Sunday, January 20, 2013

~Backdated Entry~

Alhamdulillah.. 30 0gos 2012, genap usiaku 22 tahun. Allahuakhbar.. rasa bersyukur tak terhingga kerana masih diberi peluang bernafas di atas muka bumi Allah ini. Terima kasih kat ibu dan ayahku juga kerana selama ini sangat bersusah payah membesarkan aku dan adik beradikku yang lain. Meniti ke usia awal 20-an, menjadikan tanggungjawabku semakin besar. Tanggungjawab kepada diri sendiri, tanggungjawab kepada keluarga dan yang paling penting, tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah yang indah ini.

Sesungguhnya, masih banyak yang perlu aku pelajari dan terokai dalam manjalani kehidupan di dunia ini sebagai seorang hamba Allah. Dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran, lebih-lebih lagi di arus kemodenan dan globalisasi ini, aku harus memanjatkan syukur ke hadrat illahi kerana sentiasa melindungi diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah aku sebagai seorang wanita islam dan juga sebagai seorang anak.
                                                                    
Ketika rakan-rakan sebayaku ramai yang mengeluh dengan masalah kehidupan masing-masing, aku masih boleh bergelak ketawa. Aku masih boleh meredakan perasaan mereka dengan ayat-ayat poyoku. Kerana apa? Kerana aku yakin dan pasti, jika kita hidup untuk mencari redha Allah, pasti kita dapat tempuhi hidup dengan aman dan senang hati. Dan aku juga percaya, jika kita mengambil kira sesuatu yang berlaku itu, ada hikmah di sebaliknya, masalah yang kita hadapi itu boleh hilang dengan sekelip mata.

Di mata kawan-kawan, aku mungkin seorang yang nampak kuat. Hakikatnya, aku hanya manusia biasa yang takkan dapat lari dari dibelengu masalah kehidupan. Tetapi, sebagai orang islam, kita tak boleh menjadikan hal-hal duniawi itu sebagai satu penghalang untuk kita meneruskan hidup. Masalah akan sentiasa ada dalam diri setiap manusia. Itu fitrah dan lumrah dalam kehidupan. Bagi aku, masalah itu bukan sesuatu yang mengjengkelkan, tetapi, masalah itu adalah asbab yang mana, Allah datangkan untuk kita sama-sama berfikir dengan rasionalnya, bagaimana mahu menyelesaikan masalah itu. Jadikan masalah itu sebagai satu pengajaran dan pengalaman berharga dalam hidup. 

Seringkali diriku dijadikan tempat rakan-rakanku meluahkan perasaan. Semuanya berkaitan dengan masalah kehidupan. Orang lain, mungkin akan rasa rimas bukan? Tetapi, bagi diriku.. aku amat menghargai setiap luahan hati rakan-rakanku. Kerana apa? Kerana mereka menjadikan aku seorng yang lebih matang dalam mencari penyelesaian untuk setiap masalah yang kadang-kadang terkena jugak kat batang hidung sendiri.

Teringat kata-kata pakar motivasi terkenal, Dr Haji Fadzillah Kamsah..

“Orang yang pandai, akan belajar dari kesilapan diri sendiri. Orang yang bijaksana, akan belajar dari kesilapan diri dan juga kesilapan orang lain. Orang yang bodoh, takkan belajar dari kesilapan orang lain dan orang yang paling bodoh adalah orang yang tidak mahu belajar dari kesilapan diri sendiri dan jugak kesilapan orang lain..”

Kata-kata itu menyedarkan aku bahawa sesungguhnya untuk menjadi insan yang lebih baik, kita kena selalu dan sentiasa check diri sendiri. In other words, muhasabah diri. In sempoi words, kena sedar diri. Kadang-kadang, sebelum melakukan sesuatu yang betul, kita akan sentiasa berbuat salah. Dan apabila kita buat salah, kita jangan ulangi kesalahan itu sebaliknya cuba dan usaha untuk membetulkannya.

Harapanku sempena hari lahirku yang ke 22 ini, semoga dikurniakan manisnya iman berpanjangan. Semoga apa saja yang aku lakukan dalam hidup ini, mendapat redha Allah dan semoga kehidupanku menjadi lebih baik dari semalam, hari ini dan insyaAllah untk hari-hari yang akan datang jugak. Doakan aku menjadi anak yang baik untuk orang tuaku.

Pesanan Penaja  :  Entry yang dah berhabuk. Ditulis semasa hari lahir yg ke 22.. now, dah 23 years old.. huhuhu.. that's why saya panggil backdated entry.. hehe.. saja je berkongsi.. sudi2 la baca.. [ dah lama sangat tak tulis apa-apa kat teratak usang ni.. makin bersawang la gamaknya.. hohoho..]

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...