Friday, April 27, 2012

First Thing First : Syukur... (^_^)

Assalamualaikum,


Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Alhamdulillah. Sesuai la dengan tajuk entry yang saya reka2 tu kan? Hehe. Hari ni secara tak rasminya, saya dah pun bergelar diploma holder in business studies. Hoyyey! Hoyyey! Alhamdulillah.. syukur. Walaupun result yang saya dapat tu tak la gempak macam kawan2 lain kan.. tapi, sebagai orang yang telah diajar untuk mengucapkan syukur setiap kali dapat berita2 yang gembira macam ni.. tak de benda lain pun yang kita boleh buat selain daripada tu kan? So, nak say thank you ALLAH.. thankz kat mak ayah (berkat doa diorang gak ni..).. thankz kat lecturer2 yang mengajar.. and tak lupa gak kat kawan2 sume. InsyaAllah.. ada jodoh, kite jumpa lagi.  Ececeh..


Alhamdulillah... penat lelah selama ni kira berbaloi gak. (lagi sekali.. walaupun result tak segempak mana..) tapi, apa pun.. this is really mean to me. Sebab, bila dah habis satu level dalam study ni. Kita mesti nak move to the next level kan? Mesti sume ada rasa dan perasaan yang macam tu kan? Hah.. sama la jugak dengan diriku ini. Hehe. Saya memang bukan budak pandai.. so, bila dapat grade on time macam ni..(I mean tak kena extend bagai kan..)..saya kena la bersyukur, ye tak? hehe.


Tahniah jugak la kat kawan-kawan saya yg dpat keputusan cemerlang tu. Sampaikan status kat FB hari ni penuh je dengan kata2 tahniah.. kata2 syukur and kata2 yang tak dapat diungkapkan oleh kata2 la... so, saya hanya mampu mengepost kata2 ini je..


" Alhamdulillah.. thank you ALLAH.. (^_^).."


sebenarnya nak tulis thanks kat  mak ayah jugak.. tapi, sebab ketakutan untuk check result tu masih membelengu diri.. terus2 tekan post tanpa sempat menokok tambah ayat2 yang lain tu.. hehe. Tak pelah.. yang penting, sampai rasa bersyukur tu. Alhamdulillah.


Hah.. kalau adik junior saya yang mintak tolong saya check kan result dia tadi..( bukan die pun yg suruh sebenarnye.. saye yg paksa die bagi matrix number and psword die bagai tuh.. hahaha.. )..sampai nak meleleh air mata sebab tak caye yang dia lulus sume subject.. saya pulak, boleh tetibe rasa sedih semacam lepass solat asar tadi. Sebak tetibe kot.. Huhu.. tak tahu la kenapa. Tapi, masa lepas solat tadi.. saya doa Allah berkati semua ilmu2 yang saya belajar selama ni.. lepas tu saya mintak supaya ilmu2 yang saya belajar selama ni, dapat saya manfaatkan dan gunakan sebaik2nya. Sebab tu jugak kot saya rasa sedih tetibe. Hehe.. (Hati tisu sungguh la.. huhu..)


Saya agak terkesan jugak dengan ayat ni sebenarnya..


"Sesungguhnya kejayaan seorang pelajar bukanlah terletak pada kelulusan pointer, tetapi 
AMALAN ilmu tu berkekalan hingga ke penghujungnya... "


Allah.. memang best la ayat ni. Ayat ni la yang bagi 'semangat' sikit kat saya yang baru je nak sedih2.. hehe. Jadi, untuk kawan2 yang rasa down tu.. mungkin ayat ni boleh melegakan sikit perasaan anda tu.. hehe. Betul la.. kadang2 kita terlalu nak bangga2kan pointer kita yang tinggi tu.. tapi, kita tak tau macam mana nak amalkan ilmu yang kita belajar selama ini. Semoga amalan ilmu tu berkekalan hingga ke penghujungnya. Dan semoga kita semua terus dan terus istiqamah dalam menuntut ilmu. Bukan ilmu dinia je.. tapi, ilmu akhirat jugak. InsyAllah.

         ************************  Tambah Ilmu Tambah Amal *****************************

Wednesday, April 25, 2012

Redha dan sabar : InsyaAllah Akan Ada Hikmahnya.. (^_^)


Assalamualaikum..
Saya dapat tau sesuatu. Sesuatu yang agak mengejutkan jugak la. Tak sangka pun ada. Yelah, sebelum ni saya selalu percaya dan yakin yang sesuatu itu takkan mungkin berlaku. Tapi, bila dapat je tau sesuatu itu memang satu kenyataan dan apa yang berlaku tu memang betul-betul berlaku, buat saya tersedar.. jangan terlalu yakin dan pasti dengan sesuatu yang belum tentu kita akan dapat.

Sedih? Kecewa? Memang ada. Cuma saya cuba terima kenyataan.. jangan kecewa atau sedih dengan apa yang jadik. Kenapa? Sebab saya tahu, saya tak sepatutnya bersedih atau kecewa untuk sesuatu yang tak mendatangkan faedah untuk saya. Tipu la kalau saya kata, yang kesedihan and kekecewaan tu tak de langsung.. tapi, saya cuba rasionalkan pemikiran saya sekarang ni. Sedih dan kecewa tu tak boleh dilayan sangat.. sebab kita ada ALLAH yang selalu memerhatikan kita. Kalau kita rasa, sedih dan kecewa lebih penting dari segala macam perkara yang berlaku, itu sama la macam kita tak redha atas apa yang berlaku. Bagi saya, ini mungkin satu ujian dari ALLAH untuk saya. Pengajaran mungkin jugak. Pengajaran untuk saya  supaya jangan berlebihan dalam mengharapkan sesuatu yang belum pasti. Saya tau, apa yang jadik ni mungkin ada kena mengena jugak dengan diri saya sendiri. Dan saya sedar, sebagai manusia biasa.. kita memang takkan lari dari fitrah memberi dan menerima. Memberi apabila diminta dan menerima apabila diberi. Dan saya jugak tau yang saya sudah meminta lebih dari yang sepatutnya. Itu satu pengajaran yang bagi saya sangat-sangat la memberi kesan kepada saya sendiri.

Teringat status FB salah sorang kawan saya baru-baru ni. Kata-katannya lebih kurang begini,

‘ antara memberi dan menerima, pilihlah untuk memberi..kerana InsyaAllah kita takkan kecewa..”

Bila baca je status kawan saya tu, saya tiba-tiba tersedar satu perkara.. betul la apa yang kawan saya tu katakan. Kalau memberi itu takkan mengecewakan, pilihlah untuk memberi.  InsyaAllah kita takkan kecewa.

Macam mana dengan berharap dan mengharap? Boleh ke kita terus mengharap dan berharap? Bagi saya, tak salah kalau kita mengharap dan berharap, tetapi harapan itu perlulah diserahkan hanya kepada ALLAH S. W.T je. Sebabnya? Sebab, kalau kita mengharap dan berharap kepada ALLAH, insyaAllah kita takkan kecewa. Macam tu jugak sebaliknya. Tak guna kalau kita berharap dan mengharap untuk sesuatu yang tak kekal. Itu semua hanya akan  menambahkan rasa kecewa je.

Sorang  kawan pernah berkata kat saya masa dia menceritakan tentang apa yang berlaku kat diri dia bila saya tanyakan kat dia begini,

“ Kecewa ke?”

“ Tak la.. buat apa nak kecewa? Tak baik.. dosa tau. Ujian ALLAH je tu... tak de benda yang nak dikecewakan...”

Dan dari situ, saya belajar satu benda. Jangan kecewa dengan apa yang buat kita rasa kecewa. Sebab kecewa tu salah satu ujian dari ALLAH. Ujian untuk tengok macam mana kita hambaNYA yang lemah ni nak atasi setiap ujian yang datang tu. Dan itu jugak yang saya selalu katakan kat kawan-kawan saya.

Teringat jugak kata-kata kawan baik saya masa saya mengadu kat dia pasal benda nih, and dia kata kat saya,

“Tak pe la.. x mo sedih2.. jadikan pengalaman tu pengajaran. Ape yg berlaku sume dah diatur..”

Allah.. disaat saya ingin rasa sedih dan kecewa, ALLAH berikan saya kawan-kawan yang mengingatkan saya tentang erti syukur  dan sabar dengan setiap ujian yang datang. Betul la kata ayat ni,

boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.

Jadi, saya assume yang itu semua ujian dari Allah untuk saya. Ujian untuk saya jadik lagi matang dalam hal2 yang macam ni. Saya percaya, bila Allah datangkan ujian yang macam tu... itu sebab dia nak saya muhasabah diri. Yang pasti, setiap yang berlaku.. there must be something behind it. So, be cool.. be positive.. InsyaAllah ada hikmah disebaliknya nanti. Sabar je la kan. (^_^)..(ayat2 penyedap hati.. ekeke..)





pesanan penaja : sabar itu indah.. jom upgrade sifat sabar dalam diri kita.. redha dengan ketentuan Allah.. InsyaAllah, ada yang lebih baik untuk kita. Janji Allah itu pasti. tapi, janji manusia tu yang perlu kita hati-hati.. be cool.. be gud.. dan saya masih tak dapat nak fokus kat penulisan manuskrip sye yg dah berkurun2 tu.. huhu...:)

Saturday, April 21, 2012

~Special Entry : Selamat Hari Jadi Ayah!~


Assalamualaikum w.b.t

Kali ni saya nak kongsi satu kisah ni. Kisah tentang ayah saya. Saya tahu artikel tentang ibu bapa ni memang semua orang dah sedia maklum, tersangatlah popular. Bagi sayalah. Bagi orang lain, saya tak tahu pulak. Tapi, apa-apa pun saya nak tetap jugak nak berkongsi sedikit cerita tentang ayah saya.
Teringat masa dalam perjalanan dihantar oleh ayah saya masa nak balik ke hostel hari tu. Ayah saya suruh saya hubungi emak saya yang ketika itu sedang menguruskan pendaftaran persekolahan adik bongsu saya. Kebetulan saya memang dah seminggu tak top up kredit, jadi saya tak dapatlah nak buat macam yang ayah saya suruh tu. Jadi, saya pun katalah dekat ayah saya,

ala..ayah.. orang tak de kredit la..”

Ayah saya pun menyoal dengan tenangnya.

“Tak de kredit?”

Saya membalasnya dengan anggukan saja.

Sewaktu nak membelok ke simpang yang sepatutnya menuju ke kolej saya, ayah saya tidak membelok ke arah itu, tetapi memberi signal untuk ke arah lain. Dalam hati saya tertanya-tanya jugak. Tapi, saya diam je. Kalau dengan ayah saya, saya memang segan sikit. Mungkin sebab ayah saya jenis tak banyak cakap. Dan saya pun sebenarnya lebih kurang macam ayah saya jugak. Kalau tak betul-betul, memang tak banyak bercakap. Tapi, disebabkan rasa ingin tahu itu melonjak-lonjak, saya tanya jugak kat ayah saya,

“nak pergi mana ni yah?”

Ayah saya membalasnya begini,

“Nak cari top up...”

Saya diam je. ‘ayah punya top up kot.’ Kata saya dalam hati.

Bila ayah saya masuk ke kereta semula, ayah saya hulurkan saya satu kad top up dan sekeping duit 50 ringgit. Saya terkejut tiba-tiba. Saya bercakap sendiri di dalam hati, ‘la.. ayah belikan untuk aku rupanya. Ingatkan untuk ayah..’ Saya serba salah sebenarnya. Nak cakap tak nak, saya memang tengah tak de duit time tu. Jadi, saya ambil jelah. Ayah saya memang tak pernah berkira dengan anak-anak dia. Walaupun dia tahu yang anak-anak dia ada pinjaman masing-masing. Tapi, dia tetap ambil berat  tentang ‘kebajikan’ anak-anak dia.

Pernah saya ‘temberang’ ayah saya bila ayah saya tanyakan kat saya, “Ada duit tak?” Saya dengan penuh keyakinan menjawab soalan ayah saya tu dengan anggukan. Walhal masa tu hanya tinggal duit syiling saja di dalam poket. Dan apabila saya ceritakan kat mak saya tentang ‘penipuan ‘ yang saya lakukan itu, mak saya bagitahu kat ayah saya. Ayah saya tak terus ‘serang’ saya. Tapi, masa saya mintak mak saya hantarkan buku  yang saya mintak mak saya belikan dulu, saya bagi balik duit yang mak saya dah dahulukan . Mak saya kata macam ni,

“Kalau tak de duit, tak payah la bagi dulu.”

Saya tetap bagi jugak. Kebetulan elaun saya pun dah masuk waktu tu, jadi apa salahnya saya pulangkan balik duit mak saya kan? Dan tiba-tiba ayah saya bersuara,

“kau jangan ada duit.. ada duit..tapi tak de..”

Saya tersengih je pandang ayah saya. Dalam hati dok cakap macam ni,

“Aduh..kantoi!”

Sebenarnya bukan niat saya nak ‘temberang’ atau menipu. Tapi, saya lebih kesian kat ayah saya. kalau boleh, saya memang tak nak menyusahkan ayah saya. Walaupun saya tahu ayah saya memang tak pernah berkira dengan anak-anak dia. Tapi, sebagai anak, saya kena  faham. Bagi saya, ayah saya adalah ayah yang paling hebat. kerana ayah saya, saya dan adik beradik saya berada di tahap ini. Saya memang tak reti nak tunjuk kasih sayang kat mak ayah saya. Walaupun saya agak rapat dengan mak berbanding ayah, tapi saya tetap sayang kedua-duanya sama rata. Walaupun saya tak pernah katakan yang saya sayang mak dan ayah saya, tapi saya akan cuba jadi anak yang baik untuk mereka. Banyak cara untuk menunjukkan kasih sayang, dan saya memilih untuk menunjukkan kasih sayang itu melalui penulisan ini. Tulisan ini untuk mak dan ayah saya. Walaupun mereka mungkin takkan baca tulisan ini, tapi saya pasti ALLAH tahu segala-galanya. Tugas kita sebagai anak, adalah mendoakan sentiasa kedua orang tua kita. Jadi, jangan lupa mendoakan ibu bapa kita. Nabi pernah bersabda, apabila matinya seorang anak adam itu, hanya tiga perkara yang tinggal iaitu, sedekah amal jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak-anak soleh. Semoga kita semua tergolong dalam golongan anak-anak yang soleh dan soleha. Amin.

*****************

"Selamat hari jadi ayah! Sanah Helwa.. happy birthday.. walaupun ayah tak mungkin baca entry ni, tapi orang tetap nak tulis gak. hehe.. Semoga ayah sihat selalu. Murah rezeki... and yang paling penting, tak lokek nak belanja hot  ticket lagi.... hehe.. tak pernah cakap sayang kat ayah, tapi.. Allah je yang tau, betapa sayangnya orang kat ayah.. hik3... sayang giler kat ayah!"

                                  
inilah dia wajah insan kesayangan hambe.. hehe.. gambo raya tahun lepas.. uniknya insan kesayangan hamba ni, diorang share bulan yang sama.. Mak 2 April and ayah, 22 April... thank u mak, ayah.. thank u sebab sentiasa sabar dengan kerenah anakmu yang macam-macam nih.. hehe..thank u Allah coz give such a good and happening mom and dad to me... without them, i'm nothing...(^_^)

Pesanan penaja : Actually, artikel tu saya tulis dah lama.. and artikel tu antara yg ditulis dalam Halaqah Maya . 


Friday, April 20, 2012

~Kisah Insan Yang Tak Sempurna~

Assalamualaikum,

Kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman. Kata-kata untuk hari ni. Hehe. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah untuk teruskan hidup macam biasa hari ni. Lately ni, hidup saya macam 'kucar kacir' sikit. Maybe sebab malam-malam saya jadik burung hantu kot.. itu yang bila siang-siang baru dapat tidur.. kepala otak jadik teramat blurr. (saya ada masalah nak tidur malam! Ngeh..ngeh.. ngeh..) Hoho. Jenuh jugak saya kena marah dengan mak saya pasal ni. Orang suruh buat benda lain.. saya gi buat benda lain. Sudahnya, kenalah tahan telinga dengar sepatah dua kata dari mak saya. Hik3.. 

Jadi, dengan harapan..hari ini lebih baik daripada semalam.. saya bangun awal daripada biasa. Manalah tak awal, kalau dah tidur pun awal kan. Wow, saya tidur awal? Sejak bila? Hehe.. itu saya panggil terapi untuk diri. Bila saya tidur awal, itu maknanya saya dah tak sanggup dengar mak saya 'bercerita' seribu satu kerenah saya yang entah apa-apa ni. And terapi paling baiknya, tidurlah awal. In term of tak nak kena marah.. itu satu strategi untuk bangun awal jugak. Hehe. Kalau tak caye, cuba la try test. InsyaAllah, mesti boleh punya! Dan sebab tidur awal la jugak, saya terbabas solat isyak sampai ke pukul 4.30 pagi! Allah..  kunci jam pun.. macam tak kunci je kan.. Memang patut la selalu kena marah. haha. Dan hari ni, lepas bangun solat isyak yang dah terlewat daripada biasa tu, saya tak tidur balik. Saya berjaga sampai la sekarang ni. Siap merayau ke dapur cari makanan lagi tu. Haha.. Lapar. semalam tidur awal kan. Satu hal lagi, boleh pulak hari ni mandi di awal pagi. Adik saya yang nak gi sekolah tu pun tak bangun-bangun lagi tau.. Wahaha..tetiba 'terflashback' ke zaman sekolah pulak.. hoho.. lepas mandi, solat subuh sume.. saya pegi dapur, buat air untuk adik saya and entah apa benda lagi yang saya buat entah. (Mak saya pun pelik agaknye tengok saya kan? Walaupun, bile datang bab pelik.. keje2 pelik.. perangai pelik.. sume tu dah memang selalu sangat saya buat.. wahaha..)

                                               [ Gambar hiasan ehsan pakcik google]

Herm.. itulah saya. Maafkan saya. Saya tak sempurna. Saya cuma manusia biasa. Bila saya kata, saya tak baik.. orang tak percaya.. tapi, itu hakikatnya. Saya bukan orang baik. Kadang-kadang tu buat-buat  je baik. Tapi, saya nak jadik baik. Kadang-kadang, kita nak sangat jadi sempurna.. tapi, kita kena ingat.. sempurna tu milik Allah.. sesempurna mana pun kita, still tak boleh nak compete dengan kesempurnaan Allah. Sesungguhnya, bila kita buat sesuatu.. yang baik itu dari ALLAH.. dan yang buruk itu dari diri kita sendiri.. (peringatan untuk diri..)

Oh, ye.. saya dalam misi buat solat hajat dan baca yaasin menjelang tarikh 27 April nih. Bukan sebab itu tarikh pesta buku..(walaupun saya memang berhajat sgt nak gi situ.. tapi, apa kan daya.. diri ini tidak 'terdaya'.. cehwah! over plak mak jemah nih.. hehe..) tapi, sebab tarikh tu, tarikh result final exam saya nak keluar. So, saya cuma mampu berdoa..berdoa.. dan berdoa jelah. Harap-harap, semuanya ok. InsyaAllah. Doakan saya tau!  

Pesanan penaja : Jangan berhenti berdoa.. sesungguhnya, doa itu senjata orng mukmin.. (^_^)

Monday, April 16, 2012

~Permaisuri hati~

                                     Bab 37

 “Hai.. macam kenal je. Syazreen kan?” Tegur satu suara ketika aku dan suamiku sedang sibuk menjamu selera. Ewah.. dah tak segan silu pulak eh sebut perkataan suami. Hai.. Syazreen..Syazreen.. nampak sangat dah sayang kat Sahel. Erm.. tu cerita lain. Sekarang ni, apa cerita pulak dengan manusia yang tengah menegur aku ni? Aku mengangkat muka memandang ke arah datangnya suara itu. Aku mengerutkan dahi sambil cuba mengingati siapakah gerangan lelaki yang berada di depanku ketika ini. Sahel yang sedang menyedut air  turut memandang ke arah lelaki itu.
      ‘Siapa pulak la ni?’ Getus hatinya.
        Lelaki itu tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. “Hai.. kawan lama pun dah tak kenal ke? Hasyimilah!” Lelaki yang memperkenalkan  dirinya sebagai Hasyimi tu mengangkat kening sambil tersengih memandangku yang masih blur itu.
     Setelah beberapa minit kemudian barulah aku mengingatinya. “Ya Allah.. Syimi! Bila awak balik? Ya Allah.. sorry..sorry. Sorry sangat-sangat. Saya dah tak cam awak dah tau. Lain gila erk sekarang?” Kataku dengan reaksi yang agak teruja itu. Agak teruja, bukan teruja sangat-sangat pun. Maklumlah lelaki yang berada di depannya itu merupakan cinta monyet di zaman sekolah dulu.
     “Well… macam ni jelah. Tak ada apa pun yang lain. Awak tu yang dah lain. Dah makin cantik saya tengok.” Hasyimi memuji. Tapi, nampaknya macam dah salah puji je. Syazreen yang kau puji melangit tu, dah jadik isteri orang la weh.
     Aku tersenyum malu. “Pandai-pandai jelah awak. Oh, ya.. saya perkenalkan..ini suami saya. Sahel. Abang… ni kawan Reen masa sekolah dulu..Hasyimi.” Aku memperkenalkan suamiku kepada Hasyimi.
      Sahel Haqimy tersenyum sedikit. Cuba memberikan senyuman yang ikhlas mungkin, namun dia tidak pasti, adakah senyuman yang diberikan itu Nampak ikhlas ataupun tidak?
      Hasyimi yang mendengarnya terkejut. Dah kahwin rupanya kau ya? “Oh.. really? Dah kahwin rupanya. So, kiranya saya dah lambat la ni eh?” Usiknya dengan selamba. Sahel Haqimy sudah tidak tentu arah. Amboi kau.. bukan main lagi eh? Kau sedar tak kau cakap dengan siapa tu? Isteri akulah sengal. Hatinya menggerutu geram.
     Aku terkedu seketika sambil mengerling ke arah suamiku. Nampak wajah tegangnya ketika itu. Tak payah nak pakai botox dah. Haha..apalah yang aku merepek ni? Ish, mamat ni pun. Mulut tu kalau ye pun laser, filter la sikit Syimi oi. Omelku di dalam hati           “ Awak ni.. ada-ada jelah Syimi. Eh..jomlah join kitorang sekali.” Aku mempelawa. Bak kata mak, ‘berbahasa dengan orang’. Apa salahnya, kan? Memang tak salah, tapi pelawa lelaki lain depan suami sendiri..itu yang salahnya. Dan aku tak sangka pulak yang pelawaanku itu membuatkan suamiku mendiamkan diri dari angkat kaki keluar dari restoran tu, sampailah ke rumah.
     “Eh..no, its ok. Saya dah makan tadi.  Nak balik dah pun. Enjoy your dinner la. See you again.” Ucapnya sambil berlalu pergi.
     Sahel Haqimy membuat muka. See you again konon. Berani see la. Suka-suka hati kau je nak see wife aku eh? Sahel mengomel di dalam hati. Syazreen di depannya dibuat tak kisah. Panas hati sebenarnya.

AKU jadi pelik dengan perubahan mendadak suamiku itu. Takkan sakit kot. Tadi masa nak keluar, ok je dia. Hish.. dia ni, suka buat aku risau tau. Sahel yang sedang memandu itu dipandang sekilas. Nak tegur ke tak nak? Nak tegur ke tak nak? Macam tak de mood je. Lah.. tanyalah dia. Yang kau pun senyap macam dia tu, dah kenapa? Suara hatinya berbisik. Ala.. nak kena tanya ke? Kalau tanya karang, tak pasal-pasal pulak kena marah ke apa ke. Macam mana? Aku menyoal diri sendiri. Tanya je la weh. Jangan blurr boleh tak Syazreen? Gesa hatinya lagi. Aku masih membatu. Tak payah tanyalah. Nak tanya Elly kejap lagi. Biarlah dia. Tengah tension kot. Huhu. Aku membuat spekulasi sendiri. Lalu untuk tidak mahu keadaan sunyi itu berlarutan, aku menekan radio. Lagu Nera Hatiku Milikmu berkumandang. Aku menyanyi-nyanyi kecil mengikut rentak lagu. Sampai bahagian chorus, aku terdiam. Aiseh lagu ni pun.. macam tahu-tahu je apa yang aku rasa sekarang ni.  Di sisimu aku terdiam seribu bahasa.. dihatiku bergetar sejuta rasa..namun sukar untuk aku meluahkan.. err, sambung sendiri la erk.
         Sahel Haqimy mengerling gelagat isterinya di sebelah. Dia mengetap bibir menahan geram. Orang tengah merajuk  ni, bukannya dia nak pujuk. Dia boleh menyanyi riang pulak kat situ. Hish.. sakit hati betul. Sahel Haqimy membuat muka.
         Sepuluh minit kemudian, aku sudah pun berada di dalam bilik. Sahel masih di bawah. Masa sampai tadi, suaminya itu terus-terus melangkah ke dalam rumah dan meninggalkan dirinya terpinga-pinga seorang diri. Aku yang dah memang dari tadi blur, bertambah blur tengok perangai suamiku itu. Aik..dah kenapa pulak dia ni? Takde angin..takde rebut.. tiba-tiba je nak berangin ni apsal? Aku ada buat salah ke? Ish..ish.. tak boleh jadik ni. Nak kena tanya Elly ni. Dia kan penasihat merangkap kaunselor aku yang tak bertauliah. Dan sebab itu jugaklah, aku dah pun mendail nombor telefon Elly. Sempat aku mengerling jam di sisi katil. Baru pukul 9.30. Elly tak tidur lagi kot. Dia tu mana reti nak tidur awal. Silap besarlah kalau dia anggap yang panggilan dari aku ni, merupakan satu gangguan untuk dia. Hehe. Suka hati aku je kan.
        “Hello.. assalamualaikum. Elly.. kau buat apa?” Soalku. Ayat mukadimah yang paling klise antara yang klise.
        “Waalaikumusalam.. aku tengah tidur. Eh..apa daa. Dah tentu-tentulah tengah bercakap dengan kau kat telefon ni. Kau dah kenapa? Malam-malam macam ni, dok call aku? Kot ye pun rindu kat aku, tak payah la membazir kredit Reen oi. Besok kan kita boleh jumpa.” Elly menjawab dengan struktur ayat yang macam biasa. Panjang gila! Hei.. dia ni la.. tak boleh tanya sikit. Menjawab je lebih. Inilah dia bila orang kata, sepatah orang tanya..berpuluh-puluh patah dia menjawabnya. Elly..Elly.. entah apa-apalah dia ni.
         “ Weh, makcik.. kau ni kan, kalau ye pun nak jawab soalan aku yang best tu.. jawab pendek-pendek sudahlah. Yang nak jawab panjang lebar macam nak buat karangan SPM tu dah kenapa? And lagi satu, tak kuasa aku nak rindu-rindu kat kau. Jangan nak perasan, okey.” Balasku. Erm..lebih kurang je panjangnya pun jawapan aku ni. Ah..lantaklah.
         Terdengar ketawa Elly dihujung talian sana. “Yelah..yelah. Hah, nak apa sahabatku dunia akhirat? Ada citer best ke nak share dengan aku?” Elly bertanya. Mesti ada hal ni. kalau tak, takkan rajinnya si Syareen ni nak telefon aku. Elly membuat kesimpulan sendiri.
         “Ini yang aku nak citer ni. Pasal Sahel…”
         “Hah.. dah kenapa pulak dengan dia? Accident lagi ke? Apa pula yang patah kali ni?” Elly membuat spekulasi sendiri dengan nada cemasnya.
          “Hish.. kau kalau nak melalut, jangan mentioned benda yang bukan-bukan boleh tak? Aku backhand kau karang. Accident apanya? Dia sihat tu kat bawah tu. Tapi…” aku mengeluh.
          “Lah.. kalau tak accident, kenapa pulak? Cuba kau cerita habis-habis dengan aku. Kau ni…heish.. baran pulak aku dengan kau ni. karang sebelum kau backhand aku, aku pulak yang backhand kau dulu kang.” Elly sudah membebel geram.
          Amboi.. dia pulak yang marah. “Tak.. macam ni.. Sahel tu, entah kenapa entah? Tiba-tiba nak tarik muka dengan aku. Padahal before nak keluar tadi, dia ok je. Siap boleh buat lawak lagi.” Aku terus bercerita sampailah part aku terjumpa Syimi.
           Elly ketawa mendengar cerita aku. Pulak? Aku buat cerita lawak ke tadi? Aku menyoal diri sendiri. Rasanya tak. Tapi, yang perempuan ni dah kenapa? Gelak macam aku buat lawak sarkas pulak. Hish.. ni yang menyampah ni.
          “Eh.. Elly, kau nak gelak berapa jam lagi ni?” Soalku dengan nada geram. Baran pulak aku dengan dia ni.
          “Sorry..sorry Reen. Aku rasa, bukan citer kau yang lawak. Tapi, kau tu yang lawak.” Jawab Elly sambil terus-terusan ketawa.
          Aku membuat muka pelik walaupun aku sendiri tak tahu, macam mana rupanya muka pelik aku tu. “Apsal pulak aku? Kau ni.. suka merepeklah Elly. Aku suruh kau settlekan masalah aku ni. Bukan suruh kau gelakkan aku sampai nak bergolek-golek. Apalah kau ni!” Aku mendengus geram. Ini yang malas nak cerita ni. Kalau tak kena gelak dengan dia..memang tak sah!
          “Ok..ok.. sorry.. sorry. Ok.. kau nak tau tak apa masalah kau sekarang ni?” Soal Elly.
         “Apa dia?” Jawabku lurus.
         “Masalah kau sekarang ni.. kau tu blur sangat tau tak? Meh sini aku bagitahu kau something.. kau nak tahu, kenapa laki kau buat muka, tarik muka ke apa.. what so ever la kan. Sebab, dia jealous!”
        “Jealous.. lah, kenapa nak jealous pulak? Salah ke aku ajak kawan lama aku makan sekali. Aku berbahasa. Lagipun, aku tak serius pun nak ajak dia makan sama dengan kitorang tadi. So, aku tak expect dia boleh buat isu benda ni. He’s my friend ok. Our friend. Kau pun kenal si Syimi tu kan?” Balasku. Dalam hati, ada rasa terkilan. Kalau sebab tulah yang buat suaminya itu melancarkan mogok dengannya. Itu memang tak boleh diterima akal.
        “Yang kau ni pun, dah kenapa slow sangat? Yang dok pergi pelawa si Syimi kawan lama kau tu makan sekali kenapa? Mahunya dia tak panas. Kalau aku jadi dia pun, aku tak boleh terima.” Elly membebel lagi.
        “Apa pulak.. ok.. memanglah aku salah. Tapi, takkanlah sampai dah tak boleh nak bersuara langsung. Kau tau tak, dari angkat je kaki keluar dari restoran tadi, sampailah sekarang ni.. dia tak tegur-tegur aku tau. Apahal dia tu? Emo macam orang period.” Omelku sambil menumbuk-numbuk bantal peluk yang tengah aku pegang itu. sempat pulak dikutuk suaminya itu.
         “Reen.. Reen…kau ni. Itulah.. aku suruh kau belajar alert dengan perasaan orang. Kau tak nak. Sekarang, bila dah jadik macam ni.. mulalah nak menggelabah macam hape. Eh.. dahlah.. kau bising-bising kat telinga aku pun, bukan dapat apa. Lebih baik kau pergi pujuk suami kau tu. Kesian dia dapat bini blur macam kau ni. Orang tu tengah merajuk. Dia memang harap kau pujuk dialah tu. Tak payahlah nak buat perangai blur kau tu.” Elly menasihatkan sahabatnya yang kalau melibatkan hati dan perasaan ni, tersangatlah blur orangnya.
        Aku mengetap bibir. “Err.. kena pujuk ke? Aku mana tahu pujuk orang beb. Selalunya, aku tak payah nak pujuk orang. Diorang dah terpujuk sendiri. So, tak payahlah erk?” Aku meminta pandangan Elly.
         “Banyaklah kau punya dah terpujuk. Dah..dah.. pergi pujuk laki kau tu sebelum aku yang jadi mangsa dia. Pergi..pergi.. Hish, korang ni. Entah apa-apalah. Yang sorang blur..yang sorang asyik nak terasa. Hah.. memang padanlah korang berdua ni. Dua kali lima je.” Tempelak Elly. Hish.. pening aku dengan fiil kawan-kawan aku ni. Macam budak-budak sekolah je. Budak sekolah pun dah matured tau tak? Omelnya di dalam hati.

AKU turun ke bawah dengan langkah perlahan. Kulihat, suamiku sedang berbaring. Aku tak terus mendapatkannya. Aku melencong ke dapur dan kembali semula dengan membawa mug berisi air Nescafe. Aku baru teringat yang aku terus mengurungkan diri di dalam bilik setelah pulang dari makan malam tadi.
      Aku meletakkan air di atas meja. “Air bang…” Kataku.
      Sahel Haqimy tidak menjawab. Diam membeku.
      Aku mencuba lagi. “Abang… err.. err.. abang ok?” soalku teragak-agak.
      Sahel Haqimy masih membisu. Matanya masih tertumpu ke arah tv yang terpasang. Mata je kat tv..tapi, fikiran entah ke mana. Saja je mahu melihat kesungguhan isterinya itu. Kira macam, buat-buat merajuklah ni. Sahel..Sahel..kau memang gediklah! Cemuh hatinya.
        “Abang… marah kat Reen ke?” Soalku sambil membetulkan dudukku mengadapnya. Ya Allah.. aku memang failed bab-bab nak memujuk orang ni. Ini semua salah kau Elly. Tak de benda lain ke kau nak suruh aku buat? Dah tau aku tak reti pujuk orang. Lagi nak suruh aku buat. Hish… tension..tension.
        Sahel Haqimy masih diam membeku. Dia menukar-nukar channel tv. Lepas ke satu channel..satu channel dia menekan remote control tu. Agaknya kalaulah remote tu boleh bercakap, dah lama suamiku itu pengsan agaknya. Dan jangan cakap dia, dengan aku..aku sekali pengsan. Huhu. Sempat pulak fikiran aku ni terbabas ke lain.
        Sahel Haqimy masih lagi bermain-main dengan remote control di tangan. Aku yang sudah naik bosan melihat kelakuannya itu dengan pantas dan efficientnya merampas remote control dari tangannya itu dan membawanya ke belakangku. Wahaha. Dramatiknya ayat.
       Sahel Haqimy yang terkejut dengan tindakan isterinya itu menjegilkan matanya ke arah wanita yang sudah membuat akal dan fikirannya bercelaru.
      “Kenapa? Dah tak boleh nak bersuara dah? Abang ingat, dengan jegil-jegilkan mata macam tu.. Reen boleh fahamlah?” Sinis sekali pertanyaanku itu. Aku tersenyum sedikit memandangnya.
       “Ada abang kisah.. Reen faham ke tak?” Jawabnya selamba sambil cuba merampas kembali remote control yang berada di belakangku. Aku mengelak dan agak lama jugaklah kami berebutkan sesuatu yang kalau dilihat oleh budak-budak kecik, pasti sudah dijadikan kami berdua ni sebagai satu bahan lawak yang takkan habis diketawakan sehingga ke malam esoknya.
       Perebutan itu berakhir apabila aku yang tidak dapat mengawal keseimbangan badanku lalu jatuh terduduk ke lantai. Dan akhirnya, Sahel Haqimy berjaya mendapatkan remote itu.
      “Aduh.. sakitlah. Abang ni dah kenapa? Main tolak-tolak orang pulak?” marahku sambil membaling bantal kecil yang ada berhampiranku tepat mengenai mukanya.
      Sahel Haqimy tidak menghiraukan bantal yang terkena tepat di mukanya itu. tapi, dia lebih risaukan isterinya yang sudah terduduk di atas lantai.
     “Sorry… sayang. Abang tak sengaja.” Jawabnya pendek. Dia menghulurkan tangan untuk membantu isterinya itu.
      Aku tak jadi mahu memarahinya apabila mendengar nada suaranya yang penuh dengan nada risau itu. Hah.. boleh pun bercakap. Ingat dah banyak sangat ternak emas kat dalam mulut tu, sampaikan dah tak boleh nak bercakap. Omelku di dalam hati.
     Aku sudah pun duduk di atas sofa. Dia masih lagi kaku disebelah. Beberapa minit kemudian, aku dan dia berpandangan. Akhirnya kami ketawa. Ya, ketawa dengan sikap kebudak-budakan kami malam ni.
     Dia menarik aku supaya lebih dekat lagi dengannya. Aku tidak menolak. Malah, aku merasakan inilah masa yang sesuai untuk aku mengetahui, kenapa dia bersikap aneh sangat malam ni.
      “Reen ok?” Soalnya sambil mengelus-ngelus tanganku.
     “Ok je.. abang ok?”
    “Ok jugak…” balasnya.
    “Ye ke? Macam tak je...abang ada masalah eh?” Eleh.. nak coverlah tu. Getus hatiku.
    Sahel menggeleng. “Tak la. Siapa kata?” Soalnya pula.
      “Abang.. kalau abang tak puas hati, abang cakap je. Janganlah simpan-simpan macam ni. Reen tak sukalah. Cuba abang cakap, Reen ada buat abang marah ke?” Aku menyoal lagi. Haish.. hilang sabar pulak aku dengan laki aku ni. kalau dah muka tu tak reti nak simpan rahsia.. tak payahlah susah-susah nak buat muka macam dengan cemerlangnya boleh simpan rahsia tu abang oi.
       Dia diam lagi, sambil matanya masih memusat ke arah tv. Aku yang sudah malas mahu bertanya itu melepaskan keluhan kasar. “Ok.. fine… abang layanlah perasaan abang tu sorang-sorang. Reen nak naik atas.” Aku bangun untuk menuju ke tingkat atas, namun baru saja kakiku ingin melangkah..dia bersuara tiba-tiba.
       “Siapa Hasyimi? Abang jealous tengok sayang layan dia mesra sangat tadi”
       Aku terkedu mendengar soalannya itu. Satu keluhan terbit dari bibirku. Hai.. betullah apa yang Elly cakap. Cemburu rupanya. Aku ketawa perlahan. Tiba-tiba aku rasakan yang suamiku itu dah macam budak kecil pulak. Aku kembali duduk disebelahnya. Ku pandang mukanya dengan senyuman yang ala-ala tak jadi.
      “Kenapa pandang abang macam tu?” Sahel Haqimy menyoal. Kurang selesa pulak jadinya bila ditenung sebegitu.
      Aku tersengih sambil menggelengkan kepala. “Abang ni…macam budak-budaklah. Dengan Syimi pun nak jealous. Dia tu, kawan lama Reen la. Kitorang satu sekolah dulu. Takde apa yang nak dicemburukan bang. Reen sedar, Reen ni isteri abang. Kalau mesra pun tadi layanan Reen kat dia, itu sebab kami dah lama tak jumpa. Abang janganlah risau. Reen sayang abang sorang jelah.” Pengakuan ikhlas dari hatiku. Wow.. berani jugak aku buat confession macam ni eh? Hebatlah kau Syazreen.
       Sahel Haqimy mengerutkan dahinya namun di dalam taman hatinya, berbunga-bunga riang mendengar pengakuan isterinya itu. “Yeke? Habis.. yang tadi tu, siap pelawa makan sekali tu apa kes? Jealous abang tengok tau. Nasib baik kat tempat public tadi. Kalau tak.. siaplah mamat tu abang warning.”
      Aku menampar lembut lengannya. “Amboi.. bukan main lagi eh. Abang tak payah risaulah. Dia tu kawan Reen je. Dah la bang… nah.. minum air ni. Penat Reen buat tau.” Aku mengubah topik. Hai.. macam tu pun  nak jelous ke? Aku berkata-kata di dalam hati.
      Sahel Haqimy sudah tersengih-sengih. Dia mencapai cawan yang aku hulurkan. Setelah meneguk sekali, dia memberinya kepadaku.
     “Nah.. Reen minumlah sekali…”
     “Kenapa pulak? Kan air tu untuk abang?” soalku hairan.
     “kata penat…” jawabnya selamba.
     Aku menampar bahunya. Ceh, dia kenakan aku rupanya. Sahel Haqimy ketawa melihat wajah geram isterinya itu.




pesanan penaja : Updating! Alhmdulillah.. dapat pun update bab terbaru pasal Permaisuri Hati.. so, atas permintaan ramai..(ramai la sgt yg mintak kan? haha..) saya update bab terbaru permaisuri hati.. selamat mbaca.. and don't forget to leave ur comment here.. saya terima je sume komen2 anda.. hehe...:)

Wednesday, April 11, 2012

~Tak De Pakwe? Tak de Hal lah..(^_^)~

Assalamualaikum.. Erm, elok pulak time2 tak boleh tidur ni, saya boleh pulak nak update blog kan? Huhu. Ini la dia kalau terlebih minum kopi. kalau boleh, satu jug tu.. nak minum sorang je. Saya memang hantu minuman berkafein! Hehe. Bagi la saya baca artikel pasal bahayanya minum minuman berkafein ni.. satu hari je saya insaf.. lepas tu, dah meraban-raban dok cari kopi atau nescafe. Hihi. 

So, memandangkan mata pun dah tak boleh nak lelap.. saya amik initiatif untuk update teratak usang saya ni sekejap. Alhamdulillah.. adakah ini petanda yang ilham untuk mencoret kisah seterusnya dalam Permaisuri Hati akan hadir tak lama lagi? hihi.. InsyaAllah.. semoga apa yang saya dah mulakan ni, akan dipermudahkan oleh Allah. Amin.

sekarang ni, bukan tu pun topik utamanya. Ada sesuatu yang saya nak kongsikan untuk entry kali ni. masa tengah terkebil-kebil sorang-sorang sambil telinga dok layan lagu-lagu yang ada dalam handphone pinjam saya tu...saya tetiba teringat satu persoalan ni. soalan dari kawan saya. tapi, berpangkat adik la. dia pernah tanya saya satu soalan ni. Dan soalannya berbunyi begini,

"Kak Ain.. Kak Ain takde pakwe ke? Tak penah dengar kak Ain citer pasal pakwe..."

Soalan yang agak mencabar kewibawaan saya jugak la. Tapi, kata cool kan.. so, hanya mampu tersenyum je la. Dalam hati, saya tertanya-tanya..


".. teruk sangat ke bila tak de pakwe nih erk?"

Teruklah tu kot. Sampai orang tanya-tanya bagai pulak. Hahaha. Erm.. rasanya tak lah teruk mana pun kan. Still bahagia dengan diri sendiri. Dengan family yang always be  there for me. Kawan-kawan yang kalau saya buat perangai sengal pun, tetap ada di sisi. Atok nenek yang selalu mendoakan something yang baik-baik untuk cucu diorang nih. Adik beradik yang 3 orang tu lagi.. yang kadang-kadang havocnye mengalahkan 30 orang. Makcik-makcik sedara and pakcik-pakcik sedara yang selalu bagi nasihat berguna (lagi2 kalau datang bab jodoh2 ni.. hahaha..)..Erm, apa lagi erk? Oh ya, lupa pulak.. saya ada adik-adik sepupu yang sangat-sangat best..sangat-sangat bijak..(entah susu apa yg diorang minum entah kan.. ) dan sangat-sangat comel. Semua tu dah buat saya rasa satu benda iaitu BAHAGIA.


So, saya tak perlukan pakwe pun. Cukuplah dengan adanya mereka-mereka ini disisi. Bagi saya, kalau seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan yang belum berpunya atau masih solo.. ataupun tak pernah bercerita tentang pakwe atau makwe masing-masing.. itu bukan sebab diorang tak de pakwe atau makwe.. tapi, itu sebab diorang tak mahu cari pakwe atau makwe.. sebab diorang nak cari suami atau isteri. Kalau yang tu, baru boleh cerita. Setakat takde pakwe.. tak de hal lah!( sambil angkat2 kening dengan muka terlebih bangga). Ngeh.. ngeh... ngeh..




kawan-kawan semua, buat apa kita nak bercerita pasal seseorang yang tak ada apa-apa ikatan dengan kita, kalau kita ada lebih dari tu untuk diceritakan. Contohnya, macam yang saya sebutkan kat atas tadi la.. saya ada mereka-mereka semua di sisi saya, dan saya tak rasa yang mencari pakwe itu satu keperluan. Cari suami? Ya.. itu memang satu keperluan. Tapi, semuanya kerja Allah. Kita just boleh berserah je. Jodoh tu semuanya kerja DIA. Siapalah kita yang tak berkuasa ni nak menidakkan kuasa DIA? Betul tak? So, ada pakwe ke.. tak de pakwe ke.. life must go on. Kalau ada yang rasa, zaman sekarang ni.. setiap orang kena ada pakwe.. memang salah la apa yang anda rasa tu. Dan kita sepatutnya lebih rasa bersalah kalau kita sibuk nak berpakwe makwe lebih dari nak bersuami isteri.

Coretan ni, coretan luahan hati. Sorry kalau ada yang terasa hati. Sesungguhnya, yang baik itu dari ALLAH..dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri...(^_^)


Pesanan Penaja : Fikirkan yang positive.. ALLAH mungkin tak bagi kita berpakwe2 atau bermakwe2..sebab DIA dah rancangkan yang lebih baik untuk kita.. so, we do not have to worry much as much macam kita tak makan seminggu atau dua minggu.. atau mungkin jugak sebulan.. hehe.. orait2.. dah out of topic dah tu. Be positive.. be good.. InsyaAllah..we can find someone gud too..

Wednesday, April 4, 2012

~Si Kedekut Cinta~


                Bab 5

“Lya! Cepat Lya! Aduh. Dahlah ada meeting hari ni. Kau boleh lagi lenggang kangkung kat dalam tu. Ya Allah.. cepatlah weh. Lambat dah ni. Hai.. habis..habis. Matilah kena kecam jap lagi.” Nabila membebel sendirian di muka pintu.
     Aku muncul dengan wajah se ‘gamble’ mungkin. Macam selalu. Sopan santun tetap keutamaanku. “ Kau ni.. relax la. Meeting pukul 9.00. sekarang baru pukul 8. Yang kau dok kalut macam tarzan sakit perut ni kenapa? Lagi satu, mana ada orang mati kena kecam. Mati kena rejam adalah.” Aku memandang Nabila sambil tanganku sibuk memeriksa beg tanganku yang aku beli kat PM a. k. a Pasar Malam dua minggu yang lepas. Bedak compact paling murah ada. Handphone yang tak berapa nak mahal ni pun ada. Fair & Lovely yang tak sampai RM6 harganya ni pun ada. Ok, set. Lengkap dah barang-barang keperluanku. Aku ni memang tak layan barang-barang branded ni. Apalah sangat dengan barang-barang branded tu, kalau kena keluar duit sampai beratus-ratus. Tengok ni ha, beg pasar malam pun dah ok dah kot. Bukan orang tanya pun. Eh.. ada la orang tanya. Mak cik cleaner kat office aku tu. Eh..silap. bukan office aku. Office tempat aku kerja tu. Hehe. Eh.. wait..wait.. telekung?? Oh.. lupa. Aku ABC hari ni. So, MC la jawabnya.
    “Weh.. dah-dah la tu berangan. Kau tau tak dah pukul berapa? Nak tunggu kau sudah berangan. Silap-silap pukul 9 pun belum tentu kita boleh sampai tau tak? Dah.. cepat..cepat. kita dah lambat ni.” bebel Nabila sambil melangkah ke tempat pemandu.
     Aku yang melihatnya segera bertanya. “Eh.. apasal pulak kau ke situ? Bukan tempat asal kau kat sebelah ke?” soalku hairan.
    “Biar aku drive. Tengok gaya kau.. alamat, pukul 10 la kita sampai. Kau tu dah la bawak kereta pun nak sopan santun. Jap lagi, sebelum big boss kita pun hilang sopan santunnya, baik aku yang bawak.
      Aku memandang Nabila dengan pandangan yang aku sendiri tak tahu nak tafsirkan apa jenis pandangankah itu. Yang aku tahu, mak cik ni memang tengah menyindir aku la ni. dia tak tahu ke, aku ni la driver paling berhemah dan berbudi bahasa kat muka bumi Allah ni? Kalau datang Si Nabila ni, asyik nak laju je. “ Bawak jangan nak melebihi had laju pulak jap lagi. Kalau kena saman.. kau bayar.” Aku mengingatkan Nabila sambil terus mengambil tempat di sebelah pemandu.
      “Aku tau la. Dah..dah.. baca doa banyak-banyak. Semoga kita sampai dengan selamatnya di office.”
      Macam jauh sangat je bunyinya. Walhal tempat kerja tak sampai setengah jam perjalanan pun. Itu la uniknya aku dan Nabila. Kalau nak buat apa-apa, kami mesti biasakan dengan membaca doa terlebih dahulu. Kalau di kedai makan pun sama. Peduli hape orang nak mengata ke mengutuk ke. Janji apa yang kami buat, diberkati ALLAH. Mak ayah aku selalu pesan tau, dalam apa pun urusan yang nak dibuat, jangan lupa ALLAH. Jangan lupa berdoa. Yeszaa… terima kasih mak..ayah.. sebab bagi didikan yang begitu superb untuk anakmu ini. Ececeh.. hehe. Hai la.. tetiba je hati ini rindukan kampung halaman. Yang paling penting, rindu nak makan asam pedas mak. Syahdu…syahdu. Isk..isk..isk..


“KAU la ni Lya.. sebab kau kita kena smash habis-habis dengan bos baru tu. Nasib baik kena smash je. Kalau kena back hand tadi.. aku back hand kau balik. Hish.. pagi-pagi dah kena. Apalah nasib hari ni?” Nabila membebel panjang.
     Aku mengeluh bosan. Dia ni, kalau tak suruh berhenti.. memang boleh cair segala cecair yang ada kat dalam badan aku ni. “Eh.. Ila.. kau boleh diam sekejap tak? Kau tau tak, aku penat dengar kau membebel? Yang kau pun sama dok membebel kat aku tak tentu pasal tu, dah kenapa? Lagi satu, apasal aku pulak yang salah? Kau yang menjawab dulu kan? Aku just tambah-tambah je.” Jawapan yang tak kurang panjang jugak dari aku.
    Terbayang tiba-tiba insiden yang memang tak disangka-sangka. Nak dijadikan cerita, aku dan Nabila terlewat sampai. Kebetulan pula, meeting sudah pun  bermula. Apa lagi, kalut jugak kami nak mencipta alasan. Dalam dok kalut mencipta alasan yang boleh tahan logic jugak aku rasa.. aku rasa la. Tapi, tak tau la apa yang si Ila ni rasa... tiba-tiba keluar satu suara yang memang janggal la. Tak pernah dengar langsung. Rupanya, tu bos baru kitorang. Itupun lepas Dato’ Hasyim yang memperkenalkan sapa si empunya diri yang tiba-tiba bersuara tu. Kalau tidak, mahunya la aku smash dia balik.
    “Lain kali, please be punctual. Macam mana syarikat nak maju kalau macam ni time awak berdua datang kerja.” Aku mengajuk ayat yang dituturkan sebentar tadi. Tegas dan sinis sekali kata-kata yang keluar dari mulut pakcik tu. Pakcik tu, maksud aku bos baru kitorang tu la. Saja je aku panggil dia pakcik. Mulut kalah pakcik-pakcik sangat je. Pakcik aku kat kampong pun tak laser macam tu. Haha. Gasak kau la weh kena kutuk dengan aku.
      Nabila sudah ketawa sambil menekan-nekan perut. Dia ni la..ini yang aku malas nak buat lawak cerdik ni. Memang tak boleh control tau dia ni kalau dah gelak. Haish.. apa pun tak boleh.
    “Weh, Ila.. kau dah kenapa pulak? Hiperbola jugak macam bos kau kat dalam tu ke apa?” Tegurku sambil menampar bahunya.
    “Kau tu la... asyik nak mengajuk gaya and percakapan orang je. Dah macam Mr Bean versi kartun dah aku tengok kau tau tak.” Nabila membalas dengan ketawa yang masih bersisa. Alahai..Lya..Lya.. dia ni suka buat aku gelak sampai tak boleh nak berhenti tau. Haha.
   Erk...dia ni kan.. suka sangat nak menyamakan aku dengan watak kegemaran dia tu. Hish..tension.. tension. “Tak payah nak Mr Bean versi kartun sangat la kan. Dah..dah.. gi balik bilik kau. Karang, pakcik yang kat dalam tu keluar karang.. tak pasal-pasal je kena smash lagi. Dah..dah.. go back to your place.” Aku menolak Nabila supaya keluar dari bilikku. Jangan bagi aku speaking boleh tak? Nanti orang meluat la. Sempat mengingatkan diri. Orang melayu asli.. memang macam gini la gayanya. Melayu tulen okey maksud aku. Bukan melayu asli tu bermaksud yang aku ni orang asli. Tapi, okey apa? Orang asli sekarang pun dah ramai yang educated kot. Aku bermonolog di dalam hati.
     “Eh..eh.. relax la Lya. Jap lagi aku keluar ar. Jom la sembang-sembang jap..” Nabila sengaja menduga. Kalau tidak disuruh keluar pun, memang dia akan keluar.
     Aku membulatkan mataku. “Sembang-sembang? Hamboi...hamboi.. banyak kau punya jelita. Dah..dah... pergi balik bilik kau. Aku nak buat kerja ni.”
    Nabila tergelak-gelak sambil melangkah keluar untuk menuju ke biliknya. Kawannya itu memang suka guna term yang pelik-pelik.“ yela.. yela.. nanti lunch, tunggu aku tau. Jangan berani nak gi makan tanpa aku. Kalau tidak...”
    “Kalau tidak.. kau bagitau mak kau.” Sambungku tanpa sempat sahabatku itu menghabiskan kata-katanya. Nabila tersengih sambil menunjukkan tanda bagus. Aku cuma mencebik. Tak habis-habis nak guna nama mak dia. Macam la mak dia tu nak marah kat aku. Mak dia dengan mak aku pun lebih kurang sama je. Aku ketawa di dalam hati.

~Si Kedekut Cinta~

                     Bab 4

Ammar hakim bersendirian di luar rumah merenung bintang dilangit. Sambil tangannya dimasukkan di dalam poket  seluar tracksuit yang dipakainya. Indahnya alam ciptaan ALLAH ni. Dia berbisik sendiri di dalam hati. Walaupun hari sudah malam, tetapi keindahannya tetap boleh dikagumi. Tiba-tiba otaknya ligat mengimbau kejadian seminggu yang lalu. Hatinya terasa sesuatu. Sesuatu yang sudah lama tidak dirasai. Ya ALLAH, adakah aku sudah cinta? Terngiang-ngiang di telinganya suara lembut tetapi tegas yang menegurnya ketika suasana sedang genting ketika itu. Mungkinkah ada hikmah disebalik semua ini? Ya.. mungkin juga. Kalau tidak, mesti dia takkan jumpa wanita itu. Wanita yang buat dia rasa ingin berkahwin sekarang juga sekiranya dipertemukan semula dengan wanita itu. Tiba-tiba rasa kesal bertandang di dalan hati. ‘Kenapa la aku tak tanya nama dia? Kenapa la aku tak tanya sapa mak ayah dia? Senang sikit aku nak masuk meminang. Hati kecilnya berbisik nakal.
         “Hai Mar.. termenung jauh nampak?” sapa satu suara dari belakang.
         Ammar Haqeem segera menoleh. Terhenti segala angan-angannya. “Eh.. abah. Ammar ingat siapa la tadi.” Dia sudah tersengih-sengih memandang abahnya ketika itu.
        “Apa yang dimenungkan tu Mar? Anak abah ni berangan nak kahwin ke?” Usik Dato’ Hasyim sambil mengambil tempat duduk yang memang tersedia di tepi kolam renang yang menghiasi Villa Usangnya itu. Nama yang tak seindah mana, tetapi cukup bermakna bagi mereka sekeluarga. Hasil titik peluhnya bekerja keras selama ini.
        “Eh.. abah ni. ke situ pulak. Tak adalah bah. Ammar tengah tengok bintang tu.” Ammar Haqeem memberi alasan. Adeh.. alasan tak konkrit langsung. Dah macam budak-budak je bagi alasan macam gitu. Apa-apa jelah. Janji rock! Ceruk mana pulak datangnya rock kau ni Ammar? Ayat dah macam drama melayu petang-petang, ada hati nak janji rock..janji rock bagai. Hatinya berbisik.
        “Yelah tu..ni, abah dah announce kat office, yang bakal bos baru akan lapor diri dalam masa terdekat. Semua pekerja-pekerja kita dah tak sabar-sabar nak tengok bos baru mereka tu. Jadi, bila Ammar nak masuk office?” Dato’ Hasyim memandang anak sulungnya yang baru sebulan pulang ke tanah air.
      Ammar Haqeem melemparkan senyuman ke arah abahnya yang sedang duduk itu. “Ammar tak ready lagi la abah. Bagi Ammar masa lagi seminggu boleh?” Pintanya sambil mengambil tempat berhadapan dengan abahnya.
      “Kalau nak tunggu ready Mar, bila tahunnya kamu nak ready? Agaknya sampai Abah ni dah tak larat baru kamu nak ready, macam tu?
      “Abah ni.. janganlah cakap macam tu. Ammar janji, after one week..i’ll give you the answer. Boleh kan bah?”Ammar Haqeem mengangkat tangan tanda berjanji. Dah macam orang baca ikrarlah pulak.
      “Ok.. I give you one week. After that,  Ammar kena tunaikan janji Ammar tu. Abah tak suka orang mungkir janji. Ingat tu?” satu peringatan dari Dato’ Hisyam untuk anak sulungnya itu. Lembut, tetapi tetap terdapat sedikit ketegasan di situ.
     Ammar Haqeem tersengih-sengih memandang abahnya sambil menggaru-garu kepala. Hai.. lain macam je bunyinya cara abah cakap ni. Serius bebenor la pulak. Huhu.
     “Kat sini rupanya dua beranak ni. Apa yang dibualkan tu abahnya? Serius je saya tengok?” Datin Mariyam yang tiba-tiba muncul itu sambil tangannya memegang dulang berisi air dan sepinggan biskut.
       Dato’ Hisyam tersenyum sebelum menjawab. Tak ada apalah Yam. Ni ha.. tengah bincang dengan anak bujang awak ni pasal nak ganti post saya nanti.”
       Ammar Haqeem menuang air yang dibawa oleh uminya sebentar tadi. “ Ha’ah umi. Abah ni ha.. tak sabar-sabar nak suruh Ammar masuk office.”
       “Ya tak ya. Macam mana Ammar? Setuju dengan offer abah tu?” tanya datin Mariyam pula.
      “Dia tak ready lagi katanya Yam oi. Abang bagi dia masa satu minggu je. Kalau tidak, tau la nasib dia.” Dato’ Hisyam dah bagi hint ala-ala arahan mandatori dah tu.
      Ammar Haqeem tersengih-sengih sambil menghirup air kopi panas yang dibawa oleh uminya sebentar tadi. Habislah aku. Abah macam beria-ia sangat tu. Agak lama tiga beranak itu berborak. Sekejap tergelak. Sekejap lagi kang, serius. Lepas tu gelak balik. Hai.. bahagia betul keluarga Dato’ Hisyam ni. Ammar Haqeem merupakan anak sulung kepada pasangan Dato’ Hisyam dan juga Datin Mariyam. Selain Ammar Haqeem, mereka mempunyai sorang lagi anak perempuan iaitu Iman Amani yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Russia dalam bidang kedoktoran. Anak perempuan bongsunya itu insyaAllah akan tamat pengajian tak lama lagi.

Ila, aku lapar la. Jom makan. Aku ada masak tadi.” Terjahku tiba-tiba. Aku tersengih-sengih memandang Nabila yang sedang sibuk berfacebook tu. Aku pun pelik sekarang ni. facebook dah semacam satu fenomena serius pulak. Sana sini, orang heboh bercerita tentang facebook masing-masing. Tak kurang jugak budak-budak kecik. Contoh terdekat, adik aku Syimot tu. Namanya Akmal Hasyimie, tapi aku lebih suka panggil dia Syimot. Sebab masa kecik-kecik dia comot. Suka hati aku je kan. Haha.
 “Ish.. kau ni dah kenapa? Aku tengah busy ni. Kau pergi la makan dulu. Jap lagi aku join.” Nabila menjawab sambil matanya masih lagi leka mengadap skrin laptop di depannya itu.
     Ala.. tak mo la makan sorang-sorang. Tak rasa nikmat weh. Jom la makan sekali. Aku masak special hari ni. Rugi kau tak cuba tau.” Umpanku.
     Nabila memandangku dengan muka syak wasangka yang sangat-sangat menebal. Erk.. bila masa pulak la si makcik ni masak? Tak dengar bunyi orang berperang pun. Nabila mengatakan begitu kerana, sahabat sehati sejiwanya itu kalau masak, memang kalah orang tengah berperang. Lentang lentung, sampai jiran yang empat puluh buah rumah depan belakang, kiri kanan pun boleh dengar dia masak.
     “Bila masa pulak kau masak ni? Aku macam tak boleh nak percaya kot. Ke kau masak air je.” Nabila berkata sambil tersengih memandang kawannya itu.
      Ek eleh dia ni. Pandang rendah pulak kat aku. “ Weh.. sorry sikit eh. Aku masak special ok. Dah..dah.. tak payah nak banyak bunyi. Perut aku ni dah nyanyi lagu nasyid dah ni. Jom makan.” Aku terus menuju ke ruang makan yang terletak berhampiran dengan ruang tamu rumah sewa kami. Nabila dengan malasnya mengekoriku.
     Aku membuka tudung saji yang cantik menutupi masakan istimewaku itu. “Tadaaa!! Menu hari ni.. maggi kari special punya! Hand made tau. Bukan beli. Silakan Cik Nabila.” Kataku sambil tersenyum-senyum.
     Nabila yang melihatnya mengerutkan dahi. “ Weh, Lya.. apa ni? kata special.. apasal maggi je?” soal Nabila tak puas hati.
     “la.. special la ni. Maggi kari special. Jom makan. Aku dah lapar ni.” kataku tanpa rasa bersalahnya.
      Nabila membuat muka. Terpancar riak bengang di wajahnya ketika itu. Patut la tak dengar apa-apa. Masak maggi je? Ei.. makcik ni kan. Memang nak kena dengan aku.
   “ Kau panggil aku beria-ia, just nak ajak aku makan maggi je? Kau ni kan.. suka buat gempak la. Kalau setakat maggi ni, aku pun boleh masak. Apa la kau ni.” Bebel Nabila. Hai la.. tension..tension.
    “Woo.. woo.. ni maggi bukan sebarang maggi ok. Maggi ni special tau. Siap ada telur dadar lagi. Kau pernah buat? Tak kan? So, jangan nak banyak songeh sangat. Kat Gaza tu, lagi sadis dari ni pun ada tau makanan diorang. Kau ni, cuba belajar macam mana nak bersyukur dengan apa yang kau makan sekarang ni. Diorang yang kat sana tu, berharap sangat kalau-kalau kita yang pergi sana untuk hantar bantuan tu, bawak banyak-banyak magi untuk diorang.” Itu dia.. tazkirah yang tak berapa nak ringkas dari aku. Hehe. Tapi, pelik jugak..bantuan-bantuan untuk sedara seagama kita yang dilanda kesusahan dan kedaifan yang teramat tu, mesti akan terselit bungkusan maggi sekali. Walhal dah diketahui ramai kot yang maggi tu tersangat la tidak baik untuk kesihatan. Mungkin pihak yang member bantuan cuba untuk variasikan bantuan makanan tu kot. Ah, sudah.. sempat pulak aku terbang ke Gaza.
     “Sekarang, baca doa cepat. Perut aku ni dah berbunyi-bunyi mintak diisi dah ni.”
     Nabila membuat muka telur asinnya sambil mulutnya terkumat kamit membebel. Dia menadah tangan. Namun belum sempat doa diaminkan, kawannya itu telah terlebih dahulu menyuap maggi ke mulut. “Weh.. aku belum habis baca doa lagi la. Yang kau gelojoh sangat ni pehal?” tegur Nabila. Ish.. tak senonoh betul member aku sorang ni.
     “Kau lambat sangat la. Kau tau tak, perut aku dah tukar lagu keroncong dah. Aku baca sendiri je doa.” Jawabku sambil terus menikmati maggi specialku itu. Nabila yang melihat menggelengkan kepala. Itu la..aku dah kata, kalau nak makan tu, jangan sibuk nak membebel. Ini tak..mulut dengan perut sama aje lajunya. Hai.. Lya..Lya. Fiil entah apa-apa.



Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...