Tuesday, May 3, 2011

~permaisuri hati~


                                                     Bab 11




Aku  terjaga dari lena apabila kedengaran ketukan pintu dari luar.Suara Elly yang nyaring memanggil namaku menjadikan tidurku terganggu.
     “Reen!Oh..Reen!Bangunlah.Dah pukul berapa ni?Tak nak pergi kerja ke?”Soalnya bertalu-talu.Sayup-sayup bunyi suaranya di sebalik pintu.

     “Ya..ya..aku bangun nih.”Jawabku sambil menguap.Aku mencapai jam loceng di sebelah katil.Astaghfirullah allazim!Ya Allah!dah pukul 8.00 pagi?Aduh..macam mana boleh tak sedar nih?Tanpa membuang masa lagi,aku terus keluar menuju ke bilik air. Elly yang berada di luar bilikku ketika itu,terpinga-pinga melihat kekalutanku.Beberapa minit kemudian,aku keluar dengan terkocoh-kocohnya.

       Hari ni,walaupun hari sabtu,tetapi ada satu program telah pun diaturkan untuk pelajar-pelajar baru.Jadi aku dan Elly tersenarai sebagai salah satu ahli jawatankuasanya.Setelah menyarung baju kurung hijau tua dipadankan dengan tudung hitam dan menyapu sedikit bedak,aku melangkah pantas menuju ke luar.Nasib baiklah aku nih tak suka bermekap.Apa yang ada aku balun je.Asalkan muka tak nampak pucat sudah.

       Dalam hati,aku mengomel.Kalau tak sebab luahan perasaan dari si Sahel malam tadi,takdenya aku lambat bangun hari ni!Geram dihatiku  masih ada lagi.Semalam,setelah dihantar pulang oleh lelaki itu,aku terus mengurungkan diri di dalam bilik.Sehingga hampir subuh barulah dapat aku melelapkan mata kerana memikirkan apa yang diperkatakan oleh lelaki itu.Nasib baik program start lambat hari nih.

       Elly sudah pun menungguku di luar dengan muka confusenya.Aku melemparkan senyuman kepadanya.

     “Kau kenapa erk?”Soalan yang pertama keluar dari mulutnya.Kami sudah pun berada di dalam kereta ketika itu.

     “Kenapa apa?”Soalku kembali dengan wajah hairanku.

     “Yelah..aku pelik.Selama ni,kau yang selalu kejut aku pagi-pagi..tapi,hari ni,aku pulak yang kejut kau?Bangun pun lambat segala.Aphal?Kau balik pukul berapa semalam?”Soalnya bertalu-talu.

      Aku tersenyum hambar.”Pukul 11.30.Takde apa-apalah Elly.Aku ok aje..maybe sebab malam tadi,aku tidur lewat kot sebab tengok Nur Kasih yang kau recordkan untuk aku tu.Thankslah sebab recordkan”.Aku memberi alasan.Tidak mahu Elly tahu tentang perkara yang berlaku malam tadi.

     “Ya ke?Ke kau ada something nak share dengan aku,hmm?”Elly memancing minatku untuk bercerita.

     Dia sedar yang wajah Syazreen tidak ceria seperti selalu.Macam ada masalah lagaknya.Jarang dia melihat muka syazreen se’tension’ itu.Disebalik muka yang serius,Syazreen yang dikenali adalah seorang rakan yang sentiasa ceria.Jarang menunjukkan muka bermasalah.
 
     Aku mengeluh.Ini salah satu kelebihan Elly.Dia cepat sungguh mengesan kalau aku ada masalah.Hanya dia saja yang tahu bagaimana nak mengesan sekiranya aku ada masalah.Macam mana aku nak sorok?Lantas,aku mengambil keputusan memberitahunya perkara sebenar.
  
    “Hah,apahal mengeluh pulak ni?”Soalnya lagi.
 
    “Aku pun tak tahu nak cakap macam mana?Pasal Sahel.”
  
     Elly mengerutkan dahi.”Pasal sahel?Kenapa pulak dengan dia?”
  
    “Dia cakap,dia dah jatuh cinta kat aku.”Jawabku perlahan.
 
      Elly ketawa besar sebaik saja aku habis menuturkan kata-kata.Dia ketawa sehingga menekan-nekan perut.Aku merengus marah.Ni yang aku malas nak cerita dengan minah ni.Memang kena gelak punya!
 
     “Yang kau gelak apahal?Aku tengah susah hati ni.Dia boleh gelak-gelak pulak.”Marahku.

      “Ya Allah..itu ke masalahnya?Aku ingatkan apalah tadi.Reen..Reen..kelakarlah kau ni.”Elly tergelak lagi.Kali ni lebih galak dari tadi.

      “Elly!Sudah-sudahlah tu gelak..karang aku turunkan kau kat sini kang.”Aku mengugutnya.Perempuan ni kalau bab menggelakkan aku,dialah juara.Lagi-lagi bab hati dan perasaan ni.Selagi tak suruh berhenti,selagi itulah dia tergelak.

      “Ok..ok..sorry ok.Aku tak gelak lagi..ok,aku senyap.”Elly menekup mulutnya dengan tangan.Setelah reda,dia menyoalku.”Habis tu,kau terima tak cinta dia?”

      Aku menggeleng.Elly membeliakkan biji matanya.

     “Kenapa pulak?Kau patut bersyukur tau.Ada orang sayang kat kau.”Soalnya hairan.Agak tidak puas hati dengan reaksiku menolak cinta sahel.

     “Yelah..tapi,diakan kawan baik aku.Aku tak leh terimalah Elly.Kitorang selesa berkawan baik,tiba-tiba nak bercinta pulak.Tak naklah aku!”Ujarku sambil menunjukkan reaksi protes.
 
      “Apa masalahnya?Tak salah pun.Kan aku dah cakap dari dulu lagi,si sahel tak pernah anggap kau kawan baik dia.Dia anggap kau lebih dari tu.Cara dia pandang kau,cara dia ambil berat pasal kau selama ni.Kau tak sedar ke semua tu?”Elly memuntahkan kata-kata.

     “Aku tahu Elly..tapi..aku anggap dia kawan baik aku.Macam kau jugak.Not more than that!Aku tahu..dan aku jugak tahu,yang dia sedar tu semua.Tapi,kenapa dia buat aku macam ni Elly?Kenapa aku?kenapa bukan orang lain.”Aku meluahkan rasa tak puas hati aku.

      “Reen..kan aku pernah cakap kat kau dulu.Lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik.Tapi,kau tetap berkeras kata yang kau dengan sahel tu kawan baik.Tengok sekarang apa dah jadi?Dia jatuh cinta kat kau.Aku rasakan Reen,tak salah kau bagi peluang kat dia dan kat diri kau jugak.”Nasihat Elly panjang lebar.

     “Masalahnya..aku tak bolehlah Elly.Kau tak faham aku lagi ke?Aku kan susah nak terima lelaki dalam hidup aku.Macam mana aku nak terima dia melainkan terima sebagai seorang kawan?”Balasku.

     Aku sendiri keliru sebenarnya.Selama berkawan dengan Sahel,aku tak pernah rasa perasaan aneh atau apa-apa saja.Cuma sejak kebelakangan ni,aku rasa cara percakapan dan pandangan matanya terhadapku amat berlainan sekali.

    Dia juga sudah mula menunjukkan reaksi muka yang tidak senang apabila melihat pensyarah lelaki datang berbual denganku.Seminggu dia tidak menghubungiku.Ketika itu,aku tidak merasakan apa-apa yang pelik.Namun sekarang baru aku sedar,yang perubahan sikapnya itu ada kaitan dengan perasaannya terhadapku yang sudah bertukar.

     “Itulah masalah kau.Kau tak pernah bagi peluang kat mana-mana lelaki mengenali and menyayangi kau.Reen..dengar nasihat aku,terima aje Sahel.Bagi dia peluang.Okey?”

     “Aku confuselah Elly.Aku tak tahu macam mana nak berhadapan dengan dia lepas ni.”Ujarku disertai satu keluhan berat.

      Elly menepuk-nepuk bahuku.”Sabarlah.”
                                   

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...