Tuesday, May 3, 2011

~permaisuri hati~


                                                        Bab  2







Aku pulang sebaik sahaja selesai mengisi perut di kedai yang biasa aku dan Elly pergi.Hari ni kelas dibatalkan,jadi kesempatan yang ada aku manfaatkan dengan pulang ke rumah.Begitu juga dengan Elly.Malas pulak rasanya nak ke mana-mana.Hmm…lecturer-lecturer aku ni memang memahami betullah.Macam tahu-tahu je aku malas nak belajar hari ni.Aku berkata di dalam hati.Seronok tak terhingga bila dapat tahu semua kelas dibatalkan.Lebih-lebih lagi si Elly tu.

        Aku sampai di rumah lebih kurang pukul 1 tengah hari.Ku lihat emakku sedang menyapu di luar rumah.Aku memberi salam.

        “Assalamualaikum…”Ucapku.
 
      “Walaikumsalam..aik,awal kau balik Reen?Takda kelas ke?”Soal emakku.

        Aku menggeleng.”Takda.Ini yang balik awal ni.Penat je terkocoh-kocoh bangun pagi tadi.Sampai nak kena tinggal bas lagi.Alih-alih sampai kolej takda kelas rupanya.Geram je.”Jawabku dengan panjang lebarnya.

        “Bagus jugak kau takda kelas.Mak nak pergi melawat nek mok kau kat hospital kejap lagi.Kau nak ikut tak?”Ajak ibuku.

       “Nek Mok masuk hospital?Bila?Kenapa?”Soalku bertalu-talu.Nek mok tu adalah emak saudara kepada ibuku.kakak ipar kepada nenekku.Kira nenek sedara akulah tu.

       Emakku meletakkan penyapu dan duduk di kerusi yang memang telah tersedia di luar rumah kami itu.

       “Semalam.Dia punya kaki yang kena potong dulu bengkak.Lepas tu susah nak bernafas kata Tok mok kau.”Jawab emakku.
  
        “Oh…kesiannya.Kesian kan mak?”Kataku dengan muka yang beria-ia.

       “Kesian…kesian.Kalau kesian,jom ikut mak pergi hospital tu.Jangan cakap je tahu.Kesianlah..apalah.”Tempelak emak kepadaku.

         Puan Salmah sengaja menduga anak gadisnya itu.Liat sungguh jika diajak ke tempat-tempat begitu.Alasannya,ramai oranglah.Penatlah.Tak sukalah.Malulah.Macam-macam alasan yang diberi.Anaknya itu,memang payah sikit orangnya.Ajak berjalan ke rumah saudara mara lagilah dia tak mahu.Pening memikirkan kerenah anak keduanya itu.

       Aku tersengih-sengih memandang emak. “Ala..mak..Lain kali jelah.orang penatlah.Boleh?”Kataku meminta simpati.Kot-kotlah menjadi.Tetapi,sayang sekali simpatiku tak mendapat perhatian dari emak.

        “Dah…takda lain kali..lain kali..Sekarang jugak,pergi tukar baju.Ikut mak.Jangan nak mengada-ngada.Nanti apa kata Nek Mok kau tu.Dia kan sakit.”Ujar emak sambil membebel panjang.

         Aku yang baru berura-ura untuk menyelamatkan diri terpaksa juga bersetuju untuk mengikut ibuku ke hospital.Hai..kalau aku tau,aku tak balik awal-awal.Biasanya,kakak aku yang selalu bersedia menemani ibuku itu.Tetapi,memandangkan,kakakku tiada di sini kerana sudah mendapat kerja di Johor Bharu,kini tugas itu,aku yang pikul.Aku mengeluh lemah.Lantas berlalu masuk ke dalam bilik untuk menukar baju.Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.

     “Mak!Adik balik sekolah nanti macam mana?”Jeritku lantang.Aku berdoa di dalam hati.Mana tahu kalau-kalau mak terlupa bahawa hari ni merupakan hari persekolahan.Selalunya mak tidak akan mengajak aku ke mana-mana kerana adikku yang bongsu  akan pulang dari sekolah dan perlu di’pantau’ untuk ke sekolah agama pula.Mungkin itu boleh dijadikan alasan.Aku tersenyum di dalam hati.

      “Kita lalu depan sekolah dia.Ambik dia sekali.”Jawab emak selamba.

      Aku mengeluh hampa.Hai..tak dapatlah aku nak escape.Alahai…gasak kaulah Syazreen.



SATU jam kemudian,aku dan emak berserta adik bongsuku  sampai di hospital Besar Melaka.Ayah tidak ikut serta kerana dia bekerja hari ni.Setelah memakirkan kereta,aku,adik bongsuku dan emak berjalan menuju ke arah lif untuk menuju ke wad yang menempatkan Nek Mokku.

       “Nek Mok duduk kat wad mana mak?”Soalku memecah kesunyian kerana hanya kami bertiga saja yang berada di dalam lif ketika itu.
 
     “ Kalau tak silap,wad 4 aras 1.Hah..yelah.Pak Uda kau yang bagitahu semalam.”Jawab ibuku.

       Aku mengangguk.Sebentar kemudian,pintu lif terbuka.Kelihatan beberapa orang sedang menunggu untuk menaiki lif.Aku dan ibuku segera melangkah keluar.Ketika hendak melangkah keluar,telefon bimbitku berbunyi.Lalu aku mengeluarkannya dari dalam beg sandang yang aku bawa bersama.

      Seketika aku melihat siapa gerangan yang menelefonku.Sebelum menjawab,ku berikan isyarat kepada emak dan adik supaya pergi dahulu.Baru sahaja aku hendak menekan butang answer,tiba-tiba bahuku dirempuh kuat sehingga terpelanting handphone yang berada di tanganku.

     Dengan segeranya aku mengambil handphoneku yang terjatuh tadi.Ku lihat skrinnya pecah.Aku menjadi geram tiba-tiba.Kurang asam!Ku lihat seorang pemuda tercegat berdiri di hadapanku.

       “Sorry..sorry.I’m really really sorry.Saya tak perasan tadi.”Ucap pemuda itu dengan rasa bersalahnya.

       “Sorry..sorry.Awak buta ke apa?Tak nampak orang ke hah?Macam mana awak jalan ni?Jalan punya besar pun awak tak perasan ke?”Sergahku geram.Sakit hatiku melihat handphoneku yang sudah pecah skrinnya itu..

       “Sorry..saya betul-betul mintak maaf.Saya memang tak perasan tadi.Lagipun,saya rasa awak pun salah jugakkan sebab jalan tak tengok depan.”pemuda itu membela diri.Ish,dia yang jalan tak pandang kiri kanan,depan belakang..lepas tu nak salahkan aku pulak.Desis hatinya.

        “Apa awak cakap?Hei..hello,saya tak nak tahu awak perasan ke tak.Yang saya nak tahu,handphone saya yang dah rosak ni sapa nak ganti?”Ujarku lantang.Geram pulak hatiku apabila melihat muka tak bersalah pemuda itu.Dah langgar aku,nak salahkan aku pulak.

      Pemuda itu yang tidak mahu berbalas-balas kata lagi,terus menulis sesuatu di atas kertas dan menyerahkannya kepadaku.

      “Ini nama dan phone number saya.Kalau ada apa-apa,call je.Saya janji saya akan ganti balik telefon awak yang rosak tu.But now,I got to go.Sorry again.”Ujar pemuda itu seraya berlalu pergi dengan tergesa-gesanya.

      Aku merengus geram.Huh..tak guna punya lelaki.Saja nak ambik kesempatanlah tu.Suka-suka dia je nak langgar aku.Aku meraba-raba bahuku yang dilanggar tadi.Aduh..sengalnya.

      Aku terus menuju ke wad Nek mokku.ketika sampai,ibuku bertanya kelewatanku sampai.Aku memberi alasan yang aku ke tandas sebentar.Aku bersalam dengan Nek Mokku.Setelah hampir sejam berada di hospital kami meminta diri untuk pulang.












No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...