Tuesday, May 3, 2011

~permaisuri hati~

                                                       Bab 23




Azan subuh yang berkumandang membangkitkan lenaku.Aku mencelikkan mataku sambil melihat jam di atas meja yang terletak di sisi katil.Dah pukul 6.00 rupanya.Desisku.Aku bangun untuk menunaikan solat subuh.Selimut di badanku tolak ke tepi.Tiba-tiba aku berasa hairan.Semalam kalau tak silap.aku tidur kat bawah.Tapi,macam mana boleh ter’ada’ kat atas pulak ni?Aku berbicara seorang diri.Takkanlah aku boleh berjalan sendiri kot.Hish,tak mungkinlah.

   Aku mencari-cari kelibat sahel.Aku terpandang lelaki itu di bawah.Lah,dia tidur kat bawah ke?Aku berasa simpati tiba-tiba.Namun,aku cuba untuk tidak mahu memikirkan perasaan simpatiku itu.Di dalam hati,lega juga kerana suamiku itu tidak mengambil  kesempatan.Lalu aku melangkah menuju ke luar untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk.

    Sekembalinya aku ke bilik,Sahel sudah pun terjaga.Dia melemparkan senyuman manisnya kepadaku.Aku Cuma memandangnya dengan selamba.

   “Senyum..senyum..tak penat ke?”Soalku.

   “Tak..sebab,senyum tu sedekah.Kalau kita rasa amalan sedekah tu satu kerja yang memenatkan..lebih baik tak payah buat.”Jawabnya tenang.

    Aku diam.Malas mahu berlawan kata.Aku bersiap-siap untuk bersolat.Ketika sedang membentang sejadah,dia memanggilku.Aku menoleh ke arahnya.

   “Apa dia?”Soalku.

   “Syazreen tunggu abang,ya.Kita sembahyang jemaah.”Ujarnya sambil melangkah keluar untuk mengambil wuduk.

    Aku cuma mengangguk lantas mencapai sehelai lagi sejadah.Dalam hati bersyukur kerana,selama berkawan baik,lelaki ini memang seorang yang amat menjaga solatnya.Emak dan ayah juga selalu mengingatkan aku adik beradik supaya sentiasa menjaga solat tak kira di mana sahaja kami pergi.Begitu juga,kalau ingin mencari pasangan hidup.Yang paling penting sekali kata orang tuaku,agamanya.Tapi,sayang sekali kerana aku masih tidak dapat menerima cintanya

     Sedang aku sibuk melayan perasaan,pintu bilik terkuak.Tersembul wajahnya.Dia tersenyum dan terus mengambil tempat.Aku berasa tenang sekali apabila mendengar bacaan ayat suci al-quran yang dibacanya.

     Setelah selesai memberi salam dan mengaminkan doa,dia menghulurkan tangan.Aku menyambutnya dengan teragak-agak lalu menciumnya.Dia membalasnya dengan mengucup dahiku.Aku terkedu seketika.Dia tersenyum memandangku.

   Aku menarik telekung yang ku pakai itu.Selesai melipat telekung dan sejadah,aku berhasrat untuk keluar dari bilik itu.Tak selesa pulak bila duduk berduaan dengannya walaupun kami sudah bergelar suami isteri yang sah.Sahel kulihat sedang berbaring di atas katil.Sebaik sahaja aku ingin melangkah,dia menegurku.

    “Syazreen nak pergi mana tu?”Soalnya dengan nada perlahan.

    “Saya nak keluarlah.Nak tolong mak buat sarapan.Kenapa?”Soalku pelik.

    “Takde apa.Saja tanya.”Dia tersenyum memandangku.
    Aku mengerutkan dahi lantas berlalu meninggalkannya yang masih tersenyum itu.Aku ke dapur untuk menyediakan sarapan.Sampai sahaja di dapur,emakku lihat sedang mengeluarkan sesuatu dari peti ais.Kakakku juga ada bersama.

    “Hai..awal bangun pengantin baru kita ni mak.”Kata kakakku mengusik.

    Emak tersenyum.Aku membalas kata-kata kakakku.

   “Habis tu..takkanlah nak bangun lambat-lambat pulak.Nanti kena jerit dengan mak.Malu je.”Aku ketawa.Memang agak hairan sebenarnya apabila aku bangun begitu awal dari selalu.Yelah,kalau diikutkan aku selalu kena bebel dengan mak sebab perangai burukku yang suka sangat bangun lambat.

   “Oh..ha’ahlah..akak lupa pulak yang adik akak sorang ni dah bersuami.Dah jadi isteri orang pun.”

    “Tahu takpe.”Jawabku sambil ketawa kecil.

    ”Sahel mana?”Soal emak yang sedang menyiang sayur itu.

   “Ada kat dalam bilik mak.”Jawabku

    “Dah jadi isteri orang ni..buat perangai elok-elok sikit.Jangan nak buat perangai macam zaman anak dara dulu.Ingat sikit,awak tu dah ada suami.Nak buat apa-apa..mintak izin dengan suami dulu.Jangan ikut kepala sendiri je.”Emak menasihati aku.

    Aku mengangguk.”Yelah mak..orang tahu.Emak nak masak apa ni?”Soalku menukar topik.

   “Nak goreng mee ni ha.Lebih buat minum petang semalam.”

  “Mak..apa kata,mak suruh je pengantin baru ni masak.Biar dia berlatih masak untuk suami dia.”Syahira bersuara sambil ketawa kecil.

   Aku mengerutkan dahi.”Mana boleh.Tengok akak ni mak.Nak kenakan orang pulak.”Aku menarik muka.

   “Betullah tu..bukan akak nak kenakan kau..akak nak suruh mak test kau je.Kan mak?”Syahira mengenakan adiknya sekali lagi.

   “Ala..biar mak jelah yang masak..orang tak retilah.Nanti silap-silap ada yang complain tak sedaplah..apalah..itulah..inilah.”Aku memberi alasan.Aku tiada masalah untuk masak,tetapi disebabkan ramai orang yang akan memakan masakanku itu nanti..lebih baik emak aje yang masak.Takut nanti masakanku tidak sedap.

   “Tengok tu mak..suka bagi alasan.”Ujar Syahira bertambah giat.

   “Mana ada..akak tu,asal tak nak masak?Dari tadi asyik suruh orang je.Akak masaklah.”Giliranku pula mengusiknya.

   “Eh..akak dah biasa masak dah..Reenlah pulak.Dengar cerita,duduk kat KL tu asyik makan kedai je.”

   “Ish,akak ni..mana ada orang makan kedai..orang makan kat kedailah.”Aku ketawa dapat mengenakan kakak sulungku itu.

    Syahira membulatkan matanya.“Amboi..suka eh.Tengok anak mak sorang ni mak..dah jadi bini orang pun,perangai tak berubah.Suka sangat mengenakan orang.”

   “Hah..dah..tak payah nak dolak dalih.Sama aje kau orang berdua tu.Yang sorang suruh dia..yang sorang suruh dia..biar mak aje yang masak.Harap korang berdua,entah apa-apa rasa nanti jadiknya mee goreng ni.”Puan Salmah berkata.Anak-anak daranya dua orang ni,memang suka menyakat satu sama lain.Bila tiada,sunyi rumah rasanya.Tapi,bila dah berjumpa…macam itulah jadinya.

    Aku dan kakakku berpandangan sesama sendiri.Kemudian kami ketawa.


No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...