Friday, May 25, 2012

Belajar : Tak perlu beralasan, yang penting usaha dan kesungguhan

Assalamualaikum..

Saya pelik la.. kenapa sesetengah orang, bila dah dapat peluang belajar.. diorang suka ambik mudah erk? Suka buat macam, peluang tu boleh datang bergolek-golek selalu kat diorang. Walhal, bagi saya peluang yang datang tu cuma sekali je... dan bergantung kat diri kita sendiri, macam mana nak grab peluang tu. Saya agak kecewa la sebenarnya, bila ada yang kata.. belajar tu susah. Bukan tu je, siap ada yang kata macam ni lagi..

"Dah tak boleh nak 'masuk'.. nak buat macam mne? Baik berhenti je.."

. Masa saya belajar dulu, lecturer saya selalu 'ulang siar' ayat ni. "Orang yang suka BERALASAN itu adalah orang yang MALAS". Dan itu antara kata-kata yang selalu saya ingat bila dalam diri saya ni tiba-tiba ada rasa malas (tapi, saya memang malas pun. Hehe.). Satu yang saya percaya, malas macam mana pun.. susah macam mana pun belajar tu, sebagai pelajar.. kita kena jugak berusaha. Sebabnya, kalau kita sendiri tak usaha, macam mana kita nak atasi rasa malas dan susah tu. Betul tak?

Bagi saya, semua benda kat dalam dunia ni susah. Tak ada yang mudah. Sama la jugak macam belajar pun. Kalau ada yang kata belajar tu susah.. yes, saya mengaku. Memang susah. Tapi... macam yang saya sebut kat atas tu, susah tu bukan alasan untuk kita jalankan tanggungjawab kita sebagai pelajar.

Saya memang tak boleh nak berkompromi dengan orang yang bila dah diberi peluang belajar tapi, tak reti-reti nak ambik peluang tu. Kalau tak nak belajar, fikir dulu sebelum buat apa-apa keputusan. Jangan bila dah banyak duit mak ayah kita habiskan, lepas tu baru nak buat statement macam gini.."tak nak belajar lagi ar.. dah 3 sem asyik repeat je.. dah la susah..silibus mcm bukan peringkat dip punye je..."

Hello.. kalau tak nak belajar, kenapa masa mula2 dapat tawaran, tak tolak je tawaran tu? Kenapa masa tu tak fikir susah senangnya belajar tu. Kenapa bila dah harung separuh jalan... baru fikir susah. Baru fikir tak boleh bawak. Baru fikir nak berhenti. Saya memang geram dengan orang yang berfikiran macam tu. Buat keputusan macam orang tak pernah dapat pendidikan awal persekolahan je. Kalau kita ada walaupun sikit perasaan kasihan kat mak ayah kita yang dah banyak berkorban untuk kita, itu pun dah boleh dikira sebagai salah satu cara untuk kita berusaha, berusaha dan terus berusaha.

Kita yang dah diberi peluang belajar ni, belajar je la. Kalau rasa susah sangat pun, cuba muhasabah diri. Kenapa didatangkan kesusahan itu? Sebab di sebalik kesusahan itu, ada kesenangannya. Macam yang dah dicatatkan di dalam Al-quran

"sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".
[surah Al-Insyirah ayat 6]

Yang paling penting sekali, untuk berjaya dalam apa pun yang kita buat... jangan lupa tanggungjawab kita kat ALLAH. Jangan lupa tanggungjawab kat emak ayah. Jangan lupa tanggungjawab kat diri sendiri dan jangan lupa yang menuntut ilmu tu wajib bagi setiap umat islam. Kalau kita rasa susah, ada orang yang lebih susah. Contohnya orang-orang kat Palestin tu. Diorang lagi susah dari kita, tapi.. kenapa diorang masih boleh teruskan hidup walaupun dalam keadaan yang teramatlah susah? Fikir-fikirkan.

Tak perlu beralasan, yang peru kita buat adalah tunjukkan kesungguhan. Usaha, tapi tak bersungguh2.. tak boleh jugakkan. SO, bagi saya... usaha itu perlu selaras dengan kesungguhan. Kalau ada kesungguhan, InsyaAllah.. di situ ada jalannya untuk kita.                           


Thursday, May 24, 2012

Terima Kasih Semua.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah... dah 4 tahun blogspot atas nama Ain Sabrina ni 'bernafas'. Dan selama 4 tahun ni jugak, dah banyak benda yang saya coretan untuk tatapan penggemar dan pengunjung2 blog yang tak seberapa ini. Di sini bukan setakat bermulanya dunia penulisan saya, tapi di sini jugak bermulanya kembara seorang insan yang suka berangan ( saya la tu.. hehe..) untuk menjadi penulis.

selepas 4 tahun ni jugak, blog ini telah difollow hampir 50 orang. (Ek eleh.. 50 orang pun nak kecoh ke?). Haruslah kan.. itu merupakan satu kebanggaan untuk saya yang tak dikenali ramai ni. And what should i do? Of course give a big thanks to Allah coz give me some 'talent' in writing. Bukan tu je, kena give a big thanks to all yang rajin 'usha' blog saya ni sampai tercatatnya folllower yg hampir 50 orang. Haha. Bunyi macam good-good je kan? hehe. Tak kisahlah nak kata apa. Ini salah satu cara saya memberi penghargaan untuk kawan-kawan saya yang rajin datang jenguk blog saya ni. Mungkin tak pernah bersua.. tapi, anda semua tetap dalam hati saya.


[gambar hiasan]

Masa mula-mula berjinak-jinak dalam dunia blogging ni, tak tahu sangat apa yang boleh dibuat. Teruja pun ada. Lagi-lagi bila dengar orang kata, blogging ni boleh buat duit. Erm... memang la kan, kalau dah join nuffnang.. memang betul la boleh earn money. Dulu, terfikir gak.. mesti kaya kan? Tapi, bila dah start berblogging.. seriously, saya tak pernah fikir yang nak buat duit melalui blog. Dengan persoalan yang terbit dalam hati, "Aku ni siapa?". 

Saya berpegang kepada kata-kata, "Menulis la.. kalau itu boleh buat kita lebih dekat dengan Allah. Menulislah.. kalau itu minat kita. Menulislah.. kalau itu boleh memberikan manfaat kepada orang lain. Dan yang paling penting... menulislah bukan kerana nama.."

Dan berbekalkan kata-kata yang saya anggap sebagai prinsip itu, maka terhasil la artikel-artikel yang saya tulis sendiri dan dua manuskrip iaitu PERMAISURI HATI & SI KEDEKUT CINTA. Actually, nak say thankz jugak kat supporters yang rajin follow dari satu bab ke satu bab citer permaisuri hati tu. Kadang-kadang, sampai ada yang tinggal komen kat chat box bertanyakan, 'bila nak update permaisuri hati. Bila nak sambung lagi?' Allah.. itu pun dah cukup untuk buat saya touching sekejap. Hehe. Saya tulis manuskrip tu 3 tahun lepas, dan sampai sekarang tak siap-siap lagi. Kadang-kadang, saya rasa nak give up pun ada. Tapi, sebab adanya supporters.. insyaAllah.. saya akan teruskan sampai sudah apa yang saya dah mulakan. (Lambat pun lambat la kan? Hehe..).

Saya bukan penulis yang baik apatah lagi nak dapat gelaran terbaik. Saya tulis, sebab itu minat saya. Dan InsyaAllah.. semoga Allah redha dan semoga dipermudahkan segala urusan saya. Doa kan saya ok. Oppst.. maghrib sudah. JOm la kita siap2 untuk solat and jangan lupa. Baca yasin kalau rajin. TApi, kalau tak rajin pun.. kena belajar-belajar rajinkan diri. Orait dude? Huhu.. Salam semua.. :)




pesanan penaja : entry ni untuk semua sahabat2 dan pengunjung2 blog saya yang sekangkang kera ni.. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK..

Monday, May 21, 2012

Selamat Datang Bulan Rejab.. (^_^)

Assalamualaikum...


Entah kenapa boleh menangis lepas solat tadi. mungkin sebab hari ni 1 rejab. Bulan yang datang setahun sekali ni, memang banyak syafaatnya. Ramai yang mungkin sanggup bangun tengah-tengah malam untuk tambah-tambahkan amalan kan? Alhmadulillah.. saya pun tak terkecuali jugak sebenarnya. dan bila kita banyakkan amalan pada malam 1 rejab, insyaAllah akan termakbul semua permintaan kita dan akan terhapusnya jugak dosa2 kita. Jadi, memang tak boleh dijadikan alasan la kan kenapa kita masih 'berdegil' tak nak rebut peluang yang Allah dah bagi kat kita hambanya yang kerdil lagi hina ni. Ye tak?


saya sendiri rasa lain sangat perasaan ni, lepas buat solat hajat tadi. Tak tahu kenapa. Tapi, memang meresap jugak la di jiwa lembut dan hati saya yang memang banyak tisu di dalamnya ini. Hehe. Orang kata, bila kita melelehkan air mata sebab hadirnya satu rasa iaitu rasa rendah diri yang teramat sangat dengan kekuasaan Allah.. itu lebih baik dari kita menangis sebab benda-benda yang tak sewajarnya. itulah yang saya rasa tadi. Air mata keluar tanpa dipaksa. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa saya, dosa mak ayah saya, dosa atok nenek saya, dosa adik beradik saya, ahli keluarga saya and semua kaum muslimin muslimat yang saya kenal atau pun tak kenal. 


Bulan ni, bulan istighfar.. jom kita banyakkan beristighfar dan banyakkan amalan. Hehe. terasa tak nak tidur pulak sebab sayang nak tinggalkan malam yang penuh syafaat ni. InsyaAllah. saya nak berpuasa hari ni. Korang macam mana? Nak join tak? Jom laaaaaa.... Hehe..




Nota : Alhamdulillah.. happy dengan perubahan kawan saya yang dah berubah ke arah lebih baik. semoga dia terus istiqamah. InsyaAllah... (^_^)

Sunday, May 20, 2012

~Permaisuri Hati~


                                                              Bab 39

Aku ke tempat kerja dengan rasa semangat yang teramat. Sahel turut hairan melihatku. Bila ditanya, aku cuma tersengih saja memandangnya. Aku sendiri tak tahu kenapa. Mungkin sebab petang nanti aku akan pulang ke Melaka kot. Aku berkata-kata di dalam hati. Yelah, manalah tak happy.. kalau dah lama jugak la kiranya aku tak balik ke Melaka tu. Rindu tahu tak kat family aku tu.
     Sampai saja aku di kampus pagi itu, aku terus diterjah oleh Elly. “Assalamualaikum ya sahabat?” Tegurku sambil melemparkan senyuman.
    Elly memandangku  dengan muka peliknya. Aku yang terjah dia, dia yang tegur aku dulu. Apa kes la dengan kawan aku hari ni? Senyum dah sampai nak terkoyak telinga je aku tengok. Tapi, sempat jugak dia menjawab salam yang diberi.
     “Reen.. kau dah kenapa? Sihat ke tak ni?” Giliran Elly menyoal kawannya itu. Dia melekapkan tangannya ke dahi syazreen. ‘Ok je ni. Tak panas pun’. Desis hatinya.
    Aku mengerutkan dahi. “Aku sihat la. Kau tu yang dah kenapa? Tanya macam aku ni tak berapa nak sihat pulak.
     Elly mengurut dadanya. “Nasib baik sihat. Tak de la.. aku just tanya je. Mana la tau, kot-kot la kau tak sihat kan. Yelah.. orang dah bahagia sekarang ni. Manalah tau, kot-kot jugak la nak dapat orang baru ke.” Elly memandangku sambil tersengih-sengih.
      Aku yang mulanya blur, akhirnya dapat juga menangkap maksud di sebalik kata-katanya itu. “Hei… banyak la kau. Amboi.. mulut. Bukan main eh. Sejak bila kau pandai cakap benda-benda macam ni hah? Balasku sambil buat-buat marah.
     Elly tersengih-sengih memandangku. “Oppst.. sorry. Ala.. mulut aku kan memang dari dulu lagi dah pandai cakap benda-benda macam ni. Kau ni pun.. macam baru kenal aku seminit yang lepas je. Tapi.. aku hairan binti pelik ni. Apsal kau happy semacam je hari ni erk?”
       “ Kau ni.. karang kalau aku masam, kau membebel macam tak cukup hari. Bila aku senyum memanjang macam ni, kau nak hairan siap berbinti-binti bagailah pulak. Salah ke aku berhappy-happy hari ni?” Jawabku dengan panjang lebarnya.
       “ Tak la.. tapi, kau pelik la hari ni. Kau janganlah buang tebiat pulak Reen. Nanti, kalau kau takde.. siapa nak teman aku?’ Elly sudah membuat cerita sedih.
      Tapi, cerita sedihnya itu bagi aku tersangatlah out of mind! Ada ke dia kata aku buang tebiat? Hish.. kasar sungguh gurauanmu itu wahai sahabatku. “Weh! Kau dah kenapa? Doakan yang bukan-bukan pulak untuk aku, eh? Siapa yang buang tebiat sekarang ni? Aku ke kau?” Marahku sambil menjegilkan mata ke arahnya. Kawan aku yang sorang ni.. pagi-pagi dah macam nak mintak penampar aku je gamaknya. Ada ke cakap macam tu. Hish.. hampeh punya member! Gerutuku di dalam hati.
      Elly tersenyum-senyum. “ Oppst, sorry. Aku main-main je. Hah.. tau pulak kau gelabah bila aku cakap macam tu. Next time, kalau nak sengih-sengih ke.. senyum-senyum ke.. meh sini, ajak aku sekali. At least, nanti tak ada la orang nak cop kau, minah senget!” giliran Elly yang menempelak kawan baiknya itu.
     Aku menarik muka. “ Minah senget pun, kawan kau jugak kan. Meh sini kau. Aku nak bercakap dari hati ke hati sikit dengan kau. Kita kan dah lama tak sembang-sembang.” Ajakku. Sekarang semua student sedang bercuti semester, jadi pensyarah macam kami ni tak perlulah rushing hendak ke kelas. Cuma menyiapkan kerja-kerja yang perlu saja. Tapi, aku bukan nak curi tulang ya. Aku ambil masa sekejap je. Hehe.
        “Kenapa.. Kenapa? Nak ajak aku gosip-gosip la tu.” Usik Elly. Namun dia tetap jugak menarik sebuah kerusi yang terdapat di hadapan meja rakannya itu.
         “Banyak la kau punya gosip. Ni, aku nak bagitau. Petang ni, aku nak balik Melaka.” 
         “Balik Melaka? Wah.. bestnya. Nak balik jugak. ” Kata Elly seakan-akan merengek.
         Aku mengangkat kening. “Macam budak-budak.” Ejekku sambil menjelirkan lidah ke arahnya.
         Elly membalingku dengan pen yang diambil dari dalam cawan yang memang ada di atas mejaku ketika itu. Aku ketawa melihatnya. Beberapa saat kemudian, Elly turut ketawa. Dah lama tak bergurau dengan sahabat baikku itu. Rindu pulak dengan zaman bujangku.
       “Eh, kenapa tiba-tiba nak balik?” soal Elly setelah beberapa minit kami bergelak ketawa.
       “Mak aku nak buat kenduri tahlil untuk arwah atuk aku. Oh, ya.. nanti bagitahu mak kau tau. Mak aku suruh jemput mak kau sekali.”
      “Aik.. mak aku je? Habis aku? Sampai hati mak angkat aku tu lupakan aku.” Elly bersuara sambil membuat sedih.
      Aku yang melihatnya terasa nak ketawa pulak tapi aku tahan je. “ Eleh.. mengada. Dah.. tak payah nak buat ayat sedih kau tu. Selama ni, kalau tak jemput pun. Memang kau akan datang kan? Macam la tak biasa dengan family aku. Dan satu lagi, kalau mak aku dah jemput mak kau tu, maknanya pakej sekali dengan kau la.” kataku sambil tersengih-sengih memandangnya. Dari dulu lagi, kalau ada apa-apa majlis yang dibuat, mak tak pernah lupa nak jemput Elly dan keluarganya. Kata mak, Elly tu dah jadi sebahagian dari keluarga kami dah pun. Yelah, sejak dari sekolah menengah kot kami berkawan. Kalau sampai sekarang masih berkawan, takkan pulak mak aku nak lupakan anak angkat kesayangan dia ni.
      “Yelah.. kalau tak jemput pun, memang aku kasi gegar punya rumah kau tu.” Elly sudah ketawa kuat-kuat.
      “So, tak payah nak jemput official sangat la kalau dengan kau ni kan. Tapi, dengan mak kau. Kena beb.. kena jemput officially. Kalau tidak… masak aku kena bebel dengan mak aku tu. Kau jangan lupa eh.. bagitahu mak kau. Bising nanti mak aku. Hari tu lagi dia dah pesan banyak kali kat aku. Sampai aku dah tak boleh nak lupa dah pesan dia tu.” Jawabku sambil ketawa kecil.
     “InsyaAllah.. nanti aku bagitahu. Jangan risaulah. Mak aku pun, hari tu ada cakap. Dah lama tak jumpa mak kau. Rindu kat kawan la tu.” Kata Elly.
     “Erm.. sama la mak aku tu pun.” Balasku.
     “ Nanti aku ajak Hisham sekali, boleh?” Soal Elly.
     “Eh.. ajak la sekali. Boleh je. Aku lupa pulak pasal dia. Nasib baik kau sebut.” Aku tersengih.
     “Itu pun kalau dia tak busy. Dia tu bukan boleh harap sangat. Asyik busy je.” Rungut Elly.
    “Biasalah tu. Nanti tak boleh nak pinang kau kalau tak kerja keras.” Usikku.
   “Eleh.. aku pun kerja keras jugak. Ingat dia sorang je.” Elly membalas.
   “Erm.. yelah tu. Eh… dah la. Dah pukul berapa ni. Karang orang ingat, kita curi tulang pulak. Dah.. dah.. pergi balik tempat kau. Aku nak buat kerja ni.” Kataku sambil menyuruh Elly beredar.
     “Amboi.. menghalau nampak.” Katanya.
     Aku mengangkat bahu cuma sambil tersengih-sengih memandangnya.
    “Yelah..yelah.” Elly bangkit sambil merungut apa entah.
     Aku biarkan saja. Malas mahu melayannya. Yang pasti, tugas yang perlu dibuat masih setia menanti. Sebelum hilang di balik bilik, aku sempat mengingatkannya tentang jemputan mak aku tu.
     “Baik boss.” Ujarnya sambil menjelirkan lidah ke arahku. Aku hanya mampu tersenyum sambil menggelengkan kepala. Elly.. Elly. Entah apa-apa. Eleh.. aku pun lebih kurang je sebenarnya. Dua kali lima!
      Aku terus ralit menanda kertas jawapan peperiksaan pelajar-pelajarku. “Makcik.. tak nak keluar lunch ke? Tu laki kau dah tercegat kat luar tu. Bukan main senyum lagi dia.” Tiba-tiba Elly menyergahku. Aku yang sedang ralit menanda kertas-kertas yang masih bertimbun itu, terus memalingkan muka ke arahnya.
       “ Kau ni Elly… agak-agaklah nak lunch pun. Baru pukul berapa?” Soalku dengan dahi berkerut. Aku menjeling sekilas jam di pergelangan tangan. Baru pukul 10 pagi kot. Desis hatinya.
      “Weh… kau dah kenapa? Tak tengok jam eh? Kau tengok jam ‘mahal’ kau tu sekarang. Itu la.. orang lain pun buat kerja jugak, tapi tak adalah sampai nak tengok jam pun dah tak sempat.” Perli Elly sambil tersenyum sinis.
      Aku melihat kembali jam ditanganku. “Baru pukul 10 la. yang kau kecoh sangat nak pergi lunch ni apahalnya?” Soalku selamba.
      Giliran Elly pulak yang mengerutkan dahinya. “Reen… it’s almost 1 o’clock la. kau guna timer negara mana ni? Bangladesh eh? Ke Pakistan?” Soalnya sambil tergelak-gelak memandangku.
        Erk.. dah nak pukul 1? Ish.. biar betik si Elly ni. Aku melihat sekali lagi jam di tanganku. Jam kesayangan ni. Takkan salah pulak. Tiba-tiba aku terperasankan sesuatu. Dan aku terus beristigfar di dalam hati. “Ya Allah… jam aku rosak rupanya. Patutlah dari tadi tak bergerak-gerak jarumnya.” Aku memandang Elly yang sedang ketawa memandangku.
        “Itu la.. aku dah suruh tukar jam 10 ringgit kau tu dari dulu lagi. Kau degil sangat. See.. dah kena tipu dengan jam sendiri. Hai.. Reen.. Reen.” Elly sudah menggelengkan kepalanya. Itu sikap Syazreen yang dia memang sudah faham benar. Sahabatnya itu memang suka beli jam ‘mahal’ macam tu. Bila ditanya, kenapa tak beli yang lebih mahal.. sekurang-kurangnya berkualiti sikit. Jawapan yang diberi mesti akan menyakitkan telinga. ‘Jam 10 ringgit lagi best apa. Boleh beli banyak-banyak. Boleh tukar-tukat pakai.’ Hergh.. penat nak cakap dengan dia ni.
       Aku sudah tersengih-sengih memandangnya. “Ala.. jam ni pun ok what? Nanti aku ganti la bateri dia.” Jawabku masih mahu memenangkan jam murahku itu. Ini memang perangaiku sejak dari sekolah dulu. Mungkin disebabkan didikan mak ayahku jugak kot. Kata ayah, hidup biar tak mewah.. sederhana tu yang penting. Orang bukan tanya pun, berapa harga barang-barang yang kita pakai. Paling-paling pun, orang akan memuji kalau barang yang kita pakai tu cantik. Macam tu jugak sebaliknya. Jadi, bagi aku..tak salah pun pakai barang murah, kalau itu boleh jauhkan kita dari sikap bermegah-megah. Hish..panjang pulak aku bercerita.
        “Erm.. yelah. Dah.. dah tu. Laki kau dah tunggu dah tu. Dari tadi lagi suruh aku panggil kau. Dia kata, dia ada sms kau. Tapi, tak jawab.” Kata Elly.
        Aku menjenguk keluar. Memang benar suamiku sudah berada diluar bilik yang menempatkan pensyarah-pensyarah fakulti perniagaan. Aku teringatkan handphoneku. Kenapa tak dengar bunyi erk? Lantasku keluarkan handphoneku itu. Aku mengeluh. Lah.. patut la. bateri kong! Komfem kena lecture dengan Sahel kejap lagi.
       “Kenapa? Bateri habis lagi?” Soal Elly. Ini pun satu hal yang dia teramatlah faham pasal kawan baiknya itu. Pemalas nak charge bateri telefon. Katanya, ‘aku bukan orang penting pun sampai setiap masa nak kena charge telefon. Lainlah kau. Kau tu orang hot.’ Kata kawannya itu apabila ditegur. Hai.. Syazreen..Syazreen. ada je jawapannya.
      Aku tersengih memandang Elly. “Itu la pasal. Aku lupa nak charge semalam.” Bukan lupa.. tapi, malas! Desis hatiku.
     “Aku dah agak dah. Dah la.. pergilah cepat. Yang kau tersengih-sengih dah macam kerang basi ni apahalnya? Tak payah nak bodek-bodek aku. Hari ni aku tak nak ikut kau. Aku ada date dengan Hisyam.” Kata Elly.
     “Eleh.. perasan. Siapa nak ajak kau. Okey la.. aku pergi dulu tau. Nanti kirim salam dengan Hisyam. Cakap kat dia, cepat-cepat sikit meminang kawan aku ni. Nanti tak pasal-pasal kena kebas pulak. Lagipun, not nice asyik dating je.” Sebaik berkata begitu, aku terus keluar meninggalkan Elly sebelum sempat kawanku itu membalas walaupun sepatah.
      Elly mendengus geram. “Weh.. kejam gila statement kau!” jerit Elly.
      Aku melambai-lambai Elly dari jauh. Kalau dekat, mahunyalah dia smackdown aku kat situ jugak agaknya. Getus hatiku.
Aku melemparkan senyuman ke arah suamiku. “Sorry lambat. Siapkan kerja sikit tadi.” Kataku sambil masih tersenyum memandang suamiku itu.
    “Mahunya tak lambat. Pergi berborak dengan kawan baik dia tu. Memanglah.” Usik Sahel Haqimy. Isterinya itu kalau dah berjumpa dengan Elly, memang boleh tumbuh janggut lagi dia gamaknya kalau menunggu.
     “Ala.. sorry la bang. Elly tu ha.. abang bukan tak tau. Ada je ceritanya. Lagipun sekali sekala, apa salahnya.” Balasku sambil tersengih-sengih.
      “Erm..yelah. Ha.. abang call, sms semua.. kenapa tak reply?” soalnya tiba-tiba.
      Alamak.. matilah aku macam ni. Nak jujur ke, nak kelentong? Kalau jujur, habislah.. mesti kena bebel dengan dia. Dia mana boleh dengar kalau aku kata phone aku habis bateri. Tapi, kalau kelentong.. nanti dosa pulak berbohong dengan suami. Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal itu.
      “Kenapa diam ni… bateri habis lagi eh?” soalnya.
      Aku mengangguk perlahan sambil tersenyum-senyum. “Ha’ah….. lupa nak charge semalam.”
      Sahel Haqimy menggeleng. “Sayang..sayang. berapa kali dah abang ingatkan. Lain kali, bagi kat abang handphone tu. Biar abang chargekan. Harapkan sayang buat.. memang taklah dibuatnya.” Putus Sahel Haqimy sambil menarik sedikit hidung isterinya itu.
     Aku cuba mengelak. “yelah..yelah. eh..jomlah bang. Kata nak gi lunch. Dah lambat ni.” Aku segera menukar topik.
    “Pandai eh tukar topik. Jom..nak makan kat mana ni?” Sahel Haqimy menyoal lantas menarik tangan isterinya itu.
      “Kat mulut la..” Jawabku selamba. Aku tersengih apabila melihat muka suamiku yang sudah pun berubah kelat.
     “Tau la kat mulut.. takkan kat lutut pulak. Hish.. asyik nak buli orang je dia ni.” Sahel Haqimy merungut perlahan.
      Aku sudah tergelak-gelak melihatnya. “Ala.. Reen main-main jelah. Kita makan kat kedai asam pedas biasa tu nak,bang? Dah lama la tak makan asam pedas.” Cadangku. Dan senyumanku semakin meleret apabila melihat anggukan dari suamiku itu. kami terus menuju ke kereta milik suamiku ketika itu. Sudah terbayang-bayang keenakan asam pedas di kedai itu. Tak dapat makan asam pedas mak pun tak apalah. Kedai pun kedailah. Janji sedap macam mak punya. Sempat jugak aku berbicara di dalam hati.

Pesanan penaja : Alhamdulillah... dapat update lagi the next bab untuk Permaisuri Hati.. mcm biasa, nak say thankz kat member2 yg rajin follow up citer yg tak seberapa ni.. Syukran jazilan la.. hehe.. ecehwah.. ckp arab la pulak.. hehe... selamat membaca..dan jgn segan2 komen yer.. feedback korang amat la diperlukan untk sye improve more and more..:)

Thursday, May 17, 2012

~Teringin jugak..(^_^)~

Assalamualaikum semua. Terasa nak main conteng-conteng pulak hari ni. Hehe. Tangan saya ni, lately memang gatal sokmo. asyik nak godek sana, godek sini je. Dan 'teratak usang' saya yang sekangkang kera ni la yang jadi mangsanya. Tengoklah background saya ni pun. kalau ada yang perasan and rajin jenguk-jenguk teratak usang saya ni (macam la ramai yang nak jenguk teratak saya ni kan? haha.), mesti perasan yang saya dah tukar layout dia kan? Ha.. ni sume hasil dari kegatalan tangan saya yang tak reti nak duduk diam buat itu, buat ini yang mana sampai ke jahanam jadiknya layout asal. Allah... terasa nak meraung jugak la bila saya tak boleh nak tukar layout yang saya baru je berhajat nak rembat kat satu laman web ni. Memang boleh migrain jugak la nak buat benda alah ni jadi normal balik. Berjam-jam jugak la saya dok mengadap benda ni je... sampaikan kena sound dengan ayah saya macam ni,


"kau ni.. tak muak ke tengok benda ni je..."


Ayah saya ingat saya asyik dok berfacebook je. Saya buat selamba je sambil jawab macam ni,


"ala.. orang bukan tengok benda ni je yah.. orang tengok benda lain jugak.."


Ceh.. ceh.. jawapan cover line! Haha.


Dipendekkan cerita, sudahnya.. kerja-kerja membasuh pinggan mangkuk yang dari pukul 8 mak saya suruh buat, berganjak ke pukul 3 pagi baru saya buat. Hihi. Hai la.. saya kalau dah mengadap (bak kata ayah saya, benda alah ni..), memang tak sah la kalau tak lama. Sebab tu la saya punya power cermin mata ni, bertambah2 setiap tahun. hehe. 


ok.. actually nak kongsi satu advertisement yang saya baru je baca tadi kat fesbuk. Nak tau apa? Ha.. sini.. check kat bawah ni. Nak taip balik, macam tak berapa nak rajin je. So, korang baca la ye kat bawah ni..


                 *****************************************************************************


INGIN MENJADI PENULIS KAMI?
Assalamualaikum... Karya Bestari @ Grup Buku Karangkraf mengundang anda menjadi PENULIS BUKU ISLAMIK untuk berkongsi ilmu di samping berdakwah bersama kami. Jika anda:

1- Mahu menjadi penulis hebat dan dikenali seperti Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Dr. Robiah K. Hamzah, Ust. Dr. Zaharuddin Abdul Rahman dan ramai lagi?

2- Ada bakat @ sudah memiliki manuskrip genre: motivasi Islamik, fikah, akidah, muamalat, sejarah dan tamadun Islam, pendidikan, isu semasa atau soal jawab hukum?

3- Tambah pendapatan melalui duit royalti?

4- Diundang bertemu peminat ketika PBAKL, Pesta Buku, Karnival Karangkraf atau pameran berkaitan?

Jika YA, kami di Karya Bestari amat mengalu-alukan manuskrip anda. Sila luangkan masa dan hubungi mana-mana editor kami:

Wan Rohana (019-2557380)
wan.rohana@karangkraf.com

Rosmawati Ahmad (012-3964950)
rozza.ahmad@karangkraf.com

Norhayati Mat Kassem (013-9059027)
norhayati.kassem@karangkraf.com

Amal Hayati Zakaria (013-3712155)
amal.hayati@karangkraf.com

ATAU hantar sahaja manuskrip anda ke alamat ini;

Karya Bestari @ Grup Buku Karangkraf
Kumpulan Media Karangkraf
Lot 2, Jalan Sepana 15/3
Off Persiaran Selangor
40300 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-51013836
Fax : 03-51013685

^ MENGILMUKAN AMALAN MASYARAKAT ^
******************************************************


Ya Allah... bestnya la kalau saya dapat hantar manuskrip kat sini kan? ataupun dapat tulis satu buku motivasi islamik ke? hehe. Erm.. tapi, saya tak de bakat. Setakat merapu je boleh la kot. Hehe. Saya memang suka menulis.. tapi, mungkin apa yang saya tulis, belum boleh dibukukan kot. Mungkin jugak, 'bakat' menulis yang saya ada.. hanya untuk dikongsikan secara maya je atau mungkin jugak penulisan saya yang lebih ke arah 'orang kuat berangan' sesuai untuk saya menulis sebuah novel yang mana lebih ke arah memberi saya ruang dan waktu untuk memanjangkan angan-angan saya yang tak pernah berhenti untuk menjadi seorang penulis. Hehe. Tengok la manuskrip-manuskrip yang ada pun. Seingat saya, saya start tulis Permaisuri Hati, masa saya dalam tahun pertama study. Dan sekarang.. saya dah habis pun diploma yang ambik masa, gedebak gedebuk.. 3 tahun semuanya! So, what kind of penulis saya ni, kalau bukan penulis 'kuat berangan' kan? Haha. Tapi, saya masih berharap untuk menyumbang sesuatu dalam bidang penulisan. Bagi saya sendiri, seorang penulis tu takkan berjaya menjadi penulis sekiranya dia sendiri tidak mahu menjadi seorang pembaca. Dan saya kategorikan diri saya sebagai seorang yang masih belum banyak membaca dan menjadi pembaca.. sebab itu la saya masih belum layak nak menjadi penulis dan menulis walaupun tulisan saya itu adalah sebuah buku cerita kanak-kanak.

InsyaAllah.. mungkin peluang tu akan datang satu hari nanti. Dengan sokongan anda semua yang rajin suruh saya update Permaisuri Hati.. dah cukup buat saya bersemangat untuk terus 'menulis'. Terus doakan saya kerana saya sangat menghargai setiap doa-doa anda. Allah je yang dapat membalasnya. 

                               [ Hasil tangan si kuat berangan.. ekeke.. ]

Pesanan penaja : Bagi saya, its gud to be a dreamer rather than nothing. Berangan tu, boleh. Sebab berangan tu satu cita-cita jugak sebenarnya. Tapi, perlu seiring dan selaras dengan usaha. Berangan2 jugak.. tapi, jangan sampai lupa tanggungjawab kat ALLAH.. kat mak ayah dan kat diri sendiri jugak..  Hehe. For those yg ada bakat tertanam dan terpendam tu.. boleh la cuba nasib.. contact number editor pon ade je kat atas tu.. cuba la buat sesuatu untuk mengilmukan masyarakat...(^_^)

Tuesday, May 15, 2012

Cover Sementara..(^_^)

Assalamualaikum. Masa tengah dok usha2 blog tadi.. tetibe terperasan yang PH takde cover kan.. hehe.. kosong je.. tak best pulak nak menengoknya. Bila dah tak best nak menengoknya, kompem2 jugak la tak best nak membacanya.. betul tak? So, saya pun saja je la gatal-gatalkan tangan yang memang sentiasa gatal ni meng'edit' gambar ni untuk dijadikan konon-kononnya cover la nih.. Haha..

So, harapnya... lepas ni, tak adalah bila saya update PH, nampak kosong and hambar je citer ni kan? hehe...

saya tak pandai sangat bab2 meng'edit' gambar ni.. tapi, saya cuba try test tadi.. Alhamdulillah.. inilah hasilnya. Maaf ye.. memang tak cantik pun. Tapi, ok la untuk tidak mahu membiarkan PH nampak kosong dan hambar. Itu je sebenarnya tujuannya saya merajinkan diri meng'edit' gambar ni. Just to make it more style.. Ceh2.. style la sangat kan. Hehehe. Jadi, semoga terhibur la kepada supporter2 PH.. teruskan membaca and menyapot PH. Luv u guys... (^_^)

Sunday, May 13, 2012

~Permaisuri Hati~


                                                    Bab 38

Selesai saja kelas petang itu, aku menerima panggilan telefon dari emak. Kata emak, hujung minggu ni mak nak buat kenduri tahlil untuk arwah atuk. Jadi emak memberitahuku awal-awal supaya aku boleh prepare apa yang patut. Aku ingin ketawa mendengar perkataan prepare yang keluar daripada mulut ibuku ketika itu.
    “Amboi mak.. dah pandai cakap orang putih nampak?” usikku sambil ketawa kecil. Ni mesti banyak sangat tengok drama mak aku ni. Desis hatiku.
    Emak turut tergelak. “Habis.. kau ingat, kau je pandai cakap omputih? Mak pun tau jugak.” Jawab emak dengan nada bangganya.
    Aku tergelak kecil. “Yelah mak… banyak sangat tengok drama la tu. Erm.. kenduri nanti hari apa nak buat mak?” aku kembali kepada topik asal kami tadi.
     “ Mula-mula tu, mak ingat nak buat malam jumaat nanti. Yelah.. tak terfikir pulak nak buat besar-besar. Doa tahlil je lagipun. Tapi, dah bincang-bincang dengan ayah kau.. ayah nak buat hari cuti. Katanya, anak-anak boleh balik. Erm.. ikutkan aje lah Reen oi. Dah rindu kat anak-anak dialah tu.
    Aku tersenyum. Ayah..ayah.. itu sikap ayah yang aku dan adik beradik memang dah cukup faham. Kalau nak buat apa-apa, dia tak nak anak-anak dia tak de. Katanya, keluarga tak besar mana. Bila ada anak-anak.. terasa sikit meriahnya. Hai.. rindu pulak kat kampong halaman. Cehwah! Tetiba!
      “Oh.. jadiknya mak.. hari sabtu la kendurinya?” Soalku lagi.
     “Lah.. yelah.. kan mak dah cakap tadi. Kau tak dengar ke?” Bebel mak.
     “Eh.. mak ada cakap ke? Macam tak de je mak..” Jawabku sambil mengigit bibir. Aduhai.. macam manalah boleh berangan ni. Tengah cakap dengan mak pun, sempat lagi fikiran melayang. Aku mengutuk diri sendiri.
      “Hah.. itulah kerja kau. Berangan..berangan. Ubah sikit perangai tu Reen. Dah jadi bini orang dah pun. Dah.. mak ada kerja ni. Makcik Semah kau tu, nak buat kenduri malam ni. Mak nak pergi menolong kejap. Nanti bagitahu dengan Sahel sekali. Jangan lupa pulak. Emak dan ayah mertua kau, nanti mak bagitau. Oh, ye.. sebelum terlupa. Ajak Elly sekali. Jemput mak dia jugak. Lama dah tak jumpa maknya si Elly tu. ” Dalam berleter dengan kerenah anaknya yang kuat berangan tu, sempat Puan Salmah mengingatkan anaknya itu untuk memberitahu kepada menantu dan besannya. Elly pun turut tak ketinggalan. Anak angkat kesayanganlah katakan.
       “Yelah mak.. insyaAllah. Mak kirim salam kat ayah tau. Kat adik-adik jugak. Assalamualaikum.”
      Aku tersenyum sambil berjalan menuju ke biliku. Namun belum sempat aku menguak daun pintu, tiba-tiba aku disergah dengan satu suara dari belakang.
     “Hah!”
     Aku terjerit kecil sambil mengurut dada. Aku lantas berpusing untuk melihat siapa gerangan yang berani-beraninya menyergah aku sebegitu. Sebaik saja berpusing, ku lihat Sahel suamiku sedang mengekek-ngekek mentertawakan aku. Aku memandangnya dengan wajah geram.
      “Ya Allah..abang! Terkejut Reen. Ingatkan siapa tadi. Kata ada seminar? Ni dah kenapa ada kat sini pulak?” soalku sambil menarik nafas lega. Pelik jugak apabila melihat suaminya itu tiba-tiba terpacak di situ sedangkan pagi tadi, awal-awal lagi suaminya itu dah keluar untuk ke seminar dengan menaiki kereta rasmi university.
      “Sorry sayang. Abang saja je nak bagi surprise kat sayang abang ni. Seminar dah habis. So, tu yang balik awal tu. Terkejut eh?” Soalnya sambil tersenyum memandangku.
    “Mahunya tak terkejut. Ingatkan siapalah tadi. Kenapa abang tak balik rumah terus?” Soalku lagi.
    “Abang nak balik dengan isteri abang ni. Lagipun, malaslah balik rumah awal-awal. Bukan ada sapa-sapa pun. Kalau ada Reen, tak pe lah jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih memandangku.
     Aku mengerutkan dahi. “Pulak? Macam budak-budaklah abang ni. Ok la.. abang tunggu kejap eh. Reen nak kemas barang.”
    Sahel Haqimy tersengih lagi. “ Ok.. jomlah abang tolong. Reen tu bukan boleh percaya. Kata nak kemas barang, kejap lagi kang.. tengok-tengok dok bersembang dengan kawan baik dia tu.”
      Aku membantah. “Ala.. tak payahlah.. Reen kemas sekejap je ni…ab..” Tak sempat ku sudahi kata-kataku, suamiku itu sudah memintas.
     “Kenapa banyak cakap sangat ni? Jom.” Katanya sambil menarik tanganku sekali. Aku menggerutu di dalam hati. hish.. dia ni. Ini yang aku tak gemar ni.

Malam itu, ketika sedang menonton tv.. aku memberitahu Sahel tentang kenduri yang mak nak buat hujung minggu nanti.
     “Abang, sabtu ni mak nak buat kenduri. Kita balik eh?”Aku memulakan bicara.
     Sahel yang ketika itu sedang ralit menonton perlawanan bola sepak di tv mengerutkan dahi. “ Kenduri apa sayang?” Soalnya sambil memandang sekilas wajah isterinya yang sedang memandang ke arahnya.
      “kenduri tahlil untuk arwah atok. Kita balik ya, bang?”
      Sahel Haqimy mengelus-ngelus janggutnya yang sejemput itu. “Tak boleh la sayang..” Balasnya dengan nada bersahaja.
     Aku tersentak mendengarnya. “Kenapa pulak?” Abang ada program ke sabtu ni?” Soalku sambil membuat muka tak puas hati. Takkan la ada seminar pulak kot. Desis hatiku.
     “Abang dah janji dengan orang. Sorry ye sayang.” Jawabnya lagi sambil masih mengekalkan muka selambanya.
     Aku sudah buat muka bengang. Ish.. ada ke orang lagi penting? Dia ni memang nak kena tau. “So, now.. abang nak kata, orang lagi penting la?” Soalku dengan nada geram.
    Sahel Haqimy yang mendengarkan kata-kata itu, terus menghela nafas panjang. Dia menutup tv dan terus memusingkan badannya ke arah isterinya yang seakan-akan bengang dengannya. Dia menarik tangan isterinya itu.
     Aku yang sudah mula panas hati, menarik semula tanganku. Orang tengah marah, dia boleh pulak nak manja-manja segala. Eii… geram betul. Tak rasa bersalah ke suamiku ini? Soalku di dalam hati.
     Sahel Haqimy tersenyum. Dia tahu isterinya itu sudah mula merajuk dengannya. “Sayang abang ni.. merajuk eh?” Soalnya. Saja menyakat isterinya itu.
     “Tak de la. Mana ada.” Jawabku sambil memeluk tubuh memalingkan wajah ke arah lain.
       “Sayang.. abang ada benda nak cakap ni.” Sahel Haqimy cuba memancing. Namun tiada reaksi dari pihak isterinya itu. Dia menggarukan kepalanya. Hai.. merajuk la ni. Dia menarik nafas panjang.
      “Sayang.. dengar la ni. Abang nak cakap sesuatu ni.”
     Aku masih lagi membatu.
     “Sayang…” Sahel Haqimy memanggil lagi sambil mencuit-cuit pinggang isterinya itu.
    Aku yang mudah merasa geli di bahagian pinggang, terasa mahu menjerit saja menyuruh suamiku itu supaya jangan main-main di bahagian pinggangku. Tapi, disebabkan perang dingin yang aku lancarkan, aku mengambil sikap diamkan diri je.
       “Sayang….. pandanglah abang. Abang nak cakap something ni.”
       Aku yang sudah tidak tahan geli itu segera berpaling dengan muka geramku. “Abang nak apa ni?” Soalku geram.
       Sahel haqimy tersengih-sengih memandang muka isterinya itu. “Abang nak cakap.. yang abang kena balik rumah mak mertua abang sabtu ni.”
      Aku yang mendengarnya terkebil-kebil seketika. Aku salah dengar ke? Dia sebut mak mertua kan? Kalau mak mertua, maksudnya mak aku la kan? Eh.. tapi, tadi dia kata tak dapat nak balik. Eh.. kejap-kejap..berapa ramai mak mertua yang suami aku ni ada?
      “Abang cakap apa tadi? Mak mertua? Mak mertua yang mana satu?” Soalku lurus.
     Giliran Sahel Haqimy pulak yang membuat muka. “Sayang ni kan.. nak kena kiss dengan abang ke apa? Mak mertua abang, satu tu jela. Mak sayang tu. Sayang jangan nak macam-macam eh. Tu nak tuduh abang ada perempuan lain la tu.” Sahel Haqimy membuat muka bosan.
     “Yelah.. abang tu bukan boleh percaya pun.” Sengajaku tambah lagi panasnya.
   “Syazreen..” Sahel Haqimy sudah menyebut nama penuhnya. Dia tidak suka isterinya itu menganggap dirinya sebegitu. Walhal, dia teramatlah sayang kepada isterinya itu sampai tidak pernah terlintas dihatinya untuk menduakan wanita itu.
     Oppst.. alamak! Dia dah sebut nama penuh akulah. Sah-sah la tengah berangin tu.
    “Sorry bang.. Reen main-main jelah. Janganlah marah eh.” Aku menunjukkan isyarat peace kepada suamiku itu.
    Sahel Haqimy yang pada mulanya ingin marah, terus tidak jadi apabila melihat telatah isterinya itu. Perlahan-lahan senyuman terukir di bibirnya. Dia menggelengkan kepalanya melihat sengihan nakal isterinya. Lalu dia menarik isterinya supaya lebih dekat dengannya.
      “Isteri abang ni.. nakal kan? Jangan main-main pasal tu boleh tak? Apa pun jadi, abang sayang sorang je. Reen je permaisuri hati abang. Tak ada siapa pun boleh ganti tempat Reen dalam hati abang. Faham?”
     Aku mengangguk sambil terus melentokkan kepalaku dibahunya. Terharu pulak hatiku mendengarnya. “Reen mintak maaf bang. Reen janji tak cakap macam tu lagi.”
     Sahel Haqimy tersenyum sambil menarik hidung sederhana mancung milik isterinya. “Kalau Reen cakap macam tu lagi. Abang kiss Reen tiap-tiap saat.” Ugutnya.
      Aku mengangkat sedikit kepalaku. “Amboi.. dia tu yang main-main dengan kita tadi, tak apa pulak.” Kataku sambil mencubit lengannya.
      Sahel haqimy tersengih-sengih. “Abang main-main je. Jumaat ni kita balik Melaka, okey?”
    Aku tersenyum sambil mengangguk. Aku terus menyandarkan semula kepalaku dibahunya. Beberapa minit kemudian, aku mengangkat wajahku semula.
       “Abang.. macam mana abang boleh janji dengan mak yang kita nak balik hujung minggu ni?” Soalku.
      Suamiku itu tersenyum macam biasa. Pemurah betul dengan senyuman. Desis hatiku. “Sebab… mak dah telefon abang dulu sebelum telefon Reen.” Ujarnya sambil mengelus-ngelus rambutku.
      Aku mengerutkan dahi. “Erm.. dah agak dah. Mak tu suka macam tu. Tak puas hati la kononnya kalau tak cakap sendiri dengan orang yang nak dijemput tu. Hai.. mak.. mak..”
     “Marah?” sahel haqimy menegur isterinya yang tiba-tiba diam itu.
     Aku tersengih. “tak de la.. teringat pulak kat mak yang beria-ia suruh Reen cakap kat abang. Rupanya dia sendiri dah cakap.” Aku tergelak kecil.
     Sahel turut tergelak. “mak mertua abang tu kan sayang kat abang.”
     Aku mencebik. “Eleh… perasan.”
     “Jealous la tu.” Sahel haqimy mengusik.
     “Tolonglah.” Balasku
     “Eleh.. eleh. Yelah tu. Isteri abang ni jealous eh?” masih lagi mengusik isterinya itu.
     “Abang…” aku menjegilkan mata ke arahnya.
    “Yelah.. yelah…” sahel Haqimy memeluk isterinya itu. Syazreen..Syazreen. Sahel Haqimy merasakan yang rumah tangganya semakin berseri. Memang itu pun harapannya sebaik sah menjadi suami kepada isterinya itu. Ya Allah.. kau berkatilah perkahwinan kami ini ya Allah. Doanya di dalam hati.


Pesanan Penaja : .. lately ni tak tau kenape malas sgt nak update blog. Idea tu ade.. tapi, bila nak menaip je.. datang la "Encik M" ni menyerang.. huhu.. Tapi, alhamdulillah.. sebabkan sokongan2 kawan2 yg rajin menyapot Permaisuri Hati, saya jadi rajin pulak tetiba nak update citer ni.. InsyaAllah, the next chapter.. will be update soon..:) Doakan sye eh.. semoga terhibur dgn bab baru ni and jgn lupe... leave ur comment ok.. (^_^) ~Ain Sabrina~

Saturday, May 12, 2012

Announcement..(^_^)

Assalamualaikum.. lama tak update blog. Tapi, tak leh lama-lama sangat berblog ni. Need to settle a few things. Ceh..ceh.. ceh.. a few things la sangat kan? hahaha..


Just to inform yang saya akan update Permaisuri Hati hari ni. InsyaAllah.. just wait and see ok. Hehe. 


Thankz to all yang sudi sangat2 menyapot citer yang tak seberapa tu.. really appreciate it.. 


Allah je yang dapat membalasnya. :)


Pesanan penaja : nak buat surprise utk nenek. hehe.. sebelum terlupa, SELAMAT HARI IBU untuk semua ibu2 di dunia ni.. especially to Mak saya.. and also to nenek saya yang sporting.. hehehe...

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...