Tuesday, May 3, 2011

~permaisuri hati~


                                                      Bab 17



K
eesokkannya,aku bersemuka dengan Sahel.Aku ingin bertanya tentang rombongan meminang yang telah dipersetujui tanpa meminta pendapatku itu.Aku menelefonnya dan memintanya datang ke Kafe.

      “Apa awak buat ni Sahel?”Soalan pertama yang keluar dari mulutku.Kami duduk bertentangan.Kelihatan ramai student dan staf-staf UiTM di kafe ketika itu.Aku sengaja memilih meja yang agak jauh sedikit.

     “Saya tengah minum airlah.”Jawapan yang selamba dari mulutnya.

      Aku mengetap bibir menahan geram.”Bukan tulah maksud saya!maksud saya,pasal rombongan meminang awak tu?Kenapa awak buat macam tu,Sahel?Kita kawan baiklah.Takkanlah tiba-tiba nak tukar status pulak.”

      Dia menyedut air sirap di depannya sebelum menjawab.

     “Apa masalahnya kalau kita kawan baik pun?Saya rasa tak salah.Lagipun,kan saya dah pernah cakap dengan awak,for me..you are not my best friend.You are my girlfriend.Awak je yang still anggap saya macam kawan baik awak.”Jawabnya tenang sambil terus menyedut air sirap yang tinggal hampir separuh.

     Aku menggeleng-gelengkan kepala.”No,Sahel..saya tak boleh terima.Awak kena batalkan rancangan awak ni.Saya tak nak mak ayah saya salah sangka yang kita ni memang bercinta.Padahal,kita kawan baik je.”Pintaku.

    “Batalkan?Nope.Saya takkan batalkan.”Katanya ringkas.

      Aku terus merayu.”Tolonglah Sahel.Janganlah buat saya macam ni.Dahlah awak buat perancangan tanpa beritahu saya dulu.Saya tak ready nak hadapi semua ni awak tahu tak?”Dengusku marah.

    “Syazreen..awak lupa ke?Kan masa saya ikut awak balik kampung hari tu,awak ada kata,kalau berani,cubalah masuk meminang.So,sekarang ni saya memang berani dan dah terbukti mak ayah awak tak menolak bila saya kata,saya nak hantar rombongan meminang.Jadi,awak tunggu jelah hujung minggu ni.”Ujarnya dengan sengihan yang melebar.

     Aku mengerutkan dahi.Cuba mengingati kata-kataku beberapa minggu yang lalu.Hish,aku main-main pun tak boleh.Yang dia ni nak take serious tu apsal?Alamak ai!Kecohlah mamat ni!

    Aku mengetap bibir menahan geram.”Saya main-main jelah time tu.Yang awak ambik pot buat apa?”Soalku geram.

     “Hish,memanglah saya ambik pot..sebab,memang itu pun yang saya tunggu-tunggu.”Dia tersengih memandangku.

     Aku ingin menjawab,namun dia telah terlebih dahulu memintas.”Syazreen,bila saya kata saya memang sayang dan cintakan awak..saya tak main-main.Saya serius.Saya sanggup tunggu sampai awak boleh terima saya seadanya.Walaupun sekarang ni,saya tahu saya Cuma bertepuk sebelah tangan,tapi saya percaya satu hari nanti awak akan dapat terima saya.”Tuturnya dengan penuh perasaan.

     Aku tak terkata apa-apa.Walaupun hatiku teringin sekali menolak,tapi aku tidak pula berbuat demikian.Kenapa ya?
    


HUJUNG minggu yang dinyatakan telah tiba.Aku terpaksa bersetuju untuk pulang kerana desakan emak.Kata emak,dia sudah pun menjemput jiran-jiran semua.Jadi nak tak nak,aku terpaksa menerimanya walaupun di dalam kepala,sudah ada beberapa plan untuk  aku gunakan sebagai alasan untuk tidak mahu pulang.kakakku Syahira,tidak dapat pulang kerana bekerja di luar kawasan.Emak memberitahu kakakku kirim salam sahaja.

     “Weh,cerialah sikit.Muka macam orang kalah pilihan raya je.Aku tahulah kau tak suka dengan pertunangan segera ni.Tapi,janganlah tunjuk sangat.”Tegur Elly.Dia turut mengikutku balik juga atas desakan emak.Kata mak,Elly sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

      “Tahu pun aku tak suka.Yang kau pun satu,dengar je cakap mak aku kenapa?Temberanglah sikit,cakap kita ada kerja ke..seminar ke..apa ke.Ini tak,main angguk je apa yang mak aku kata.”Bebelku sambil mengipas-ngipas muka dengan surat khabar yang terletak di atas almari.Terasa bahang pula tiba-tiba.

       Elly sudah membulatkan mata.”Hei,kau ni..ada ke nak suruh aku temberang mak kau.Kau ni gila ke apa?Masa zaman study dulu,bolehlah aku nak temberang Lecturer.But,now..aku dah taubat ok.Lagipun,aku tak sampai hatilah nak bersekongkol dengan kau nak tipu mak kau tu.Macam menipu mak aku sendiri tau rasanya.Tak naklah aku!”

       “Aku bukan suruh kau tipu betul-betul.Tipu sunat jelah.”Kataku lagi.Tak mahu kalah.

       “Dah…jangan nak merepek.Tipu sunat ke..wajib ke..tipu tetap tipu.Yang pasti,tipu itu berdosa.Faham?”Elly berceramah seketika.

      Aku terdiam.Boleh tahan jugak minah ni bagi khutbah.Kalah ustazah.Sedang aku sibuk melayan perasaan,Elly menjerit tiba-tiba.Aku menoleh.

     “Reen,cepat sedia.Rombongan pihak lelaki dah sampai tu.”Beritahu Elly sambil membetul-betulkan baju kebaya moden yang aku pakai.”

      “Kau ni kan,cubalah kalau nak panggil aku tu…slow down sikit suara tu.Main jerit je..terkejut aku tau.”Marahku.Elly sudah tersengih-sengih.

     “Oppst..sorry.Aku excitedlah.Eh..dah..dah..cepat,duduk elok-elok..control ayu.Senyum sikit.”Katanya mengalahkan makcik-makcik gitu.Aku hanya terkebil-kebil saja memandangnya.

     Setelah setengah jam menunggu,emak muncul diikuti seorang wanita yang kelihatan sebaya dengan emak.Inilah dia Puan Mariah.Ibu Sahel.Kami pernah berjumpa sebelum ni ketika Sahel membawaku ke rumahnya.

     Aku bersalaman dengan wanita itu.Tiba-tiba perasaan berdebar datang menghampiriku.Kenapa berdebar tiba-tiba ni?Mungkin kerana tidak percaya yang aku akan bertunang dengan Sahel,lelaki yang selama ini ku anggap kawan baik.

    “Manis orangnya.Patutlah Sahel tak sabar-sabar suruh saya masuk meminang kak Salmah.”Katanya kepada emak sambil memujiku.Terasa malu pula apabila dipuji sebegitu di depan emak dan Elly.Emak tersenyum manakala Elly sudah tergelak-gelak
     Puan Mariah mengeluarkan sebentuk cincin dan menyarungkannya itu dijari manisku.Setelah selesai,kami bersalaman.Aku mencium tangan emak dan emak memelukku sambil mencium pipiku.Emak kelihatan gembira sekali.Elly turut memelukku.Dia membisikkan kata-kata tahniah.
    
      Aku tak tahu bagaimana nak ku gambarkan perasaanku ketika ini.Bermacam-macam perasaan ada.Yang pasti,selepas majlis pertunangan itu masih ada satu lagi majlis yang akan menanti iaitu majlis perkahwinan pula.Aku terasa seperti tiada gunanya lagi untuk aku bersuara membantahnya kerana kedua-dua belah pihak telah pun bersetuju.

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...