Wednesday, June 19, 2013

~Permaisuri Hati~



                                                         Bab 45



Malam itu, aku bermalam di rumah Elly. Rumah yang kami sewa sebelum aku menamatkan zaman bujangku. Sengaja aku membawa diri. Handphoneku yang berdering sejak dari siang tadi, tidakku endahkan. Aku masih lagi kaku di atas sofa sambil menonton tv. Menonton la sangat. Dah macam hape je rasanya tercongok macam ni. Ini semua pasal kejadian siang tadi. Hatiku membentak geram.
            Elly yang dari tadi lagi memerhatikan perilaku temannya itu menggelengkan kepala apabila handphone yang dari tadi berdering minta diangkat tidak dihiraukan oleh tuannya. Mesti yang call tu Sahel. Kesiannya la kau wahai telefon. Dapat tuan keras hati macam si Syazreen ni. Sempat Elly mengutuk teman baiknya itu di dalam hati.
            “Weh, makcik…. phone kau berbunyi tu. Tak nak angkat ke?” Elly memanggil apabila dirasakan yang deringan telefon itu sememangnya mengganggu dirinya yang dari tadi sedang cuba hendak menghayati drama yang sedang ditayangkan di astro warna itu. Syazreen masih tidak menunjukkan sebarang reaksi. Elly mendengus geram. Susah betul cakap dengan orang yang tengah emo ni tau! Elly menggeleng sambil mengambil remote control untuk menukar channel.
            Aku masih membuat muka selamba. Aku tahu Elly geram dengan aku. Gasak kau la Elly kena hadap perangai kawan kau yang sorang ni. Selepas kejadian tengah hari tadi, aku memutuskan untuk bermalam di rumah Elly. Jenuh jugak si Elly tu memujuk aku suruh balik. Akhirnya aku tersadai dekat sini dengan muka kusut dah mengalahkan kucing aku mati terlanggar lori. Eh, sejak bila pulak aku ada bela kucing? Ah… belasah je la. Itu semua tak penting! Yang paling penting, aku tak kuasa nak melayan panggilan-panggilan dari sesiapa saja buat masa ini. Aku perlukan ketenangan. Ceh wah! Ketenangan konon! Kau ingat, dengan main ‘nyorok-nyorok’ macam ni, ketenangan tu sampai la? Poyo betul! Syazreen membebel di dalam hati.
            Handphoneku berdering lagi. Aku masih buat-buat tak dengar. Hish, kalau dah aku kata aku tak kuasa nak angkat tu… memang tak kuasalah. Tak faham bahasa ke apa orang yang call ni? Aku masih lagi dengan muka kerasku. Lantak kaulah telefon nak berdering sampai pagi esok ke apa. Malas aku nak angkat.
            Elly yang dari tadi cuba sedaya upaya untuk bersabar, sememangnya sudah hilang sabar lalu dia terus mengangkat handphone kepunyaan teman baiknya itu. Syazreen yang melihat tidak sempat menghalangnya.
            “Hello.. Sahel?” Elly mengerling sekilas ke arah Syazreen yang sedang membuat muka macam kucing nak telan ikan bilis.
            “Ha’ah… dia ada kat sini. Nak cakap dengan dia? Dia dah tidurlah sahel… kau call dia besok jelah eh?” Balas Elly berbohong.           
            “Okey.. kau jangan risau. Nanti aku sampaikan.”
            Aku memandang Elly. “Thanks Elly.”
            Elly mengeluh perlahan. “Sampai bila kau nak menyorok kat sini, Reen?” soalnya kepada teman baiknya itu.
            Syazreen mengangkat bahu dan menggeleng tanda tidak tahu.
            “Aku bukan nak halau kau.. tapi, aku rasa better kau balik. Selesaikan masalah kau dengan dia. Itu lebih baik daripada kau duduk kat sini dengan buat muka serabut kau tu.” Elly sudah mula nak membebel.
            “Aku tak nak. Please Elly, kalau kau sayang aku.. tolong jangan suruh aku balik.” Aku membuat muka simpati.
            Elly melepaskan keluhan berat. Hish.. dia ni la. Suka buat muka kesian tahap dewa macam tu. “Yelah..yelah. Kali ni je aku tolong kau. Lain kali, jangan harap.” Elly berkata dengan nada yang ala-ala tegas.
            Aku mengukir senyuman menawan apabila mendengar kata-kata Elly. “Thanks Elly.” Aku memeluknya erat sambil mencium pipinya bertalu-talu.
            Elly yang sudah mula rimas itu, segera meleraikan pelukan kawan baiknya. “Eh.. dah..dah.. kalau nak express feeling pun agak-agak la. Jahanam bedak sejuk aku weh.”
            Aku sudah tergelak-gelak memandang Elly. “Hish…kau ni. Kacau la. Bukan senang tau aku nak express feeling macam ni. Lagi satu, yang kau ni.. apasal la suka sangat menempek bedak sejuk kat muka kau tu? Dari dulu, sampai sekarang.. tak habis-habis dengan bedak sejuk. Dah macam tepung kurmak dah aku tengok tau tak?” Kutukku sambil kembali menumpukan perhatian ke arah tv.
            “Eh.. hello. Bahasa tu indah sikit boleh tak? Kang aku tepon laki kau, suruh hangkut kau bawak balik kang.. baru kau tau.” Elly mengugut.
            Aku buat muka gelabah. “Kau main ugut kan? Mana boleh macam tu. Yelah.. yelah.. sorry. Aku tak buat lagi.” Ish.. apa la punya member. Sikit-sikit nak ugut orang. Sikit-sikit nak ugut orang. Tak memahami naluri kewanitaan aku langsung! Huh! Eh, dah apa kena mengena pulak dengan naluri kewanitaan segala bagai ni? Ah.. belasahlah. Layan je boleh tak? Aku tengah serabut ni.
            “Hah.. tahu takut. Ala.. rileks la. Aku main-main jelah. Muka kau bila cuak, kelakar gila kan?” Elly mengusik kawannya itu.
            Aku menjeling Elly. “Senget! Dah la.. malas nak layan kau. Tengok tv lagi baik.”
            Elly terus tersengih-sengih sambil mengangkat bahu.
          “Weh.. tapi, betul ke muka aku macam tepung kurmak?” Elly menyoal setelah terdiam beberapa minit.
            Soalan Elly itu aku balas dengan anggukan pantas. “Kalau kau kahwin nantikan, tolong la jangan pakai lagi bedak sejuk a.k.a tepung kurmak kau tu.”
            Elly menarik muka sebelum menyoal kembali. “Kenapa pulak?”
            “Yelah.. aku takut suami kau dapat sakit jantung sebab hari-hari terkejut tengok muka kau yang bertempek bedak sejuk tu.” Jawabku sambil ketawa.
            “Weh.. kurang asam kau kan!” Elly membalingku dengan bantal. Dan akhirnya kami sama-sama tergelak. Hilang seketika masalah yang melanda.       
            “Beb, aku lapar ar.” Elly bersuara setelah penat bergelak ketawa.
            “So…?” Balasku.
            “Jom kita keluar pi makan roti canai, nak?”
            Aku mengerutkan dahi. “Elly.. kau biar betul? Kau tengok jam sekarang dah pukul berapa?” Aku mengerling jam di dinding. Dah hampir pukul 11 malam! Biar betik makcik sorang ni. Tak pasal-pasal pulak nak ajak makan roti canai. Hish.. Elly.. Elly.. kau memang suka buat benda pelik-pelik kan? Getus hatiku.
            “Ala.. baru pukul 11.00. Jom la.. aku lapar sangat ni. Jom ar.. jom la.” Elly sudah merengek macam budak-budak. Kalau budak-budak merengek, aku boleh terima la jugak. Boleh bagi gula-gula. Ni, dah tahap mak budak merengek ni. Ai.. macam nak mintak penampar jelah pulak. Aku menggerutu di dalam hati. Tapi, tak sampai hati pulak nak menolak bila tengok muka kawan baiknya yang dah macam tak makan seminggu. Since, aku pun belum makan lagi.
            “Woi.. aku ajak makan roti canai je pun. Yang nak gi ‘istikharah’ bagai macam nak pi makan chicken chop tu dah kenapa? Nak ke tak nak ni?” Elly menyergah. Orang dah lapar ni, dia boleh main fikir-fikir pulak. Giliran Elly pulak yang membebel sendiri.
            Aku tersentak. “Ha..?? Ish.. yelah.. yelah. Kau ni, banyak bunyi kan. Jom la. Bising je. Selagi tak dapat makan, macam tu la kau kan?” Sempat aku mengutuk Elly sambil tersengih sedikit.
            Elly sudah tersengih-sengih. “Yeah! Jom.. jom…eh, kejap.. aku tukar baju kejap.”
            Aku menggelengkan kepala. Apa jelah member aku ni. Aku lantas naik ke tingkat atas untuk menukar baju dan memakai tudung.


# Assalam, masih ingat lagi dengan cerita ni? Maaf sangat-sangat sebab lambat update. Terima kasih kat semua pembaca-pembaca (ceh, bunyi cam ramai sangat je pembaca. Hahaha..) yang sudi membaca karya saya yang tak seberapa ni. Alhamdulillah.. ni bab yang sempat saya update.. maaf sangat-sangat atas segala kekurangan. Lately agak busy sebab nak final exam dah.. In sha Allah.. lepas ni, kalau dah settle semua urusan yang perlu diutamakan, saya update lagi permaisuri hati ni. Jazakumullah khairan khathiran kpd yang sudi baca.. Moga Allah redha. Saya tak pernah harap manuskrip ni akan dibukukan.. tapi, saya akan cuba buat sampai manuskrip menjadi sebuah buku... :) #

Saturday, June 15, 2013

Al-Kisah Tentang Semalam



Assalamualaikum,

Minggu ni minggu yang mencabar untuk saya dan sahabat-sahabat seperjuangan especially yang satu group dengan saya. Dengan presentationnya, dengan testnya.. Allah.. down tu tak payah kira. Boleh kata, setiap presentation tu group saya seakan-akan tak mendapat rentak. Ada je salah yag kami buat. Tapi, nak kecewa sangat pun tak boleh jugak.. sebab semuanya silap kami. Buat keje last minute. So, we deserve it.

Tapi, overall... saya kena berterima kasih kat sahabat-sahabat yang satu group dengan saya, Sheda, Dayah and Anis.. sebab this is about teamwork. Kalau takde geng-geng satu team yang macam diorang ni... mungkin saya tak boleh buat projek and all the assignment given tu dengan baiknya. Even, semua komen yang kami dapat during the presentation day tu, kalau dikumpulkan semuanya.. the result will be negative, tapi.. its ok bagi saya.. as long as kritikan-kritikan itu semua dpat ‘membetulkan’ saya. Sebenarnya saya lebih takut kalau apa yang saya buat, dapat pujian. Ehhh... peliknya. Selalunya orang suka pujian, yang saya ni dah kenapa pulak tak suka dengan pujian bagai ni? Sabar.. sabar. Rileks dulu.. tak habis cerita pun lagi ni. Saya pun tak tau kenapa. Mungkin sebab saya dah terbiasa dengan ‘kritikan’, sampaikan kalau tak diberi pujian pun saya tak kisah. Kalau ada, ada. Kalau tak de.. tak mengapa. Mungkin belum masanya group assignment yang kami buat, diberi pujian oleh lecturer. Tapi, bukanlah bermakna saya dengan group member saya just nak berserah je. Kami akan cuba buat better and better. In sha Allah.

Dan semalam, sebab  minggu yang tak berapa menjadi ni jugak la.. saya tersedih dan termenangis tiba-tiba masa bercakap dengan mak. Mulanya, saya tak nak telefon mak pun. Sebab saya tau, bila saya dah terlampau sedih, saya takkan boleh nak bercakap dengan mak.. dan berpura-pura macam saya ok. So, sebab tu jugaklah saya just hantar mesej je kat mak. Tak sampai beberapa minit, mak saya call... Masa bercakap tu, Allah je yang tahu.. sedihnya hati... masa mak tanya, dah makan ke belum.. saya dah tak boleh nak tahan sebak.. terus saya matikan telefon. Lepas tu, mak telefon lagi.. dan masa tu saya dah tak boleh nak tahan air mata. Menangislah saya buat pertama kalinya masa bercakap dengan mak dalam telefon. Siap dengan tersedu-sedunya. Hahaha. Allah.. bila difikirkan balik, malu la pulak. Saya ni ada satu perangai, yang mana kalau menangis.. suka menangis sorok-sorok. Tak pernah nak bagi orang nampak. Sebab saya malu. Kalau depan mak, lagilah saya malu. Hehehe.. Tapi, semalam... mungkin sebab dah tak tahan sangat kot.. itu yang terlepas tu. Tapi, betul la orang kata, kalau kita tengah sedih.. dan kalau menangis je yang boleh melegakan kesedihan kita tu.. menangislah. Alhamdulillah.. lega jugak lepas nangis-nangis cakap dengan mak tu walaupun malu...... Hehehe.

Monday, June 3, 2013

Sebuah Contengan Biasa



Assalamualaikum...

Dah lama tak update cerita kat sini. Al-maklumlah, agak busy dengan assignment and all the group project yang nak kena submit dah. Final exam pun dah nak dekat sangat, so.. memang sekarang ni ‘musim’ menyiap dan menghantar assignment je. Alhamdulillah, masih diberi peluang bernafas di muka bumi Allah ni. Thank you Allah untuk nikmat yang satu ini.

Sedar tak sedar, dah masuk bulan jun dah pun. Tinggal berapa hari je lagi bulan rejab nak habis then masuk pula bulan syaaban. Lepas bulan syaaban, dah tentu-tentu la bulan ramadhan kan? Tertanya-tanya kat diri sendiri jugak, dah bersedia ke nak menghadapi bulan ramadhan ni? Alhamdulillah.. dalam hati ni, rasa rindu sangat kat bulan yang dipanggil bulan berkat ini. Rindu sangat sampaikan bila terbaca entry yang pernah saya buat pasal bulan ramadhan, hati saya jadi sayu tiba-tiba sampai terasa nak menitis air mata ni. Bercerita pasal bulan ramadhan, teringat pulak yang final exam semester ni jatuh dalam bulan ramadhan. Allah.. mudah-mudahan ada keberkatannya menjawab exam dalam bulan berkat ni. Aamin.





Tahun ni jugak, ramai kawan-kawan saya selamat dah jadi isteri and suami orang. Alhamdulillah... mabruk and congratulations untuk diorang semua. Bila tengok kawan-kawan saya yang rata-ratanya dah jumpa pasangan hidup masing-masing, terdetik jugak di dalam hati dan sanubari saya ni, ‘Bila la pulak agaknya turn aku kan?’. Huhuhu. Normal feeling for a normal person like me. Teringin tu perkara biasa. Lagi-lagi bab2 munakahat gitu. Tapi, kalau Allah kata its not our time yet.. its not yet la maksudnya kan? So, apa yang boleh kita buat.. just pray to Allah moga-moga DIA temukan kita dengan orang yang betul untuk kita dan orang yang boleh bimbing kita ke jalanNYA. Jangan persoalkan kenapa jodoh kita lambat ke apa. Itu semua depends on kuasa dan kehendak Allah. DIA lebih tahu dari kita, in fact Allah tu serba tahu. So, be cool and be good. Sebab Allah dah janjikan dalam Al-quran, 

“Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..”

#(boleh check surah An-nur)#

So, apa lagi yang kita nak question kan kalau dah memang tercatat dalam kalam Allah, setiap manusia itu Allah ciptakan berpasang-pasangan. Jadi, sabar je la. In sha allah.. saya percaya, bila kita bersabar.. Allah akan bagi kita ‘hadiah’ di atas kesabaran kita tu. Sabar tu kan indah. J
Sampai sini dulu la entry saya kali ni. In sha Allah.. ada masa saya update lagi.

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...