Tuesday, May 3, 2011

~permaisuri hati~


                                                   Bab 16




Aku  menghentak-hentak stereng kereta.“Geramnya aku!Suka-suka hati dia je nak heboh-heboh kat orang yang aku nak bertunang dengan dia!Sakit hatilah macam ni.”Marahku meluap-luap.Elly di sebelah kelihatan takut-takut.
   
       “Sabar..Reen..sabar.Aku tahu kau tengah hot.fm nih..tapi,kot ye pun marah..drivelah slow sikit.Tengok kau bawak kereta,hish..boleh mati tau macam nih!”Ujar Elly sambil menelan liur.Kecut perutnya melihat cara pemanduan Syazreen yang agak laju daripada biasa tu.
  
       “Biarkan!Kalau mati lagi bagus.Takdelah aku kena mengadap muka mamat masuk air  tu lagi!”Balasku dengan nada geram.
  
        Elly sudah membulatkan matanya.”Weh,kau jangan buat pasal Reen..aku belum kahwin lagi tau.Nanti tak pasal-pasal si Hisyam tu jadi duda berhias pulak nanti.”Tempelak Elly.
   
     Aku memperlahankan meter kelajuan.Betul jugak kata-kata Elly.Aku pun muda lagi.Karang jadi apa-apa,siapa nak tanggungjawab?

    “Aku geramlah Elly.Suka-suka dia je nak buat macam tu.Dia ingat bertunang tu benda main-main agaknya.”Aku meluahkan rasa tidak puas hatiku kepada Elly.      
   
     Elly mengeluh.”Aku pun tak tahulah nak cakap apa lagi.Korang masing-masing dah besar.Kau kawan aku,Sahel pun kawan aku.Memang dari segi logiknya,Sahel yang salah sebab buat keputusan tanpa bincang dengan kau dulu,kan?Tapi,kau pun salah jugak Reen..sebab biarkan si Sahel tu terkejar-kejar kat kau.Sedangkan kau..buat tak tahu je dengan dia.Dia tu lelaki Reen.Still have a pride..aku takut nanti,bila dia dah tak boleh tahan lagi..dia pergi jauh daripada kau.Hah,masa tu menyesal pun dah tak guna tau.”Elly berkata dengan panjang lebarnya.
 
      “Aku tak suruh pun dia kejar aku.Dia yang nak sangat kejar aku kan.So,lantak dialah!”Jawabku lantang.
  
     “Reen..Reen..tak baik tau kau cakap macam tu.Mak aku kata,kita jangan sombong sangat dengan orang lelaki ni.Masa dia ada depan mata,buat-buat jual mahal.Tak sukalah..anggap kawan jelah..apalah..tapi,bila orang tu dah takde..barulah kita tercari-cari.Aku takut nanti,kau pulak yang jadi angau dok teringat kat dia.”Ujar Elly menasihatiku sambil ketawa kecil.
      
      “Aku malaslah nak fikir.Kepala otak aku ni dah cukup berat dah.”Jawabku malas.

      Elly hanya mengangkat bahu melihat reaksiku.”Suka hati kaulah,Reen.”



MALAM itu,ketika sedang duduk menonton,aku dikejutkan dengan panggilan dari emak.Berita yang membuatkan aku tergamam dan terkejut.

     “Reen..hujung minggu nanti balik tak?”Soal emak.
   
     “Tak tahu lagilah mak.Kenapa mak tanya?”Aku bertanya kembali tanpa mengesyaki apa-apa.

     “Hish,mana boleh tak tahu pulak.Kau kena balik jugak..sebab rombongan meminang dari pihak Sahel nak datang.”

     Aku melepaskan nafas.Hmm.. rombongan meminang je pun.Eh..kejap-kejap..rombongan me..mina..ng??Mak cakap rombongan meminangkan?
  
    “Apa?Rombongan meminang!Aku terjerit seketika kerana terkejut.Rombongan?Meminang?Hish,apa benda ni?Aku salah dengar ke?Elly yang kebetulan baru muncul dari dapur kelihatan mengurut-ngurut dada.Barangkali terkejut mendengar jeritanku.

    “ Tak..tak mungkin..mak silap dengar kot..”Kataku sambil ketawa kecil.Cuba menyedapkan hati yang sememangnya sedang resah ini.

    “Silap dengar apa bendanya?Si Sahel tu sendiri yang telefon cakap dengan mak dan  ayah.Katanya dia suka kat kau..sayang kat kau.Dia nak kau jadi isteri dia.Hah,tu yang dia kata hujung minggu nanti keluarga dia nak datang meminang.Kalau jadi katanya,terus bertunang.Lepas tu,tiga bulan lagi majlis kahwinnya pulak.”Ujar emak dengan panjang lebarnya.
  
    Aku terkedu.Tidak terkata.Kahwin?Biar betul!Hish..kenapalah sampai macam ni jadinya?

    “Mak..orang tak tahu apa-apalah mak pasal tu.Lagipun,orang dengan Sahel tu kawan baik aje.Tak lebih pun.”Aku cuba memberitahu emak perkara sebenar.

   “Hish,kau ni…kalau kawan baik je,kenapa pulak sampai dia nak hantar rombongan meminang?Dah..jangan nak merepek!Hujung minggu nanti balik.Ajak si Elly sekali.”Emak berpesan sebelum memutuskan talian.

     Aku melepaskan keluhan kasar.Elly yang dari tadi seakan tidak sabar untuk tahu,segera bertanya.

    “Weh..apahal?Serius je bunyinya.Mak kau call ke?”Soalnya cemas.

    “Memang serius pun.Kau tahu tak Sahel hantar rombongan meminang hujung minggu ni kat kampung.Kalau jadi,terus bertunang then three month later,kahwin!Ya Allah!Gilalah dia tu!Mak dengan bapak aku tu pulak..satu hal jugak..senang-senang aje nak terima.Bukan nak tanya aku dulu.Hish..geramnya!”

     Elly terkejut.”Eh,ya ke?Wah..baguslah tu.So,apa masalahnya?”

   “Baguslah,kau cakap.Weh,rombongan meminang tau..bukan rombongan cik kiah ke..apa ke.Meminang!Tahu tak..meminang!Kau gila.Bercinta pun tak..tiba-tiba datang rombongan meminang.Apa ke hal??Hish..tak huru hara pulaklah,kan.”Bebelku panjang.

     Elly tersenyum.”Oh..maknanya betullah announcement yang dia buat kat kampus tadi.Erm..patutlah dia sibuk mintak  kat aku nombor telefon rumah kau kat kampung hari tu.”

     Elly berkata dengan nada perlahan.Dia menekup mulutnya sambil tersengih-sengih memandangku apabila menyedari yang dia sudah terlepas cakap.

     Aku mengerutkan dahi.”Kau cakap apa tadi Elly?Dia mintak nombor telefon rumah aku?Oh..jadi kaulah yang bagi nombor telefon tu?”Aku mencerlungkan mata ke arahnya.Seingatku,aku memang tidak pernah memberitahu nombor telefon rumahku di kampung kepada Sahel.Aku lebih senang,jika dia menelefon telefon bimbitku sahaja.

      Elly menggeleng.Kemudian dia mengangguk pula.”Sorrylah Reen..aku terpaksa..sebab dia ugut aku.Kalau aku tak bagi…dia tak nak…”

     “Dia tak nak belanja kau apa pulak kali ni?Aiskrim?”Pintasku dengan wajah serius.
    
      Elly mengangguk-angguk.”Bukan aiskrim pop tau..aiskrim wall’s cornetto lagi.”Elly tersengih-sengih dengan muka tak bersalahnya.


   Aku menepuk dahi sambil menggeleng-gelengkan kepala.Masyaallah!Kenapalah aku dapat kawan macam ni?”Elly..Elly..kenapalah kau jujur sangat.Aduhai..pening-pening!”Ada kawan pun,tak reti-reti nak temberang.

      Elly tersengih-sengih lagi.”Sorrylah Reen..aku sebenarnya memang tak nak bagi.Tapi,sebab dia cakap,dia nak berkenalan dengan mak and ayah kau dengan lebih rapat lagi..so,aku bagilah.Aku ni kan,baik hati.Dari kecik memang macam ni..jujur sentiasa.”Katanya membela diri sambil tersenyum-senyum memandangku.

    “Tapi,janganlah jujur sangat sampai pening kepala otak aku ni.”Getusku.

    “Ala..buat apalah kau nak pening-pening kepala..terima aje lah pinangan dia tu.Habis cerita!”

    “Ha’ah..yelah..senang kau cakap kan.Aku tak naklah.Dia tu kawan aku.Kawan baik aku.Takkanlah nak terima pinangan dari kawan baik sendiri pulak.Tak masuk akallah!”

    “Weh..makcik!ha..kan aku dah panggil kau makcik.Kau ni nama aje pensyarah,tapi benda macam ni pun tak leh nak handle.Mazhab mana pulak kau yang guna pakai ni..tak boleh terima pinangan dari kawan baik sendiri?

      Kau dengan dia still boleh kahwinlah.Bukannya dosa besar pun kahwin dengan kawan baik sendiri.Lainlah kalau kau kahwin dengan aku.Tu barulah berdosa besar namanya.Ini different gender pun kau nak gelabah apahal?”

      Giliran Elly pula menghamburkan marahnya.Bagi Elly,dia tak nampak pun salahnya sekiranya Syazreen dan Sahel berkahwin.Syazreen ni memang buta hati dan perasaan betullah!Katanya di dalam hati.

      Aku terdiam sebentar.”Tapi,aku tak selesalah.Dah lama kawan baik,tup..tup..tiba-tiba jadi laki bini pulak.Mak dengan ayah aku pun satu,bukan nak tanya aku dulu.Main setuju je.”Aku merungut lagi.Dalam hati terbit rasa terkilan kerana emak dan ayahku tidak bertanyakan pendapatku dahulu.
   
     “Hah..dah..tak payah nak salahkan mak ayah kau pulak.Betul apa diorang buat tu.Mungkin diorang rasa,inilah masanya diorang nak tengok kau kahwin.Ada keluarga sendiri.Lagipun,kalau nak harap kau sendiri yang bukak mulut nak kahwin,aku rasa sampai kiamat pun takkan ada punya.”leternya.
  
     “Tapi,Elly…”
   
     “Dah..dah..takde tapi-tapi lagi.Terima je pinangan si Sahel tu.”Elly memotong cakapku.Aku terdiam.Macam manalah aku nak terima sedangkan perasaanku terhadap lelaki hanyalah perasaan sebagai kawan.

      Dalam sibuk memikirkan kata-kata Elly tadi,aku terhidu bau yang agak pelik.Macam bau hangit je.Aku berkata di dalam hati.Aku memandang Elly dengan kerutan di dahi.
   
     Elly turut  mengerutkan dahi.”Apahal?Aku tak pakai baju ke,yang kau nak tengok aku sampai macam tu sekali?Kau jangan Reen..aku masih dara tau.”Elly sudah menutup dadanya dengan kedua-dua belah tangannya.

     Hish,apa kena dengan member aku sorang ni.Takkanlah pening kepala sampai dah tak boleh nak bezakan perempuan dengan lelaki kot?Hish,risau pulak aku.Elly berkata di dalam hati.
  
     “Bukanlah!Hish,kau ni..ada pulak cakap macam tu.Merepek je tau dia nih.Aku takde nafsulah dengan kau!”Ujarku separuh marah.Aku mengerutkan dahi.Si minah ni,kalau bercakap..fikiran nak advance aje.Aku mengomel di dalam hati.
   
    Elly menarik nafas lega.”Huh..lega.Habis tu..apa bendanya?”Soal Elly.

   “Kau ada bau something tak?Macam ada benda hanguslah.”Soalku

    Elly diam.Menghayati bau yang ku katakan tadi mungkin.”Eh..yelah.Siapalah yang masak sampai sini bau hangitnya?Diorang ni tak reti masak ke apa?”Kutuk Elly.

   “Itulah pasal..tapikan..bau tu macam dekat sangat je..macam kat dalam rumah kita.”Ujarku perlahan-lahan sambil memandang ke arahnya.
   
    Elly mengangguk-angguk.Tiba-tiba dia terjerit. “Ya Allah!Aku panaskan lauk tadi!Aduh..alamak,habis lauk aku!Kaulah ni Reen..ajak lagi aku bersembang.”Elly mengomel sambil terkocoh-kocoh bangun menuju ke dapur.

     Aku sudah ketawa.Elly..Elly.Dia yang buat hal,aku pulak yang kena.Huru hara betullah dia nih.Dah tahu panaskan lauk,boleh pulak ditinggal-tinggalkan.Hai..macam-macam hal dia ni.Orang tengah ada masalah pun,boleh hilang jadiknya bila tengok perangai minah ni.Aku tersenyum di dalam hati.

    Sudahnya malam itu,Elly mengajak aku makan di luar sahaja.Lauk yang dipanaskan sudah tidak boleh ‘diselamatkan’ lagi.Aku terpaksa menemaninya setelah didesak beberapa kali.Katanya,”masalah tetap masalah..tapi,perut yang lapar perlu diisi jugak.”Elly..Elly..bab makan,memang dia tak miss.

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...