Tuesday, May 31, 2011

~boring nyer hari ni....~

Assalamualaikum sumer....

hari ni macam biasa...bangun pagi gi kelas investment...satu kelas jer pun..huhu..tapi, kena berbaju kurung segala..eish, memang agak 'sayang' la baju tu...kesian, sebab dipakai hanya tak smpai beberapa jam...even 2 jam pun tak sampai..tapi, terpaksa dikotorkan..hahaha...
yelah...rules baru kat kolej kan..bukan la baru sangat...dah lama dah pun..memang wajib berbaju formal..tapi, sebabkan saya selama ni suka buat tak dengar je pasal rules tu kan...itu yang kali ni macam kena dengar je balik...sebab takut dikatakan pelajar yang tak reti nak beretika...hahahaha...

saya memang macam ni ok...susah nak pakai formal kalau tak betul2...sangat rimas..saya dah la jenis sempoi..pastu nak suruh berpakaian formal even satu kelas je..memang saya jarang la nak 'dengar kata'...hahaha..

hari ni keje saya kan..hehe..nak citer la sikit nih...since kelas hari ni pun satu je..so, keje saya hari ni tido..tido...and tido je..wow! sangat teruk kan? mesti kawan2 saya bengang agaknya dengan saya..sebab asyik tido je...hehehe....tu la..erm, sebab dah tak tau nak buat apa lagi kan..semester ni baru je mula..so, kelas belum terasa pack sangat...tapi, insyaallah...lepas ni komfem pack la...tiada keraguan lagi..hihihihi....

lama jugak saya tak membebel kan..huhu..actually, ni pun sebab dah x der keje nak buat..daripada saya dok buat perangai..naik atas katil pegi tido balik..baik saya update entry terbaru...dapat gak tahan nafsu nak tido balik..hahahaha..saya memang kuat tido!!! hehehehe...no wonder la mak and ayah saya selalu bising dengan saya...kih3...ampun..ampun mak..ayah...hehehe...

erm..bila la elaun saya nak masuk yer? saya dah kering sangat2 nih.. huhu.. sampai sini je la dulu ye...terasa malas pulak nak menaip bebanyak ni...hehehe..adioz..salam semua...:-)

Wednesday, May 11, 2011

~ermmm...blogging time..~

hai2!!Assalamualaikum semua...hehe..
apa khabar erk hari ni? bukan hari je la..hari2 sebelum nih pun..ape cer jer? huhu..
saya macam bese la..dok umah..tido! tak tido pun..layan MARIMAR..pastu, masuk bilik...edit PH..hihi..itulah keje saya sejak dua menjak nih..

oh ye..saya baru je balik dari UiTM...tengok bebbudak kolej saya bersukan..hehe..erm,,malangnya kalah la team2 kolej saya..nak buat cam ne? dah adat bertanading kan...lagipun,kolej saya tu baru je hantar wakil tahun nih..so,first experience la kiranya..atau mungkin jugak sebb saya takde kat situ bagi sokongan dan dorongan kot..hahahahaha...

pape pun, gud luck untuk diorang sumer...kalau tak pat nak bagi performance yang baik...and kalau agak2 nk kalah tuh...janganlah segan2 nak ingat muka saya nih yer..hahahaha..pesanan seorang insan yang tersangat perasan!!!hahahaha...

p/s ; tengah cari2 idea lagi untuk siapkan permaisuri hati..semoga diberi kekuatan dan semangat..amin..:-)

Tuesday, May 3, 2011

~susunan terbaru..~

salam semua...ingat tak entry sebelum ni yang saya uar2kan pasal nak arrange balik entry for permaisuri hati? erm....ni lah hasilnya. And saya ada buat penambahan bab...kalau dalam entry sebelum ni..hanya ada bab 1 sampai 20 je..kali ni saya tambah lagi 6 bab...cukup la dulu kan..yang lain masih dalam proses 'pembuatan'..hahahaha...

selamat membaca..ur comment is highly appreciated..:-)

~permaisuri hati~

                                                                   Bab  26




Majlis sambut menantu di sebelah pihak lelaki berjalan dengan suasana yang cukup meriah sekali.Hampir 1000 orang jemputan yang hadir.Kakakku Syahira turut pulang untuk meraikan majlis kali ini.Rakan-rakan sejawatanku dan Sahel juga turut menghadirkan diri.Tidak ketinggalan juga rakan baikku,Elly.Beberapa orang studentku juga turut serta.

       “Tahniah Reen.I’m happy for you.”Ucap Elly sambil memelukku.Ketika itu suasana sudah lengang kerana tetamu kebanyakkannya sudah pulang.

      Aku membalasnya dengan ucapan terima kasih.”Thanks,geng.Hisyam mana?Dari tadi aku tak nampak pun.”Soalku sambil mencari-cari kelibat Hisyam.

      Elly tersengih.”Itu hah..tengah dok berborak dengan laki kau.”Ujarnya sambil memanjangkan muncung ke arah bawah khemah.Aku memandang ke arah yang ditunjukkan Elly itu.Kelihatan Hisyam sedang berborak dengan Sahel.Dalam hati,dia memuji kekacakan suaminya itu.Emm,handsome juga laki aku ni.Kenapalah aku tak perasan erk?

     Tanpa disedari,Sahel Haqimy turut memandang isterinya itu dengan ekor matanya.’Hmm..kat mulut,cakap benci.Tapi,kat dalam hati memuji.Syazreen..Syazreen..kenapalah susah sangat nak mengaku sayang kat aku?Bukan susah pun.’Sahel bermonolog di dalam hati.Dia tahu yang isterinya itu juga mempunyai perasaan yang sama sepertinya,Cuma dia terlalu ego untuk mengakuinya.

    Sedang aku ralit memerhatikan suamiku dihujung sana,aku dikejutkan dengan satu soalan dari Elly yang sudah cukup membuatkan aku tergamam seketika.

    “Reen..macam mana dengan malam pertama?Best tak?”Elly menyoalku dengan sengihan yang melebar.

     Aku tersentak.”Hei,Elly..soalan apa kau tanya ni?Kalau orang dengar..malu tau tak?”Marahku sambil memandang sekeliling.Nasib baik takde orang.Kalau tidak..buat malu aje!Hish,mak cik ni..soalan..takde filter langsung!

     Elly tergelak.”Alah..mana ada orang kat sini.Aku dengan kau aje kot.Macam mana?Ok tak?

    “Elly..kau pernah dengar tak..orang pergi majlis kahwin,dapat makan kasut pengantin?”Soalku serius.

     Elly sudah mengerutkan dahi.”Hish..kau gila ke apa? Mana ada orang pergi kenduri
kahwin dapat makan kasut pengantin.Ada-ada aje kau ni.” Jawab Elly lurus tanpa menyedari kata-kata itu sebenarnya berupa sindiran.

   “Hah..kalau kau tak nak jadi orang pertama yang makan kasut aku ni..baik kau tanya soalan-soalan yang lebih mencabar minda lagi. Kalau tidak,kasut aku nih bila-bila masa je boleh terbang masuk dalam mulut kau tu.” Tuturku dengan nada bersahaja.

    Elly sudah tersengih-sengih.”Alah..yelah..yelah..nak bergurau pun tak boleh.Relaxlah geng..aku main-main jelah.Hish,sejak jadik bini orang nih..emosi kau terlebih-lebih pulak kan?”Usik Elly sambil ketawa kecil.

     Aku mendengus.” Mana tak emosinya..dapat laki yang masuk air macam dia tu.” Jawabku sambil memandang ke arah Sahel yang sedang berbual tidak jauh dari tempat dudukku dan Elly.

     “Kau panggil suami kau masuk air,Reen?Hish..tak baik tau. Masuk air dia pun,dia dah jadik suami kau. Sekarang,syurga kau kat bawah tapak kaki dia. Tak baik kutuk-kutuk suami sendiri.Nanti tak cium bau syurga,baru kau tahu.”Elly memberi ceramah percuma.

     Aku terdiam mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut Elly sebentar tadi. Aku sedar,banyak benda yang aku buat sudah membolehkan aku dianggap sebagai isteri yang derhaka.Namun,apa yang boleh aku buat sekiranya perasaanku terhadapnya hanyalah perasaan sebagai seorang kawan.

     “Hah!Tengok..dah touchinglah tu.”Sergah Elly sambil mengusikku.Dia ketawa apabila melihat reaksiku yang terkejut apabila disergah olehnya.

     Aku membulatkan mata.”Eh,makcik..kau ni kan,suka sangat terkejutkan aku tau!lagi satu,bila masa pulak aku touching?Suka-suka hati je cakap aku touching.”Ujarku geram.Ish..minah ni..suka main serkap jarang.Rungutku dalam hati.Sebenarnya aku agak kalut juga apabila disergah sebegitu.Aku tidak mahu Elly tahu yang aku sememangnya agak terkesan dengan kata-katanya itu.

     Elly ketawa.”Eleh..yelah tu.Habis,yang tadi tu..dok termenung sakan tu apahal?”Soal Elly sambil tersenyum sinis.Dia yakin yang Syazreen terkesan dengan kata-katanya itu.Rakannya itu akan cepat tersentuh apabila ayat-ayat yang sebegitu dituturkan.Disebabkan itu,dia sengaja memberikan ‘tazkirah’ percuma kepada rakannya itu.
     “Eh..eh..kau ni.Tak reti-reti lagi..termenung tu kan hobi aku.So,suka hati akulah nak termenung ke..nak berangan ke apa.”Jawabku memberi alasan.”Elly..aku hauslah.Tolong…”Aku tersengih-sengih memandangnya.Elly yang nampaknya mudah pula dia memahami bahasa isyaratku itu segera menjawab.
 
   “Wah..wah..mentang-mentanglah bergelar raja sehari..sampaikan nak ambik air pun,dah tak boleh dah.”Sindir Elly sebelum berlalu menuju ke bawah khemah yang menempatkan makanan dan minuman.

         Aku tersengih sambil mengangkat bahu.Sedang aku sibuk melayan perasaan sementara menunggu Elly,tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu sergahan yang tidak berapa kuat,tetapi sudah cukup membuatkan aku terkejut.

        “Hah!Sayang abang ni..berangan ya?”Soal Sahel mengusik isterinya.
        Aku beristighfar di dalam hati. Ini lagi sorang..dari dulu sampailah sekarang..asyik nak terkejutkan aku aje tau kerjanya.Hish,tak reti agaknya nak bagi salam.

      “Assalamualaikum..”Sindirku.

      “Oppst..sorry..abang lupa..apa-apa pun,walaikumsalam.”Sahel tergelak-gelak sambil di dalam hati memarahi diri sendiri.

     Aku menjelingnya.”Hah..ni apsal tersengih-sengih macam kerang busuk ni?Dah takde kerja lain dah?”Soalku.

    “Sebab dah takde kerjalah..abang dok tersengih-sengih.Kalau ada,abang tak duduk tersengih-sengih macam ni.”Sahel ketawa kecil.”Jom sayang,kita jumpa sedara mara abang.Reen pun belum kenal sangatkan dengan sedara mara sebelah abang.Jomlah.abang kenalkan.”Katanya sambil menarik tanganku.Aku segera menarik balik tanganku.

     “Kejap lagilah.Saya tengah tunggu Elly nih..”

      Belum sempatku habiskan kata-kata,Elly terlebih dahulu sudah menyampuk.Bila pulaklah cik kak sorang ni muncul?Soalku hairan.

     “Eh..takpe..takpe…kau pergilah dulu.Aku tunggu kau kat sini.”Ujarnya tersengih-tersengih memandangku.Aku yang mendengarnya segera membulatkan mata tanda tidak setuju.Tetapi,pandanganku itu tidak dihiraukan oleh Elly.Malahan dia buat-buat tidak nampak pula seraya berlalu menuju ke arah Hisyam sambil mengeyitkan mata kepadaku.Aku mengetap bibir menahan geram.Siap kau Elly!Jaga kau!Tak reti-reti nak tolong kawan dalam kesusahan betullah dia ni.


 AKU sudah pun berada di dalam bilik.Emak dan ayahku sudah pulang ke Melaka kerana esok,adik-adikku sudah mula bersekolah.Kakakku Syahira dan abang iparku juga turut berangkat pulang ke Johor Bharu kerana katanya ada seminar yang perlu dihadiri.

     .Sahel tidak kelihatan.Mungkin masih berada di bawah.Aku malas untuk berlama-lama di situ.Aku sengaja mencari alasan untuk kembali ke bilik kerana tidak tahan dengan perangai lelaki itu yang sesuka hati memeluk dan memegang-megang tanganku di hadapan semua ahli keluarganya.

      Waktu asar sudah pun masuk beberapa minit yang lalu.Aku segera menanggalkan tudung berwarna coklat cair yang ku pakai sejak tengah hari tadi lalu mencapai tuala menuju ke bilik air.Beberapa minit kemudian,aku keluar dengan lengkap berpakaian.Tak nak aku berkemban dengan selambanya.Dahlah kena stay satu bilik dengan Sahel suamiku itu.Walaupun lelaki itu sudah sah menjadi suamiku,aku masih belum dapat menyesuaikan diri dengan status baru kami ini.Lagi pula,aku malu kalau keluar dari bilik air dengan hanya bertuala saja.

        Baru sahaja aku ingin membentangkan sejadah,terdengar pintu bilik terkuak.Terjengul wajah Sahel dengan senyuman yang melebar.Aku kembali menyambung perbuatanku yang tergendala sebentar tadi.Aku yang sudah siap sedia untuk menunaikan solat asar terhenti seketika apabila sahel memintaku untuk menunggunya kerana ingin berjemaah bersama katanya.

      “Sayang tunggu abang ya.Kita jemaah sama-sama.”Ujarnya seraya berlalu menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.

      Aku hanya memandang langkah perlahan suamiku itu.Aku sememangnya senang sekali apabila dapat menunaikan solat secara berjemaah dengan lelaki yang sudah hampir sebulan menjadi suamiku itu.Masuk kali ni,sudah dua kali lelaki itu mengimamkan solat.Suamiku itu memang lelaki yang baik.Tetapi,kenapa aku masih tidak dapat menerima dirinya?Bukankah ciri-ciri itu yang aku inginkan untuk dalam senarai carta untuk mencari calon suami?Aku menyoal diri sendiri.Lamunanku terhenti apabila pintu bilik air terbuka.Aku terkocoh-kocoh membentangkan sejadah yang aku capai di tempat penyidai yang ada disebelahku.Ish,macam mana boleh mengelamun jauh ni?Aku mengutuk diri sendiri.Habislah,mesti kena perli kejap lagi ni.

     “Hai…punyalah lama abang tinggalkan sayang,sayang baru nak bentang sejadah?Sayang berangan eh?”Sahel Haqimi menyoal sambil tersenyum sempat mengenakan isterinya itu.

     “Eh…hello..tolong sikit ya.Siapa kata saya berangan?Pandai-pandai je.Saya cari sejadahlah tadi.Baru jumpa.Sebab tulah lambat saya bentangkan sejadah ni.”Jawabku dengan jawapan yang sebernas mungkin.Gila nak mengaku yang aku sempat mengelamun masa dia masuk bilik air tadi.Hish,malu jer.

     Sahel Haqimy tersenyum memandangku sambil mengangkat kening.”Iya ke ni?Ke…..”

     “Dah..dah..awak tak payah nak usik-usik saya.Cepatlah solat.Dah lambat dah ni.Tadi saya nak solat dulu.Awak tahan.Suruh tunggu awaklah.Itulah..inilah.Sekarang ni…dia pulak yang nak melambat-lambatkan.”Bebelku sambil mengambil tempat.Sengaja aku memintas kata-katanya itu.Kalau dibiarkan,memang makin menjadi-jadilah perangai mengusik si mamat sorang ni.

      Sahel Haqimy ketawa mendengar bebelan isteri kesayangannya itu.Syazreen..Syazreen.Boleh tahan jugak dia membebel.”Amboi…berleter nampak isteri abang ni.Yelah..yelah.Jom kita solat.”Dia bergerak ke depan sedikit.Aku yang berada di belakangnya tersengih mendengar perkataan berleter itu.Hah,baru kau tahu.Kau lupa ke kau kahwin dengan siapa?Aku berkata-kata di dalam hati.

~permaisuri hati~

                                                          bab 25


SAHEL Haqimy memasukkan beg pakaian ke dalam bonet kereta.Kami akan pulang ke KL hari ni kerana esok aku dan Sahel sudah mula bekerja.Aku sedang memeluk emak dan ayah.Tiba-tiba terasa sayu hatiku ingin berpisah dengan orang tuaku di saat ini.Bukan tidak pernah berpisah.Namun,perasaan kali ini amat berlainan sekali.Mungkin disebabkan status isteri yang telah menjadi milikku sejak seminggu yang lalu membuatkan aku berasa begitu.

    “Dah jadi isteri orang ni..jaga diri tu.Jaga rumah tangga.Jangan nak bergaduh aje kerjanya.”Tegur emak.Aku mengangguk.Aik..mak ni macam tahu-tahu je yang aku dengan Sahel selalu bergaduh.Tiba-tiba rasa sebak menyelubungi diri.

    “Yelah mak.Mak jangan risau.”Ujarku dengan nada sebak.Tanpa disedari air mataku meleleh.

    “Yang kau menangis ni kenapa pulak Reen?Dah jadi bini orang pun masih nak menangis lagi?”Soal Emak.Ayah hanya tersenyum.Faham benar akan sikap anak perempuan bongsunya itu.Mudah sangat menitiskan air mata.

     “Orang sedihlah nak tinggalkan mak dengan ayah.”kataku sambil mengesat air mata yang mengalir di pipi.

      Emak dan ayah ketawa.”Reen..Reen..kau ni dah jadi isteri orang.Tanggungjawab ayah dengan emak dah lepas.Sekarang ni,tanggungjawab tu ayah dah serahkan pada Sahel.Ayah harap,Sahel boleh jaga Syazreen macam mana ayah dan emak kau jaga dia.”Ujar ayah kepadaku dan sempat menitipkan pesan kepada sahel.

     Sahel mengangguk.”Ayah dengan emak janganlah risau.Insyaallah..Sahel akan jaga Reen baik-baik.Sama macam mana mak dengan ayah jaga dia selama ni.Sahel takkan sia-siakan Reen.”Tuturnya bersungguh-sungguh.

     Aku Cuma mendiamkan diri.Dalam hati perasaan geram masih ada lagi terhadap suaminya itu kerana tidak mahu membenarkannya untuk tinggal bersama Elly. 

    “Ayah tahu,kau boleh jaga anak ayah ni baik-baik.Ayah percayakan kau.Dahlah,pergilah bertolak.Takut lambat kau orang sampai nanti.”Kata ayah sambil menepuk-nepuk bahu Sahel.

    Aku memeluk emak kemudian ayah.

    “Jaga diri elok-elok.Ada masa,mak datang jenguk kau kat sana.”Pesan emak.

    “Emak pun jaga diri.Ayah..pun sama tau.Kirim salam dengan akak dan adik-adik.

     Setelah bersalaman dan memeluk kedua orang tuaku,kami memulakan perjalanan.Perjalanan yang agak lama itu akibat kesesakkan lalu lintas membuatkan aku berasa bosan.Sedih dihati  masih bersisa membuatkan aku selesa mendiamkan diri.

     Sahel di sebelah sesekali mengerling ke arah isterinya.Dia tahu Syazreen masih marah terhadapnya sebab peristiwa malam tadi.Dia cuba memegang tangan Syazreen.Namun dengan pantas ditepis oleh isterinya itu.

     “jangan pegang-pegang boleh tak?Saya tak suka tau.”Marahku.

    Sahel Haqimy tersentak.Namun,sebentar kemudian dia tersenyum.”At last..abang dengar jugak suara isteri abang ni.Sayang marah kat abang pasal semalam ke?”Soalnya sambil tenang memandu.

    Aku mendengus.”Saya tak nak cakap dengan awaklah!Lagi satu,stop calling me like that,boleh tak?Saya tak suka tau!”Marahku.Orang tengah tak ada mood..dia boleh pulak nak bersayang-sayang segala!Menyampah betul!

    Sahel ketawa.Syazreen..Syazreen.Awak ni keras hati betul kan.Patutlah ayah pesan,suruh jaga awak baik-baik.Rupanya,anak dara dia sorang ni keras hati.”Ujarnya mengusik.

   Aku menjegilkan mata ke arahnya.Sahel tersenyum lagi.”Yelah..yelah.Abang tak cakap lagi.Abang senyap aje.”Sahel terus menugunci mulutnya sambil memandang ke depan semula.

   Aku memandang ke arah tingkap.Tahu takut.Nak main-main lagi.Ngomelku di dalam hati.Sahel meneruskan pemanduannya sambil menggelengkan kepala.Dia memujuk hatinya supaya bersabar dengan kerenah isterinya itu.Abang akan sabar sayang.Abang takkan putus asa untuk memenangi hati sayang.Sahel haqimy berkata di dalam hati.



Aku terjaga apabila terasa bahuku dicuit.Aku membuka mata dan melihat sekelilingku.
Sahel sedang tersenyum memandangku.Aku mengerutkan dahi dan di dalam hati tertanya-tanya.Dekat mana ni?Tak pernah tengok pun rumah ni.Ini bukan rumah sewa aku.

     “Jom sayang..turun.Kita dah sampai.”Katanya sambil keluar untuk membuka pintu pagar.

     Aku membuka tali pinggang keledar dan melangkah turun dari kereta.Aku segera mendapatkan Sahel.”Kita kat mana ni?Ini bukan rumah saya.Rumah awak pun bukan saya rasa.”Soalku dengan nada curiga.Hish,takkan nak pecah masuk rumah orang kot.Biar betul dia ni.Aku berkata di dalam hati.

    Aku bertanya lagi apabila dia tidak menjawab.“Awak…awak dengar tak saya tanya ni?Kita kat rumah siapa sekarang?Awak jangan buat pasal.Saya tak nak masuk penjara.”Kataku dengan wajah cemas.

    Sahel haqimy mengerutkan dahi.Kemudian,dia ketawa.”Syazreen…Syazreen.Apa yang Reen merepek ni?Ini rumah kitalah.Nak masuk penjara apanya pulak.Bukan kita ceroboh rumah orang.Kita nak masuk rumah kita.Tahu..rumah kita.”Ujarnya sambil menggelengkan kepala melihatku.

    Aku menggaru kepala yang tidak gatal.Ek eleh,cakaplah rumah dia.Buat malu aku aje.Aku mengutuk diri sendiri.

    “Dah..jom..masuk.Tak payah risau.Abang gerenti Reen takkan masuk penjara.Kalau masuk penjara pun..jangan risau..abang temankan.”Dia tergelak besar.Dia kembali ke kereta untuk mengambil beg pakaian.

     Kurang asam.Sindir akulah tu.Aku mendengus di dalam hati.Aku melangkah masuk.Sebaik sahaja menjejakkan kakiku ke dalam rumah dua tingkat itu,aku terpaku seketika melihat hiasan dalamannya yang kemas sekali.Pandai juga mamat ni menghias.Desis hatiku.Aku meliarkan mata ke sekeliling rumah itu dan sekali lagi aku terpaku melihat gambarku tergantung di dinding.Sebelahnya pula gambar Sahel.Bila masa pulak dia ambik gambar aku ni?Soalku di dalam hati.

     “Cantik tak rumah ni?Abang dah lama beli rumah ni.Sebelum kita kahwin lagi.Tapi,masa tu abang tak terfikir nak duduk pun..sebab abang nak duduk dengan isteri kesayangan abang ni bila kita dah kahwin.”Katanya dengan panjang lebar.

     Rumah dia?Hmm..kenapa aku tak tahu yang dia ada beli rumah erk?Soalku dalam hati.”Awak tak pernah beritahu saya pun,yang awak ada beli rumah?”Soalku.

    Dia tersenyum.”Abang saja nak buat surprise untuk sayang.Sayang suka tak?”Dia menyoalku lagi.

    Aku Cuma mengangguk.Dia tersenyum sambil mengangkat beg-beg pakaian kami ke tingkat atas.

    “Jom..abang tunjukkan bilik tidur kita pulak.”

    Bilik kita?Aku mengerutkan dahi.Hish..takkan nak tidur sebilik kot.Tak boleh jadi ni.Aku kena tanya dia sekarang jugak.

    “Eh..kejap..kejap..kita kena tidur sebilik jugak ke?”Soalku selamba.Sahel yang ketika itu sudah mendaki anak tangga,berpaling ke arahku dengan pandangan pelik.

    “Habis tu..takkan nak tidur lain-lain bilik pulak.Mestilah tidur satu bilik.Kenapa?”Soalnya dengan muka yang serius sambil terus menonong ke arah bilik tidur utama .

      “Saya tak naklah.Awak tidur bilik ni…saya pergi cari bilik lain.Ok?”Aku berkata seraya ingin berlalu.Namun langkahku terhenti apabila Sahel menarik lenganku.Aku mengerutkan dahi.

      ”Kenapa pulak ni?”Soalku marah.

     “Abang guraulah.Bilik ni memang bilik Reen pun.Bilik abang kat sebelah sana.Takut sangat kalau dengar tidur sebilik.”Katanya sambil mengusikku.Dia meninggalkanku selepas menghulurkan beg pakaian dan barang-barangku.Aku menarik nafas lega.Mahunya tak takut.Kataku di dalam hati.



MALAM itu,Sahel mengajakku keluar makan malam.Macam biasa,kami bertekak lagi kerana aku tidak mahu menurutnya.

     “Syazreen..jomlah.Awak ni kenapa degil sangat?Abang nak bawak awak keluar pergi makan aje.Bukan nak pergi mana-mana pun.Karang kalau tak makan,perut tu kosong.Nanti sakit pulak.Jom ikut abang.”

     Aku mendengus marah.”Awak ni,tak faham ke?Kan saya dah cakap,saya tak lapar.Berapa kali nak kena repeat ni?I ‘ve told you..i’m not hungry!Kalau saya nak makan nanti,pandai-pandai sayalah nak cari.Awak tak payahlah nak risau-  okey?”Ujarku dengan muka bengang.

     “Nope..abang takkan tinggalkan Reen sorang-sorang kat rumah.Kita baru pindah kat sini Reen..jiran pun kita tak kenal lagi.Takkanlah abang nak keluar dengan Reen abang tinggalkan sendirian kat rumah ni.Bahaya tau tak?Dah jom..abang tak peduli,sayang lapar ke tak..i want you to go with me!Cepat siap,abang tunggu kat bawah.”Katanya dengan nada tegas.

      “Saya cakap..saya tak nak…saya tak naklah!Awak jangan nak paksa-paksa saya eh.Saya tak suka tau!”Aku masih berkeras tidak mahu mengikutnya.Orang dah tak nak tu,tak naklah..nak paksa-paksa pulak.Rungutku di dalam hati.

       Sahel Hakimie sudah mula berasa geram.Dia cuba berlagak tenang.Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu.

      ”Ok..fine..kalau Reen tak nak ikut abang,abang tak boleh buat apa.Tapi,abang nak Reen tahu je…petang tadi,abang dengar jiran sebelah rumah kita bercakap pasal diorang ternampak satu lembaga berkeliaran kat kawasan belakang rumah diorang.Itu yang abang dengarlah.Tak tahulah betul ke tidak.Tapi,Reen jangan risaulah..its just a rumour.Abang pergi dulu,okey.Bye!Err..before that..jangan lupa kunci pintu.Kot-kotlah betul ke cerita yang abang dengar pasal lembaga tu.”Sahel Hakimie terus berlalu sambil tersenyum kecil.

     Aku yang mendengar tiba-tiba berasa seram sejuk.Hish,asal tiba-tiba rasa takut semacam ni?Aduh,lelaki ni..suka tau buat aku gerun.Alahai..macam mana ni?Nak ikut ke tak nak?Aku berfikir sejenak.Ah..ikut jelah!

    “Eh..eh..awak..saya nak ikut.Tiba-tiba rasa lapar pulak.”Kataku dengan muka selamba.Sengajaku tunjuk muka selamba.Walhal,perasaan takut dah mula menular.Syazreen..Syazreen..bab cover line,memang kau terror!

     Sahel yang baru sahaja sampai dimuka pintu tersenyum sebelum menoleh.”Takutlah tu.”Ujarnya sambil tersenyum nakal.

    “Bukan takutlah.Tak berani aje.Tunggu kejap.Saya nak pakai tudung.”Aku mencapai tudung hitamku yang tersangkut di penyidai lalu menyarungkan di kepala.Setelah selesai,aku segera mengekorinya.
  
   Sahel Haqimy tersenyum.’Senang aje nak buat dia dengar cakap’.Dia terus berjalan menuju ke luar.



“SAYANG nak makan kat mana?”Sahel Haqimy menyoal isteri disebelah.Ketika itu mereka sudah pun berada di dalam kereta.Syazreen di sebelah di kerling.

     “Kat mulut.”Jawabku selamba.

      Sahel yang mendengar Cuma tersenyum sebelum membalas.”Oh..dah pandai menjawab eh sekarang.Abang tahulah kat mulut…takkan nak makan dekat lutut pulak.”

      “Habis tu..yang dok tanya-tanya lagi tu kenapa?Awak yang sibuk sangat ajak saya keluar makan..so,terpulang kat awaklah.”kataku pula.Dia yang ajak kita,lepas tu nak tanya kita pulak.

       “Yelah..yelah..abang yang salah.Ok. Janganlah marah.Gurau sikit pun tak boleh.Sayang ni...dari tadi asyik emosi je memanjang,kenapa?Period eh?”Dia menyoalku sambil tersengih-sengih.

        Aku yang mendengarnya mengerutkan dahi.”Awak jangan nak merepeklah.Boleh tak kalau awak bawak je kereta tu?”Ujarku geram.Orang dah lapar ni.Dia boleh pulak membebel.Hish...sakit hati betul.Eh..sejak bila pulak aku lapar?Bukan ke tadi aku yang beria-ia kata yang aku tak lapar?

       “Oh..sayang lapar ya?Hmm…kenapalah tak cakap awal-awal.Kalau abang tahu,abang rempit dari tadi lagi tau.”Dia mengusikku sambil ketawa kuat.

       Aku merengus geram. “Sahel!”

       “Ok..ok..abang diam.”Dia menutup mulutnya dengan sisa tawa yang masih ada.Geli hati pulak rasanya apabila melihat wajah mencuka isterinya itu.Sahel terus memandu dengan tenangnya.Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu.

      “Sayang..this is just to remind you.. minggu depan majlis sambut menantu untuk sebelah pihak lelaki pulak.”

      Aku yang sedang ralit melayan perasaan,terpinga-pinga seketika apabila terasa tanganku disentuh.

      “Beranganlah tu.Sayang ni..suka sangat berangan.Berangankan apa ni?Berangan nak tidur dengan abang malam ni,ya?”Ujarnya mengusikku.

      Aku mengerutkan dahi.”Hei..tolong sikit ya.Saya punya sukalah nak berangan ke..nak apa.Awak tu..bawak kereta elok-elok..ingat sikit..saya ada kat sebelah ni.Karang jadi apa-apa kat saya karang..”Aku tidak jadi meneruskan kata-kata apabila Sahel tiba-tiba memintas.

        “Syazreen..apa awak cakap ni?Selagi saya ada,saya takkan sesekali membahayakan nyawa orang yang saya sayang tahu tak.lebih-lebih lagi,isteri saya sendiri.Saya tak nak awak cakap macam tu kat depan saya.Nak cakap kat belakang saya,tak pe..”Sahel hakimy membuat lawak.Dia tersenyum sambil mengenyitkan matanya ke arahku.

        Aku memandangnya geram.Hei,boleh pulak dia buat lawak.Ingatkan serius sangat tadi.Aduhai..apasal lah mamat ni yang jadi suami aku?Masuk airnya tak hilang!Soalku di dalam hati.

        “Ala..abang guraulah..sayang janganlah marah,ok?”sahel haqimy cuba memujuk.Sedar akan kesilapan diri sendiri.Dia mengaku,dari dulu..dia memang suka benar mengusik dan mengenakan Syazreen.

       “Tak payah nak mintak-mintak maaf.Apa yang awak nak cakap tadi?”Soalku.

      “Abang cakap pasal majlis sambut menantu kat sebelah pihak abang nanti.Umi dengan abah nak buat besar-besaran tau.”

      Aku mengerutkan dahi.”Besar-besaran?Lah..nak buat apa pulak buat besar-besaran?Buat kecil-kecilan sudahlah.Lagipun,kat rumah saya hari tu pun dah cukup besar mak dengan ayah buat.Cakap dengan Umi dan abah,tak payahlah.”Kataku.Ingat artis ke nak buat besar-besaran bagai.

      “Yelah..itu dekat rumah Reen.Ini kat rumah abang pulak.Takpelah..dah Umi yag beria-ia sangat.Tak sampai hati pulak abang nak hampakan.”Ujarnya sambil tersengih memandangku.

       “Kalau Umi dah kata macam tu,I’ve nothing to say.”

~permaisuri hati~

                                                      Bab 24




Aku sudah membuat keputusan.Aku akan tinggal bersama Elly di rumah sewa kami dan Sahel akan tinggal di rumahnya.Aku tidak mahu duduk bersamanya selagi hatiku masih belum dapat menerimanya sebagai suamiku.Tapi,Elly bagi ke aku duduk kat rumah tu lagi?Dah terang-terang aku ni sudah menjadi isteri orang.Tak macam pelik pulak bila aku nak duduk dengan dia.Hish,tak pernah dibuat oranglah.Dah kahwin,tapi tak nak duduk bersama.Fikirku.Ah,lantaklah.Orang tak pernah buat,biarlah aku yang jadi orang pertama buat benda gila ni.Lagipun,mak dengan ayah bukannya tahu.Aku tersenyum seorang diri.

     Setelah memikirkan baik buruknya tindakkan yang bakal aku lakukan ini,aku menuju ke bilik.Kelihatan Sahel sedang membelek-belek sesuatu di tangannya.Dia tersenyum memandangku.

    “Hai,sayang.”Tegurnya.

    Aku mengerutkan dahi.”Jangan panggil saya sayang boleh tak?Saya gelilah.”Ujarku.Tidak peduli akan perasaan lelaki yang sudah bergelar suamiku itu.

    “Ok..i’m sorry.Abang tersasullah.”Dia tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi itu.

    “Hmm..saya ada benda nak bincang dengan awak ni.”Kataku.

    “Apa dia?Pasal bulan madu kita ke?”Soalnya ceria.

    “Hish..awak jangan merepek eh.Siapa pulak kata nak pergi bulan madu?Saya nak bincang pasal hal kita ni.”Jawabku dengan nada tegas.

     Dia mengerutkan dahi.”Syazreen nak cakap apa ni?Abang tak faham.”Soalnya dengan muka blur.

     Aku menarik nafas panjang.”Saya nak bagitahu awak,memandangkan saya masih tak ada perasaan cinta pada awak…saya nak tinggal dengan Elly.Saya tak bersedia lagi nak duduk serumah dengan awak.”

   “What!No..no..abang tak setuju.Awak ingat,dengan duduk bersama Elly akan selesai ke semua masalah ni?Nanti apa kata mak dengan ayah awak.Apa pulak kata mak dengan ayah abang?Awak tak fikir ke semua tu?”Ujarnya dengan nada tidak puas hati.Baginya,Syazreen tak patut buat keputusan macam tu.Siap nak duduk berasingan segala.Apahal dengan bini aku ni?Desis hatinya.

     “Sebab itulah saya nak bincang dengan awak.Kita rahsiakan perkara ni.Awak janganlah bagitahu mak ayah kita pasal hal ni.Kalau awak bagitahu,memanglah diorang akan tahu.”Jawabku dengan muka selamba.

     Sahel meraup mukanya.” Reen..kan abang dah cakap.Abang akan tunggu sampai Reen boleh terima cinta abang.Abang akan tunggu sampai bila-bila pun.Tapi,tak payahlah nak duduk berasingan pulak.Nanti apa kata orang-orang kat kampus tu kalau diorang semua tahu yang kita ni,nama aje suami isteri..tapi,duduk asing-asing.Abang tak setuju!”Dia berkata dengan nada tegas.

    “Sahel..

    “No..abang tak setuju.Kalau abang kata,abang tak setuju..abang memang tak setuju!Syazreen jangan buat abang marah.Abang boleh terima kalau Syazreen masih tak dapat nak menyayangi abang macam mana abang sayangkan Reen..tapi,abang tak boleh nak tunaikan permintaan Reen yang mengarut ni.Suka atau tak,Syazreen kena tinggal dengan abang!Faham?”katanya tegas seraya berlalu meninggalkan aku yang masih terkulat-kulat.

     Hish,nak minta tolong pun tak boleh.Entah apa-apalah dia ni.Ngomelku sendirian.Macam mana ni?Takkanlah nak duduk serumah dengan dia.Kalau ikutkan,memanglah wajib,seorang isteri berada di sisi suaminya.Tapi,aku tak cintakan dia.Macam mana aku nak duduk dan tinggal bersamanya jika perasaan sayang dan cintaku masih belum hadir?Hai..gasak kaulah Syazreen.Keluhku.

Malam itu aku menelefon Elly. Memberitahu rancangan yang telah aku fikirkan. Harapanku semoga Elly setuju,namun sebaliknya pula yang terjadi. Elly turut tidak mahu ‘bersekongkol’ denganku. Alasannya,dia tidak mahu aku mendapat dosa percuma dengan membuat perkara seperti itu. Teruk jugak aku dibebel olehnya. Mengalahkan murai tercabut ekor bila mulutnya itu tak berhenti-henti meleteri diriku.

       “Apa???Kau nak stay dengan aku?Ish..kau biar betul Reen. Kau jangan cari pasal boleh tak? Buatnya mak ayah kau atau mak ayah Sahel nak datang melawat korang nanti..macam mana? Ish..boleh jadik isu tau benda nih.

     “Ala..Elly..bolehlah. Kau kan kawan aku. Takkan kau tak kesian kat aku kot?” Kataku sambil  menjauhkan sedikit handphone dari telinga. Si makcik ni pun,kalau dah bercakap…tak geti nak slowkan volume tau. Asyik nak loud speaker je dia nih.

      “Aku bukan tak kesian kat kau. Tapi,cara kau ni salahlah Reen. Kau nak duduk berasing dari suami kau sendiri dengan sebab yang tak munasabah. Sebabnya still tak ada rasa cinta. Hei..cinta boleh pupuk Reen. Aku tak setuju kau buat macam ni. Kalau pun aku boleh tolong kau,tapi macam mana dengan Sahel? Kau tak fikir ke kesan jangakamasa panjangnya kalau-kalau family korang masing-masing dapat tau apa yang korang cuba buat ni? Nanti daripada takde masalah..jadik masalah pulak.”

      Aku terkebil-kebil sendiri mendengar kata-kata Elly itu. “Elly….kau janganlah pecahkan rahsia ni kat sapa-sapa. This is only between you and us. Only the three of us je. Tolonglah Elly. Sekali ni je. Tolonglah eh..eh? Erm..nanti aku belanja kau kueh tiow goreng….amacam?” Giliran aku pula menawarkan diri untuk membelanjanya. Kalau selalunya Sahel saja yang offer. Apalah salahnya kalau kali ni aku cuba membuat perkara yang sama seperti yang Sahel suamiku itu selalu lakukan apabila ingin memujuk Elly.
                                                                                          
      “Amboi..rasuah nampak?Boleh jugak. Aku nak  kueh tiow tom yam sekali tau. Tak nak kat kedai biasa. Nak yang kat kedai special yang kita selalu pergi tu.” Kata Elly sambil tergelak suka.

     Aku sudah tersenyum gembira. Yes!Elly setuju. Hehe..bestnya. Namun kegembiraanku itu hanya seketika. Belum pun sempat aku ingin menjawab, Elly terlebih dahulu menyambung.

    “Tapi….whatever it is..sorry my dearest friend. I can’t do that. Tempat kau di sisi suami. Bukan di sisi kawan baik. Kau tau kan apa hukum dia bila sengaja melarikan diri dari suami?”Lagi-lagi dengan alasan yang entah apa-apa tu. Elly sudah mula mengeluarkan hujah-hujah yang bernas. Dia tau sangat..sahabatnya itu akan cepat mengalah apabila dia memberikan hujah-hujah berkenaan dengan hukum hakam ni.

     “Ala Elly…janganlah macam tu. Ok..ok. Apa kata  aku up lagi…aku belanja coklat cadburry favourite kau tu. Amacam, nak tak?” aku mencuba sekali lagi. Untung-untung berhasil.

    “Nope..tak boleh. Kau nak belanja fereiro rosche ke..cadburry black forest ke..jawapan aku tetap sama iaitu TIDAK! Reen..sesungguhnya sebagai isteri kita perlu…”

    “Yelah..yelah..aku tau apa yang kau nak cakap. Tempat isteri adalah di sisi suaminya. Aku tak jadilah nak duduk dengan kau.” Ish, susah betullah cakap dengan makcik ni.

    “Pandai pun. Macam ni lah kawan aku. So,kau tak payah risau Reen. Insyaallah takde apa-apa yang berlaku. Kalau ada pun,its normal kot. Lagipun korang kan dah kahwin..dah sah jadik suami isteri pun and aku pasti, Sahel takkan buat apa-apa yang kau sendiri tak suka.”Ujar Elly dengan panjang lebarnya.

     Aku mengeluh. “tapi Elly..

     “Dah..tak payah nak bertapi-tapi segala. Believe me. Insyaallah..everything will be okey.” Kata Elly lagi.
   
     “aku harap-harap macam tu lah. Thanks ye Elly. Walaupun kau tak nak bagi aku stay dengan kau..tapi,aku still nak say thanks jugak.” Ujarku sambil ketawa kecil.

     Elly turut ketawa. “Small matterlah. Kau kan geng aku. Takde hal la beb. Tapi,sebelum tu aku nak ingatkan…”

     “Ingatkan apa pulak lagi? Dah banyak dah peringatan yang kau bagi aku tadi.”Soalku dengan nada bosan. Apa lagilah yang si makcik ni? Getus hatiku.

     “ish kau ni…bukan peringatan yang tu. Ini pasal offer kau tadi. Jangan lupa pulak kueh tiow goreng aku and..coklat cadburry sekali tau..tau…tau. “Elly berkata sambil ketawa besar.”

    “Weh...itu kalau kau setuju bagi aku stay dengan kaulah. Disebabkan kau beria-ia tak bagi aku stay dengan kau..so,kira batal ar offer tu.”Tuturku sambil ketawa.

    “Ah..takde..takde. aku tak kira. Aku nak jugak. Ok,bye!” kata Elly sebelum menamatkan perbualan.

    Aku terpinga-pinga bercampur geram. Ish..si makcik nih. Sempat je nak pau aku. Elly..Elly.

~permaisuri hati~

                                                       Bab 23




Azan subuh yang berkumandang membangkitkan lenaku.Aku mencelikkan mataku sambil melihat jam di atas meja yang terletak di sisi katil.Dah pukul 6.00 rupanya.Desisku.Aku bangun untuk menunaikan solat subuh.Selimut di badanku tolak ke tepi.Tiba-tiba aku berasa hairan.Semalam kalau tak silap.aku tidur kat bawah.Tapi,macam mana boleh ter’ada’ kat atas pulak ni?Aku berbicara seorang diri.Takkanlah aku boleh berjalan sendiri kot.Hish,tak mungkinlah.

   Aku mencari-cari kelibat sahel.Aku terpandang lelaki itu di bawah.Lah,dia tidur kat bawah ke?Aku berasa simpati tiba-tiba.Namun,aku cuba untuk tidak mahu memikirkan perasaan simpatiku itu.Di dalam hati,lega juga kerana suamiku itu tidak mengambil  kesempatan.Lalu aku melangkah menuju ke luar untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk.

    Sekembalinya aku ke bilik,Sahel sudah pun terjaga.Dia melemparkan senyuman manisnya kepadaku.Aku Cuma memandangnya dengan selamba.

   “Senyum..senyum..tak penat ke?”Soalku.

   “Tak..sebab,senyum tu sedekah.Kalau kita rasa amalan sedekah tu satu kerja yang memenatkan..lebih baik tak payah buat.”Jawabnya tenang.

    Aku diam.Malas mahu berlawan kata.Aku bersiap-siap untuk bersolat.Ketika sedang membentang sejadah,dia memanggilku.Aku menoleh ke arahnya.

   “Apa dia?”Soalku.

   “Syazreen tunggu abang,ya.Kita sembahyang jemaah.”Ujarnya sambil melangkah keluar untuk mengambil wuduk.

    Aku cuma mengangguk lantas mencapai sehelai lagi sejadah.Dalam hati bersyukur kerana,selama berkawan baik,lelaki ini memang seorang yang amat menjaga solatnya.Emak dan ayah juga selalu mengingatkan aku adik beradik supaya sentiasa menjaga solat tak kira di mana sahaja kami pergi.Begitu juga,kalau ingin mencari pasangan hidup.Yang paling penting sekali kata orang tuaku,agamanya.Tapi,sayang sekali kerana aku masih tidak dapat menerima cintanya

     Sedang aku sibuk melayan perasaan,pintu bilik terkuak.Tersembul wajahnya.Dia tersenyum dan terus mengambil tempat.Aku berasa tenang sekali apabila mendengar bacaan ayat suci al-quran yang dibacanya.

     Setelah selesai memberi salam dan mengaminkan doa,dia menghulurkan tangan.Aku menyambutnya dengan teragak-agak lalu menciumnya.Dia membalasnya dengan mengucup dahiku.Aku terkedu seketika.Dia tersenyum memandangku.

   Aku menarik telekung yang ku pakai itu.Selesai melipat telekung dan sejadah,aku berhasrat untuk keluar dari bilik itu.Tak selesa pulak bila duduk berduaan dengannya walaupun kami sudah bergelar suami isteri yang sah.Sahel kulihat sedang berbaring di atas katil.Sebaik sahaja aku ingin melangkah,dia menegurku.

    “Syazreen nak pergi mana tu?”Soalnya dengan nada perlahan.

    “Saya nak keluarlah.Nak tolong mak buat sarapan.Kenapa?”Soalku pelik.

    “Takde apa.Saja tanya.”Dia tersenyum memandangku.
    Aku mengerutkan dahi lantas berlalu meninggalkannya yang masih tersenyum itu.Aku ke dapur untuk menyediakan sarapan.Sampai sahaja di dapur,emakku lihat sedang mengeluarkan sesuatu dari peti ais.Kakakku juga ada bersama.

    “Hai..awal bangun pengantin baru kita ni mak.”Kata kakakku mengusik.

    Emak tersenyum.Aku membalas kata-kata kakakku.

   “Habis tu..takkanlah nak bangun lambat-lambat pulak.Nanti kena jerit dengan mak.Malu je.”Aku ketawa.Memang agak hairan sebenarnya apabila aku bangun begitu awal dari selalu.Yelah,kalau diikutkan aku selalu kena bebel dengan mak sebab perangai burukku yang suka sangat bangun lambat.

   “Oh..ha’ahlah..akak lupa pulak yang adik akak sorang ni dah bersuami.Dah jadi isteri orang pun.”

    “Tahu takpe.”Jawabku sambil ketawa kecil.

    ”Sahel mana?”Soal emak yang sedang menyiang sayur itu.

   “Ada kat dalam bilik mak.”Jawabku

    “Dah jadi isteri orang ni..buat perangai elok-elok sikit.Jangan nak buat perangai macam zaman anak dara dulu.Ingat sikit,awak tu dah ada suami.Nak buat apa-apa..mintak izin dengan suami dulu.Jangan ikut kepala sendiri je.”Emak menasihati aku.

    Aku mengangguk.”Yelah mak..orang tahu.Emak nak masak apa ni?”Soalku menukar topik.

   “Nak goreng mee ni ha.Lebih buat minum petang semalam.”

  “Mak..apa kata,mak suruh je pengantin baru ni masak.Biar dia berlatih masak untuk suami dia.”Syahira bersuara sambil ketawa kecil.

   Aku mengerutkan dahi.”Mana boleh.Tengok akak ni mak.Nak kenakan orang pulak.”Aku menarik muka.

   “Betullah tu..bukan akak nak kenakan kau..akak nak suruh mak test kau je.Kan mak?”Syahira mengenakan adiknya sekali lagi.

   “Ala..biar mak jelah yang masak..orang tak retilah.Nanti silap-silap ada yang complain tak sedaplah..apalah..itulah..inilah.”Aku memberi alasan.Aku tiada masalah untuk masak,tetapi disebabkan ramai orang yang akan memakan masakanku itu nanti..lebih baik emak aje yang masak.Takut nanti masakanku tidak sedap.

   “Tengok tu mak..suka bagi alasan.”Ujar Syahira bertambah giat.

   “Mana ada..akak tu,asal tak nak masak?Dari tadi asyik suruh orang je.Akak masaklah.”Giliranku pula mengusiknya.

   “Eh..akak dah biasa masak dah..Reenlah pulak.Dengar cerita,duduk kat KL tu asyik makan kedai je.”

   “Ish,akak ni..mana ada orang makan kedai..orang makan kat kedailah.”Aku ketawa dapat mengenakan kakak sulungku itu.

    Syahira membulatkan matanya.“Amboi..suka eh.Tengok anak mak sorang ni mak..dah jadi bini orang pun,perangai tak berubah.Suka sangat mengenakan orang.”

   “Hah..dah..tak payah nak dolak dalih.Sama aje kau orang berdua tu.Yang sorang suruh dia..yang sorang suruh dia..biar mak aje yang masak.Harap korang berdua,entah apa-apa rasa nanti jadiknya mee goreng ni.”Puan Salmah berkata.Anak-anak daranya dua orang ni,memang suka menyakat satu sama lain.Bila tiada,sunyi rumah rasanya.Tapi,bila dah berjumpa…macam itulah jadinya.

    Aku dan kakakku berpandangan sesama sendiri.Kemudian kami ketawa.


~permaisuri hati~

                                                      Bab 22




Hari yang ditunggu telah pun tiba.Hari ni adalah harinya untuk aku diijabkabulkan dengan lelaki yang bernama Sahel Haqimy.Perasaan aku masih seperti dulu.Tiada rasa cinta terhadapnya.Tetapi,walaupun begitu aku tidak berniat untuk membatalkan majlis yang sudah dibuat segala persiapan ini.Ini semua kerana aku tidak mahu menghampakan orang tuaku yang aku lihat adalah orang yang paling gembira sekali.

      Perasaan setelah dinikahkan oleh ayahku sendiri sebentar tadi,membuatku terasa sebak dan syahdu.Yang pasti,aku sudah pun bergelar isteri.Aku sendiri tidak pasti,bagaimana akan aku lalui perkahwinan ini nanti.Aku teringat akan kata-kata Sahel seminggu sebelum majlis ini berlangsung.

      ’Awak jangan risau Syazreen,saya akan jaga awak.Saya janji saya akan bahagiakan awak.Andai kata,satu hari nanti awak tak bahagia dengan saya.Saya redha Syazreen.’

      Benarkah aku akan bahagia dengan perkahwinan tanpa cinta ni?Aku tertanya-tanya di dalam hati.Beberapa hari aku membuat sembahyang hajat dan istikharah.Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.Selepas selesai majlis persandingan tadi dan setelah keluarga mertuaku balik,aku terus masuk ke bilik.Elly juga sudah pulang,kerana dia perlu menghadiri kenduri di rumah emak saudara Hisyam.

    Sedang aku duduk berteleku di atas katil yang di hias indah ini,aku tersentak apabila pintu bilikku terkuak.Terjengul wajah Sahel,lelaki yang kini sudah bergelar suamiku dengan senyuman manisnya.

    Hish,tak penat agaknya asyik dok senyum dari tadi.Ngomelku di dalam hati.Dia melangkah mendapatkan aku.Aku mengerutkan dahi.Tertanya-tanya sendiri.

   “Awak buat apa kat sini?”tanyaku bodoh.

    Dia tersentak kemudian melepaskan tawa besarnya.”Syazreen…Syazreen.Kitakan dah kahwin.Dah jadi suami isteri yang sah pun.Kenapa awak tanya soalan macam tu?
 
     Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal itu.Ha’ah erk..dia kan dah jadi suami aku.So,memang patutlah dia ada kat sini.Aku diam membisu.Tidak berkata apa-apa.Yang berada dalam kepala otakku kini adalah,macam mana kami nak berkongsi bilik dan yang paling penting,berkongsi katil!Takkanlah aku nak suruh dia tidur kat ruang tamu pulak.Nanti mak dengan ayah dapat tahu,tak ke mati aku.

    “Syazreen..abang tahu,Syazreen still tak dapat terima cinta abang.Tapi,percayalah..abang takkan paksa.Abang akan tunggu,sampai Syazreen boleh terima abang sepenuhnya.”Tuturnya perlahan.

    Aku mengerutkan dahi.Aik!Dah bahasakan diri dia abang pulak.Advance betul dia ni.Bisik hatiku.

   “Saya memang tak dapat terima lagi perkahwinan ni Sahel.Jugak perasaan saya pada awak.Buat masa sekarang,saya masih rasa yang awak tu kawan baik saya.Jadi saya nak kita kekal macam tu walaupun sekarang ni kita dah jadi suami isteri.”Kataku.

     Dia tersenyum.”Takpe sayang..abang faham.”Dia berlalu menuju ke arah almari pakaian.Dia membuka baju melayu yang dipakainya.Aku yang melihatnya,segera bertanya.

    “Eh..awak buat apa tu?Nak bukak baju pun,bukaklah kat tempat lain.Takkan nak bukak kat sini pulak kot.”Soalku sambil menujukkan muka tak puas hati.

    Dia menggeleng sambil tersenyum.”Habis,nak bukak kat mana sayang oi?Takkan nak bukak kat bilik mak dengan ayah pulak.Lagipun,bukan bukak depan perempuan lain.Abang bukak depan isteri abang jugak.”Jawabnya dengan nada mengusik.

    “tapi,awak janganlah bukak kat sini.Pergilah salin kat bilik air.”Ada ke nak salin kat dalam ni.Ngomelku.

    “Tak nak.Nak salin kat sini jugak.”Katanya sambil sudah bersedia ingin membuka baju yang dipakai itu.

    “Sahel!”Aku memanggilnya.Namun panggilanku tidak diendahkan.Malahan,dia boleh menayang muka kerang busuk dia tu.  

    “Dahlah.Kalau awak tak nak keluar,biar saya je yang keluar.”Ujarku sambil  merengus geram.Aku malu sebenarnya bila melihat dia tidak berbaju seperti itu.Sebaik saja aku mahu membuka pintu,dia menghalang dengan menarik tanganku.

    “Yelah..yelah..abang keluar.”Dia mengalah.Aku tersenyum menang.Ha,kalau dari tadi mengalah,kan bagus.Takdelah aku kena bertekak dengan kau.
   
    Sahel haqimy berlalu dengan muka tak puas hatinya.Nak salin baju pun tak boleh.Dia merungut seorang diri.


MALAM  itu,sekali lagi aku dan Sahel ‘bertekak’.Semuanya kerana,aku tidak mahu tidur sekatil dengannya.

    “Awak..boleh tak awak tidur kat bawah ke..kat atas kerusi tu ke..atau kat mana-mana jelah..asalkan jangan tidur kat atas katil ni?”Soalku dengan muka selamba.
   
    “Saya nak tidur kat atas katil jugak.”Sahel Haqimy berkeras.

   “Mana boleh!Nanti…”

    “Kenapa pulak tak boleh?Kan kita dah jadi suami isteri.So,apa masalahnya kalau abang tidur kat atas katil ni jugak?”Sahel haqimy memuntahkan ketidakpuasan hatinya.

    “Sahel..awak tak faham ke?Saya perlukan masa.Lagipun,saya dah biasa tidur sorang-sorang..rasa lainlah tiba-tiba nak tidur berdua.

    Lagipun,saya tidur lasak tau.Nanti manalah tahu,malam-malam saya tersepak awak ke..hah,sapa yang susah?Awak jugak.Please…awak tidur kat bawah eh.”Rayuku bersungguh-sungguh.

    Sahel haqimy masih buat tidak tahu.Malah dia sudah pun menepuk-nepuk bantal tanda yang dia sudah bersedia untuk tidur.

    “Sayang…abang mengantuklah.Abang tidur dulu ya.Kalau sayang nak tidur,sayang tidurlah atas katil ni.Abang tak kisah.Tapi,kalau tak nak..takpe.Abang tak paksa.”Ujarnya sambil tersenyum.Pura-pura menguap.

    Aku mendengus geram.Hish!Lelaki ni suka buat aku geram. Rasa macam nak cekik-cekik je leher dia tu.Takkanlah nak tidur kat atas katil sama dengan dia kot?Hish,tak naklah aku.Buatnya dia buat apa-apa kat aku kang,macam mana?Hei..tak boleh..tak boleh.Huh!Tak guna!Aku membebel geram sambil mengambil bantal dan toto.Aku menarik juga selimut yang digunakan.

   Sahel yang ketika itu baru hendak menyelimutkan badannya terpinga-pinga dengan tindakanku.Dia memandangku dengan muka tidak puas hati.Aku buat-buat tak nampak dan terus merebahkan diri.Keletihan akibat majlis yang berlangsung siang tadi,memudahkan ‘kerjaku’ untuk melelapkan mata.


SAHEL Haqimy terjaga dari tidurnya.Dia melilaukan matanya mencari-cari kelibat isterinya.Dia terpandang Syazreen sedang tidur di bawah beralaskan toto nipis.Kasihan pula dia melihatnya.Dia tahu,Syazreen masih tak dapat terima dirinya sebagai suami.Walaupun begitu,dia tetap akan terus bersabar dengan harapan,satu hari nanti Syazreen akan menerima dirinya.Sahel segera turun mendapatkan isterinya itu dan mengangkat Syazreen ke atas katil.Setelah menyelimutkan Syazreen,dia merenung sejenak wajah isteri yang amat disayangi itu.Hatinya berdebar-debar seketika.Isterinya itu manis orangnya.Lebih-lebih lagi jika dia tersenyum.Senyuman Syazreenlah yang membuatkan dia terpikat selain dari perilaku isterinya itu yang nampak pemalu tapi sebenarnya seorang yang suka bergurau.Dia bangun dan merebahkan dirinya di bawah.Ikutkan hati,mahu saja dia merebahkan dirinya disebelah Syazreen.Tetapi,dia tidak mahu membuat Syazreen bertambah benci akan dirinya.Dia sudah berjanji pada dirinya sendiri,yang dia akan berbuat begitu setelah Syazreen menerima dirinya sebagai suami.Itu janjinya.

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...