Tuesday, May 3, 2011

~permaisuri hati~

                                                         Bab 13




Aku  memasukkan beg pakaianku ke dalam bonet kereta.Aku dan Elly akan pulang ke kampung bersama-sama.Kami sama-sama orang melaka.Walaupun kampung Elly yang sebenar adalah di Terengganu,tetapi keluarganya sudah lama menetap di Melaka.Sebelum sampai ke rumahku,aku akan melalui hadapan rumah Elly dahulu.Elly tidak berani memandu.Sebab itu,keretanya ditinggalkan di kampung.

       Rancangan untuk pulang ke kampung ini,tidakku khabarkan kepada Sahel.Sengaja ku buat begitu,kerana tidak mahu dia tahu.Kalau dia tahu,sudah tentu dia mahu mengikutku balik juga.Aku malas mahu membawanya sama.Takut nanti disalah erti oleh keluargaku terutama emak dan ayah.Elly muncul dengan beg yang sarat-marat.Penuh di kiri kanan tangannya.Aku yang baru sahaja mahu memanggilnya terkejut bercampur hairan.

      “Weh..kau nak balik kampung ke..kau nak pindah nih?Yang kau angkut beg banyak-banyak ni kenapa?”Sindirku sambil ketawa besar.Pelik sungguhlah Si Elly ni.Nak balik dua hari je,tapi dia punya angkut beg tu,macam nak balik dua tahun.

       Dia tersengih.”Bukan aku punyalah.Aku punya satu ni je.”Ujarnya sambil menunjukkan beg kepunyaannya yang di pegang di tangan sebelah kanan.Elly terus meletakkan beg-beg itu ke dalam bonet kereta dengan selambanya.
    
     “Dah tu..kalau bukan kau punya,siapa pulak yang punya?”Soalku hairan.
  
      Belum pun sempat soalanku dijawab..tiba-tiba terdengar satu suara di belakangku.Suara yang memang familiar di pendengaranku.Sahel!Aku menoleh.

      “Saya punya.”Lelaki itu menjawab dengan senyuman manisnya.

       Aku terkejut.Macam mana dia boleh ada kat sini ni?Takkan dia tahu kot aku nak balik kampung?Aku memandang Elly dengan seribu satu persoalan.

      “Awak buat apa kat sini?Sergahku.”Macam mana beg awak boleh ada pada Elly pulak?”Soalku lagi.

     Sahel haqimy masih lagi tersenyum.”Lah..Elly tak bagitahu awak ke?Saya nak ikut awak balik kampunglah.Nak jumpa bakal mak and ayah mertua saya.Kan Elly?Anyway..Elly,thanks tau tolong simpankan beg aku ni.”

     Jawabnya selamba sambil sempat mengucapkan terima kasih kepada Elly.Sebenarnya,minggu ini adalah minggu di mana dia telah berjanji dengan uminya untuk pulang,tetapi disebabkan Elly memberitahunya bahawa dia dan Syazreen akan pulang ke kampung,dia terus membatalkan rancangannya itu,lantas membuat keputusan untuk mengikut Syazreen pulang ke kampungnya.Puas jugak dia hendak menerangkan kepada Uminya.

      Aku yang mendengarnya terlopong seketika.Macam mana dia boleh tahu aku nak balik kampung hari ni?Aku memandang Elly.Dia sudah tersengih-sengih.Oh..ni kerja kau rupanya Elly.Bersekongkol dengan mamat ni.Jaga kau!
    
     “Apa?Bakal mak mertua?Hello…tolong sikit eh.Sejak bila pulak awak ada bakal mak mertua ni?”Soalku sinis.
  
     “Awak ni..buat-buat tanya pulak..sejak saya upgrade status hubungan kitalah.Dari kawan baik..sekarang saya dah jadi pakwe awak.Tak lama lagi akan jadi suami awak pulak,so..mak and ayah awak tu kira bakal mertua sayalah.”Ujarnya sambil masih tersenyum manis.

     Aku yang mendengarnya terlopong.Pakwe?Hish..bila pulak aku terima dia jadi pakwe aku?Sahel ni memang buat aku geram betullah!

     “Eh..hello..bila pulak saya declare awak tu pakwe saya?Jangan nak perasanlah!”Kataku sambil mencari-cari kelibat Elly.”Hah!Elly,kau nak pergi mana tu?Tak payah nak escape eh.Sini kau.”Elly yang ketika itu baru saja ingin melarikan diri terperanjat apabila disergah olehku.Dia tersengih-sengih memandangku.
 
     ‘Aduh..mati aku!’Elly berkata di dalam hati. Elly tidak jadi hendak melarikan diri.Dia terkulat-kulat memandangku.

     “Aku tak peduli apa kau nak cakap..yang aku nak tahu,macam mana mamat ni boleh tahu rancangan kita nak balik kampung hari ni?”Soalku dengan nada suara yang seakan-akan marah.Aku dan Elly ketika itu sedang membelakangkan Sahel.

       Elly sudah tersengih-sengih. ‘Sorrylah Reen..Sahel ugut akulah.Dia kata,kalau aku tak bagitahu semua aktiviti dan rancangan kau kat dia,dia tak nak belanja aku KFC.Aku dah lama tak makan KFC.So,bila dia cakap macam tu,aku terpaksalah bagitahu.Sorrylah Reen.”Jawabnya lambat-lambat sambil tersenyum kelat.

      Aku menjegilkan mata apabila mendengar jawapan ‘budak tadika’ dari Elly.

     “What?Sebab dia ugut tak nak belanja kau KFC,kau sanggup bagitahu kat dia semua
benda yang aku buat?Hei…kau ni dah kenapa Elly?Ya Allah!Eh,minah..setakat KFC,aku pun boleh belanjalah!Yang kau terima rasuah murah dari dia tu,kenapa?”Aku menempelak Elly.Geram sungguh hatiku melihatnya.

      “Eh…tak murahlah..mahal jugak tau.Dia janji nak belanja aku pizza hut jugak.McDonald  pun sekali tau.”Elly menjawab dengan selamba.

      Aku sudah mencekak pinggang.Geramnya!Belum pun sempat aku menyambung,Sahel telah pun mendapatkan kami.

      “Sayang..awak janganlah marah Elly.Kesian dia.Tengok dah nak nangis dia awak buat.Kalau bukan sebab dia bagitahu kat saya yang awak nak balik kampung hari ni,sampai bila-bila saya takkan tahu.Kalau nak marah,awak marah je saya..okey.”Ujar sahel Haqimy sambil sempat lagi bergurau menyakat Elly yang masih terkebil-kebil dengan muka tak bersalahnya itu.

     Bertambah sakit kepalaku melayan manusia dua orang ni.”Tak payah nak bersayang-sayang dengan sayalah.Geli tau tak!Memang nak marah pun!Yang awak ni,janji dan ugut si Elly yang dah besar panjang ni dengan kata nak belanja dia KFC lah..pizza hut lah..mcDonald lah segala tu,kenapa?”Jerkahku dengan garangnya.

      “Yelah..dah dia kata,dia dah lama tak makan KFC..jadi,saya katalah saya nk belanja dia.Takkan itu pun salah?Lagipun,dia dah susah payah tolong saya.So,saya kenalah balas balik kebaikan dia tu.”Jawabnya.Juga dengan wajah selamba.

     Aku merengus geram.Baru saja aku mahu membuka mulut..Elly mencelah.

    “Eh..wait..wait.Korang berdua ni,boleh stop bergaduh sekejap tak?Simpan dulu.Kejap lagi sambung.Tunggu korang berdua ni bergaduh,aku confirm dan pasti..sampai besok pagi pun belum tentu habis.So,sekarang ni..jom gerak sebelum aku pulak yang mengamuk!”Kali ni giliran Elly mengugut.Dia menonong menuju ke kereta.

     Aku terdiam.Tak sedar pula yang kami masih berada di rumah.Aku lantas membuka pintu kereta di bahagian pemandu.belum sempat aku melangkah masuk,Sahel menahanku.”Apa lagi?!”Soalku garang.

      “Apa kata..awak,biar saya drive.Awak tu tengah marah.Tak baik bawak kereta time tengah marah..nanti membahayakan nyawa semua orang tau.Lebih-lebih lagi saya.”Katanya selamba sambil merampas kunci kereta dari tanganku.

       Aku dan Elly berpandangan seketika.Elly tersengih-sengih sambil menganggukkan kepala tanda setuju dengan kata-kata lelaki itu.Aku mengetap bibir sambil cuba menahan geram.




KAMI bertiga sampai di Melaka,tepat pukul dua belas tengah hari.Aku sudah pun memberitahu emak yang aku akan pulang hari ni.Setelah menghantar Elly ke rumah,aku dan Sahel meneruskan perjalanan ke rumahku pula.Sampai saja,emak sudah menanti.Aku melangkah keluar dari kereta dan terus mendapatkan emak.Sahel mengikut dari belakang.
 
     “Assalamualaikum,mak?Mak sihat?”Aku memberi salam sambil mencium tangan emak

      “Walaikumsalam…sihat.Hah,kata balik dengan Elly?Ni bukan Elly ni.”Soal emak sambil tercari-cari wajah si Elly.Puan Salmah hairan melihat anak daranya membawa balik seorang lelaki.Tak pernah dilihat pulak tu.

       Aku tersenyum mendengar pertanyaan itu.”Mak ni..Elly tu kan ada mak ayah.Dia balik rumah mak ayah dialah.Nak balik rumah kita buat apa?”Jawabku sambil memperkenalkan Sahel kepada emak.

      “Ni kawan orang mak.Sahel.Dia saja je nak ikut balik ni.Maklumlah..orang takde kampung.”Sindirku sambil menjeling geram ke arah lelaki itu.Padan muka kau!Nak sangat ikut aku balik kampung,kan?Hah,rasakan!

       Sahel Haqimy membulatkan biji matanya memandangku kemudian dia tersenyum ke arah emak sambil bersalaman.”Mak cik..apa khabar?Sihat?Saya sahel..”Ujarnya memperkenalkan diri.

       Emak menjawab dengan ramahnya.”Khabar baik,sihat Alhamdulillah.Satu tempat kerja dengan Syazreen jugaklah ni,ya?”Soal emakku lagi.

      Sahel Haqimy mengangguk.”Ya makcik.”Jawabnya dengan sopan santun yang mengalahkan aku.

      Aku memanjangkan leherku ke dalam rumah.”Ayah mana mak?Adik-adik?Arisya tak datang ke mak?Senyap sunyi je.”Soalku dengan panjang lebar.

      “Ayah kau..pergi kedai tadi.Syazlan macam biasa,hari-hari sabtu macam ni..tak lekat kat rumahlah dia.Syazwan ada aktiviti kat sekolah.Arisya hujung minggu macam ni,manalah datang Syazreen oi.Mak dia cuti.”Jawab emak juga dengan panjang lebarnya.

      “Oh..ingatkan dia datang hari ni.Lupa pulak hari ni hari sabtu.Baru ingat nak main-main dengan dia.”Aku tersengih-sengih sambil menggaru kepalaku yang tidak gatal itu.

      Eh..jomlah masuk.Apa yang tercegat lagi kat sini.Jom masuk.Syazreen..ajak Sahel masuk.Kita makan tengah hari sekali.”Emak sudah masuk ke dalam.

       “Yelah mak..orang nak ambik beg kejap.Sahel mengekoriku. Aku membuka bonet dan mengambil beg pakaianku.Sahel turut mengeluarkan beg bajunya.Belum pun sempat aku melangkah,dia menarik lenganku.Aku yang terkejut,segera menepis tangannya itu.

         “Jangan pegang-pegang boleh tak?”Marahku.

         “Sorry..terpegang.”Jawabnya sambil tersengih-sengih.”Oh..pandai eh awak Syazreen..kenakan saya depan mak awak.”

        Aku sudah tersenyum.”Kenapa pulak?Tak puas hati?Biarlah.Padan dengan muka awak!Saya dah kata,jangan ikut saya balik..awak degil…nak ikut jugak.So,sekarang tak payah nak complain ya.”

        Sahel merenungku geram.”Awak ni…nasib baik saya sayang sangat kat awak tau.kalau tidak….dah lama saya mengadu kat mak awak yang awak buli saya.”

       “Awak jangan nak buat cerita bukan-bukan kat mak saya eh.”Aku memberi amaran.

      “Kenapa pulak?Takut?Biarlah.Lagi bagus.Biar mak awak tahu perangai nakal awak tu.”Dia menuturkan kata-kata yang agak sama bunyinya dengan kata-kataku tadi.

     Aku yang baru saja mahu membalas kata-katanya itu,terhenti apabila emak memanggilku.

      “Syazreen!Buat apa lagi kat luar tu?Ajak Sahel masuk..Hish,budak ni.Ada ke kawan datang dia bagi duduk kat luar je.Tak senonoh betul!Cepat masuk dalam!”Emak membebel dari dalam.

     “Yelah mak!”Jeritku sambil mendengus geram ke arah Sahel yang ketika itu sudah tersenyum-senyum.Aku melangkah masuk.Lagi lama aku kat sini dengan dia..lagi sakit jiwa aku!Sahel sudah ketawa terbahak-bahak melihat mukaku yang sudah merah menahan geram.Dia mengekoriku dari belakang.



MALAM itu selepas selesai makan malam dan menolong emak mengemas meja,aku berlalu melangkah ke ruang tamu.Kelihatan ayah dan Sahel sedang berbual.Mesra bunyinya.Sahel ku lihat sedikit pun tidak kekok melayan ayahku.Dengan emak aku pun macam tu jugak.

      Aku duduk di atas sofa sambil membantu adik bongsuku membuat kerja sekolahnya.Sesekali,aku terasa seperti Sahel sedang memerhatikan aku.Aku Cuma memandangnya dengan ekor mata saja.

      Emak muncul dari dapur sambil menatang dulang berisi air kopi.Aku bangun mengambil teko yang berisi air kopi itu dari tangan emak.Emak pula membawa cawan dan sepinggan biskut.

      “Mari minum Sahel..air kopi je malam-malam macam ni.”Pelawa emak sambil menuangkan air kopi itu di dalam cawan.

       Sahel mengangguk sambil tersenyum.”Takpe makcik.Boleh buat ubat tahan mengantuk,ya tak?”Katanya sambil ketawa.Emak dan ayahku juga turut ketawa.

      Aku yang ketika itu baru saja mahu melangkah meninggalkan mereka,tiba-tiba emak memanggilku.”Eh..Reen..nak ke mana tu?Mari sini..tolong tuangkan air untuk Sahel ni.”Arah emak.

     Aku mengerutkan dahi.Ish,takkan tuang air pun tak reti kot?Mengada-ngadalah dia ni.Rungutku di dalam hati.”Eh..bukan ke mak dah tuang tadi?”Soalku hairan.Setahu aku,tadi aku nampak mak tuang air tu.Takkanlah dah habis kot.Hish,cepat betul mamat ni habiskan air.Aku menggaru-garukan kepalaku yang tidak gatal itu.

      “Mak kau tuangkan untuk ayah  je.Takkanlah untuk Sahel pun mak nak tuangkan jugak.”Ayah berkata sambil tersenyum mengusikku yang ketika itu sudah pun duduk berdekatan dengan lelaki itu.

     Aku mengetap bibir lantas menuang air ke dalam cawan yang sudah pun dihulurkan oleh Sahel.Dia melemparkan senyuman manisnya kepadaku.Aku buat-buat tak tahu.Nampaknya ayah pun dah mula nak kenakan aku.Ini tak boleh jadi ni.Mesti emak dan ayah fikir yang aku dan Sahel ada hubungan istimewa.Hish,ni semua sebab mamat tu.Kenapalah dia ikut aku balik?Menyemak je!

     Aku tersedar apabila semua mata tertumpu kepadaku.”Kenapa semua pandang orang macam tu?”Soalku lambat-lambat.

     “Memang sah anak awak ni tengah berangan salmah oi..berangan nak kahwin.Tengok tu,sampaikan tuang air pun boleh tumpah.”En.Arshad ketawa menggelengkan kepala.

    Ketika itu barulah aku perasan yang air di dalam cawan sudah pun penuh sehinggakan tertumpah dan terkena kain pelikat yang dipakai oleh Sahel.

    “Sorry.Tak sengaja.”Ujarku meminta maaf sambil berlalu ke dapur.Aduh..malunya.Macam mana boleh tumpah ni?Aku menyumpah di dalam hati.Beberapa minit kemudian,aku kembali membawa kain buruk untuk mengelap kesan tumpahan air tadi.Selesai mengelap,aku terus berlalu ke dapur.

      “Maaflah Sahel…Si Syazreen tu memang macam tu.Buat kerja sikit,berangan je yang lebih.Makcik selalu marah.tapi,muka dia selamba aje.Macam tak buat salah.Mak cik tak tahulah macam mana dia bila dah kahwin nanti.”Puan Salmah  berhujah panjang tentang perangai anak perempuan bongsunya itu.

      Sahel ketawa.”Tak apalah makcik.Dia tak sengaja tu.Saya ke dapur kejap ya makcik,pakcik.”Ujar Sahel sopan meminta izin.

       “Ehem..”Sahel haqimy berdehem.Aku yang sedang membasuh cawan di sinki terkejut lantas menoleh.

      “Awak boleh tak kalau tak terkejutkan saya macam tu?Boleh sakit jantung tau tak!”marahku.Masuk air betullah dia ni.

     “Sorry..sorry..i’m sorry ok.Yang awak tu tengah basuh pinggan pun boleh lagi berangan,sapa suruh?Sebab tu bila saya panggil pun awak tak dengar.Asyik berangan je.kalau berangankan saya,takpelah jugak.”Usiknya sambil ketawa kecil.

    “Pandailah awak.Bila masa pulak saya berangan?Lagi satu,kalau berangan pun,buat apa nak berangankan awak.Buang karan je!”Jawabku dengan penuh sinis.

     Dia tersenyum.Lelaki ni memang amat mudah tersenyum.Walaupun kata-kataku sejak kebelakangan ni banyak yang menyakitkan hati,tapi dia tetap tersenyum.Itu satu kelebihannya.
  
     “Sayzreen..syazreen..sampai hati awak eh.Sikit pun awak tak pernah berangankan saya.Saya hari-hari berangan ingatkan awak tau.”Bicaranya dengan penuh perasaan sambil cuba memegang tanganku.Aku segera menepis.

     “Eh..sapa suruh?Saya tak pernah suruh pun kan?Gasak awaklah.Lagi satu,jangan nak gatal pegang-pegang tangan saya eh.Awak dengan saya..kita bukan muhrim tau.So,control yourself  tu sikit,ya”Jawabku dengan nada tegas.Nak pegang-pegang pulak mamat ni.Ingat aku apa?Aku pantang tau orang lelaki pegang-pegang aku ni.Hish,tah apa-apa!Rungutku di dalam hati.
   
     Dia tersengih.”Oh..okey..okey..I won’t touch you anymore.Sorry,tak sengaja.Saya rasakan Syzreen..saya kena meminang awak cepat-cepatlah so that,nanti takdelah asyik kena sound je kan.”Katanya sambil mengusikku.

     “Jangan harap.kalau nak kena reject,trylah.”Cabarku.
 
      “I will sayang..i will.”Katanya lantas berlalu meninggalkan aku.

      Aku berpaling ke belakang.Aku melepaskan keluhan berat.Sahel..Sahel..kenapalah kau buat macam ni?Aku keliru.Jejaka itu semakin hari semakin menjadi-jadi perangainya.Aku takut kalau-kalau aku tak dapat nak bertahan.

     Aku segera berlalu untuk masuk ke bilik.ketika melintasi ruang tamu,mataku dan Sahel bertaut.Dia mengenyitkan matanya ke arahku.Aku menjelirkan lidah mengejeknya.Gatal!Depan bapak aku pun kau berani eh.Memang sah masuk air!Dengusku di dalam hati.

        Aku sudah duduk di atas katil.Ketika hendak baring,lagu Lucky nyanyian penyanyi Jason Mraz kedengaran dari handphoneku.Aku mengangkatnya setelah melihat nama gerangan si pemanggil.

        “Weh..gengku.Amboi..amboi..mentang-mentanglah bawa balik bakal menantu untuk mak,geng kau yang kat sini pun kau lupa eh?”Terjah Elly tanpa memberi salam.

        Aku tergelak.”Hish..kau ni..dengan salam takde..apa takde..tiba-tiba main terjah je.Mana kau punya adab sopan  ni?”Ujarku pura-pura marah.
   
       “Oppst..sorry..lupa.Assalamualaikum wahai sahabatku.”Dia ketawa mengekek.
    
      “Walaikumsalam..hah,boleh pun bagi salam.Kau sukakan buat aku jadi ustazah sekejap.”kataku tergelak.Elly turut tergelak.
    
     “Yelah...aku bukan apa..teruja je.So,macam mana?Lulus tak bakal menantu mak kau tu?”Soal Elly sambil tergelak-tergelak.
   
     “Ee..tolonglah.Kau tahu tak,aku tengah bengang ni.Kau jangan nak tambah bengang aku lagi,boleh tak?”Kataku meluahkan perasaan.
   
     “Loh..bengang?Kenapa pulak?”Tanyanya hairan.
   
     “Macam manalah aku tak bengang..apa aku buat semuanya tak kena.Yang bapak dengan mak aku pulak,asyik dok kenakan aku je.Dia kata aku ni kuat beranganlah..apalah.Hish,buat malu muka je.Depan-depan si sahel pulak tu!”Jawabku geram.
    
     Elly ketawa besar.”Ya ke?Padan muka kau!Betullah tu..kau memang suka berangan apa..tapi,kenapa kau nak malu pulak?Kau sendiri kata yang Sahel tu kawan baik kau.Macam aku ni.So,buat apa nak malu?Dengan aku kau tak malu pun..hai,kenapa tiba-tiba dengan si Sahel tu kau jadi pemalu pulak?”Soalnya dengan nada menyindir.

    Aku terdiam sekejap.Ha’ah erk.Kenapa aku nak malu pulak?Padahal,si Sahel tu kawan baik aku.Bukan pakwe aku pun.Hish,takkanlah aku dah ada hati kat dia kot.Ee..tak mungkin..tak mungkin.Impossible!
     
    “Memanglah.Tapi..of courselah aku malu.Sebab dia tu lelaki,kau tu perempuan..mana sama.Apalah!”

     “Ya ke?Ke kau dah ada hati kat dia.That’s why kau malu.Betul tak?”Elly menyerkap jarang.Sekali lagi membuat teori.

      Aku ketawa kecil cuba menyembunyikan perasaanku ketika ini.”Eh..pandailah kau.Mana ada.Still macam dulu ok.He’s only  my best friend.”Kataku bersungguh.”

     Yelah tu.Ok..we’ll see…sampai bila status best friend tu akan bertahan.Eh..besok balik KL pukul berapa?”Soal Elly.
   
     “Em..macam biasalah.Lepas zohor.”Balasku.

     “Oh..ok. Jangan lupa jemput aku.Nanti dah sibuk berseronok dengan Si Sahel tu,kau lupa pulak kat geng kau yang sorang ni.”Ujarnya mengusikku.Kemudian dia ketawa.
  
    Aku turut ketawa.”Yelah..makcik oi.Hish,macam mak neneklah kau ni.Dahlah,aku nak tidur.Bye..kirim salam kat mak kau tau.”balasku sambil berpesan.
   
    “Ok..insyaallah.Kirim salam kat mak kau jugak tau.Jangan lupa.Tidur mimpikan aku..eh..silap..bukan aku..sahel..mimpikan Sahel tau!”Elly ketawa besar sebelum meletakkan talian.
 
   Aku mendengus geram.Kurang asam Elly!Ini lagi sorang.Sama jugak masuk air.Ada je idea dia nak kenakan aku.Baru saja aku ingin merebahkan diri,tiba-tiba telefonku berbunyi sekali lagi.Kali ni ada mesej pula.Aku membuka mesej yang baru ku terima itu.Dari Sahel!


                   Hai..syg,dh tido ke?
                     Rndulah..hehe..

     Aku mengerutkan dahi.Rindu?Ee..geli je!Mamat ni sekarang,bukan main jiwang pulak dia.Ingat aku minat ke?Tolonglah!Aku membiarkan saja mesej itu tanpa ada niat untuk membalasnya.
   
     Namun,belum pun sempat aku melelapkan mata,telefonku berbunyi lagi.Kali ni dia menelefon pula.Aku mendengus geram.Apa lagilah mamat ni nak?Aku merungut.

    “Hello!Hah,nak apa?!”Soalku tanpa memberi salam.Marah punya pasal,salam pun lupa nak bagi.

    “Amboi..garangnya sayang saya ni.”balasnya sambil ketawa kecil.Syazreen..tak baik tau marah-marah kat bakal suami.Nanti tak cium bau syurga tau!”

    “Saya peduli apa?Awak bukan suami saya pun.Lagi satu,tolong jangan panggil saya sayang boleh tak?Gelilah!Saya tak suka tau!”Ujarku geram.Sikit-sikit sayang…sikit-sikit sayang…Tak bengang pulak aku bila dengar,kan?

      Dia ketawa besar.”Syazreen…syazreen..awak ni kelakarlah!Saya kata,bakal suami ..saya tak kata saya ni suami awak.Em..boleh tahan jugak awak punya tahap perasan tu kan?Ke awak memang dah tak sabar nak saya jadi suami awak?”Usiknya seraya menyambung.

     ”Lagi satu,tolong jangan halang saya nak panggil awak sayang,boleh tak?Saya tak geli punlah!Saya lagi suka tau!.”Katanya mengenakan aku dengan  meniru dialog yang seakan-akan sama seperti yang aku katakan sebentar tadi.

     Aku merengus geram.”Ee..tolonglah!Tak ingin saya.Awak tau tak..awak ni makin lama,makin menyakitkan hati.Saya rasa,lagi lama saya layan awak..daripada takde penyakit..terus-terus dapat penyakit!So,sekarang saya nak tidur.Kalau nak kacau,pergi kacau orang lain.Jangan kacau saya,ok?”

      Habis saja kata-kataku itu,aku terus memutuskan talian.Malas mahu melayannya lagi.Lebih-lebih lagi sekarang ,aku sudah merasakan seolah-olah ada satu perasaan yang sudah meresap ke dalam hatiku ini.Perasaan yang tidak menentu.Apakah aku sudah jatuh cinta terhadap lelaki itu?

     
                 Good nite n sweet dream..luv u!
  

     Aku terkedu.Ya Allah!Kenapa perasaanku ketika ini?Janganlah aku jatuh cinta kat dia.Tolonglah ya allah..buanglah perasaan yang ada ni jauh-jauh.Doaku di dalam hati.

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...