Tuesday, May 3, 2011

~permaisuri hati~


                                                    Bab 4




Hari ini aku sampai di rumah agak lewat daripada biasa.Hari Rabu memang hari yang paling memenatkan bagi aku kerana ada latihan kawad yang wajib kami sertai.Latihan kawad ini merupakan salah satu dari subjek yang perlu kami ikuti sepanjang berada di sini..Aku cukup malas kalau ada aktiviti macam ni.

         Mungkin orang yang tak tau akan berkata,’buat apalah nak pergi berkawad kat tengah-tengah panas tu?Abaikan aje kalau dah  tak suka.’Yup!tepat sekali kata-kata itu.Aku pun setuju jugak.

       Tapi,disebabkan markah dari segi kehadiran diambil kira dan akan mempengaruhi CGPA aku selama bergelar pelajar di sini,terpaksalah aku ‘merelakan’ diri aku yang sememangnya tak rela ni.

         Ketika melewati hadapan rumah Mak cik Semah,jiranku..kelihatan dia dan anak bongsunya sedang membasuh kereta.Jiranku yang sorang ni pelik sikit.Kalau dia rasa nak basuh kereta,time hujan pun dia belasah!Aku hanya memerhatikan saja gelagat mereka.

         Penat sebab berkawad tadi membuatkan aku malas mahu menegur.Bukan sombong,cuma aku mahu cepat sampai ke rumah.Letih sungguh hari ni.Lagi-lagi aku bukan berkenan sangat dengan orang tua tu.Macam yang aku kata tadilah,dia ni pelik sikit.Bak kata bapak aku,Si semah tu biul!Kejap menegur,kejap tidak.Walaupun begitu,mak aku cukup rajin melayan.Aku pun tak faham.Mak aku tu suka sangat melayan jiranku yang sorang tu.Sedang aku cuba secepat mungkin untuk sampai ke rumah,Makcik Semah menegur.Aduh!Dia panggillah pulak.Aku mengeluh.
    
         “Oi..anak dara...Lambat balik?Tegurnya.

        Aku yang pada mulanya berjalan laju terpaksa memperlahankan langkahku.Aku melemparkan senyuman paksa sebelum menjawab.”Ada aktiviti kat kolej tadi makcik…tu yang lambat balik tu.

         “Oh..mak kamu ada kat rumah?”Tanyanya lagi.

         “Ada kot makcik…”aku cuba menjawab sebaik mungkin.Hah..tu tak lain tak bukan,nak datang rumah akulah tu.Nak ajak mak aku bergosip.Orang tua ni bukan boleh dilayan sangat.Nanti semua cerita keluar.
        
         “Makcik pergi rumah kamu tadi..tengok bertutup je rumah.”Dia berkata lagi.

          Hah!kan aku dah kata.Dia mesti nak datang rumah aku punya.Ish,makcik Semah ni..sibuk tau.Aku berkata dalam hati.Aku memang kurang gemar dengan perangai jiran-jiran aku ni.Lagi-lagi yang makcik-makcik ni.Suka sangat jaga tepi kain orang.
       
         “Ya ke makcik?Mak keluar sekejap kot.Takpelah..balik nanti saya bagitau mak.Jalan dululah makcik ya..lambat dah ni..bising pulak mak karang”Aku memberi alasan.

         Sebenarnya emak memang dah tau yang aku balik lambat hari ni..Sengaja ku reka alasan yang boleh tahan logik tu.Malas mahu berlama-lama di situ.Aku pantas berjalan menuju ke rumah.Terpinga-pinga seketika orang tua itu melihatku.Aku tersenyum di dalam hati.’Kalau tahu dek emak aku layan orang tua tu macam tu..mahu sampai ke subuh emak berkhutbah.’Emak memang cukup pantang anak-anaknya bersikap begitu dengan jiran-jiran berdekatan.Kata emak,kalau tak suka pun dengan jiran-jiran kat sini,jangan tunjukkan sangat.
              


                                       
MALAM itu,ketika duduk diruang tamu sambil menonton tv aku memberitahu emak yang Makcik Semah mencarinya di rumah siang tadi.Rupanya emakku tertidur.Patutlah Makcik Semah kata pintu rumahku tertutup.Emak juga memberitahu ada seorang pensyarah yang baru bersalin ingin menghantar anaknya ke rumah kami.

       “Baby ke mak?”tanyaku teruja.Aku memang sukakan budak-budak.Seronok jugak ada baby kat rumah ni.Boleh hilangkan bosan.

      “Ha’ah..baby.Takkan mak baby pulak.”Jawab emak.Sempat bergurau.”Bapak dia datang tanya semalam…boleh tak tolong jaga anak dia?Dia nak hantar kat Taska,tapi..sebabkan taska,waktu ambil budak-budak dah ditetapkan..tu yang dia nak hantar kat sini.”Jelas emakku panjang lebar.

      Aku mengangguk.Ayah aku pun tak cakap apa kerana ayah pun memang suka akan kanak-kanak.Pendek kata,kami satu keluarga memang gemar akan kanak-kanaklah.Lagipun,emak memang pernah mengasuh anak orang sebelum ni.Rata-ratanya dah besar..dan ada yang dah ke sekolah pun.Yang kelakarnya,diorang lebih rapat dengan mak ayahku daripada mak ayah diorang sendiri.Aku tersenyum sendiri.

       “Kalau takde aral…bulan depan dia hantarlah anaknya tu ke sini.”Kata Emak mematikan lamunanku.


AKU melangkah ke bilik setelah berbual seketika dengan mak.Sunyi sepi rumahku kerana hanya aku dan emak saja yang tinggal.Ayahku sudah keluar.Katanya nak jumpa kawan.Kakakku Syahira pula,menetap di Johor Bharu.Selepas tamat belajar,dia memilih untuk terus bekerja di situ.Lagipun,Mak su aku ada menetap di sana..jadi,emak dan ayah taklah risau sangat.

      Adik-adikku juga tiada  di rumah.Adik bongsuku,Syazwan mengikut ayah keluar.Yang ketiga,Syazlan entah ke mana perginya.Malam-malam macam ni,tak reti nak melekat kat rumah.Bila ditegur..’biasalah..orang bujang’.Itulah dia budak-budak lelaki zaman sekarang.Tahu nak melepak aje kerjanya.Adik lelakiku itu akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.Namun lagaknya tidak seperti pelajar yang akan menduduki peperiksaan penting.Asyik merayau dan melepak saja kerjanya.Sudah berbuih mulut emak menasihatinya.Tidak cukup itu,ditambah dengan leteran dan bebelan lagi.

     Aku bukan apa,aku rimas hari-hari dengar mak berleter pasal dia.Dia takde kat rumah,bolehlah…tapi,aku ni yang duduk rumah pula yang kena dengar mak berleter pasal dia.Hish,aku dahlah tak suka kena leter.Aku sudah berbaring di atas katil sambil mataku terkebil-kebil merenung dinding.Nak buat apa erk?Nak study,malas pulak rasanya.Nak tidur….hmm,memang tak ar!

         Aku ni memang payah sikit untuk tidur malam.Lagi-lagi,waktu sekarang ni baru je menginjak ke pukul 9.30 malam.Sebab itulah,walaupun sudah penat berkawad sepanjang hari aku tetap tidak boleh nak melelapkan mata.

       Tapi,biasanya kalau dah penat sangat..lepas solat maghrib je aku ‘pengsan’lah!Ayahku selalu tegur kalau aku buat perangai macam tu.Aku ketawa mengenangkan fiil dan kerenahku.Sedang fikiranku melayang memikirkan kerenahku yang entah apa-apa ni,tiba-tiba aku teringat akan sesuatu.

       “Alamak!handphone tak repair lagi…macam mana ni?Nombor telefon mamat tu dah hilang pulak.Aduh…susahlah aku nak claim kalau nombor dia dah hilang.”Aku berkata seorang diri.
     
       Teringat beberapa hari lepas,habis  aku selongkar meja studyku mencari-cari kertas yang tertulis nombor telefon pemuda yang telah ‘merosakkan’ telefon bimbitku.Namun tidak juga ku temui.

       Hanya sehari selepas itu baru aku dapat mengesan di mana kertas kecil yang tertulis nombor telefon pemuda itu.Tapi,hampa..kerana kertas tu dah hancur dek terkena putaran mesin basuh mak aku.Hai..takde rezekilah aku nak mintak claim.Nasib baiklah si Elly baik hati,meminjamkan handphone lamanya kepadaku dan aku baru ingat jugak yang handphone aku tu ada warranty lagi.Huh!selamat..Kalau tak…kopaklah duit aku.

      Walaupun,elaun sara diri yang aku terima setiap bulan itu boleh dikatakan cukup untuk belanja harianku,ditambah lagi dengan duit belanja yang ayahku bagi setiap hari..namun itu tidak bermakna yang aku tidak perlu berjimat cermat.Lagipun,keluarga aku bukanlah orang senang.Hidup kami sederhana saja.Ayahku Cuma seorang bekas tentera yang kini berkhidmat sebagai penolong penguatkuasa di Majlis Perbandaran Alor Gajah.Emak pula hanya suri rumah sepenuh masa dan mungkin akan bergelar babysitter semula.Aku tersenyum sendirian.Agak lama juga mak aku tidak mengasuh anak orang selepas Muaz.Muaz adalah anak kepada jurutera kilang DRB-Hicom yang tinggal bersebelahan dengan taman perumahanku.
          
      Sedang aku sibuk melayan perasaan.Aku dikejutkan dengan lagu dari telefon bimbitku menandakan ada mesej yang masuk.”Opocot mak kau!Aduh..buat terperanjat aku ajelah telefon ni.”Aku merungut-rungut sambil mengurut dada.Lantasku capai telefon yang terletak di atas meja studyku.

           Geng…

       Mesej dari Elly.Cuma itu saja yang tertera.Aku tersenyum sendiri.’Geng’ merupakan kata ganti nama yang kami berdua gunakan apabila memanggil antara satu sama lain.Ramai yang pelik apabila mendengarnya dan ramai juga yang tertanya-tanya.Kenapa ‘geng’?Kalau nak ikutkan,perkataan geng itu merujuk kepada ramai..ataupun sekumpulan.Hehe…hal itu kalau nak dihuraikan,memang panjang ceritanya.Yang pasti,hanya aku dan Elly saja yang faham.


       Apa die?

   Balasku pula.Ini mesti ada masalah ni.Teka hatiku.Beberapa saat kemudian,isyarat mesej berbunyi.

          Aku boringlah..jom ar borak2 ngan aku..hehe..
   Aku tersenyum sendirian.Erm,ingatkan apalah tadi.Aku menaip sesuatu untuk membalas mesejnya itu.

      +       Aik..asal x ajk pkwe ko si Hisyam tue?Huhu..

      -        Die?Erm..x pyh!Buat skit ati jerk..
     
     +         Lar..apsal lak?Korng fighting ker?

      Asyik gaduh aje diorang ni.Desis hatiku.

-              Yelah..mls aku nak lyn die tu.X abis2 ngan jealous.

+      Jelous lagi?Haha..hai,x abis2 la korng nih..erm..mcm2 hal..Ape kes plak kli ni?

  Hisyam pakwe Elly tu,memang begitu.Suka cemburu tak tentu pasal.Itu yang kadang-kadang,bila bergaduh..takde benda lain penyebabnya.Satu saja.Cemburu!Hai..tak faham aku.Bukan ke bila dah berpasangan,kita kena saling percaya antara satu sama lain?Hmm..mungkin lain pasangan,lain caranya.Aku sendiri pun tak tahu.Hai..inilah antara sebab kenapa aku tak suka ada pasangan.Merimaskan!

    ­_     Die la yang bnyk halnyer…aku ok jer..die tu..
          Jelous x agak2..ingt aku suke agknye..ei,geram ar ngn die!Ade ke die kata aku
         Ade affair ngn bdak part 1..bengong!

+     Haha..yke?Erm,,dgn bdak part 1 pun nk jelous?Adui ai..kecohlah die tu..abes tu,
       Ko explain ape kt die?


   Aku tersengih sendirian.Hai..dengan budak part one pun boleh nak rasa tergugat ke?Hei..tak faham betul aku.Macam budak-budak pun ada jugak.Dah banyak kali Elly meluahkan rasa tidak puas hatinya tentang perangai Hisyam yang suka cemburu tak tentu hala tu.Bagi aku,cemburu tu mungkin atas dasar sayang.Tetapi,kalau dah melampau..itu bukan sayang namanya.Itu dah kira cemburu buta.

   -     Explain apanye?Dgn die tu,explain bagai nak rak pun..tetap dia x leh
 Trima..knonnye,akulah yg melayan..hish,geram ar ngan dier tu..rase nk ketuk2 jer    kpale..kasi betul skit.. 

      Aku tergelak sendiri membaca mesej dari Elly itu.Nak ketuk kepala konon.Bila dah jumpa,ketuk kepala entah ke mana.Marah entah  ke mana.Macamlah minah nih.Selepas menjalankan tugasku sebagai penasihat merangkap kaunselor tak bertauliah untuk sahabat sendiri,aku membetulkan baringanku.Tidak boleh tidak,aku kena jugak melelapkan mata kerana esok aku ada kelas pagi.

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...