Friday, January 21, 2011

~Wanita..~

Salam hari sabtu semua...

apa perancangan hujung2 minggu ni?Erm..kalau tanya aku....jawapannya duduk rumahlah!huhu...seriously,aku memang bukan 'kaki jalan'...ajaklah pergi mana2 pun...memang tak arr!huhu...melainkan kalau masa tu,memang aku dah bosan tahap hilang ingatan...hah,memang korang tak payah ajak..aku sendiri yang mengajakkan diriku ini..haha...aku panggil situasi tu..sebagai situasi 'aku buang tebiat'..huhu..

mungkin sebab,hari2 lain dah busy dengan kelas...so,memang harus di manfaatkanlah waktu cuti yang tak seberapa ni...aku pun pelik gak..macam manalah orang yang dah bekerja tu..boleh kata,weekend pun sibuk dengan keje..itu waktu weekend...tak kira lagi dari hari isnin sampai jumaat..yang memang waktu wajib bekerja....erm,,hebat diorang nih...kalah iron man!haha...

kadang2 tu,kesian jugak..yelah,sibuk sangat bekerja..sampai takde masa untuk diri sendiri kot..erm,orang bujang takpe lagi kot..macam mana dengan orang yang dah takde title bujang?Silap2 boleh terbang segala periuk belanga yang ade kat dapur umah diorang tu agaknya...hahaha..

kepada En.A...sila jangan terasa ye..this is a general issue...takde kena mengena dengan sesapa pun..tapi,kalau En.A terasa..sila nyatakan..rasa apakah itu?hahaha..

ish..apalah yang aku dok melalut ni..bukan ke tadi hajat dihati nak menulis pasal "WANITA"..hehe..inilah dia..bila insan kerdil sepertiku ini..sudah mula menaip..memang merapu je yang lebih dari objektif sebenar..haha..

ok,back to our subject..(ceh wah!cakap mat saleh la..hihi..).."WANITA"..dari sudut ketamadunannya,kita memang dah sedia maklum yang zaman jahiliah adalah zaman di mana,WANITA tidak dimuliakan seperti mana rasulullah memulia dan meningggikan martabat kaum kita lebih2 lagi WANITA..

sejujurnya,sebagai umat islam..kita patut berbangga menjadi umat nabi muhamad....sebabnya,di zaman rasullullah itulah WANITA diangkat tinggi darjatnya..

cuma,kadang2 sedih jugak kot tengok kaum2 sejenis aku yang seakan2 tak boleh menerima hakikat apabila dilahirkan sebagai WANITA..contohnya,ada yang nak jadi lelaki la...yang mana,aku sendiri pun kadang2 confuse..lelaki ke perempuan tu?Macam manalah nak recognise,kalau dah penampilan pun  macam lelaki..walhal,perempuan..atau lebih tepat lagi WANITA..

memanglah pada dasarnya,sifat seorang WANITA itu lemah..sopan santun..tapi,tak semestinya kita kena ubah penampilan kita untuk nampak kuat segala..banyak benda yang boleh kita buat untuk tidak menunjukkan kelemahan kita kan?

Erm...tak fahamlah..kenapa sekarang makin ramai yang macam tu..i mean,yang perempuan nak jadi lelaki..yang lelaki pulak..tak nak ketinggalan jugak tu..nak jugak jadik perempuan..

Manusia..manusia..makin maju ketamadunan sesuatu kaum tu..makin banyak pulak benda yang tidak sepatutnya terjadi..subhanallah..semoga Allah kuatkan iman aku dalam mengharungi dugaan2 di dunia ini..amin..

hehe..terasa macam buat forum perdana ehwal islam pulak..huhu..terserlahkan kepoyoan..kih3..takpe,bak kata seorang kawan ni..poyo itu perlu ada..barulah terasa variasi sikit hidup..hehe..

oklah..apa yang aku tulis,hanya pendapat semata2...bukan bertujuan nak menghentam sesiapa..macam yang aku tulis mula2 tadi..its a general issue..yang baik dijadikkan pedoman..yang tidak,dijadikkan sempadan..berbanggalah menjadi WANITA...sebabnya,wanita ni banyak perayaan yang disambut untuk meraikan insan bernama WANITA..contohnya,HARI IBU...HARI WANITA SEDUNIA..and HARI JURURAWAT SEDUNIA pun boleh di ambil kira jugak kot..walaupun kadar lelaki yang menjadi jururawat dah semakin meningkat...tapi,tetap je WANITA yang menguasainya..hehehe....

Salam penutup semua...:-)


No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...