Tuesday, May 3, 2011

~permaisuri hati~

                                                      Bab 22




Hari yang ditunggu telah pun tiba.Hari ni adalah harinya untuk aku diijabkabulkan dengan lelaki yang bernama Sahel Haqimy.Perasaan aku masih seperti dulu.Tiada rasa cinta terhadapnya.Tetapi,walaupun begitu aku tidak berniat untuk membatalkan majlis yang sudah dibuat segala persiapan ini.Ini semua kerana aku tidak mahu menghampakan orang tuaku yang aku lihat adalah orang yang paling gembira sekali.

      Perasaan setelah dinikahkan oleh ayahku sendiri sebentar tadi,membuatku terasa sebak dan syahdu.Yang pasti,aku sudah pun bergelar isteri.Aku sendiri tidak pasti,bagaimana akan aku lalui perkahwinan ini nanti.Aku teringat akan kata-kata Sahel seminggu sebelum majlis ini berlangsung.

      ’Awak jangan risau Syazreen,saya akan jaga awak.Saya janji saya akan bahagiakan awak.Andai kata,satu hari nanti awak tak bahagia dengan saya.Saya redha Syazreen.’

      Benarkah aku akan bahagia dengan perkahwinan tanpa cinta ni?Aku tertanya-tanya di dalam hati.Beberapa hari aku membuat sembahyang hajat dan istikharah.Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.Selepas selesai majlis persandingan tadi dan setelah keluarga mertuaku balik,aku terus masuk ke bilik.Elly juga sudah pulang,kerana dia perlu menghadiri kenduri di rumah emak saudara Hisyam.

    Sedang aku duduk berteleku di atas katil yang di hias indah ini,aku tersentak apabila pintu bilikku terkuak.Terjengul wajah Sahel,lelaki yang kini sudah bergelar suamiku dengan senyuman manisnya.

    Hish,tak penat agaknya asyik dok senyum dari tadi.Ngomelku di dalam hati.Dia melangkah mendapatkan aku.Aku mengerutkan dahi.Tertanya-tanya sendiri.

   “Awak buat apa kat sini?”tanyaku bodoh.

    Dia tersentak kemudian melepaskan tawa besarnya.”Syazreen…Syazreen.Kitakan dah kahwin.Dah jadi suami isteri yang sah pun.Kenapa awak tanya soalan macam tu?
 
     Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal itu.Ha’ah erk..dia kan dah jadi suami aku.So,memang patutlah dia ada kat sini.Aku diam membisu.Tidak berkata apa-apa.Yang berada dalam kepala otakku kini adalah,macam mana kami nak berkongsi bilik dan yang paling penting,berkongsi katil!Takkanlah aku nak suruh dia tidur kat ruang tamu pulak.Nanti mak dengan ayah dapat tahu,tak ke mati aku.

    “Syazreen..abang tahu,Syazreen still tak dapat terima cinta abang.Tapi,percayalah..abang takkan paksa.Abang akan tunggu,sampai Syazreen boleh terima abang sepenuhnya.”Tuturnya perlahan.

    Aku mengerutkan dahi.Aik!Dah bahasakan diri dia abang pulak.Advance betul dia ni.Bisik hatiku.

   “Saya memang tak dapat terima lagi perkahwinan ni Sahel.Jugak perasaan saya pada awak.Buat masa sekarang,saya masih rasa yang awak tu kawan baik saya.Jadi saya nak kita kekal macam tu walaupun sekarang ni kita dah jadi suami isteri.”Kataku.

     Dia tersenyum.”Takpe sayang..abang faham.”Dia berlalu menuju ke arah almari pakaian.Dia membuka baju melayu yang dipakainya.Aku yang melihatnya,segera bertanya.

    “Eh..awak buat apa tu?Nak bukak baju pun,bukaklah kat tempat lain.Takkan nak bukak kat sini pulak kot.”Soalku sambil menujukkan muka tak puas hati.

    Dia menggeleng sambil tersenyum.”Habis,nak bukak kat mana sayang oi?Takkan nak bukak kat bilik mak dengan ayah pulak.Lagipun,bukan bukak depan perempuan lain.Abang bukak depan isteri abang jugak.”Jawabnya dengan nada mengusik.

    “tapi,awak janganlah bukak kat sini.Pergilah salin kat bilik air.”Ada ke nak salin kat dalam ni.Ngomelku.

    “Tak nak.Nak salin kat sini jugak.”Katanya sambil sudah bersedia ingin membuka baju yang dipakai itu.

    “Sahel!”Aku memanggilnya.Namun panggilanku tidak diendahkan.Malahan,dia boleh menayang muka kerang busuk dia tu.  

    “Dahlah.Kalau awak tak nak keluar,biar saya je yang keluar.”Ujarku sambil  merengus geram.Aku malu sebenarnya bila melihat dia tidak berbaju seperti itu.Sebaik saja aku mahu membuka pintu,dia menghalang dengan menarik tanganku.

    “Yelah..yelah..abang keluar.”Dia mengalah.Aku tersenyum menang.Ha,kalau dari tadi mengalah,kan bagus.Takdelah aku kena bertekak dengan kau.
   
    Sahel haqimy berlalu dengan muka tak puas hatinya.Nak salin baju pun tak boleh.Dia merungut seorang diri.


MALAM  itu,sekali lagi aku dan Sahel ‘bertekak’.Semuanya kerana,aku tidak mahu tidur sekatil dengannya.

    “Awak..boleh tak awak tidur kat bawah ke..kat atas kerusi tu ke..atau kat mana-mana jelah..asalkan jangan tidur kat atas katil ni?”Soalku dengan muka selamba.
   
    “Saya nak tidur kat atas katil jugak.”Sahel Haqimy berkeras.

   “Mana boleh!Nanti…”

    “Kenapa pulak tak boleh?Kan kita dah jadi suami isteri.So,apa masalahnya kalau abang tidur kat atas katil ni jugak?”Sahel haqimy memuntahkan ketidakpuasan hatinya.

    “Sahel..awak tak faham ke?Saya perlukan masa.Lagipun,saya dah biasa tidur sorang-sorang..rasa lainlah tiba-tiba nak tidur berdua.

    Lagipun,saya tidur lasak tau.Nanti manalah tahu,malam-malam saya tersepak awak ke..hah,sapa yang susah?Awak jugak.Please…awak tidur kat bawah eh.”Rayuku bersungguh-sungguh.

    Sahel haqimy masih buat tidak tahu.Malah dia sudah pun menepuk-nepuk bantal tanda yang dia sudah bersedia untuk tidur.

    “Sayang…abang mengantuklah.Abang tidur dulu ya.Kalau sayang nak tidur,sayang tidurlah atas katil ni.Abang tak kisah.Tapi,kalau tak nak..takpe.Abang tak paksa.”Ujarnya sambil tersenyum.Pura-pura menguap.

    Aku mendengus geram.Hish!Lelaki ni suka buat aku geram. Rasa macam nak cekik-cekik je leher dia tu.Takkanlah nak tidur kat atas katil sama dengan dia kot?Hish,tak naklah aku.Buatnya dia buat apa-apa kat aku kang,macam mana?Hei..tak boleh..tak boleh.Huh!Tak guna!Aku membebel geram sambil mengambil bantal dan toto.Aku menarik juga selimut yang digunakan.

   Sahel yang ketika itu baru hendak menyelimutkan badannya terpinga-pinga dengan tindakanku.Dia memandangku dengan muka tidak puas hati.Aku buat-buat tak nampak dan terus merebahkan diri.Keletihan akibat majlis yang berlangsung siang tadi,memudahkan ‘kerjaku’ untuk melelapkan mata.


SAHEL Haqimy terjaga dari tidurnya.Dia melilaukan matanya mencari-cari kelibat isterinya.Dia terpandang Syazreen sedang tidur di bawah beralaskan toto nipis.Kasihan pula dia melihatnya.Dia tahu,Syazreen masih tak dapat terima dirinya sebagai suami.Walaupun begitu,dia tetap akan terus bersabar dengan harapan,satu hari nanti Syazreen akan menerima dirinya.Sahel segera turun mendapatkan isterinya itu dan mengangkat Syazreen ke atas katil.Setelah menyelimutkan Syazreen,dia merenung sejenak wajah isteri yang amat disayangi itu.Hatinya berdebar-debar seketika.Isterinya itu manis orangnya.Lebih-lebih lagi jika dia tersenyum.Senyuman Syazreenlah yang membuatkan dia terpikat selain dari perilaku isterinya itu yang nampak pemalu tapi sebenarnya seorang yang suka bergurau.Dia bangun dan merebahkan dirinya di bawah.Ikutkan hati,mahu saja dia merebahkan dirinya disebelah Syazreen.Tetapi,dia tidak mahu membuat Syazreen bertambah benci akan dirinya.Dia sudah berjanji pada dirinya sendiri,yang dia akan berbuat begitu setelah Syazreen menerima dirinya sebagai suami.Itu janjinya.

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...