Tuesday, May 3, 2011

~permaisuri hati~

                                                                   Bab  26




Majlis sambut menantu di sebelah pihak lelaki berjalan dengan suasana yang cukup meriah sekali.Hampir 1000 orang jemputan yang hadir.Kakakku Syahira turut pulang untuk meraikan majlis kali ini.Rakan-rakan sejawatanku dan Sahel juga turut menghadirkan diri.Tidak ketinggalan juga rakan baikku,Elly.Beberapa orang studentku juga turut serta.

       “Tahniah Reen.I’m happy for you.”Ucap Elly sambil memelukku.Ketika itu suasana sudah lengang kerana tetamu kebanyakkannya sudah pulang.

      Aku membalasnya dengan ucapan terima kasih.”Thanks,geng.Hisyam mana?Dari tadi aku tak nampak pun.”Soalku sambil mencari-cari kelibat Hisyam.

      Elly tersengih.”Itu hah..tengah dok berborak dengan laki kau.”Ujarnya sambil memanjangkan muncung ke arah bawah khemah.Aku memandang ke arah yang ditunjukkan Elly itu.Kelihatan Hisyam sedang berborak dengan Sahel.Dalam hati,dia memuji kekacakan suaminya itu.Emm,handsome juga laki aku ni.Kenapalah aku tak perasan erk?

     Tanpa disedari,Sahel Haqimy turut memandang isterinya itu dengan ekor matanya.’Hmm..kat mulut,cakap benci.Tapi,kat dalam hati memuji.Syazreen..Syazreen..kenapalah susah sangat nak mengaku sayang kat aku?Bukan susah pun.’Sahel bermonolog di dalam hati.Dia tahu yang isterinya itu juga mempunyai perasaan yang sama sepertinya,Cuma dia terlalu ego untuk mengakuinya.

    Sedang aku ralit memerhatikan suamiku dihujung sana,aku dikejutkan dengan satu soalan dari Elly yang sudah cukup membuatkan aku tergamam seketika.

    “Reen..macam mana dengan malam pertama?Best tak?”Elly menyoalku dengan sengihan yang melebar.

     Aku tersentak.”Hei,Elly..soalan apa kau tanya ni?Kalau orang dengar..malu tau tak?”Marahku sambil memandang sekeliling.Nasib baik takde orang.Kalau tidak..buat malu aje!Hish,mak cik ni..soalan..takde filter langsung!

     Elly tergelak.”Alah..mana ada orang kat sini.Aku dengan kau aje kot.Macam mana?Ok tak?

    “Elly..kau pernah dengar tak..orang pergi majlis kahwin,dapat makan kasut pengantin?”Soalku serius.

     Elly sudah mengerutkan dahi.”Hish..kau gila ke apa? Mana ada orang pergi kenduri
kahwin dapat makan kasut pengantin.Ada-ada aje kau ni.” Jawab Elly lurus tanpa menyedari kata-kata itu sebenarnya berupa sindiran.

   “Hah..kalau kau tak nak jadi orang pertama yang makan kasut aku ni..baik kau tanya soalan-soalan yang lebih mencabar minda lagi. Kalau tidak,kasut aku nih bila-bila masa je boleh terbang masuk dalam mulut kau tu.” Tuturku dengan nada bersahaja.

    Elly sudah tersengih-sengih.”Alah..yelah..yelah..nak bergurau pun tak boleh.Relaxlah geng..aku main-main jelah.Hish,sejak jadik bini orang nih..emosi kau terlebih-lebih pulak kan?”Usik Elly sambil ketawa kecil.

     Aku mendengus.” Mana tak emosinya..dapat laki yang masuk air macam dia tu.” Jawabku sambil memandang ke arah Sahel yang sedang berbual tidak jauh dari tempat dudukku dan Elly.

     “Kau panggil suami kau masuk air,Reen?Hish..tak baik tau. Masuk air dia pun,dia dah jadik suami kau. Sekarang,syurga kau kat bawah tapak kaki dia. Tak baik kutuk-kutuk suami sendiri.Nanti tak cium bau syurga,baru kau tahu.”Elly memberi ceramah percuma.

     Aku terdiam mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut Elly sebentar tadi. Aku sedar,banyak benda yang aku buat sudah membolehkan aku dianggap sebagai isteri yang derhaka.Namun,apa yang boleh aku buat sekiranya perasaanku terhadapnya hanyalah perasaan sebagai seorang kawan.

     “Hah!Tengok..dah touchinglah tu.”Sergah Elly sambil mengusikku.Dia ketawa apabila melihat reaksiku yang terkejut apabila disergah olehnya.

     Aku membulatkan mata.”Eh,makcik..kau ni kan,suka sangat terkejutkan aku tau!lagi satu,bila masa pulak aku touching?Suka-suka hati je cakap aku touching.”Ujarku geram.Ish..minah ni..suka main serkap jarang.Rungutku dalam hati.Sebenarnya aku agak kalut juga apabila disergah sebegitu.Aku tidak mahu Elly tahu yang aku sememangnya agak terkesan dengan kata-katanya itu.

     Elly ketawa.”Eleh..yelah tu.Habis,yang tadi tu..dok termenung sakan tu apahal?”Soal Elly sambil tersenyum sinis.Dia yakin yang Syazreen terkesan dengan kata-katanya itu.Rakannya itu akan cepat tersentuh apabila ayat-ayat yang sebegitu dituturkan.Disebabkan itu,dia sengaja memberikan ‘tazkirah’ percuma kepada rakannya itu.
     “Eh..eh..kau ni.Tak reti-reti lagi..termenung tu kan hobi aku.So,suka hati akulah nak termenung ke..nak berangan ke apa.”Jawabku memberi alasan.”Elly..aku hauslah.Tolong…”Aku tersengih-sengih memandangnya.Elly yang nampaknya mudah pula dia memahami bahasa isyaratku itu segera menjawab.
 
   “Wah..wah..mentang-mentanglah bergelar raja sehari..sampaikan nak ambik air pun,dah tak boleh dah.”Sindir Elly sebelum berlalu menuju ke bawah khemah yang menempatkan makanan dan minuman.

         Aku tersengih sambil mengangkat bahu.Sedang aku sibuk melayan perasaan sementara menunggu Elly,tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu sergahan yang tidak berapa kuat,tetapi sudah cukup membuatkan aku terkejut.

        “Hah!Sayang abang ni..berangan ya?”Soal Sahel mengusik isterinya.
        Aku beristighfar di dalam hati. Ini lagi sorang..dari dulu sampailah sekarang..asyik nak terkejutkan aku aje tau kerjanya.Hish,tak reti agaknya nak bagi salam.

      “Assalamualaikum..”Sindirku.

      “Oppst..sorry..abang lupa..apa-apa pun,walaikumsalam.”Sahel tergelak-gelak sambil di dalam hati memarahi diri sendiri.

     Aku menjelingnya.”Hah..ni apsal tersengih-sengih macam kerang busuk ni?Dah takde kerja lain dah?”Soalku.

    “Sebab dah takde kerjalah..abang dok tersengih-sengih.Kalau ada,abang tak duduk tersengih-sengih macam ni.”Sahel ketawa kecil.”Jom sayang,kita jumpa sedara mara abang.Reen pun belum kenal sangatkan dengan sedara mara sebelah abang.Jomlah.abang kenalkan.”Katanya sambil menarik tanganku.Aku segera menarik balik tanganku.

     “Kejap lagilah.Saya tengah tunggu Elly nih..”

      Belum sempatku habiskan kata-kata,Elly terlebih dahulu sudah menyampuk.Bila pulaklah cik kak sorang ni muncul?Soalku hairan.

     “Eh..takpe..takpe…kau pergilah dulu.Aku tunggu kau kat sini.”Ujarnya tersengih-tersengih memandangku.Aku yang mendengarnya segera membulatkan mata tanda tidak setuju.Tetapi,pandanganku itu tidak dihiraukan oleh Elly.Malahan dia buat-buat tidak nampak pula seraya berlalu menuju ke arah Hisyam sambil mengeyitkan mata kepadaku.Aku mengetap bibir menahan geram.Siap kau Elly!Jaga kau!Tak reti-reti nak tolong kawan dalam kesusahan betullah dia ni.


 AKU sudah pun berada di dalam bilik.Emak dan ayahku sudah pulang ke Melaka kerana esok,adik-adikku sudah mula bersekolah.Kakakku Syahira dan abang iparku juga turut berangkat pulang ke Johor Bharu kerana katanya ada seminar yang perlu dihadiri.

     .Sahel tidak kelihatan.Mungkin masih berada di bawah.Aku malas untuk berlama-lama di situ.Aku sengaja mencari alasan untuk kembali ke bilik kerana tidak tahan dengan perangai lelaki itu yang sesuka hati memeluk dan memegang-megang tanganku di hadapan semua ahli keluarganya.

      Waktu asar sudah pun masuk beberapa minit yang lalu.Aku segera menanggalkan tudung berwarna coklat cair yang ku pakai sejak tengah hari tadi lalu mencapai tuala menuju ke bilik air.Beberapa minit kemudian,aku keluar dengan lengkap berpakaian.Tak nak aku berkemban dengan selambanya.Dahlah kena stay satu bilik dengan Sahel suamiku itu.Walaupun lelaki itu sudah sah menjadi suamiku,aku masih belum dapat menyesuaikan diri dengan status baru kami ini.Lagi pula,aku malu kalau keluar dari bilik air dengan hanya bertuala saja.

        Baru sahaja aku ingin membentangkan sejadah,terdengar pintu bilik terkuak.Terjengul wajah Sahel dengan senyuman yang melebar.Aku kembali menyambung perbuatanku yang tergendala sebentar tadi.Aku yang sudah siap sedia untuk menunaikan solat asar terhenti seketika apabila sahel memintaku untuk menunggunya kerana ingin berjemaah bersama katanya.

      “Sayang tunggu abang ya.Kita jemaah sama-sama.”Ujarnya seraya berlalu menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.

      Aku hanya memandang langkah perlahan suamiku itu.Aku sememangnya senang sekali apabila dapat menunaikan solat secara berjemaah dengan lelaki yang sudah hampir sebulan menjadi suamiku itu.Masuk kali ni,sudah dua kali lelaki itu mengimamkan solat.Suamiku itu memang lelaki yang baik.Tetapi,kenapa aku masih tidak dapat menerima dirinya?Bukankah ciri-ciri itu yang aku inginkan untuk dalam senarai carta untuk mencari calon suami?Aku menyoal diri sendiri.Lamunanku terhenti apabila pintu bilik air terbuka.Aku terkocoh-kocoh membentangkan sejadah yang aku capai di tempat penyidai yang ada disebelahku.Ish,macam mana boleh mengelamun jauh ni?Aku mengutuk diri sendiri.Habislah,mesti kena perli kejap lagi ni.

     “Hai…punyalah lama abang tinggalkan sayang,sayang baru nak bentang sejadah?Sayang berangan eh?”Sahel Haqimi menyoal sambil tersenyum sempat mengenakan isterinya itu.

     “Eh…hello..tolong sikit ya.Siapa kata saya berangan?Pandai-pandai je.Saya cari sejadahlah tadi.Baru jumpa.Sebab tulah lambat saya bentangkan sejadah ni.”Jawabku dengan jawapan yang sebernas mungkin.Gila nak mengaku yang aku sempat mengelamun masa dia masuk bilik air tadi.Hish,malu jer.

     Sahel Haqimy tersenyum memandangku sambil mengangkat kening.”Iya ke ni?Ke…..”

     “Dah..dah..awak tak payah nak usik-usik saya.Cepatlah solat.Dah lambat dah ni.Tadi saya nak solat dulu.Awak tahan.Suruh tunggu awaklah.Itulah..inilah.Sekarang ni…dia pulak yang nak melambat-lambatkan.”Bebelku sambil mengambil tempat.Sengaja aku memintas kata-katanya itu.Kalau dibiarkan,memang makin menjadi-jadilah perangai mengusik si mamat sorang ni.

      Sahel Haqimy ketawa mendengar bebelan isteri kesayangannya itu.Syazreen..Syazreen.Boleh tahan jugak dia membebel.”Amboi…berleter nampak isteri abang ni.Yelah..yelah.Jom kita solat.”Dia bergerak ke depan sedikit.Aku yang berada di belakangnya tersengih mendengar perkataan berleter itu.Hah,baru kau tahu.Kau lupa ke kau kahwin dengan siapa?Aku berkata-kata di dalam hati.

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...