serupa dengan menu yang aku pesan.Selera kami berdua memang sama.Kebetulan yang jarang sekali terjadi.Mungkin disebabkan itu,kami serasi berkawan baik,sehinggalah sekarang.Kami bertiga menikmati makan malam sambil bercerita.Riuh jadiknya apabila tiga sahabat berkumpul satu meja.

   


No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...