Tuesday, May 3, 2011

~permaisuri hati~

                                                    Bab 5




Sejak akhir-akhir ni,jadualku agak padat kerana peperiksaan akhir semester semakin hampir.Banyak tugasan yang perlu aku selesaikan.Penatnya tak usah cakaplah.Hampir setiap hari tidur lewat sehingga menjelang subuh barulah dapat aku melelapkan mata.Bukan apa,semester ini adalah semester akhir bagi aku dan juga rakan-rakan yang lain.Jadi,aku terpaksa berhempas pulas study dengan harapan aku tak nak gagal dalam mana-mana subjek pun yang aku ambil.Elly pula,hari-hari merungut sebab tak cukup tidur.

       “Woit,minah!Hish..nak tidur balik rumahlah.Ni library,bukan bilik tidur…sempat je kau curi tulang eh.Aku penat-penat membebel,kau boleh bantai tidur pulak.”Sergahku.

        Aku tersengih  melihat Elly yang agak terkejut apabila disergah olehku.Matanya yang sebentar tadi kuyu,kembali membesar.Kami sedang berbincang pasal subjek economy ketika ini.

      “Ish!kau ni...terkejut aku.Kalau ye pun nak suruh aku bangun..kejutlah elok-elok..ni tak,main sergah je.Nasib baik kawan kau ni takde heart attack tau..kalau tidak…dah jalan dah.”Rungut Elly sambil menggosok-gosok matanya.

      Aku ketawa.”habis tu..dah aku kejut elok-elok…slow-slow..kau tak nak bangun,aku kejutlah kuat-kuat macam tu.

     “Yang kau pun,suka hati je nak membuta kat sini..kau tak nampak tu ha..si Giant tu..dari tadi lagi asyik dok pandang-pandang jeling-jeling kat kita tau.Sebelum dia datang sini,halau kita keluar…baik aku kejut kau.”

    “ Kalau kau je yang kena halau keluar..takpelah jugak..ni,dengan aku..aku sekali kena”Bebelku dengan panjang lebarnya.Aku berkata begitu kerana memang pernah terjadi peristiwa di mana kami berdua dihalau keluar dek kelantangan suara kami bergelak ketawa sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepadanya.Aku dan Elly menggelarkan pembantu perpustakaan kolej kami itu giant kerana badannya agak besar dan dia pun agak garang orangnya.

        “Eh..ya ke?Mana..mana..Eleh..si Giant tu..dia tu lagi teruk tau daripada aku.Duduk kat dalam office..tutup lampu,kau ingat dia buat kerja ke?Dia pun membuta tau.Depan kita je tunjuk garang.Lagipun..aku ngantuk ar.Dua tiga hari ni,asyik stay up late jer”Ujarnya sambil sempat mengutuk si giant.

        Aku hanya menggeleng.Si Elly ni,kalau bercakap..tak retilah nak slow down suara tu.Main redah je!

       “Erm..yelah..tapi,kot ye pun..tapis-tapislah sikit kalau nak bercakap tu..dengar dek giant tu karang..satu hal pulak jadiknya.”Aku mengingatkan Elly.Elly tersengih-sengih sambil menekup mulut.

     ”Aku pun lately asyik tidur lambat je.Risaulah nak final ni.”Aku meluahkan kerisauanku.

      “ Eleh..risau konon.Nanti bila keluar result,dialah yang paling gempak.”Ujar Elly sambil menutup mulutnya yang sedang menguap itu.

      Aku mengerutkan dahi.”Weh..makcik!Nak sindir pun agak-agaklah.Ini final tau tak…kau ingat first year..second year?Kali ni aku kena serius sikit.Tak boleh main-main,geti?”Aku memandang Elly yang sedang tersengih-sengih itu.Memang diakui yang aku bukanlah seorang yang rajin sangat menelaah.Malahan,study di saat-saat terakhir sudah menjadi amalanku sejak dahulu lagi.Namun aku tidak sesekali ‘mengajar’ Elly atau rakan-rakanku yang lain supaya mengikut jejak langkahku. Tetapi,setakat ini..alhamdulillah..keputusan peperiksaanku jarang sekali menghampakan.Bak kata Elly,’gempak’!huhu..

      “Aku tahu..tapi,kau tu kan..’ajaib’ sikit..study last-last minit..tapi,bila keluar result..macam orang yang dah prepare berbulan-bulan.”Balas Elly pula.

     Sekali lagi aku mengerutkan dahi sambil tergelak kecil.”Ish..takde apalah..kau pun apa kurangnya.Sama aje.Result not bad jugak apa?”Aku cuba tidak mahu berasa bangga dengan pujian dari Elly itu.Bagi aku,apa yang aku dapat..itu adalah hasil usahaku sendiri walaupun di saat-saat akhir persediaan.Elly juga tidak kurang hebatnya.Malah pernah mendapat Anugerah Dekan pada semester 2 dan 3.

     “Tapi..taklah sehebat geng aku ni.”Elly ketawa.Beberapa saat kemudian,aku turut ketawa.Kami kembali menelaah pelajaran setelah ketawa reda.
 
     Suasana menjadi senyap seketika apabila aku dan Elly sudah mula menghadap buku.Tiba-tiba Elly menyoalku.”Kau tau tak Reen…”Soal Elly tanpa sempat menghabiskan soalannya.

       “Tak tau.”Jawabku selamba.

       “Ish..memanglah kau tak tau,sebab tu aku nak bagitau.Cuba jangan menyampuk kalau aku tak habis cakap lagi.”Marah Elly sambil menyambung lagi.Aku Cuma tersengih.

       “Hari tu kan..aku ikut mak aku gi Jusco tau..tengah ada sale.Ish….murah-murah siot.Kasut-kasut pun boleh tahan murah gak.”Kata Elly dengan penuh semangatnya.

       “So…apa masalahnya?”Soalku pura-pura tak faham.Padahal..aku memang cukup faham.Kalau dah dia bukak cerita pasal sale tu..tak lain tak bukan,nak gi serbulah tu.Si elly memang seorang yang agak gila mengumpul kasut.Asalkan ada jualan murah je..mesti ada muka dia.
 
       Berlainan pulak dengan aku,Aku lebih suka mengumpul baju.walaupun kami ni kawan baik tetapi dalam sesetengah perkara aku dan Elly tidak sependapat.Mungkin kami datang dari background family yang berlainan.Walaupun begitu,Elly tidak pernah membangkitkan isu latarbelakang family dalam persahabatan kami.Kerana itulah,aku selesa berkawan dengannya.

        “Kau tanya aku apa masalahnya?Ish..memanglah masalah..sebab aku nak beli kasut,tapi mak aku tak bagi!Geram betullah ngan mak aku tu..dengan anak sendiri pun nak kedekut.”Elly merungut-rungut geram.

         Aku ketawa kuat.”Macam manalah mak kau nak bagi..asyik-asyik kasut..asyik-asyik kasut.Kasut kau je dah berapa banyak kat rumah tu?Memang padanlah muka kau tu.Kalau aku jadik mak kau…aku pun tak hingin nak belikan kau kasut tau!Buat semak rumah je.”Kutukku.Sengaja menyakatnya.

         “Kau dengan mak aku…sama je tau!Tambah lagi sorang..si Hisyam..hah,eloklah tu.Suka sangat dengki bila aku nak beli kasut.Kalau belikan takpe jugak..ni tak,asyik nak dengki je.”Elly membebel sambil menyebut nama Hisyam,boyfriendnya.

         Aku hanya menjungkitkan bahu.Lantak kaulah Elly..asal kau bahagia.Aku pun apa kurangnya,kalau dah gila sesuatu baju tu..aku sanggup buat muka seposen dekat mak ayahku..tapi,biasanya kakak akulah yang menjadi mangsa.Hehe.

       “Hmm..yelah Elly..apa-apa jelah.Tu,pakwe kesayangan kau dah muncul dah tu.Macam tahu-tahu je kau sebut nama dia”Aku memanjangkan muncung ke arah pintu masuk library apabila ternampak kelibat Hisyam,pakwe Elly dengan muka masamnya
  
       “Alamak!aku lupalah Reen…aku janji nak lunch dengan dia tadi!Aduh..macam mana boleh tak ingat nih.”Elly menepuk dahi apabila teringat akan janjinya dengan Hisyam.Apa lagi..kelam kabutlah dia mengemas barang-barangnya lalu dimasukkan ke dalam beg sandang.   
       
       Aku ketawa kecil.Menggeleng melihat kerenah kawanku yang sorang itu.Elly...Elly..macam-macam hal.Setelah mengucapkan selamat tinggal kepadaku,dia terus berlari mendapatkan Hisyam.Dia ada jugak mengajakku makan bersama,tapi..aku menolak kerana ada lagi kerjaku yang tak beres.

     Hai..seronok jugak tengok orang ada pakwe ni.Aku ni je yang still single and available.Hmm..muka macam aku ni..sapalah yang nak?Serius je dua puluh empat jam.Gara-gara ekspresi muka aku yang serius,ramai yang melabelkan aku sombong.

    Tapi,bagi kawan-kawan rapatku..mereka mengatakan aku ni,seorang yang sentiasa ceria.Macam takde masalah langsung.Itulah tanggapan orang kepadaku.Sebab itu,tak ramai lelaki yang berani dekat dengan aku.

    Aku pun tak berapa gemar di dekati oleh lelaki kerana bagi aku,lelaki sekarang susah hendak jumpa yang betul-betul ikhlas bila berkawan.Kalau nak kawan pun,mesti nak pegang-pegang tanganlah..apalah..itulah..inilah..Ee..gelilah aku.Tak sesuai langsung!

     Eh..apalah yang aku merepek sorang-sorang ni?Aku kembali tersedar dari lamunanku.Lantas menyambung semula kerjaku yang tertangguh tadi.

        Sedang aku leka menyiapkan kerjaku,tiba-tiba ada satu suara menegurku.Aku mendongakkan muka.Oh,puan zarin rupanya.
     
       “Hai..Syazreen…kamu sorang je?”Puan zarin menegurku lalu mengambil tempat duduk di hadapanku..

       “Eh..puan…ha’ah,saya sorang je.Tadi Elly ada,tapi,dia dah pergi dating.Tinggallah saya sorang-sorang kat sini.”Aku tersengih.Puan zarin turut tersenyum.

       “Oh..patutlah tak nampak pun dia.Selalunya,mana ada kamu..ada je dia..mana ada dia,adalah kamu.Kamu tak pergi dating pulak?”usik puan zarin kepadaku.

         Aku tergelak kecil mendengar kata-kata Puan Zarin.Memang itulah perumpamaan yang pensyarah-pensyarah kami berikan kepada aku dan Elly.

         “Ish..puan ni..saya manalah ada pakwe.Mak saya tak bagilah berpakwe-pakwe ni puan.”Jawabku sambil tersengih.

        “Yelah kamu tu..”Usik puan zarin lagi.

        “Betul puan..mak saya kata,nanti saya kuat berangan kalau ada pakwe.lepas tu nanti saya malas belajar..asyik dok layan pakwe je.”Jawabku sambil bergurau.Aku selesa bergurau dengan puan zarin kerana dia boleh dibawa bergurau.Terasa macam kakakku sendiri.

      “Hmm..yelah,ada je jawapan kamu.”Wanita yang sudah dua tahun berkahwin tapi masih belum dikurniakan anak itu berkata.Dia senang sekali berbual dengan studentnya itu.Sudah dianggap seperti adik sendiri.Studentnya itu cukup gemar bergurau.

       Aku hanya tersengih.

     “Eh..kamu dah makan?Saya tengok dari tadi kamu kat sini.Study..study jugak..tapi,jangan sampai lupa nak makan.Jomlah..saya pun tak makan lagi.Awak teman saya makan,nak?Saya belanja”Puan zarin mengajak.

      “Eh..takpelah puan..menyusahkan aje.”aku cuba menolak.Segan pulak rasanya.

     “Alah..takde apalah..sekali sekala.Jom!”Puan zarin mengajak lagi.Sungguh-sungguh lagaknya.

    “Betul ke puan?puan tak menyesal?Karang saya pulak yang lebih banyak makan daripada puan karang.”Gurauku lagi.

      Puan zarin ketawa.”Takpe..kalau tak cukup duit,saya tinggalkan kamu kat kedai makan tu.Apa susah.Biar kamu basuh pinggan.”Dia membalas gurauanku.Kami ketawa akhirnya.

     Aku mengemaskan barang-barangku dan mengikut Puan Zarin yang sudah pun berada di depan.Baru sahaja aku melangkah,tiba-tiba handpdone di dalam poket seluarku berbunyi menandakan ada mesej masuk.Aku segera membukanya.

+          Reen,aku tak masuk kolej jap lg coz ade hal skit..
         Kalau kau nk blik,kau blik dlu k. Jmpe esok..take care..

       Ada hal?Apa sajalah halnya si Elly nih?Aku bertanya di dalam hati.Setelah membalas mesej dari Elly,aku terus mendapatkan puan Zarin yang sedang menungguku di luar library.




SEBAIK selesai makan,Puan Zarin mahu menghantarku pulang..tetapi,aku menolak kerana aku mahu ke kedai buku sebentar.Aku menuju ke kedai buku yang terdapat berhampiran dengan  kolejku.

     Aku melangkah masuk dan terus menuju ke arah rak-rak yang menempatkan novel-novel bahasa melayu.Aku ni memang hantu novel.Penulis kegemaranku ialah Bikash Nur Idris.Bagi aku,dia seorang penulis yang bagus.Gaya bahasa yang digunakan santai,sempoi dan tidak terlalu berat.Sesuai dengan jiwa remaja aku yang sukakan sesuatu yang ringan macam tu.
    
      Aku mencari-cari novel terbaru.Lalu aku menarik sebuah novel yang berwarna biru.’BIARLAH YM BERBICARA’..penulisnya Hanni Ramsul.Erm..macam best je cerita ni.Penulis baru ni..tak silap aku,cerita ini hanya dapat dibaca melalui online je…tapi,atas permintaan ramai novel ini diterbitkan.

     Aku mengambil keputusan untuk membelinya lantas menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran.Setelah membuat pembayaran,aku pun keluar.Baru sahaja aku mahu membuka pintu kedai itu,tiba-tiba pintu sudah ditolak dari luar.Aku terjatuh apabila tidak sempat hendak mengelak.Aduh!Sakitnya punggung aku.Siapalah manusia yang ‘beradab’sangat main tolak je pintu nih?Geramnya!
  
      “Aduh..sakitnya.”Aku meraba-raba belakangku yang terasa sengal itu.
        
      “Aw..awak..tak apa-apa?”Satu suara menegurku.Seorang pemuda kelihatan serba salah sambil cuba membantuku untuk bangun.
       
       Tak apa-apa dia kata?Punggung aku sengal bagai nak rak ni..dia tak tahu.Aku merengus geram.Aku merenung wajah lelaki yang kelihatan serba salah itu.
      
       “Tak apa-apa awak kata?Eh..awak ni tak nampak orang ke?Main redah je!Lain kali,tengok-tengoklah sikit kalau nak bukak pintu tu..ni tak,main tolak je!”

       Aku menyembur pemuda itu sepuas-puasnya.Tak peduli pada mata yang memandang.Sakit pulak hatiku melihatnya.Aik!Macam pernah tengoklah pulak mamat ni..tapi,kat mana ya?Aku mengerutkan dahi.Tertanya-tanya di dalam hati.
  
       Belum sempat aku menyambung,pemuda itu terlebih dahulu berkata.”Sorry..saya mintak maaf.Saya tak sengaja..lagipun,saya tak perasan awak nak keluar tadi.Sorry ok..really really sorry.”Ujar pemuda itu sambil meminta maaf.Sungguh-sungguh lagaknya sambil mengutipkan buku aku yang terjatuh tadi.
      
       Aku tiba-tiba teringat.Eh..dialah mamat yang langgar aku masa kat hospital hari itu.Dia ni kalau jalan,memang suka main redah je ke apa?Hari tu,langgar aku kat hospital.Sekarang ni kat kedai buku pulak.
    
      “Sorry..sorry..sorry naik lorilah!Awak ingat sorry awak tu boleh hilangkan rasa sengal kat punggung saya ni?Sakit tau tak!Hish..tak reti jalan ke apa.”Aku merungut geram.Buku yang dihulurkan itu,ku rampas kasar.
  
     “Eh..awak yang saya langgar masa kat hospital hari tu kan?”Pemuda itu menyoal tiba-tiba.Tidak peduli pada kemarahan gadis tu.Dia sudah teringat.Dia yakin,gadis itulah yang telah memarahinya tempoh hari.Walaupun tempoh masa mereka bertemu amatlah singkat,tetapi dia masih mengingati suara gadis itu.

       Aku tersenyum di dalam hati.Oh..dia ingat lagi rupanya.Aku fikir,aku je yang ingat.”So..awak nak buat apa?Nak cakap saya yang salah..jalan tak tengok kiri kanan,depan belakang..macam tu?sindirku.

         Pemuda itu tersenyum.”Taklah..saya nak minta maaf kat awak.Pasal kejadian tu..saya minta maaf.Saya nak cepat time tu.Pasal handphone awak yang rosak tu,kan saya dah janji nak ganti..saya tunggu awak call..tapi,takde pun.”Ujar pemuda itu sambil tersengih.

        Macam mana aku nak call,kalau nombor kau tu dah kena ‘tibai’ dengan mesin basuh mak aku.Aku tersenyum mengenangkan kertas putih yang dah hancur itu.

        “Erm..actually,nombor awak tu dah hilang..that’s why saya tak dapat nak call awak.”Ujarku berbohong.Takkanlah aku nak bagitahu yang nombor telefon dia dah hancur sebab termasuk dalam mesin basuh kot.

        Pemuda itu tersenyum.”Oh..patutlah.It’s ok..saya bagi yang baru.”Pemuda itu berkata sambil menulis sekali lagi nombornya dan memberikan kepadaku..Dia menyambung lagi.”So,macam mana dengan telefon awak?Dah ok..?

        “Tak tahu lagi..Saya dah hantar repair kat kedai…nasib baik handphone tu saya baru beli,jadi still ada warranty…mungkin tak payah bayar apa-apa kot.”Jawabku sambil melihat jam di tangan.

        “Tapi..saya rasa,saya kena jugak ganti handphone awak tu.Awak jangan risau..kalau perlu bayar,awak bagitahu je saya….i’ll pay it.Serius!”Ujar lelaki itu bersungguh-sungguh.Aku terasa macam nak tergelak pulak tengok mamat sorang ni.Siap angkat tangan segala..macam nak baca ikrar sekolahlah pulak!Aku berkata dalam hati.

       “Awak tak payah bayar..lagipun,kan saya dah kata,handphone saya tu baru beli..warranty pun still ada lagi..so,nothing to worry about.Okeylah..saya nak balik ni.Dah lambat pun..nanti mak saya bersilat pulak kalau balik lambat sangat.”Aku meminta diri.

        Pemuda itu tersenyum sambil memberi laluan kepadaku.Belum pun jauh aku melangkah,tiba-tiba pemuda itu memanggilku.

       ”Awak..err..boleh bagi saya phone number awak?Manalah tahu kalau awak terhilang lagi nombor saya,saya boleh contact awak..tak payah tunggu awak contact saya,kan?”Ujarnya sambil tersengih.

        Sindir akulah tu!Huh..entah apa-apa entah.Aku berfikir sejenak.Lantas menulis sesuatu di atas kertas.Setelah memberi ‘nombor telefonku’,aku terus berlalu meninggalkan pemuda itu.

      Sepanjang perjalanan pulang,aku tersenyum seorang diri.Terbayang macam manalah muka mamat tu kalau dapat tahu yang nombor telefon tu,bukan nombor telefon aku?Aku tersenyum lagi.Kesian dia.



JAM menunjukkan ke angka 3.00 petang.Seperti biasa,soalan pertama yang keluar dari mulut emak.’Kenapa balik awal?Takde kelas ke?’.Aku cuma menggeleng sahaja.Kerana ada sesuatu yang lebih menarik minatku.Baby!Oh..ni rupanya baby yang mak kata nak datang minggu nih.Dah datang pun dia.

       “Mak..ni ke baby tu?Bila dia datang mak?Pukul berapa?”Soalku bertalu-talu.Teruja pulak aku melihatnya.

      “Yelah…inilah dia.Mama dia datang hantar tadi.Ish..kau ni Reen,cubalah tanya
satu-satu.

       “Comelnya….sapa nama dia,mak?”Aku bertanya kepada emakku sambil mengagah bayi comel itu.

       “Nama dia Arisya.”Jawab emak.Setelah penat melayan Arisya dan meneyedari yang aku masih belum menunaikan solat zohor,aku melangkah ke dalam bilik.Belum sempat,aku melangkah..emak memanggilku.

      “Ada sorang lelaki ni,cari kau..dia kata kawan kau.Apa ke namanya tadi..lupa pulak…aku pun tak dengar sangat tadi.”Kata emak.

       Aku yang mendengar,terpaku sekejap.Alamak!macam manalah aku boleh tak perasan yang nombor telefon tu,nombor telefon mak.Aduh..mati aku macam ni.Nak cakap  apa erk?

     Aku terkulat-kulat memandang emak sambil cuba mencari alasan.Lantas aku mengatakan yang mungkin orang tu salah nombor.Lalu tanpa berlengah lagi,aku terus menyelinap masuk ke bilik.

     Sebelum kena soal siasat,baik aku selamatkan diri aku.Mak tu bukan boleh ada orang lelaki telefon cari aku.Nanti macam-macam ditanyanya.Cukuplah kakak aku je yang kena masa zaman dia berkawan dengan lelaki dulu.Desis hatiku.
             

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...