Tuesday, May 3, 2011

~permaisuri hati~

                                                       Bab 6




Beberapa hari lagi,peperiksaan akhir akan bermula.Aku masih lagi sibuk membuat revision saat akhir.Elly juga begitu.Ada masanya kami akan bergilir-gilir study di rumah masing-masing.Kadang-kadang,aku akan bermalam di rumah Elly..begitu juga Elly yang kadang-kadang akan bermalam di rumahku.Pensyarah-pensyarah juga banyak memberikan tips bagaimana untuk lulus dalam subjek mereka termasuklah Puan Zarin.

     “Eh..jomlah pergi makan.Aku laparlah.Dari tadi asyik dok mengadap buku jer…masuknya tidak..bertambah tepu lagi adalah kepala otak aku ni.”Elly mengajak.
    
      Aku tersenyum.Minah ni..kalau pasal makan..macam-macam alasan.Tepu kepala otak konon.Padahal,memang dah lapar sangat.

     “Kau kalau bab makan…boleh study pun,kau kata tak boleh!”Kutukku selamba.”Tapi..aku pun lapar jugak..dari pagi tak makan apa-apa ni.”Aku tersengih-sengih sambil memandang ke arah Elly yang sedang membeliakkan matanya.

     “Hah..tau pun!Eh..kau tak payah nak kutuk aku..sebab kau dengan aku,lebih kurang sama je!”Tutur Elly sambil ketawa.Aku turut ketawa.
 
   “Eh..dahlah.Jom cepat.Karang ramai orang,susah pulak nak dapat tempat duduk.”Aku segera mengemas buku-buku yang berselerak di atas meja.Elly juga turut berbuat demikian.

      Kami berlalu menuju ke arah medan selera yang terletak berhampiran dengan kolej kami.Hisyam pakwe Elly tidak turut serta kerana ada hal katanya.Jadi,hanya aku dan Elly sahaja yang keluar lunch tengah hari tu.

    Sampai sahaja di medan selera,orang kelihatan sungguh ramai.Aku dah agak dah!Getusku.Kami terpaksa memanjangkan leher dan menajamkan pandangan untuk mencari tempat duduk.

   “Alamak!Apsal ramai sangat orang ni?Selalu tak ramai macam ni pun.Apalah diorang buat kat sini?”Elly bersuara dengan tiba-tiba.

     Aku yang sedang khusyuk mencari-cari tempat duduk berhenti lantas menoleh ke arahnya sambil mengerutkan dahi.

    “Ei..soalan cepu emas apalah yang kau tanya ni,Elly?Ni kan tempat makan,dah tentu-tentulah orang datang sini nak makan…takkanlah nak tengok konsert pulak.Apalah kau ni!”Aku menempelak Elly seraya duduk di meja yang baru dikosongkan.

      Elly sudah tersengih-sengih.”Aku saja je nak buat lawak.Eh,nak makan apa erk?Aku lapar ni..tapi,tak tahulah nak makan apa.Kau nak makan apa Reen?”Elly menyoalku.

     “Aku?Erm..macam biasalah...”

     “Tolonglah weh..kau jangan cakap yang kau nak order mee soto eh.”Elly memberi amaran.Bukannya dia tak tahu rakannya itu.Asal makan je..kalau tak minta mee soto..tak sah.hari-hari benda yang sama.Pelik sungguh dengan selera perempuan ni.Tak muak agaknya.elly berkata di dalam hati.

      “Eh..aku punya sukalah.Dah kata favourite..kau tu,asyik dengan kueh tiow goreng kau tu..ada aku kisah?”aku menyindirnya sambil bangun untuk mengambil tisu di kaunter.Elly yang sudah mengerutkan dahi itu segera bertanya.
      
      “Kau nak pergi mana pulak tu?”

      “Aku nak pergi ambik tisulah.”Kataku seraya berlalu.

       Sebaik sahaja berpusing untuk kembali ke tempat dudukku,tanpa disedari aku terlanggar seseorang.“Eh..sorry..sorry..saya tak sengaja.Saya tak perasan tadi.”Aku berkata dengan lajunya tanpa memandang ke arah wajah orang yang aku langgar itu.

        “Its ok..takpe.”Suara itu menjawab tenang.

        Aku mengangkat muka.Sebaik sahaja melihat wajah manusia di depanku itu,aku terlopong seketika.”Awak??”Aku mempamerkan reaksi terkejut.Pemuda di hadapanku sudah mula ketawa sambil mengangguk-angguk.

        “Kenapa?Tak percaya?”Soalnya sambil tersenyum mesra.

        Aiseh man,macam mana boleh jumpa pulak mamat ni kat sini?Dahlah tu bila jumpa je,mesti aku berlanggar dengan dia..asal berlanggar je mesti jumpa dia.Hish!Tak dramatik langsung!Desis hatiku.

       “Er…taklah..saya terkejut je.Tak sangka pulak boleh jumpa awak kat sini.”Ujarku sambil tersengih.Pemuda itu kelihatan berbeza sekali penampilannya.Kemas sekali.Siap dengan tali leher.Kerja atau masih belajar,tidak pula aku tahu.

       Pemuda itu tersenyum.”Saya lagilah tak sangka boleh jumpa awak kat sini.Actually,saya baru habis lecture..tu yang datang sini..ingat nak makan.”Katanya lagi sambil matanya asyik memandangku.

      Aik..macam tahu-tahu je yang aku tertanya-tanya kerja dia..Aku ketawa dalam hati.“Oh..awak student ke?Saya study kat kolej tu.”Ujarku sambil menunjuk ke arah kolejku.Datang sini nak makan..tengah tunggu orderlah ni.”

     “Bukan,saya pensyarah kat Uitm Melaka.Awak datang sorang ke?”

      “Eh..taklah..tu kawan saya ada kat sana.”Aku menunjuk ke arah Elly.Mujurlah Elly sedang leka berbual dalam telefon.kalau tidak,mesti kecoh perempuan tu tengok aku bercakap dengan lelaki.

      “Oh…so,tak nak ajak saya makan sekali ke?”Soal pemuda itu dengan beraninya.

      Aku terkedu seketika mendengarkan soalan itu.Nak ajak ke tak nak?Hish..mana boleh!Nanti tak pasal-pasal jadi mangsa gosip.Lagi-lagi dengan si Elly tu. Hei..tak boleh..tak boleh.Aku berfikir sejenak sebelum memberikan jawapan.

     “Sorrylah wak..saya bukan tak nak ajak..tapi,saya pun dah nak balik ni.Saya bungkus je.”Aku memulakan pembohonganku.Padahal baru tadi aku katakan yang aku nak makan di sini.Ah,lantaklah!Janji rock.

      Pemuda itu mengerutkan dahi.”Oh..ya ke?tak pe..any way,saya sahel..Sahel haqimy.Hari tu tak sempat nak kenalkan diri.”Dia memperkenalkan dirinya sambil tersenyum manis

     “Saya Syazreen.”

     “Oh..ok..sedap nama awak.Erm..saya nak tanya sikit boleh?”Soalnya.

      Nak tanya apa pulaklah mamat nih?Desisku dalam hati.”Apa dia?”

     “Er..nombor telefon yang awak bagi hari tu,nombor mak awak ke?”Dia bertanya sambil tersenyum sinis.

     Aku tergamam seketika.Alamak!Dia ingat lagilah pasal tu.Aduh..apa aku nak jawab ni?Aku tersengih-sengih sambil menggaru kepala.Aku terdiam seketika mencari-cari idea.

     “Oh..nombor tu..sorry sangat-sangat..saya tersilap kot..maybe sebab hari tu nak cepat.lagipun,nombor saya dengan nombor mak saya tu,dekat-dekat je bunyinya.Sorry ya.”Jawabku beria-ia.Di dalam hati risau jugak kot-kot mamat ni tak percaya ke.Tak ke haru jadinya?

      “Really..?boleh pulak macam tu ya.Tapi,takpelah..at least,dapat jugak saya berkenalan dengan mak awak.”Dia berkata dengan selamba.

       Aku yang mendengar,membulatkan mata.Ewah..ewah..macamlah mak aku tu kenal dengan kau.Kau tak tahu mak aku tu macam mana?Sekali dia bersuara,boleh terkencing orang tau!

     Aku segera menukar topic dengan meminta diri.Sebelum itu,dia sempat meminta nombor telefonku yang sebenar.Katanya dia nak berkenalan dengan aku pulak.Nak kenal amendenya?Bukan tadi dah kenal ke?Aku mengerutkan dahi.Setelah memberikan nombor telefon,aku segera berlalu.
   

SEKEMBALINYA aku ke meja,Elly menyoalku.”Lamanya kau pergi ambik tisu?Kau ambik tisu ke…kau buat tisu?”Soalnya sambil menyindirku.Elly sedang menyuap kueh tiow goreng basah yang dipesannya tadi ke dalam mulut.

      Aku tersengih memandangnya.”Aku pergi toiletlah.Ish,lambat sikit pun tak boleh.”Jawabku berbohong.Bohong sunat tak ape.Desis hatiku.Aku terus menikmati makanan yang telah pun tersedia di hadapanku.

     “Eleh..pergi toilet konon..eh,kau tak payah nak temberang akulah Reen.Aku nampak kau berbual dengan siapa tadi.Oh..sejak bila pulak geng aku sorang ni ada pakwe ni?”Elly mengusikku sambil tersenyum-senyum.

      Aku terkejut.Ish,macam mana dia boleh nampak ni?Minah ni selalu je dapat tahu kalau aku ni tengah temberang dia.”Pakwe?pakwe apa pulak ni?Mana ada..pandai-pandai jelah kau ni.”Aku cuba menafikan.

    “Reen..Reen..kau ni,kalau nak tipu sunat pun..agak-agaklah.Ini Elly Dayana tau..sekali kau menipu,aku dapat detect punya.Aku kan boleh baca air muka orang.”Elly berkata sambil memuji diri sendiri.

      “Ceritalah kat aku..siapa mamat tadi tu?Boleh tahan jugak kan?”Ujar Elly lagi sambil tersengih-sengih.

      Aku menggelengkan kepala melihat telatah rakan baikku itu.”Hei..gatal jugak kau ni kan?”Kutukku sambil tergelak kecil.”Ala..kau ingat tak aku pernah bagitau kau yang telefon aku rosak sebab ada sorang mamat ni terlanggar aku masa kat hospital?”Soalku kepada Elly.

       Elly mengerutkan dahi sambil cuba mengingati.”Ingat..ingat..so,mamat tulah yang langgar kau?”tanya Elly dengan pantas.

      Aku mengangguk sambil menghirup air sirap.”Yup.Dialah..”

    “Habis..kau dah mintak ganti ke belum handphone kau yang rosak tu?”Soal Elly.Dah macam mak aku lagaknya.Aku ketawa melihatnya.
     “Yang kau ketawa tu apahal?Aku tanya kau ni..jawablah.”

     “Kau ni kan..dah macam mak aku tau tak.”Aku tersenyum sambil menyambung.”Em..aku tak minta ganti pun.Aku baru teringat yang handphone tu still ada warranty lagi.So…bila fikir-fikir balik..tak payahlah kot claim ganti rugi tu.”

     Aku berkata dengan selamba sambil mataku melilau mencari-cari..kot-kotlah lelaki tu  ada lagi kat sini.Dahlah aku kata,aku bungkus je makanan tadi.Buatnya dia nampak aku ‘berfoya-foya’ kat sini..haru pulak jadinya!

      “Aik..pulak dah.Ei..mentang-mentanglah mamat tu handsome sikit daripada Hisyam..tiba-tiba pulaklah kau tak nak mintak claim.Ni mesti ada apa-apa nih…”Elly cuba menyerkap jarang.

     “Apa pulak..mana ada apa-apalah.Salah ke kalau aku tak mintak claim?Lagipun,aku malaslah nak heboh-heboh benda kecik macam tu.Tak best tau.macam budak-budak je!”Ujarku dengan penuh panjang lebar.

      Elly mengerutkan dahi.Merenungku hairan.

     Aku memotong cakapnya apabila melihat dia seakan-akan ingin bersuara.”Dah..dah..tak payah nak banyak cakap..and tak payah nak banyak fikir..sekarang jom kita balik kolej.Dah pukul berapa dah ni.”Aku menarik tangan Elly untuk berlalu dari situ.

     “Eh..makcik..kot ye pun nak balik..sabarlah dulu..aku tak bayar lagilah!”Kata Elly sambil menonong ke arah kaunter untuk membuat pembayaran.

     Aku menggelengkan kepala.Hish,punyalah lama aku tinggalkan dia tadi..tak bayar-bayar lagi rupanya.Aku membebel di dalam hati.

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...