Sunday, August 3, 2014

Macam-macam cerita.. ^_^

Assalamualaikum wbt,



Baru-baru ni mesej dengan Mai kat WhatsApp. Banyak benda yang kitorang sembangkan. Kisah MH17, kisah Kerana Terpaksa Aku Relakan, yang dia dok sibuk dengan Amar Baharin a.k.a Abg Zen dia dengan Indah tu, sampai la ke kisah lubang besar yang tetiba muncul kat mana ntah tempatnya tu, aku lupa pulak. Banyak la benda yang diceritakan. Pasal MH17, seriously... its a big test from Allah to us. Kadang-kadang aku rasa, aku sendiri tak dapat nak describe perasaan sedih tu, sampai dah tak nak tengok dah perkembangan berita pasal ni sebab sedih dia terasa sangat. Aku yang bukan ahli keluarga terapat pun dah sedih, bayangkan pulak la ahli keluarga mangsa sendiri. Allah... ujian Allah memang tak kira bentuk waima rupa and tak kira siapa kita kan? Kalau Allah kata jadi, benda memang akan jadi. May Allah bless all of them. And may Allah tunjukkan siapa pihak yang bertanggungjawab buat jenayah kejam tu.
Orait, now... nak tulis pasal topik perbincangan aku dengan Mai. Budak Mai tu, kadang-kadang tanya soalan memang unexpected sikit. Time aku terkulat-kulat tak fikir apa la dia nak buat sesi soal jawab macam tu. Hahaha. Tapi, dia jugak la yang rajin melayan soalan-soalan luar alam aku pun time aku bosan tahap panda. Huhuhu.

Dalam sembang-sembang tu, Mai ada bgitau aku yang dia takut nak kawen. Hahaha. Tersengih-sengih aku baca mesej dia. Sempat lagi tu dia dok fikir. Tapi, benda-benda munakahat gitu, harus la jugak difikirkan. Untuk kita sama-sama muhasabah... perkahwinan tu sebenarnya untuk apa?

Bukan kata si budak Mai tu je yang takut, aku yang konon-konon cool ni pun takut jugak sebenarnya. Cuma mungkin sebab dan faktor ketakutan tu lain. Macam Mai, dia kata... dia takut sebab dia risau dia tak boleh nak adapt dengan kehidupan bila dah masuk alam perkahwinan tu. Freedom la.. itu la.. ini la. Bak kata Mai. And aku tak la kata ketakutan si Mai tu satu benda yang extremely not good ke apa sebab setiap orang tak sama apa yang dia rasa dan dia fikirkan di kepala. Aku raikan je rasa yang bertanda kat hati Mai tu. Huhuhu. Dan Mai pun ada tanya kat aku,

“Kak Ain takut atas faktor apa?”

Hehehe. Aku pun tak tau nk habaq lagu mana. Nak kata, let me try first karang... nampak sangat macam aku ni tak betul sangat je dah bunyi and gayanya. Tapi, bagi aku... perkahwinan tu tanggungjawab. Tanggungjawab yang bukan tertumpu kat suami or isteri je... tapi kat semua benda. Freedom, tak selesa.. tak pandai buat kerja. Terikat dengan pasangan... nak kena bagitau itu ini... tu bukan something yang bagi aku perlu ditakutkan... itu basic saja. Itu fitrah je sebenarnya. Benda yang dah memang termaktub. Dah kahwin, syurga kita terletak kat pasangan kita. Sebab tu kahwin tu its not an easy thing to deal with. Dan bagi aku, sebab-sebab yang menyebabkan akuu takut tu, bukan sebab all those thing semata, tapi banyak sudutnya.

First thing first, pasangan kita tu. Nak kena filter gak. Bukan main rembat maain sebat macam main bola main futsal or main beli chicken wings kat pasar malam or pasar tani ke apa. Its more than that. Kalau nak pasangan yang baik, kita dulu kena try jadi baik. AKu tak kata, bila nak cari pasangan tu, kena cari pak bilal ke.. pak imam muda-muda belia ke.. pak ustaz yang pakai serban 24/7 ke apa. Tapi, kalau dapat yang macam tu... itu rezeki Allah nak bagi la tu kiranya. Its ok je kalau pasangan tu tau tanggungjawab dia as Hamba Allah.. sedar tanggungjawab dia kat ummah... tau tanggungjawab nak bina keluarga yang sakinah and mawaddah. Seriously, bukan nak expect someone yang good-good sedangkan diri sendiri pun tak bagus mana. Cumanya, bagi aku... cukup dia tau erti tanggungjawab. Bila dia tau benda yang satu tu, in sha Allah... takkan jadi payah untuk dia nak jadi a good khalifah for his family. Dengan dunia sekarang yang memang la maha mencabar lagi maha haru biru dengan social problems bersepah-sepah... aku rasa, seseorang yang ada rasa and ada keinginan nak berkahwin tu, tambah-tambah la ilmu-ilmu rumahtangga ni.. keep cari ilmu... sebab benda tu yang penting sebenarnya. Plus, tanggungjawab tu bukan berpaksi pada pasangan je semata, tapi untuk anak-anak jugak. Kot la nanti ada anak... tanggungjawab dah lagi besar kot. Nak besarkan anak. Kalau tak kena gaya, mendapat la nanti nak jawab depan Allah. Amanah besar Allah bagi kat kita tu. Kalau anak-anak berjaya ikut acuan yang kita nak.. berguna untuk agama bangsa semua tu, sedap la jugak mata. Tapi, kalau tak... mana nak letak muka bila Allah tanya? Haih la... seram kot bila fikir tang yang satu tu.


Tapi, however it is... semuanya dah Allah tulis kat loh mahfuz. Kadang-kadang, Allah tak bagi sekarang, DIA bagi karang-karang. Kadang-kadang, ada orang kahwin lambat, ada orang kahwin cepat. Ada orang dah kahwin, tapi still tak dapat anak... tapi, Allah ganti bagi mak mertua, ayah mertua yang best and penyayang. Tu semua kerja Allah. Kita, buat kerja kita untuk terus jadi hamba Allah yang baik. In sha Allah.. :)

Wednesday, June 18, 2014

Updating

Assalamualaikum wbt,

Just a lil bit update..

Trying to be good. That's what i want to be. 

But to mentioned that i'm good, that is totally not me.

Kadang-kadang terkeluar dari radar jugak. 

Kadang-kadang lagha jugak.

Kadang-kadang tu redah je buat aktiviti luar alam.. dan buat onar jugak.

Kadang-kadang tu merapu, merepek, meraban tak ingat. dunia jugak.

Kadang-kadang je pun bangun malam.

Selalunya jarang.

Senang citer,im not that good but still belajar how to be good.

And how is that?

Doing all the good things.

Start doing it at home. Be nice with your family. Especially towards your parents.

Pernah dengar pasal satu hadis ni,

Orang yang paling baik di kalangan kamu
ialah orang yang paling baik pergaulannya dengan ahli keluarga dan
aku adalah yang terbaik dari kalangan
kamu dalam pergaulan dengan ahli
keluargaku.

- (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)-

And aku still rasa aku belum cukup baik.
T-T

Tuesday, June 10, 2014

Status update^_^

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar buddiez? Wohaaa....lama gila tak update. Busy bak hang! Kalah Prime Minister. Hahaha Okey, tu dah acah-acah menteri sangat dah tu. So, since memang sepanjang bulan Mei blog aku ni sunyi sepi bagai tiada penghuni... aku pun decide nak copy paste status-status aku kat facebook tu kat sini. Tengah-tengah tak dak idea sangat nak mengarang ni..so, main copy paste jelah kerjanya, ya. Huh,pemalas sungguh!

So,baca la apa yang aku tulis,merepek, merapu dan meraban ntahapahapa ni ye..

JUNE 1

Mengharap senang dalam berjuang bagai merindu rembulan di tengah siang.

JUNE 2

I met this pakcik masa kat library tadi. Just respect the way he spend his time in library which is young people like me dont do that unless if I have to do some work or assignments. Other than that, memang sekali tak sekala la nak tunjuk muka kat library. Huhu.

He said that,

" I have no wife. I have no children. That's why I'm here."

Pakcik ni duda actually. Dah separate. Kesian jugak la. At the age of 73, he should live happily ever after kot with his wife and childrens tapi... bak kata dia, "im alone."

By the way, thanks to him sebab willing to answer my questionnaire.

And he was an English teacher before this at Maktab sultan Abu Bakar. That's impressed me.

No wonder he can answer my questionnaire without having me to translating it in Bahasa Melayu. I like the way he make a doa for me.

That's more important part actually.

I do make a doa for him too. May Allah bless Pak Ungku and semoga Allah pertemukan pak Ungku dgn anak-anaknya. Aamin.

Before we ended our conversation, he said that..

"Your name is good. Ain... means cahaya mata.. but unfortunately you wear the specticle so tak nampak sangat cahaya kat mata tu.."

Hahaha. We laugh together.

I think I miss my atok sebelah ayah already when I look at him just now.

T-T


JUNE 3

Do whatever you wanna do.. but make sure everything you do will not keep you away from Allah. 

JUNE 4

Macam sama tapi bukan dia.

JUNE  5

Geng panggil aku minah sneakers.

Sebab..

Lately, aku suka pakai sneakers.

Pakai kain, with sneakers. Pakai baju kurung, with sneakers. Pakai jubah pun kadang-kadang aku taram je pakai sneakers.

Dan kalau lalu or terlalu depan kedai kasut pun, aku mesti dok belek-belek sneakers jugak.

Haila Ain... taste tak feminin langsung! ^_*



JUNE 6

Sembang-sembang dengan mak semalam. Mak suruh aku jadik cikgu. Mak kata,ambik la ijazah pendidikan. Lepas tu jadi cikgu.

Aku pandang mak sambil cakap,

" Kan dah ada mak. Nak buat apa bebanyak.."

Dan tetiba adik aku menyampuk.

"Dia ni mak nak suruh jadi cikgu? Tak payah la mak. Tak payah... jap lagi kang kerja kena buli je. Dahla tak garang... "

Ceh! Budak tu merendahkan aku rupanya.

Jadi cikgu tak perlu garang untuk buat student hormat. Jadi cikgu biar penyayang... then you will be in their heart.

Huhu...
 


JUNE 9


Dan sekarang aku faham kenapa pakcik driver bas tu happy sentiasa dengan kerja dia walaupun dia bawak bas je.

Dan sekarang aku faham kenapa kakak mata bulat yang comel tu boleh buat org senyum bila tengok dia walaupun kerja dia as a cleaner je.

Dan sekarang aku faham, kenapa adik tu ceria-ceria je bila datang kat ofis sambil kata,

"Assalamualaikum, kak.. ada sampah tak?"

Aku faham...

Bila kita buat kerja ikhlas... kita takkan ada masa nak marah-marah.. masam-masam... buat kerja aci tangkap muat je...

Dan aku....

Insaf melihat mereka.

Malu pun ye. Ternyata mereka itu mungkin lebih mulia di sisi DIA..

Kalau satu hari nanti ada org tanya, kenapa aku beria dalam setiap kerja... akan aku katakan yang aku ingin jadi seperti mereka.

InshaAllah... 


JUNE 10

Kadang-kadang tanpa kita sedar,orang sekeliling tu boleh jadi inspirasi dan motivasi untuk kita.

Ada orang boleh hidup aman dan bahagia, even gaji yang diterima tak selumayan mana.

Ada orang boleh senyum riang dan gembira,even hidup kadang-kadang ada,kadang tak ada.

Ada orang, tak kaya duit ringgit.. tapi, kaya adab dan bahasa.

Ada orang ada apa yang kita tak ada, dan ada jugak orang yang tak ada apa yang kita ada.

Jangan tanya kenapa, sebab rezeki kita tak sama. Syukur apa yang ada.  



INi la dianya status-status aku kat facebook yang sempat aku conteng kat wall aku tu. Ada yang best, ada yang tak best. Ada yang boleh dibuat pedoman... aku haraplah... kalau ada yang agak-agak macam tersasar dari landasan tu.. aku mintak maaf. Aku pun manusia biasa gak. So,maafkan la teman. :)

 


Sunday, April 20, 2014

Pemberi Inspirasi



Assalamualaikum wbt,

Baru-baru ni terbaca satu status kat facebook. Dalam tulisan tu, orang yang tulis tu story about motivasi atau cabaran yang buat kita rasa nak berjaya. Aku rasa tajuk tu sesuai kot untuk entry aku kali ni. So, kira macam bila baca status tu... tetiba aku rasa macam terinspirasi pulak nak menulis something.

Kalau tanya kat aku, perangsang atau inpirasi terbesar dalam hidup aku sekarang ni... bukan sekarang je, even dari dulu pun la... kalau nak buat pape pun,antara mereka-mereka yang menjadi sumber inspirasi untuk aku, tak lain dan tak bukan.. of course la mak ayah aku.



Boleh la layan lagu ni sambil-sambil baca entry aku ni kan.. Huhuhu..
 
Dari dulu lagi, kalau nak buat apa-apa... mesti aku fikirkan mak ayah aku dulu. Sebab bagi aku, kalau nak success dalam hidup, kita kena hormat mak ayah kita. That’s why la orang kata, restu dan redha mak ayah tu penting. Sebab redha Allah tu terletak pada redha mak ayah kita. Kalau mak ayah tak redha apa yang kita buat, macam mana kita nak dapat redha Allah? Betul tak?

So, apa yang aku dapat sekarang ni... dapat belajar sampai tahap degree ni, aku percaya mungkin sebab doa mak ayah aku yang tak putus-putus untuk aku. Kalau tak, mungkin jugak aku takkan sampai ke tahap ini. Kalau nak diceritakan background education aku daripada sekolah rendah, sampailah ke sekolah menengah.. even, sampai ke universiti ni pun, aku bukan kategori best student pun. UPSR, dapat 2A je. Tapi, mak ayah aku tetap bangga. 2A untuk budak tak berapa pandai ni, kira satu pencapaian yang membanggakan la jugak kot. Yelah, sekolah luar bandar. Sekolah kampung. 2A weh... kira not bad la kan. Huhuhu. Then, PMR pulak. Lagilah teruk. Tak de A langsung. Kebetulan masa exam PMR tu, aku demam teruk. SO, result pun memang ke laut la. Tapi, mak ayah aku tak marah. Diorang support lagi. Yang bagusnya bila kau jadi student yang bukan student harapan sekolah, apa saja keputusan yang kau dapat, takkan ada orang kisah. Kau ada A ke, takde A ke... apa diorang peduli. Ramai lagi best student yang nak dikisahkan. So, aku belajar untuk cabar diri aku kat situ and jadikan mak ayah aku sebagai perangsang untuk aku terus mengorak langkah. Ceh wah! Poyo gitu ayat. Hahaha.
 

Aku ingat lagi masa dapat result SPM. Result aku ala kadar je pun. Dapat 1 A. Itu pun subjek agama. Sampaikan kawan aku kata macam ni, “ kuat betul agama dia.” Subjek akaun yang aku budget dan target akan dapat A, tak tercapai targetnya sebab aku hanya berjaya mendapat B je untuk subjek feveret aku tu. Seriously, aku memang frust. Tapi, takde la sampai tertonggeng2 segala bagai frust aku tu. Aku buat rileks je. Ini usaha aku selama ni. Setakat ni je usaha aku.. so, apa yang aku dapat tu adalah hasil usaha aku selama ni. Nak tak nak, kena terima.

Aku ingat lagi, masa dapat keputusan SPM, cikgu akaun aku datang nak tengok result. First thing yang dia cakap masa dia tengok result aku time tu, 

“ Eh, ni boleh masuk U ni.”

Aku tak caya kata cikgu tu. Keputusan aku tu bukan la bagus mana pun. Tapi, hari ni... buktinya.. aku dah pun masuk U dan dah hampir dah pun nak menamatkan pengajian aku. So, aku rasa ini semua berkat doa cikgu-cikgu aku jugak selain mak ayah aku sendiri. Kalau bukan sebab diorang, aku mungkin takkan jadi macam sekarang.

Pernah la masa sekolah dulu, aku masuk pertandingan catur. Bukan catur bestari yang ala-ala investment yang kalau tak reti, takde perancangan rapi... alamat kau boleh jadi bankcrupt-si. Tapi, sama je la pun.. teknik percaturan jugak. Dipendekkan cerita, aku jadi johan dalam pertandingan tu. First time ever dapat gelaran johan. Senyum sampai ke telinga je aku masa naik pentas ambik hadiah time tu. Bangga dapat nombor satu. Bukan tu je, aku siap dapat wakil negeri gi main kat Sarawak untuk peringkat kebangsaan lagi. Berganda-ganda tunjuk muka bangga. Hahaha. Dalam hati, ‘tak sabar nak balik rumah tunjuk kat mak ayah.’

Balik rumah, aku cakap kat mak aku..

“ Mak, nak tau tak.. masa last round tadi orang cakap dalam hati... Ya Allah, bagi la aku menang. Kalau aku menang game ni... ni semua untuk mak ayah aku.”

Mak aku dah tersenyum-senyum je... (terharu la tuh gamaknya... Hahaha..)

Tapi, betul la... selain apa yang kita buat dalam hidup is for the sake of Allah... kita takkan dapat lari nak  buat apa pun for the sake of our parents jugak kan. Yelah, kalau bukan sebab doa mak ayah kita, kita ni takde nya nak nampak hebat. Dan kalau bukan sebab mak ayah kita jugak, takde nya kita nak kenal dunia muka bumi indah ciptaan Allah taala ni ha. Tak kan adanya la redha Allah pun, kalau tak de redha mak ayah kat kita.

Aku sampai sekarang still buat benda yang sama. Kalau nak hadap apa-apa perkara besar dalam hidup, contohnya macam nak exam ke apa ke... aku mesti kata, this is not only for me... this is for my family especially my parents... they have done everything for me... and now, this is the time to make  a payment.
Kalau tanya kat aku, what makes me beautiful? Aku takde jawapannya. Sebab aku tau, semua orang ada kecantikkan sendiri. Apatah lagi, definisi cantik itu sendiri terlalu subjektif. Kalau aku kata aku cantik, itu maknanya aku tengah puji diri sendiri, atau dengan erti kata lainnya, perasan tahap lupa diri. So, korang fikirlah sendiri. Tapi, kalau tanya aku.. macam mana aku bangkitkan diri aku yang selalu gagal ni, motivasi dan cabaran itu datang seiring dan sejalan ke arah aku, bantu aku untuk terus berjalan ke hadapan, bukan ke tepi bukan juga ke belakang. 

Kalau aku rasa nak give up, aku ingat mak ayah aku. Sebab diorang inspirasi dan motivasi terbesar untuk aku terus berjuang.  

Ingat tak dialog pakcik Shah Rukh Khan dalam Khabi Khushi Khabi Gham? Pakcik tu kata,

“Kalau apa yang kita buat tak menjadi, pejam mata dan bayangkan muka mak ayah kita.. then semuanya akan baik-baik saja...”

Lebih kurang kot la kan... nak flashback balik, tak ingat sangat dah.. huhu..

So, as conclusion... whatever things you do.. remember.. Allah  is always there to help you. Your parents is always there to inspired you.  (^_^)



Sunday, March 23, 2014

Baik + Hati



Assalamualaikum wbt,
At last, the new entry is coming. Aku ingatkan waktu belajar which is waktu yang aku dok berperang dengan buku-buku dan segala macam jenis nota yang aku sendiri pun kadang-kadang susah tahap kilometriko nak faham jadah apa yang aku tulis tu, lagi susah... rupanya dah buat intern ni lagi susah aku nak curi barang sesaat dua masa untuk bercerita kat teratak usang aku yang sekangkang kera ni. Memang la orang kata, masa tu kalau tak diguna seelok-eloknya... jangan mimpi la dapat nak kejar buat semua benda. Tu la yang aku alami sekarang ni agaknya. Huhuhu. Tapi, bukan tu pun la yang aku nak cerita for this entry. Ada benda lagi best yang diceritakan actually.

So, let me start with... 

Baik + Hati = Baik hati

Dah kenapa pulak buat entry dengan segala equation macam nak buat tutorial add maths bagai ni kan? Hahaha. Sebenarnya, aku tengah dok main perang-perang dengan dua benda ni la. 

Baik

Ok, jom masuk bab yang satu ni dulu. Baik. Ramai nak jadi baik. Aku pun nak jadi baik. Masa mula-mula aku ubah cara berpakaian... pakai tudung besar gedabak which is kata kawan aku masa aku gosok tudung gedabak aku tu depan dia, 

“Macam boleh buat alas meja..”

Hahaha. Cis, ayat redah makan dalam. Sentap? Of course la tak. Kenapa? Sebab aku pernah dapat ayat kaw lagi berapi lagi daripada tu sebenarnya. Its good to hear ayat “macam boleh buat alas meja” daripada dengar ayat yang macam ni...


“ Bajet baik je..."

Allah... boleh bayangkan tak kalau orang cakap macam tu kat kau?

So, bila aku buat keputusan nak ubah cara berpakaian... aku tak buat sorang-sorang. Aku ajak kawan aku yang masa tu aku rasa dia je faham apa yang aku nak buat. Sebabnya dia jugaklah orang yang banyak sedarkan aku dalam aku rasa aku dah cukup baik sebab selalu bagi ‘ceramah’ agama percuma kat dia yang mana waktu tu dia pun tengah terkapai-kapai dalam dok cari erti hidup... aku rasa. Hahaha. Kejam jugak la kot sebab diri sendiri ada rasa nak ubah cara berpakaian, tapi tak berani buat sorang-sorang. Lepas tu ajak orang pulak tu. Nasib baik la kawan aku tu sefikrah sepusing sepusat jugak gayanya dengan aku. Kalau tidak, malu la sendiri-sendiri sampai nak sorok muka bawah lori. 

Bila nak jadi baik ni... antara soalan-soalan makan dalam ala-ala sentap tak ingat tu, mesti akan ada soalan yang macam ni, lagi-lagi kalau kat facebook tu... hari-hari ada je post-post and kata-kata yang terkena setepek gedebuk kababoom jatuh kena kat muka sendiri. Contohnya,


“ Muslimah-muslimah yang dah berubah, dan nak berubah tu... tanya balik kat hati, anda berubah sebab apa? Sebab Allah ke sebab manusia?”

Dush! Told you kan... memang redah makan dalamnya la ayat macam tu. Mana taknya... dulu masa mula-mula nak tukar cara berpakaian, dalam hati memang rasa nak berubah. Yelah.. sampai bila aku nak pakai jeans ketat ikut kaki yan konon-konon slim all the time la kut kan? And aku sendiri kadang-kadang malu sendiri bila pakai seluar ketat gitu. Takkan la sampai dah kahwin, dah ada anak nanti pun nak maintain pakai baju and seluar yang tak ikut piawai Allah dan Rasul tu kan? Kata nak suami soleh... tapi, diri sendiri tak nak berusaha jadi solehah. So, bila dengar ayat tu, aku memang sentap jugak la.. sebab aku berubah bukan semata-mata kerana Allah... tapi, sebab nak suami soleh. So, muhasabah.. muhasabah... muhasabah. Nak jadi solehah bukan sebab nak suami soleh je.. tapi, nak jadi solehah sebab nak redha Allah dengan nak redha mak ayah. Kau tak rasa kau dah membahagia dan menyenangkan hati mak ayah ke bila kau tutup aurat bebetul macam tu? Aku nampak kot muka bangga mak ayah aku bila tengok aku ubah cara pakaian.

Bukanlah sebelum ni aku ni jenis stok bebudak yang tak ambik port pasal dress code yang tak ikut rules and regulation Allah dan Rasul tu, in fact aku sendiri walaupun masa tu tak pakai tudung labuh, tak pakai seluar besar-besar gedabak... tak pakai stokin.. tak pakai handsock... tapi, aku dengar nasyid.. aku dengar radio islam ikim.fm tu... aku biasa dah dengan ayat-ayat salam ukuhuwah... bittaufiq wannajah... ukhuwah fillah abadan abada... aku biasa je dengan semua tu... tapi, dalam aku rasa aku ni dah cukup baik, siapalah aku nak judge diri sendiri dah cukup baik. So, Allah hantar ujian kat aku. Ujiannya bila kat kolej, pandangan mata aku ni dihidangkan dengan satu suasana di mana-mana je ceruk kolej tu, mesti ada yang pakai tudung labuh. In fact, siap ada persatuan islam lagi.. which is nama dia BAKTI – Badan Teknorat Islam- yang dikemudi semuanya bebudak muda-mudi. Muda-mudi? Aiseh la... malu kot kan dengan bebudak muda yang muda-muda dah tau nak jaga aurat. Aku yang lebih tua ni tak reti-reti nak tutup aurat. Betul la orang kata, kata-kata mesti seiring dengan perbuatan. Memang aku selalu nasihat adik-adik junior aku yang serumah dengan aku masa tu. Bak kata kawan aku si Mai, “ Kak Ain, my taikotai...” tapi, aku sendiri tak la perfect sangat.

Walaupun macam tu, solat... puasa... kadang-kadang terlepas gak jadi imam solat untuk kawan-kawan kat rumah tu, baca quran ( itupun surah yasin je setiap malam jumaat), tapi aku rasa macam ada yang kurang kot... aurat? Aku pakai tudung dah bila keluar rumah. Yelah.. memang pakai tudung.. tapi, ikut rules Allah dan Rasul  ke tidak pemakaian tudung aku tu kan selama ni?



Dan memang betul la. Petunjuk Allah tu memang ada kat mana-mana pun waima kat mana tempat pun kau tercampak pergi. Masa tu aku hantar atok and nenek aku pergi umrah kat KLIA. Masa ada kat sana, aku tetiba rasa malu dengan diri sendiri. Sebab manusia kat keliling aku masa tu memang semua stok tudung labuh. Yes, muda-muda semuanya. Allah... betul la.. mungkin orang-orang sekeliling aku tu asbab je yang Allah hantar untuk bagi aku sedar dari mimpi.

Balik dari KLIA tu, terus aku termenung and berfikir. Lepas tu, aku terus mesej Mai (Mai is kawan yang aku sebut kat atas tu). Aku cakap kat dia macam ni,


“ Mai, jom ubah cara berpakaian..”

Hahaha. Nasib baik la budak Mai tu satu kepala je dengan aku. Dia pun kata,

“ Memang Mai dah start pun nak tukar. Mai nak buat sorang-sorang, macam tak de kekuatan je. Ada Kak Ain ni.. inshaAllah la kot Mai boleh..”

Alhamdulillah.

Dan sekarang ni, inilah dia aku nya. Dari budak yang tak kesah pasal baju apa nak pakai... perasan dah cukup baik... sekarang ni tengah belajar-belajar lagi nak jadi baik.

Aku tak kata aku dah cukup baik just because aku dah pakai tudung labuh... pakai baju labuh.. pakai stokin.. pakai handsock... keluar rumah even untuk menyapu barang sebesar hama habuk-habuk yang ada sambil tutup kepala tak nak bagi nampak rambut segala.. aku pun masih cuba nak jadi baik based on the correct definition of what is ‘baik’ actually.

Baik tu bak kata Hlovate,

Bila kita dah settle bab solat dan ibadat, kita sepatutnya dah settle bab hidup bersyariat. Dan bila kitat dah settle bab hidup bersyariat tu, kita sepatutnya dah settle bab aurat....

Dan aku... masih belum cukup baik. Masih lagi nak betulkan amat ibadat.. sistem hidup bersyariat... dan semua yang sama waktu dengannya.


Hati

 Bila start berubah... aku dah tanam azam dalam diri, benda yang aku nak jaga sekali adalah HATI. Kalau dulu, aci redah je chatting dengan ajnabi.. walaupun tak melibatkan soal hati, tapi kalau dah chatting dengan lelaki, for sure la akan ada yang mengusik hati. Ingat setan tu nak duk sengih je usha dari jauh? Kalau dah ada lelaki, ada perempuan.. dah tentu-tentu ada peneman and siapa lagi kalau bukan setan kan? So, itu la yang cuba aku praktiskan dari hari ke sehari. Nak kata kena blame tu, boleh kata ada je la yang tak faham bahasa gak. Ada yang siap marah-marah lagi. Ah.. aku peduli hape... aku ni dah la belum cukup baik lagi. Bila ada kata-kata macam nak mintak penampar je gayanya tu, aku tahan perasaan jelah. Karang, kalau dilayan... hilang dah pahala sabar aku.

Berbalik pada cerita hati ni, teringat kat Mai.. dia ada kata baru-baru ni,

“Kak Ain... macam mana nak jaga hati?”

Hahaha.. bab hati, jangan kata si Mai ni.. aku ni pun kadang-kadang terbabas jugak tak sempat nak brake.

Aku jawab,

“ Kenapa? Siapa yang dah menggundah gulanakan hati awak tu?”
 
Ceritanya, off the record la kot kan.. Huhuhu..

Bagi aku, nak jaga hati sangat la susah sebenarnya. Lagi-lagi bila benda tu relate dengan fitrah manusia. Hati tu bagi aku ada macam-macam benda yang meliputi satu hati dalam diri manusia tu sendiri. 

Dalam hati ada perasaan,

Dalam hati ada rindu-rinduan..

Dalam hati ada cintan-cintan...
Dalam hati ada semuanya la yang berkaitan...

Dan macam mana nak melawan?

Jaga hati. Jaga pergaulan. Jaga batasan antara lelaki dan perempuan. That’s it. Mudah kan?

Kata Hlovate lagi,

.... Bila kita dah settle bab aurat tu, secara tak langsung kita sepatutnya dah settle la jugak bab iktilat.

Bagi aku, antara lelaki dengan perempuan... memang tak boleh nak jadik kawan kalau dalam hati tak de niat langsung nak menjadikan lelaki atau perempuan tu kawan. Dan bagi aku, antara lelaki dan perempuan... the only relationship yang valid mengikut suruhan Allah dan Rasul adalah perkahwinan. Other than that, itu semua permainan syaitan. 

Tiba-tiba teringat kat sorang kawan, bila aku kata, 

“Even di alam maya sekalipun... antara lelaki dan perempuan, kena la jaga iktilat... "

Dan sampai la niiii.... aku tak dapat khabar berita dari dia. Hahaha. 

Mungkin dia seperti aku juga, sedang berusaha. Ok, abaikan kisah yang tak best itu. 

Last but not least, macam mana nak jaga hati?

Istighfar.. istighfar... istighfar.

Wednesday, February 19, 2014

Kenapa Aku Sentap?

Assalamualaikum wbt,

Third week intern. Agak bosan. Setakat ni kalau nak tanya apa yang aku rasa sepanjang ber'internship' ni, aku pun tak tahu nak habaq lagu mana. Sebab baru tiga minggu. Tapi, ok la. Ada jugak ilmu yang dapat dicedok from time to time walaupun benda tu takde kena mengena langsung dengan bidang aku. Huhu. 

So, hari ni... setelah beberapa minggu tak update cerita kat blog sekangkang kera aku ni, hari ni aku nak post jugak la something yang bagi aku maybe boleh bagi manfaat kat sesapa saja yang baca. Itu pun kalau ada yang baca la. Huhu. 

Jadi, this is the story. Kira macam tazkirah ringkas jugak la. Aku suka. Yelah, aku ni ilmu agama dah la ciput je. So, bila ada orang baik hati nak share ilmu-ilmu yang best ni... boleh la kot topup sikit-sikit. Hehehe.

Minggu ni aku macam tak ada kerja sangat.

Ok, bosan.

Dan nak hilangkan bosan ( sebelum aku tidur buat office ni macam rumah aku), aku pun keluar dari 'penempatan' aku.. pi menyibuk kat luar.

Alhamdulillah.... dapat dengar perkongsian dari sorang abang ni.

Kata dia,

" Rumah abang tak de tv.."

Hah, takde tv? Boleh caya ke? Zaman sekarang weh... gila takde tv? hiburan tu. Aku cakap dalam hati je.

" Yeke bang, takde tv? Habis, anak-anak abang tak bosan ke?"

Dia geleng. " Takde la.. diorang bukan buat apa pun malam2. Lepas buat kerja sekolah, tidur. Isteri abang, lepas maghrib, baca hadis.. baca quran sampai isyak.. lepas tu tidur. Itu je."

Aku sentap sekejap.

Lepas tu abang tu sambung lagi.

" Kau tau tak apa beza rumah orang islam dengan rumah orang kafir sekarang ni?"

Aku diam. Fikir.

" Macam takde beza je."

" Hah... kan. Macam mana nak ada beza, kalau apa yang orang kafir ada, itu la jugak yang ada dalam rumah orang islam."

Betul jugak. Aku mengangguk.

" Macam mana nak bezakan? Amalkan cara hidup islam... sekarang ni, kalau kita tengok... berapa ramai orang islam yang amalkan cara hidup islam?"

Aku tersengih-sengih lagi. Sebab sentap habis. Bukan sentap nak bantah or nak bangkang apa yang abang tu cakap ke apa. tapi, sebab nak mengiyakan betapa semua yang abang tu cakap tadi semuanya betul!

Abang tu tambah lagi.

kali ni dia bagi analogi. Dia kata,

"hidup ni umpama cermin kereta. Satu cermin depan yang besar tu... satu lagi cermin sisi yang kat belah atas tu. kalau kau naik kereta... kau nak pandang cermin yang mana satu?"

Aku jawab, " cermin sisi.. "

" kalau kita pandang cermin sisi je.. tak pandang depan.. habislah kita..."

Aku blur mulanya. lepas tu baru aku terfikir.

" bagi abang, cermin sisi tu ibarat dunia. Cermin depan tu akhirat. Kita bukan tak boleh langsung nak pandang cermin sisi tu, tapi bila kena pandang.. kita pandang la.. jangan sentiasa pandang. Macam tu la jugak dengan dunia. Jangan letak dunia kat dalam hati, sebab takut kita lupa akhirat yang menanti.."

Kata abang tu.

Serius aku rasa nak nangis bila abang tu kata macam ni.

"Dalam rumah orang islam tu sepatutnya ada rahmat. Tapi, bila terlalu banyak keduniaannya, hiburannya... tak amalkan kehidupan beragamanya.. rahmat pun takut nak masuk."

Abang tu tambah lagi.

"Yang perempuan, aurat tak jaganya... sedih abang tengok kadang-kadang tu..."

Waaaa... sentap weh.

"Lagi satu, dalam setiap rumah tu kena ada sorang hafiz hafizah.. ramai orang kata hafiz hafizah tu tempat dia kat madrasah je. Sebenarnya kat rumah pun boleh jadi madrasah..."

kalau nak kata zaman sekarang ni moden. Zaman nabi dulu lagi moden. Its not that kita boleh nak berhibur ke.. nak bersuka ria ke apa. Boleh saja. Tapi, make sure jangan sampai hati kita penuh dengan kehidupan dunia... sampai lupa apa tujuan utama kita sebagai khalifah di muka bumi DIA.

#Tak sia-sia aku menyibuk. Dapat jugak perkongsian ni. Huhuhu.

Bawak agama dalam hidup weh. Insha Allah, DIA bagi ganjaran baik punya. 


Pesanan penaja :  Permaisuri hati in progress. Aku ni pemalas sikit. Setiap kali nak start menulis je, mesti aku malas. Masa malas jugak la semangat aku nak menulis tu berkobar-kobar. haih.. nafsu malas sentiasa menyelubungi diri. Will be update soon. InshaAllah.. doakan aku. :)

Wednesday, February 5, 2014

~Permaisuri Hati~



Bab 46
Aku dan Elly sudah pun duduk di meja yang agak tersorok sedikit. Kedai biasa yang selalu dikunjungi berhampiran dengan kediaman kami itu, kelihatan penuh dengan pelanggan-pelanggan yang dating walaupun cuma duduk sambil minum air secawan. Satu situasi yang pada pandangan aku, tersangatlah sukar untuk dijelaskan. Pernah Elly membuat kesimpulan.
            “ Orang Malaysia ni pemalas betul la.” Elly berkata tiba-tiba.
         Aku yang ketika itu sedang khusyuk menikmati mee goreng basahku terpinga-pinga sambil mengangkat kening tanda ingin tahu. Dah kenapa pulak si Elly ni? Getus hatiku.
            “ Yelah… kau tengok la tu. Nak minum air secawan pun, sanggup datang kedai. Buat sendiri je kat rumah, tak boleh agaknya?” Rungut Elly sambil menyumbat tiow goreng basahnya ke dalam mulut. Sempat lagi tu! Desis hatiku.
            Aku tergelak kecil mendengar teori bukan-bukan dari Elly itu. Elly ni, kalaulah ada salah sorang dari pelanggan-pelanggan yang ada kat kedai ni terdengar kata-kata dia, mahunya la makan roti canai cap kasut saiz lapan ni. Aku tergeleng-geleng sendiri apabila mengenangkan perangai Elly yang entah apa-apa itu.
            “ Hah! Berangan. Inilah perangai kau kan? Asyik berangan je. Itulah, aku suruh balik, tak nak balik. Bila dah tak nak balik, inilah dia kerja kau. Termenung sana, termenung sini. Berangan sana, berangan sini.” Elly membebel dengan panjang lebarnya.
            Aku yang terkejut dengan sergahan dan bebelan percuma daripada Elly itu, terus mengurut dada. Hai.. inilah yang aku tak tahan dengan minah sorang ni. Kalau membebel, boleh kalah mak aku. Mulut macam murai tercabut ekor. Murai pun tak macam ni, tahu?
            “ Kau ni kan, dahlah main sergah orang ikut suka hati kau je. Lepas tu, boleh pulak kau pakejkan sekali dengan membebel sakan macam mak cik Semah dekat rumah aku tu. Ei, tolonglah Elly… aku penat la dengar kau membebel. Kau tak penat ke?” Soalku sambil menjegilkan mata ke arah Elly.
            Elly buat muka selamba. “ Eleh.. penat konon. Hah, tu la. Siapa suruh berangan. Aku ajak kau datang sini, suruh makan. Bukan suruh berangan. Dah.. dah.. order cepat. Kesian macha ni dari tadi dok tunggu kau order.”
            Aku memandang ke arah pelayan yang Elly panggil macha itu. Suka-suka hati dia je minah ni. Aku tersengih sebelum membuat pesanan.
            “ Mee goreng mamak? Amboi.. kalah aku nampak.” Usik Elly sambil tersengih-sengih. Tadi bukan main macam-macam alasan lagi masa ajak datang sini. Sekarang, dia pulak yang makan besar.
            “Diam boleh tak? Aku laparlah.” Ini semua mamat tu punya pasal. Kalau tak tadi, dah habis dah asam pedas aku. Kacau selera aku je. Uwaa… kempunan nak makan asam pedas weh.
            Elly sudah tergelak-gelak. “ Eh, Reen… aku nak tanya kau ni. Macam mana kalau tiba-tiba Sahel ada kat sini?”
            Aku yang sedang menyedut Nescafe O aisku tersedak tiba-tiba.
            “ Weh, rileks la. Aku kata, kalau je pun. Ish, gelabah la kau ni.” Elly sudah tersengih-sengih.
            “ Elly, please la. Jangan sebut nama dia kat sini boleh tak? Hilang selera aku nak makan kejap lagi.” Elly ni, suka buat benda yang aku tak sukalah. Ei, dia ni… ada yang makan botol kicap atas meja ni karang.
“Okey.. okey. Sorry la beb. Emo sangat kau ni.”
“ Gila, tak emo? Haruslah. Cuba kalau kau ternampak Hisyam dengan perempuan lain. Kau nak cool je ke? Entah-entah lagi teruk daripada aku.” Aku mengusik Elly.
Elly membulatkan matanya ke arahku. “Weh, choii! Mulut kau pakai insuran cap apa ha?” Entah apa-apa la dia ni.
Aku sudah tersengih. “Hah.. tahu takut. Aku gurau je la. Aku sure Hisyam tak buat macam tu kat kau punya. He’s a loyal man.”
Tapi, hakikatnya bukan itu kata-kat yang layak untuk seorng lelaki seperti Hisyam yang mungkin tidak tahu langsung apa yang dimaksudkan dengan setia. Aku katakan yang Hisyam seorang yang setia sebab, selama berkawan dia memang menunjukkan sifat-sifat terpuji sahaja di depan aku dan sifat-sifat terpuji itu lebih lagi apabila di depan Elly. Mungkin juga aku perlu mengingatkan diri aku bahawasanya tidak mudah untuk kita melabelkan orang itu setia hanya kerana dia ada di sisi kita walaupun tidak sentiasa. Teringat pulak aku kata-kata Ustazah Fatimah Syarha yang sempat aku ‘ulang siar’ ceramahnya beberapa hari lepas, ‘ kawan berpuluh tahun pun, belum tentu kita dapat kenal pasangan kita, yang kita kenal lakonan-lakonannya sahaja’.
Dan… itulah yang terjadi apabila Elly selalu cuba untuk meyakinkan dirinya dan orang-orang sekelilingnya termasuk aku, yang Hisyam itu antara lelaki yang paling setia.
“ Harap-harap macam tu la.” Ujar Elly sambil tersenyum. Ketika itu juga dia  memandang ke arah kanan jalan, dan tiba-tiba ternampak seseorang yang amat dikenalinya. Hisyam! Senyuman yang terukir di bibirnya mati serta merta apabila melihat Hisyam ditemani seorang wanita. Pasangan itu kelihatan gembira.
Aku yang melihat perubahan raut wajah Elly yang tiba-tiba itu berasa pelik seketika. “Weh, kau kenapa? Macam Nampak hantu je? Apasal?” Soalku sambil ketawa kecil. Aku lantas memalingkan muka melihat ke belakang. Senyumanku mati apabila ternampak Hisyam dan seorang perempuan dengan lagak mesra seperti pasangan kekasih.‘Hisyam? Alamak… macam mana ni? Ya Allah, aku main-main je tadi. Kenapa jadi betul-betul pulak?’
Aku tersengih-sengih memandang Elly yang sudah diam itu. “ Elly, aku main-main je tadi. Tak sangka pulak betul-betul jadinya. Kau sabar tau. Kau jangan… “
Namun belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, Elly sudah bingkas bangun. “Tak guna punya lelaki. Patutlah selama ni, bila ajak keluar.. ada je alasannya. Rupanya, ini kerja kau eh? Hampeh punya lelaki! Siap kau.” Elly sudah menuju ke arah meja yang diduduki oleh pasangan itu.
Aku segera mengejar Elly. Alamak.. Elly dah mengamuk. Habislah. Aku menepuk dahi sendiri.
“Hisham!” Jerit Elly.
Pasangan yang sedang asyik suap-menyuap tu, menoleh ke arah kami. Aku segera menyabarkan Elly. Dia ni, kalau dah marah.. jangan buat main. Silap-silap si Hisham yang kerempeng ni boleh jadi lempeng satgi kang.
“ Elly.. err.. Reen, kau pun ada kat sini? Korang buat apa kat sini?” Soal Hisham dengan tergagap-gagapnya.
“ Err.. aku teman Elly. Dia lapar. Dia nak makan roti canai. Ok, bye. Elly, jom balik.” Aku menarik tangan Elly sambil mengajaknya balik.
Elly menarik semula tangannya. “Lepaskan aku Reen. Bagi aku basuh mamat ni.” Elly sudah mengepal penumbuk kecilnya. Kecik besar, kecik besar saja dia melihat pasangan yang buat muka tak bersalah di depannya itu.
“You.. siapa perempuan ni?” Soal perempuan tak cukup kain itu.
“ Err.. ni kakak sepupu I.” Jawab Hisham dengan takut-takutnya.
“ Oh, kakak sepupu eh? Sejak bila kau ada kakak sepupu?” Soal Elly sambil menahan geram.
Aku yang mendengar hanya mampu menggeleng. Cari pasal betul budak Hisham ni. Kau dah kenapa Hisham oi? Dah bertahun bercinta, sekarang baru nak curang ke? Haish… tiba-tiba aku rasa, macam nak join sekaki je dengan Elly hentak mamat kerempeng ni, bagi dia tau rasa.
“ You tak pernah cakap pun, you ada kakak sepupu sayang?” Soal wanita tak cukup kain itu lagi.
Hisham dilihat sudah gelisah tak tentu arah sambil mengesat peluh di dahi.
“ Anyway, cik yang tak cukup kain… actually, saya ni bukan sepupu dia pun. Saya ni girlfriend dia. Kami dah bercinta dari zaman kolej lagi. Tak percaya, cik tanyalah mamat kerempeng ni.” Jawab Elly sambil tersenyum sinis.
“Betul ke ni, you? Habis tu, kalau dia girlfriend you.. I ni siapa pada you?” Wanita itu sudah mula marah-marah.
Aku sudah menarik tangan Elly sambil berbisik, “ Elly, sudahlah tu. Kau nak buat drama swasta pun, lain kali la. Kat tempat awam macam ni, malu weh. Jom.. jom.. balik. Benda boleh settle la. Rileks ar. Jom balik.”
“ Okey… let me explain. Elly, this is my new girl. From now, antara kita dah tak ada apa-apa okey. Kita tak sepadan. You dengan I, macam langit dengan bumi. I tak boleh…”
After five years we have been together, baru sekarang kau nak kata yang aku dengan kau tak padan macam langit dengan bumi? Dasar kerempeng macam lempeng. Ambik ni!” Elly yang sememangnya dari tadi lagi dah menggenggam penumbuk kecilnya itu, segera melayangkan penumbuknya itu ke muka Hisham.
Aku yang melihat, terlopong seketika sebelum menutup mulut. Habis!
“Itu balasan untuk orang yang tak reti nak setia macam kau ni. Dasar kerempeng macam lempeng! Blah la kau!” Marah Elly sambil bergegas pergi meninggalkan Hisham dan teman wanita barunya itu.
Aku hanya mampu tersengih sambil mengangkat bahu ke arah pasangan itu sebelum bergegas mengekori Elly yang sudah jauh ke depan.

Elly mengesat air mata yang mengalir di pipi. “ Dasar jantan tak guna! Kerempeng macam lempeng. Kau ingat kau bagus sangat?” dia menumbuk-numbuk stereng keretanya itu untuk melepaskan rasa geram di hati.
Aku yang melihat terasa bersalah pula. Kalau tak sebab mulut aku yang masin ni, mesti tak jadi macam tu.
“ Elly... kau, okey?’ Soalku teragak-agak.
“ Hish… kenapalah aku boleh menangis sampai macam ni sebab mamat kerempeng tu? Hilang cun aku. Heish… Elly… wake up Elly… wake up. You can find someone better.” Elly membebel seorang diri sambil membelek-belek mukanya di cermin pandang belakang.
Aku yang melihatnya sudah mempamerkan riak risau. Hai.. dah kenapa pulak dengan kau ni Elly. Kau betul ke tak, Elly? Janganlah buat perangai macam tu Elly oi. Dah macam tak betul je aku tengok ni. Aku mengomel di dalam hati.
“Aku okey la. Tak payah la buat muka macam tu.” Kata Elly kepadaku.
Aku tersentak sebelum tersengih. Huh, lega. Aku ingat dah tak betul dah kawan aku ni. “ Aku mintak maaf tau. Kalau aku tak cakap macam tu tadi, mesti benda ni tak jadi. Sorry tau.”
“ Ala.. tak payah nak mintak maaflah. Bukan salah kau pun. Ini semua mamat tu punya salah. Tak padan dengan kerempeng. Mungkin dia memang bukan yang terbaik  untuk aku. Aku tahu ni semua petunjuk daripada Allah. Kalau tak, sampai bila-bila pun aku tak tahu yang dia ada perempuan lain.”
Aku tersenyum. “ Sabar tau Elly. Mungkin ada hikmah. Lagipun, kau cantik.. kau baik. Satu hari nanti, mesti kau akan dapat lelaki yang lagi baik lagi. Percayalah cakap aku.
Elly tersenyum. “ Amin… Insha Allah. Jomlah kita balik. Dah lewat dah pun ni.”
Aku turut tersenyum sambil mengangguk sambil memakai tali pinggang keledar.
“ Reen.. “ Elly bersuara tiba-tiba.
“ Hmm.. “
“ Betul ke aku cantik?”
Aku memandangnya sambil buat muka annoying. Ini yang aku malas nak puji minah ni. Perasan cepat sangat!
“ Sebelum aku rembat kau dengan handbeg cap pasar malam aku ni, baik kau teruskan pemanduan.”
“ Jahatnya kau.”Elly tergelak. Akhirnya kami sama-sama tergelak.
Well, aku kena mengaku yang tak semua hubungan percintaan itu berakhir dengan pernikahan. But as a human, we should take it as a ‘teguran’ yang sangat manis dari Tuhan untuk hamba-hambaNya yang selalu lupa dan alpa. Tak semua juga hubungan yang dah berakhir dengan pernikahan itu tiada gelora. Macam kes aku dengan suami aku sendiri. Something that we have to think deeply. Dengan erti kata lainnya, muhasabah diri. Aku mengeluh perlahan. Teringat akan masalahku sendiri.

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...