Tuesday, May 3, 2011

~permaisuri hati~


                                                      Bab 10



s
udah  hampir setahun  aku memegang jawatan sebagai pensyarah di UiTM Shah Alam.Alhamdulillah..cita-citaku tercapai juga akhirnya.Begitu juga dengan Elly.Sahabat baikku dari sekolah menengah,sampailah sekarang.Kami tak pernah bergaduh,walaupun kutuk-mengutuk adalah perkara biasa bagi kami berdua.Dialah sahabat yang sama-sama susah dan senang yang aku ada.Malahan,ibu bapa kami juga sudah saling mengenali.

       Hujung minggu depan,aku dan Elly merancang untuk balik ke kampung.walaupun baru seminggu yang lalu kami pulang ke kampung namun kerinduan terhadap keluarga memang tak dapat dibendung lagi.Inilah masalahnya kalau hidup tak pernah jauh dari keluarga.Bila berjauhan macam ni,terasa rindulah pulak.

      “Jadi ker kita nak balik kampung next weekend?”Soal Elly yang entah dari mana muncul dengan bedak sejuk bertempek kat muka.

      Aku yang ketika itu sedang khusyuk menonton drama kegemaran ramai,Nur Kasih segera menoleh.Geli hati pulak aku menengoknya.

     “Jadilah..mana boleh tak jadi..rindu tau kat mak dengan ayah and adik-adik aku.Dekat Arisya pun.”

     Ingatanku terbayangkan wajah comel Arisya.Si kecil yang emak aku asuh itu.Sudah  dua tahun umurnya.Aku mengalihkan semula pandanganku ke arah tv.Drama Nur Kasih yang disiarkan setiap minggu pada hari jumaat ini memang merupakan drama favourite aku.Tak pernah misslah kiranya.

     “Aku pun tak sabar nak balik kampung.Rindu gila kat mak aku tu.”Ujar Elly dengan penuh semangat.

      Aku tersenyum.”Erm..rindu kat mak ke..rindu kat si Hisyam tu.”Usikku sambil ketawa mengekek.Elly dan Hisyam yang berkasih sejak zaman kami di kolej lagi masih bertahan sehingga kini.

     Walaupun kadang-kadang bergaduh,namun cinta mereka tetap utuh.Cuma aku saja yang masih sendiri.

    “Yang tu aku rindu jugak..”Jawab Elly tersengih-sengih sambil membuat reaksi manjanya.

    “Amboi..gediknya.Hish,ntah apa-apa ntah.Tak senonoh betul.”Hisyam pakwe Elly juga sudah bekerja di Melaka.Aku menggeleng sambil menghalakan pandangan ke arah tv.

     Sedang aku asyik menonton drama lakonan pelakon baru,Remy Ishak  yang sedang meningkat naik sekarang ni..aku dikejutkan dengan satu tepukan di pehaku dari Elly.Aku memandangnya dengan geram.

    “Apa dia?Kau ni..cuba jangan kacau kalau aku tengah khusyuk tengok cerita best ni”Kataku dengan nada geram.Orang tengah menghayati babak best nih,dia potong line pulak.

     Aku cukup tak gemar diganggu bila aku sedang menonton cerita atau drama kegemaranku.Sahel juga sudah sedia maklum akan perangaiku yang satu ni.Apalah si Elly ni!Bebelku dalam hati.

    “Ha’ah..yelah..khusyuk sangat.Sampaikan phone kau tu dah berpuluh-puluh kali berbunyi pun kau tak sedar.”Elly menempelakku.

     Aku yang baru perasan akan hal itu segera tersengih.

    “Eh..ya ke?Macam mana boleh tak perasan eh?”Ujarku sambil menggaru kepala yang tidak gatal.Lantas menekan butang answer untuk menjawab panggilan itu.

      Elly sudah menggeleng-gelengkan kepala sambil melangkah ke dapur.”Hish!Telefon bunyi pun tak sedar.Susah betul kalau ada fanatik drama dalam rumah ni.Dia membebel sendirian”Aku tersengih sambil menjelirkan lidah ke arahnya.

       “Hello..assalamualaikum.”Aku memberi salam.

      “Walaikumsalam..hai,lambatnya angkat phone..busy ke?”Soal Sahel Haqimy dengan nada sinis.

       Aku ketawa mendengar sindirannya itu.”Alahai..sorrylah awak.Saya tak perasan tadi.Khusyuk sangat tengok Nur Kasih.So,ada apa call malam-malam ni?Kacau je tau.”Aku pura-pura marah.

     “Yelah..peminat setia kan.Memang saja je nak kacau awak.”Dia ketawa besar.”Saya nak mintak tolong nih..boleh tak?”Sahel haqimy bertanya.

    “Nak mintak tolong?Tolong apa?”Soalku dengan dahi berkerut.

     “Erm..saya pun tak tahu nak cakap macam mana..tapi,boleh tak kalau saya nak jumpa awak sekarang.Saya ambik awak kat rumah kejap lagi.Awak siap cepat..lagi 10 minit saya sampai.”
        Sahel haqimy terus mematikan talian.Tidak sempat aku nak menolak.Aku merengus geram.Hish!orang nak tengok Nur Kasih ni.Dia ni suka tau buat perangai macam ni..lagi sepuluh minit nak sampai?Erm,biar betul si sahel ni?Macam dah dekat je tu.

     Tanpa berlengah lagi,aku segera melangkah ke bilik untuk bersiap-siap.Aku mencapai tudung hitamku yang tersangkut di penyidai.

     Setelah bersiap ala kadar,aku melangkah keluar.Aku sempat menjeling jam di dinding.Hampir pukul 10!Uish,mak dengan ayah kalau tahu aku keluar malam-malam ni..masak aku!Confirm kena bebel sampai ke subuh ni.Aku ketawa di dalam hati.

       Elly yang kebetulan baru sahaja muncul dari dapur sambil memegang dua buah cawan,terpinga-pinga melihatku sambil memandang jam di dinding.

     “Weh..kau nak pergi mana malam-malam buta nih?Kau tau tak dah pukul berapa sekarang?”Soalnya lagak ibu-ibu mengandung gitu.

       Aku tersengih.”Erm..si sahel ajak keluar.Ada hal penting katanya.Apa yang penting sangat pun tak tahulah aku.”Jawabku sambil meneguk air yang dibawa oleh Elly sebentar tadi.

     “Malam-malam macam ni?Hmm..macam ada something je korang berdua nih?”Elly cuba menyerkap jarang sambil mengecilkan mata.

      Aku yang kebetulan sedang memegang bantal,terus membaling ke arahnya.Elly yang tidak sempat mengelak,terpaksa menahan balinganku dengan menadah muka.

     “Weh..agak-agaklah nak baling pun..jahanam bedak sejuk aku tau.”Marahnya sambil membetul-betulkan bedak sejuknya itu.

     “Padan muka kau!sibuk sangat nak gosip aku dengan si sahel tu kan.Hah,terimalah balingan percuma dari aku.Percuma tau..tak payah bayar.”Aku ketawa mengekek.

     “Inilah kawan..mentang-mentang ‘pakwe’ dekat..senang nak berdating..sanggup baling kawan baik sendiri.”Ujarnya sambil menyindirku.

     Aku yang baru nak membalas kata-katanya itu terhenti apabila kedengaran bunyi hon dari luar rumah.Kami berpandangan seketika.

    “Hah,tu ‘best friend’ dah sampai.”Sindiran itu membuatkan sekali lagi aku lemparkan bantal ke arahnya.Elly menyambut dengan ketawa kuat.aku turut ketawa.

    “Oklah..aku pergi dulu.kau jaga diri tau.Kunci pintu.Sebelum tu..tolong record untuk aku cerita Nur kasih eh.Nanti nak tengok balik.Bye!”

    “Yelah..kalau aku ingat.”Elly ketawa sambil sengaja menyakatku.”Sahel!jaga kawan aku baik-baik tau!kau jangan  lupa pulak hantar dia balik..kalau tak,aku telefon polis.”Gurau Elly dari pintu rumah.Sahel menunjukkan ibu jarinya.Aku menggelengkan kepala melihat telatah Elly.





APA yang penting sangat nak jumpa saya ni?”Soalku.Aku tertanya-tanya di dalam hati.Padahal,kalau nak diikutkan,hari-hari kami berjumpa.Ketika itu kami berdua sudah pun berada di atas jalan raya

     “Saja je..tak boleh?”Jawabnya selamba.

     Aku yang mendengar jawapan selambanya itu menoleh dan memandangnya dengan geram.”Apa dia?Saja?Awak jangan sahel..karang saya turun karang.”Aku mengugutnya.

     “Eh..relaxlah Syazreen..saya main-main jelah.”Dia ketawa kecil.

     “Tahu takut.”Ujarku sambil tergelak kecil.Suasana malam yang dingin ditambah pula dengan kesejukan air cond kereta,membuatkan aku mendiamkan diri sambil melayan perasaan.Entah kenapa malam ni aku terasa seolah-olah lelaki di sebelahku ini seperti lain dari kebiasaannya.Hatiku berdebar-debar.

     “Syazreen..saya nak kahwin?”Ujarnya tenang.

      Aku yang ketika itu sedang memutar-mutar siaran radio,menghentikan perbuatanku.Lantas segera menoleh.

    “Apa dia sahel?Awak nak kahwin?”Soalku bertalu-talu.”

     Sahel mengangguk mengiakan.Aku tersenyum gembira.”Baguslah..tahniah.Awak pun memang dah patut kahwin pun kan.So,siapa orangnya?Saya kenal ke?”Soalku lagi.

    “Perempuan..”Jawabnya sambil bergurau.

    Aku tergelak kecil mendengarnya.”Memanglah perempuan…takkan lelaki pulak.Awak ni..main-main pulak eh.Cakaplah cepat,siapa?”Aku mendesaknya lagi.Tak sabar nak tahu.

     Sahel Haqimy tersenyum.”Awak kenal.Orang ni sangat istimewa bagi saya.Saya sayang sangat kat dia.

      “Oh,ya?Siapa erk?”Aku tertanya-tanya sendiri.Setahu aku mamat nih tak pernah cerita pun yang dia ada girlfriend.Aku mengerutkan dahi.Sahel yang sedang memandu ku pandang hairan.”Awak,siapa orang tu?cakaplah!

      Sahel haqimy memberhentikan kereta di tepi jalan.Dia menunjukkan wajah tenang sambil memandangku.Aku berasa pelik tiba-tiba dengan perangainya.

      Hah,sudah!Apsal pulak mamat ni tiba-tiba berhenti tepi jalan ni?Aku memandang kiri dan kananku.Aku sudah memikirkan yang bukan-bukan.Kau,kalau buat macam-macam kat aku,siap kau Sahel!Aku berkata di dalam hati.

   ”Awak..syazreen.Awak orangnya.Awaklah wanita yang paling istimewa dan yang paling saya sayang..”Ujarnya sambil merenungku.

      Aku terlopong!Tak tahu apa yang patut aku katakan.Hish,biar betul?Aku silap dengar ke apa nih?Takkanlah aku.Tak mungkin..tak mungkin.Kamikan kawan baik.Aku sudah tergelak-tergelak.

     “Sahel..Sahel..aduhai..saya tak sangka pulak bakat melawak awak tu makin lama,makin terserlah.Lawak sangatlah Sahel..kali ni memang lawak.”Aku ketawa sambil menekan-nekan perut.

     Sahel Haqimy menggeleng sambil merenungku dengan pandangan yang sukar untuk aku mengertikan.”Awak..saya tak melawak.Saya serius ni.Boleh tak awak percaya kat saya.Saya nak kahwin dengan awak.Saya dah lama sukakan awak.”Tuturnya bersungguh-sungguh.Geram apabila kata-katanya dibalas dengan gelakan yang melampau daripada Syazreen.

     “Awak..saya rasa,awak salah cakap nih.Kitakan kawan baik…kita tak mungkin berkahwinlah.”Kataku sambil ketawa kecil.Hish,dia ni..nak buat lawak pun janganlah time ni.Buat aku gelak je!

      Sahel mengerutkan dahi.”Siapa kata kita tak boleh kahwin?”soalnya dengan muka tak puas hati.”Lagipun,mana ada undang-undang yang mengatakan..kawan baik tak boleh kahwin.”

     “Memanglah takde..tapi..kitakan dah kawan lama.Awak lupa ke janji awak kat saya,yang kita kawan sampai bila-bila?Kenapa tiba-tiba jadi macam ni pulak?Awak jangan Sahel..jangan bergurau dengan saya benda-benda macam ni boleh tak?Saya tak suka tau!”Marahku.Aku tak suka perkara kahwin ni dijadikan bahan jenaka.Apatah lagi dari seorang yang lelaki yang dah aku isytiharkan sebagai kawan baikku sendiri.

      Sahel Haqimy mengeluh.”Saya mintak maaf Syazreen..saya betul-betul mintak maaf.Saya tak boleh tipu perasaan saya lagi.Saya dah jatuh cinta kat awak,sejak pertama kali kita jumpa.

     Sejak dari saya terlanggar awak kat depan kedai buku tu.Saya tak boleh buang perasaan saya terhadap awak.Tolonglah Syazreen..saya tak nak kita jadi kawan baik.Saya nak awak jadi permaisuri hati saya Syazreen.”Tuturnya dengan penuh perasaan sambil memegang tanganku.

      Aku menarik tanganku sambil menggeleng-gelengkan kepala.Tidak!Mustahil.Kenapa kau buat aku macam ni Sahel?Aku anggap kau tak lebih dari seorang kawan.Tiba-tiba aku teringatkan kata-kata Elly tempoh hari.’Aku rasa,dia tak anggap kau kawan baik je..aku rasa lebih dari tu.’Terngiang-ngiang jelas di telingaku kata-kata Elly itu.

     “Saya tak leh terima Sahel.Awak kawan saya.Tak lebih dari itu.Tolong jangan paksa saya,please.”Aku berkata dengan tegas.

     Sahel yang mendengarnya berasa kecewa.Sesungguhnya hanya wanita itu sahaja yang berjaya mengetuk pintu hatinya selama ini.Sumpah!Hanya syazreen yang disayanginya sepenuh hati.Tiada orang lain.Kenapa wanita itu tidak memahami isi hatinya.

     “Hantar saya balik sekarang!Aku bersuara setelah mendiamkan diri.

     Sahel mengangguk.”Saya takkan paksa awak Syazreen..saya akan tunggu sampai awak boleh terima saya.Bagi saya,hanya awak yang layak jadi permaisuri hati saya.Takkan ada orang lain.”Ujarnya bersungguh-sungguh seraya menghidupkan enjin kereta dan terus menghantarku pulang.

    Aku terkedu mendengar kata-kata itu.
    

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...