Sunday, April 20, 2014

Pemberi Inspirasi



Assalamualaikum wbt,

Baru-baru ni terbaca satu status kat facebook. Dalam tulisan tu, orang yang tulis tu story about motivasi atau cabaran yang buat kita rasa nak berjaya. Aku rasa tajuk tu sesuai kot untuk entry aku kali ni. So, kira macam bila baca status tu... tetiba aku rasa macam terinspirasi pulak nak menulis something.

Kalau tanya kat aku, perangsang atau inpirasi terbesar dalam hidup aku sekarang ni... bukan sekarang je, even dari dulu pun la... kalau nak buat pape pun,antara mereka-mereka yang menjadi sumber inspirasi untuk aku, tak lain dan tak bukan.. of course la mak ayah aku.



Boleh la layan lagu ni sambil-sambil baca entry aku ni kan.. Huhuhu..
 
Dari dulu lagi, kalau nak buat apa-apa... mesti aku fikirkan mak ayah aku dulu. Sebab bagi aku, kalau nak success dalam hidup, kita kena hormat mak ayah kita. That’s why la orang kata, restu dan redha mak ayah tu penting. Sebab redha Allah tu terletak pada redha mak ayah kita. Kalau mak ayah tak redha apa yang kita buat, macam mana kita nak dapat redha Allah? Betul tak?

So, apa yang aku dapat sekarang ni... dapat belajar sampai tahap degree ni, aku percaya mungkin sebab doa mak ayah aku yang tak putus-putus untuk aku. Kalau tak, mungkin jugak aku takkan sampai ke tahap ini. Kalau nak diceritakan background education aku daripada sekolah rendah, sampailah ke sekolah menengah.. even, sampai ke universiti ni pun, aku bukan kategori best student pun. UPSR, dapat 2A je. Tapi, mak ayah aku tetap bangga. 2A untuk budak tak berapa pandai ni, kira satu pencapaian yang membanggakan la jugak kot. Yelah, sekolah luar bandar. Sekolah kampung. 2A weh... kira not bad la kan. Huhuhu. Then, PMR pulak. Lagilah teruk. Tak de A langsung. Kebetulan masa exam PMR tu, aku demam teruk. SO, result pun memang ke laut la. Tapi, mak ayah aku tak marah. Diorang support lagi. Yang bagusnya bila kau jadi student yang bukan student harapan sekolah, apa saja keputusan yang kau dapat, takkan ada orang kisah. Kau ada A ke, takde A ke... apa diorang peduli. Ramai lagi best student yang nak dikisahkan. So, aku belajar untuk cabar diri aku kat situ and jadikan mak ayah aku sebagai perangsang untuk aku terus mengorak langkah. Ceh wah! Poyo gitu ayat. Hahaha.
 

Aku ingat lagi masa dapat result SPM. Result aku ala kadar je pun. Dapat 1 A. Itu pun subjek agama. Sampaikan kawan aku kata macam ni, “ kuat betul agama dia.” Subjek akaun yang aku budget dan target akan dapat A, tak tercapai targetnya sebab aku hanya berjaya mendapat B je untuk subjek feveret aku tu. Seriously, aku memang frust. Tapi, takde la sampai tertonggeng2 segala bagai frust aku tu. Aku buat rileks je. Ini usaha aku selama ni. Setakat ni je usaha aku.. so, apa yang aku dapat tu adalah hasil usaha aku selama ni. Nak tak nak, kena terima.

Aku ingat lagi, masa dapat keputusan SPM, cikgu akaun aku datang nak tengok result. First thing yang dia cakap masa dia tengok result aku time tu, 

“ Eh, ni boleh masuk U ni.”

Aku tak caya kata cikgu tu. Keputusan aku tu bukan la bagus mana pun. Tapi, hari ni... buktinya.. aku dah pun masuk U dan dah hampir dah pun nak menamatkan pengajian aku. So, aku rasa ini semua berkat doa cikgu-cikgu aku jugak selain mak ayah aku sendiri. Kalau bukan sebab diorang, aku mungkin takkan jadi macam sekarang.

Pernah la masa sekolah dulu, aku masuk pertandingan catur. Bukan catur bestari yang ala-ala investment yang kalau tak reti, takde perancangan rapi... alamat kau boleh jadi bankcrupt-si. Tapi, sama je la pun.. teknik percaturan jugak. Dipendekkan cerita, aku jadi johan dalam pertandingan tu. First time ever dapat gelaran johan. Senyum sampai ke telinga je aku masa naik pentas ambik hadiah time tu. Bangga dapat nombor satu. Bukan tu je, aku siap dapat wakil negeri gi main kat Sarawak untuk peringkat kebangsaan lagi. Berganda-ganda tunjuk muka bangga. Hahaha. Dalam hati, ‘tak sabar nak balik rumah tunjuk kat mak ayah.’

Balik rumah, aku cakap kat mak aku..

“ Mak, nak tau tak.. masa last round tadi orang cakap dalam hati... Ya Allah, bagi la aku menang. Kalau aku menang game ni... ni semua untuk mak ayah aku.”

Mak aku dah tersenyum-senyum je... (terharu la tuh gamaknya... Hahaha..)

Tapi, betul la... selain apa yang kita buat dalam hidup is for the sake of Allah... kita takkan dapat lari nak  buat apa pun for the sake of our parents jugak kan. Yelah, kalau bukan sebab doa mak ayah kita, kita ni takde nya nak nampak hebat. Dan kalau bukan sebab mak ayah kita jugak, takde nya kita nak kenal dunia muka bumi indah ciptaan Allah taala ni ha. Tak kan adanya la redha Allah pun, kalau tak de redha mak ayah kat kita.

Aku sampai sekarang still buat benda yang sama. Kalau nak hadap apa-apa perkara besar dalam hidup, contohnya macam nak exam ke apa ke... aku mesti kata, this is not only for me... this is for my family especially my parents... they have done everything for me... and now, this is the time to make  a payment.
Kalau tanya kat aku, what makes me beautiful? Aku takde jawapannya. Sebab aku tau, semua orang ada kecantikkan sendiri. Apatah lagi, definisi cantik itu sendiri terlalu subjektif. Kalau aku kata aku cantik, itu maknanya aku tengah puji diri sendiri, atau dengan erti kata lainnya, perasan tahap lupa diri. So, korang fikirlah sendiri. Tapi, kalau tanya aku.. macam mana aku bangkitkan diri aku yang selalu gagal ni, motivasi dan cabaran itu datang seiring dan sejalan ke arah aku, bantu aku untuk terus berjalan ke hadapan, bukan ke tepi bukan juga ke belakang. 

Kalau aku rasa nak give up, aku ingat mak ayah aku. Sebab diorang inspirasi dan motivasi terbesar untuk aku terus berjuang.  

Ingat tak dialog pakcik Shah Rukh Khan dalam Khabi Khushi Khabi Gham? Pakcik tu kata,

“Kalau apa yang kita buat tak menjadi, pejam mata dan bayangkan muka mak ayah kita.. then semuanya akan baik-baik saja...”

Lebih kurang kot la kan... nak flashback balik, tak ingat sangat dah.. huhu..

So, as conclusion... whatever things you do.. remember.. Allah  is always there to help you. Your parents is always there to inspired you.  (^_^)



Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...