Tuesday, May 3, 2011

~permaisuri hati~

                                                             Bab 12



Sahel Haqimy membaringkan tubuhnya di atas sofa.Dia baru pulang dari kerja.Dia melelapkan matanya seketika.Beberapa saat kemudian,dia membuka semula matanya berserta satu keluhan.Fikirannya kacau memikirkan tindak tanduk Syazreen,wanita kesayangannya itu.

      Dia perasan,sejak peristiwa dia meluahkan perasaannya terhadap wanita itu,Syazreen sudah tidak seperti Syazreen yang dia kenal.Wanita itu selalu mengelak apabila bertemu dengannya di kampus.Salah ke aku meluahkan rasa hatiku terhadap kau,Syazreen?Aku benar-benar sayang dan cintakan kau.Kenapa mesti kau meletakkan batasan antara kita.

       Aku tak mahu hanya sekadar menjadi kawan baik kau.Aku mahu lebih dari tu.Kenapa kau tak boleh nak faham perasaan aku Syazreen?Jeritnya di dalam hati.aku tetap akan cuba memenangi hati kau Syazreen.

      Aku tahu,kau juga ada perasaan terhadapku.Cuma kau terlalu ego untuk mengakuinya.Sahel haqimy amat pasti akan hal itu.Dia berdoa di dalam hati,pintu hati Syazreen akan terbuka untuk menerima dirinya bukan setakat kawan baik,tetapi juga sebagai seorang kekasih dan juga suami.Itu doanya.
  
      Dia bangun melangkah menuju ke tingkat atas untuk membersihkan diri.Rumah teres dua tingkat ini di sewa dari seorang rakannya yang kebetulan telah berpindah ke Terengganu.Dia segera menyewanya setelah mendapat tahu yang Syazreen mendapat tawaran kerja di sini.Dia yang ketika itu sudah menerima surat penukaran dari UiTM Shah Alam masih teragak-agak untuk pergi kerana tidak sanggup untuk berpisah jauh dari wanita kesayangannya itu.Namun,bak kata pepatah..kalau dah jodoh tak ke mana.
Syazreen diterima menjadi pensyarah di tempat yang sama.
         Lamunannya terhenti apabila telefon bimbitnya berlagu rancak.Dia tersenyum apabila melihat nombor yang tertera di skrin telefonnya itu.

        “Hello.assalamualaikum umi?”Sapanya.

       “Waalaikumsalam…apa khabar anak bujang umi ni?”Puan Mariah menyoal.

       “Qimy sihat,mi..alhamdulillah..umi apa khabar?Abah sihat,umi?”

       “ Umi baik-baik aje..abah kamu pun sihat.Kamu ni bila nak balik?Dah pindah duduk dekat KL ni pun susah nak balik jugak ke?”Puan Mariah membebel.Tahu benar akan perangai anak bujangnya itu.Kerja..kerja..kerja.Itu sahajalah alasannya.

      Sahel haqimy tergelak kecil.”Alah umi…sorrylah.Qimy memang sibuk sikit sekarang ni.Insyaallah,next week Qimy balik ya.Umi janganlah marah.Nanti abah lari tau umi.”Sahel ketawa sambil mengusik Uminya.

     “Hmm..yelah..kamu tu sama aje dengan abah kamu.Sikit-sikit kerja..sikit-sikit kerja.Ingat sikit Qimy..umur kamu tu makin meningkat.Jangan sibuk nak kerja aje..sampai lupa yang kamu tu tak kahwin lagi.”Puan Mariah memulakan ceramahnya.Sahel merupakan satu-satunya anak lelaki antara empat orang anak-anaknya.Cuma sahel saja yang masih belum berkahwin.

     “Eh..eh..umi ni.Mulalah tu nak melencong.Dari bab suruh Qimy balik,tiba-tiba jadi bab kahwin pulak.Umi ni..suka ubah-ubah topik.”sahel ketawa kecil.Bukannya dia tidak biasa.Malahan sudah selalu benar dia mendengar bebelan dari Uminya tentang dirinya yang masih belum berkahwin itu.

      “Umi bukan apa…umi nak ingatkan aje.Qimy tu bukan boleh dibiarkan sangat.Nanti kalau dibiarkan..alamat,tak merasalah umi dengan abah nak ada cucu.”kata Puan Mariah sambil tergelak kecil.
       Sahel haqimy turut tergelak.”Hai..umi..Kak long kan tengah mengandungkan cucu umi tu.Sabar-sabarlah kot iya pun.”

       “itu kak long kamu.Umi cakapkan kamu..hei,budak ni.Ada aje jawapannya.Dahlah..penat Umi nak melayan kamu.Jangan lupa,hujung minggu ni balik.”Puan Mariah sempat mengingatkan anak terunanya itu sebelum menamatkan perbualan.

        Sahel tergelak kecil.Sempat menitipkan salam untuk abahnya setelah berjanji untuk balik hujung minggu nanti.
                                                                       

SESUDAH selesai menunaikan solat isyak,aku berteleku di atas katil.Malam ni malam sabtu.Esok aku akan pulang ke kampung.Elly berada di biliknya.Mungkin juga sedang bersolat.Tiba-tiba ingatanku terimbau dengan kejadian semasa di kampus UiTM petang tadi.

       Ini semua gara-gara lelaki yang bernama Sahel Haqimy.Perangainya sudah tidak seperti dulu lagi.Kadang-kadang rimas betul aku dengan sikapnya yang seakan kebudak-budakkan itu.Namun kata-kata terakhir daripadanya petang tadi,membuatkan hatiku terusik.

      “Awak ni apsal sahel?Tiba-tiba je tarik-tarik tangan saya macam ni?Sakit tahu tak”Marahku meluap-luap.

      Aku mengusap pergelangan tanganku.Sebal sungguh rasanya hati ni.Apa kena dengan mamat sorang ni entah?Takde angin,takde rebut.Tiba-tiba datang,tarik  tangan orang.Gerutuku di dalam hati.Fuad,salah seorang pensyarah yang ketika itu sedang berbual denganku juga turut terpinga-pinga sebelum berlalu meninggalkan aku dan Sahel.
  
    “Sorry Syazreen..saya tak sengaja.Awak tu,yang pergi berbual-bual dengan si Fuad tu,siapa suruh?”Soalnya sambil menunjukkan riak wajah tak puas hati.

     Aku terkejut sambil mengerutkan dahi.”Apa kena-mengena pulak dengan Fuad?Diakan rakan sekerja saya.Rakan sekerja awak jugak kan?Yang awak tak pasal-pasal nak marah tak tentu hala ni kenapa?”Tengkingku kuat.

     Lelaki ni semakin hari semakin merimaskan aku.Buat itu tak boleh,buat ini tak boleh.Ada sahaja yang tak kena.

      “Marah tak tentu pasal awak cakap?Hei..mestilah saya marah.Sebab awak tu kawan baik merangkap kekasih hati saya tau dan insyaallah akan jadi isteri saya.Mana boleh bercakap dengan lelaki sesuka hati tanpa izin bakal suami.”Ujarnya sambil tersenyum manis.

      “What?Ya allah..sahel!Awak sedar tak apa awak cakap ni?”Aku sudah ketawa terbahak-bahak.Sahel..Sahel..jauhnya dia berfikir.Jadi suami?Hish!Tak pernah terfikir dek akal aku yang waras ni pun.

        Sahel haqimy memandangku dengan pandangan tajam.”Kenapa awak gelak Syazreen?Betul kan apa yang saya cakap?Awak tu kekasih hati saya,jadi awak kenalah jaga hati saya ni.Tolonglah jangan bagi sesiapa pun dekat dengan  awak selain saya.Saya sayang awak.Saya cemburu tau!”Katanya dengan muka tak puas hati..

       Aku menggelengkan kepalaku.”Sahel..awak dengan saya..kita kawan baik je tau.Saya tak pernah anggap awak lebih dari tu.Lagipun,sebelum ni saya selalu je bercakap dengan pensyarah-pensyarah lelaki yang lain..awak tak bising pun,kenapa pulak sekarang ni tiba-tiba nak bising?”Aku menyoalnya dengan nada geram.Hish,suka buat aku rimas!

       “Syazreen..saya tak peduli.Apa yang saya tahu,saya tak pernah anggap awak sebagai kawan baik saya.Awak wanita yang saya sayang dan awak juga yang akan jadi permaisuri hati saya.Ingat tu!”

        Jawabnya tegas seraya berlalu meninggalkanku yang masih terkedu di situ.Kata-katanya itu membuatkan aku hatiku berdebar-debar dan tersentuh secara tiba-tiba.Benarkah apa yang diperkatakan itu?

        Lamunanku terhenti apabila wajah Elly yang ditempek bedak sejuk itu tersembul di muka pintu.Dia tersengih.

       “Boleh aku masuk?”Soalnya meminta izin.

       Aku mengerutkan dahi sambil tersenyum mengangguk.Minah ni,suka sangat dok pakai bedak sejuk kat muka.Entah apa yang best sangat,aku pun tak tahulah.
    
      “Aik!Sopannya kau malam ni.Selalu tu,main redah je!Tak nanti aku suruh masuk,kau dah terjah dulu.”Aku ketawa mengusiknya.

       Elly  tersenyum.”Kau ni..nak sindir aku pun agak-agaklah.Kau ingat aku tak tahu adab sopan ke?Aku tahulah.Asyik main redah je..so,malam ni aku sopanlah sikit.Lagipun,hari ni kan hari jumaat.”Ujarnya sambil tersengih.

        Dia sudah duduk di atas katilku.Aku menggeleng-geleng melihatnya.Suasana sepi di antara kami membuatkan ingatanku melayang  seketika.

      “Weh,makcik!Kau ni apahal?”Sergah Elly tiba-tiba.”Macam ada masalah negara je.Kejap termenung,kejap mengeluh.Apa kes?Pasal Sahel eh?”Soal Elly dengan penuh tanda tanya.
   
     “Entahlah Elly..aku pun tak tahu nak buat apa lagi?Dia tu makin hari makin buat aku rimas tau.Kau tahu tak,dia boleh tarik tangan aku masa aku tengah dok berbual dengan Fuad pasal hal kerja?Aduh..tensionlah aku kalau hari-hari macam ni.”Kataku dengan wajah kusut..

     “Eh..yeke?Kenapa pulak?”Soal Elly hendak tahu.
  
     “Kau nak tahu kenapa?Sebab dia kata,dia cemburu tengok lelaki lain dekat dengan aku!Hei..tak masuk akal betul tau tak.Macam budak-budak!”

     Aku berkata dengan geram.Bantal peluk yang aku pegang,aku ramas sekuat-kuatnya.Terasa seperti aku meramas muka Sahel saja.Elly yang mendengar kata-kataku tadi sudah ketawa besar.

      “Sahel..Sahel..sengal jugak dia tu kan?Boleh tahan.”Elly terus ketawa sambil menggelengkan kepala.”It’s ok Reen..itu tandanya dia memang sayang kau.Memang dah tak leh nak sangkal dah.Terbukti dia betul-betul dah jatuh cinta kat kau.”

      “Elly!Aku tak naklah.Aku nak dia jadi kawan baik aku je.Aku tak nak lebih dari tu!”Ujarku dengan tegasnya.

      “Sampai bila Reen?Kau cakap dengan aku..sampai bila kau boleh bertahan tanpa ada apa-apa perasaan kat dia?I mean..sayang seorang kekasih kepada kekasih..bukan sayang macam kawan baik je.For now,memang kau boleh cakap macam ni.Tapi,kita tak tahu  apa akan jadi esok,lusa,tulat.Silap-silap haribulan kau sendiri yang merana tau.

     “Elly..kau tahu aku macam mana kan?Kenapa aku tak leh terima lelaki yang nak jadi kekasih aku?Kau tahu sebabnya,kan?”Soalku bertalu-talu.

     Elly mengangguk.Dia memang tahu.Syazreen takut untuk menerima lelaki dalam hidupnya kerana kesan dari pengalaman yang dilaluinya.Kakaknya diberi harapan oleh insan yang bernama lelaki,namun akhirnya lelaki itu senyap dan hilang begitu sahaja tanpa apa-apa berita.

      Sehinggakan kakaknya lari membawa diri ke Johor Bharu dan berkahwin dengan orang sana.Pengalaman dirinya sendiri pun memberi kesan yang amat negative dan terus merubah persepsinya terhadap kaum lelaki.

      Bagi Syazreen,lelaki semua tak serius dalam perhubungan.Sejak itu jugalah,sahabatnya itu tidak mahu ada hubungan lebih dari seorang kawan dengan insan yang bernama lelaki.

    “Tapi..Reen,kau tak boleh samakan Sahel dengan lelaki-lelaki tu semua.Aku yakin,Sahel tak macam tu.Selama korang berkawan baik,ada tak dia menyakitkan hati kau?Takde,kan?Mula-mula aku kenal dia,aku dah dapat agak…aku dah dapat rasa yang Sahel memang ditakdirkan untuk kau.Dia pun baik apa?”Ujar Elly cuba memujukku.

      Aku mengerutkan dahi.”Eh..Elly.kau kawan aku ke,kawan Si Sahel tu?kalau kau nak sangat,kau jelah yang kahwin dengan dia!Habis cerita!Tak payah pening-peningkan kepala otak aku.”Marahku geram.Bukannya nak tolong aku.Provok aku pulak.Getusku di dalam hati.

     “Ei…makcik!Kalau ikutkan hati aku ni.Tak payah tunggu kau offer pun,aku dah rembat dia dulu dah.Tapi,Hisyam aku tu..mana pulak aku nak campak?”Tempelak Elly.

      Aku terdiam. Berfikir sejenak.Ha’ah erk..macam mana aku boleh lupa yang si makcik ni dah ada pakwe.Aku terkebil-kebil memandangnya.

       Elly tersenyum.”Dahlah Reen..kau jangan fikir apa-apa.Cuma satu yang aku nak kau fikir.”Ujar Elly.
 
     “Apa dia?”Soalku pula.

     “Fikir..apa perasaan kau kat dia?Aku rasa,kau pun ada perasaan kat dia kan?Since,bila dengan dia..aku dapat tengok air muka kau yang ceria sentiasa.Yang paling aku pasti,bila Sahel tak telefon kau..kau akan jadi muram sepanjang hari.So,apa maknanya tu?”Elly bangkit sambil menepuk-nepuk bahuku sebelum berlalu keluar.
 
     Aku melepaskan keluhan berat.Betul ke aku pun ada perasaan pada Sahel?Kenapa aku tak sedar erk?Memang aku akui,kata-kata Elly tadi sedikit sebanyak menganggu gugat hati dan perasaanku ketika ini.

    Sayang ke aku pada Sahel?kalau tak sayang,kenapa aku terasa seolah-olah aku kehilangan sesuatu bila Sahel tidak menghubungiku selama seminggu kerana mengikuti kursus di Terengganu dulu?Aku keliru.Benar-benar keliru.Malam itu,aku tidur agak lewat juga.Entah pukul berapa entah.Yang pasti kali terakhir kulihat jam menunjukkan ke angka 3.00 pagi.

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...