Sunday, August 5, 2012

Perubahan Hanya KeranaNya

Masa nak keluar jalan-jalan dengan geng a.k.a sahabat baik saya hari tu.. tengah bersiap-siap pakai tudung, kakak saya tegur tiba-tiba..

“Apasal ko pakai tudung tutup bahu?”

Saya jawab,

“Ni namanya tutup aurat yang betul.. kata muslimah… bla..bla..bla..” saya terus bercakap macam ‘ustazah’ kononnya. (budget ustazah la kan..:P)

Kakak saya kata, “yelar.. yelar..” sambil terus sambung berborak dalam phone dia tu. Dan saya terus bersiap-siap. Masa nak keluar tu, lagi sekali saya saja buat perangai ‘ustazah’ saya tu depan kakak saya. 

“Eh.. lupe pulak nak ambik stokin..” sambil tersengih-sengih pandang kakak saya yang masa tu still bercakap dalam telefon. 

Erm, actually.. before this, saya bukanlah jenis yang bertudung labuh tutup bahu bagai tu.. saya cuma insan biasa yang pakai tudung sebagai syarat yang pakai tudung itu wajib. Sebab tu, bila saya mula pakai tudung yang labuh sikit smpai tutup bahu, kakak saya jadik pelik agaknya. Huhuhu.. saya tak salahkan kakak saya, tapi sebaliknya saya rasa saya yang salah.. sebab dah ‘tua2’ macam ni barulah ada kesedaran nak pakai tudung ikut syariat yang betul. Kalau sebelum ni, pakai tudung main sarung jer.. (tapi, xde la sekejap pakai.. sekejap tak pakai ok..).. kalau rajin, pin kemas-kemas.. kalau tak rajin, naikkan je ke atas.. dah siap! Nak simple punya pasal. Tapi, simple-simple pun.. kenalah tengok, ikut syarat ke tak pemakaian tudung kita tu, ye tak? Dan itu yang saya cuba ubah dari hari ke hari. Alhamdulillah, sekarang ni.. tanpa ragu dan malunya saya cuba memakai tudung yang menutup dada dan bahu saya. Feel comfortable with that way. Thank you ALLAH for guide me. 

Sekarang ni, kalau ke mana-mana.. saya akan pastikan, saya pakai stoking bukan hanya pada kaki.. tapi, di tangan jugak. Dan sekarang ni jugak, saya jadik lebih ‘cerewet’ dalam berpakaian. Terpaksalah saya mencari lebih banyak lagi stok-stok baju lengan panjang saya. Selamat dari dulu lagi memang suka pakai baju lengan panjang yang selalu sangat dipersoalkan,

 “tak panas ke? Tak rimas ker?”.

Huhuhu.. mana ada panas. InsyaAllah.. bila Allah dah tetapkan begitu syaratnya, kenapa perlu berpakaian macam tu.. kenapa perlu tutup aurat dengan sempurna? Allah bukan nak susahkan kita, tapi Allah nak kita jaga diri kita. Nak senangkan kita sebenarnya. Kat dunia panasnya apalah sangatkan, kalau nak dibandingkan dengan panas kat akhirat nanti? Betul tak? Ceh.. ceh.. dah macam ustazah la pulak. Hihihi..

Teringat pulak dialog antara saya dengan geng sebelum ni, saya ada tanya kat dia..

“Geng, kalau aku pakai tudung labuh.. ko malu tak nak jalan sebelah aku?” sambil tergelak-gelak.

Geng jawab (selepas habis gelak),

“Kalau ko bogel pastu jalan sebelah aku.. itu aku malu.”

Saya gelak dan kami berdua sama-sama gelak.

“Mane la tau.. nnti ko tak nak kawan ngn aku..”

Kata geng lagi, 

“ala.. aku tak kesah ar… aku ramai kawan-kawan yang macam tu.. yang pakai purdah pun ada..”

Saya senyum je. Dalam hati… Alhamdulillah.. geng memang kawan yang baik. Mudah-mudahan geng pun terbukak la hati nak pakai tudung tutup bahu macam saya… hihihi.. (kalau geng baca ni, mesti die gelak.. huhuhu..)

Penghijrahan terbesar dalam hidup saya sekarang ni. Be a good muslimah forever and ever. InsyaAllah. Hidayah Allah tu ada je kat mana-mana. Bergantung kat kita macam mana caranya nak terima. Saya bukan orang baik.. tapi, saya nak jadik orang baik. Bukan nak mak ayah je yang bangga dengan saya.. nak ALLAH pun bangga dengan saya. Dengan kita semua.. insyaAllah. Yang penting sekarang ni, kena istiqamah je. Jaga niat, jaga amal dan jaga pergaulan. Itu yang paling penting. Semoga hidayah Allah terus kekal dalam diri kita semua dan sentiasalah berdoa semoga sentiasa dalam rahmat dan hidayah ALLAH. kita kena bersyukur sebab kita nampak hidayah ALLAH tu, nak dibandingkan dengan orang lain yang masih buta.. masih tak nampak, walaupun dah banyak sangat petunjuk yang ALLAH bagi. 

Sambil-sambil tulis entry ni, saya dengar sekali lagu dari kumpulan Hijjaz-hidayah. Allahuakhbar.. terasa nak menangis.. jom go through sama-sama lirik lagu ni… moga sentiasa dalam hidayah ALLAH.. J

Tuhan…
lama aku gelintar
cari arah cahaya
menerangi gelita
Tuhan….
indahnya hidayah Mu
sinari ruang kalbu
luruh airmata ku
mensyukuri nikmat Mu

ooo… Tuhan
pimpinlah hati ini
utk ku menghayati ooo… petunjuk Mu
walau diuji kesabaranku
juga keimananku
tidak tercabar keyakinan ku
pada janji-janji Mu
tetap bersujud di hadapan Mu
merayu cinta Mu
seluruh jiwa aku serahkan hanyalah utk Mu
betapa ku bersyukur dengan hidayah yg Engkau berikan
semoga selamanya aku kekal di jalan Mu

~ Thank you ALLAH. sesungguhnya perubahan ini hanya keranaMU..^_^~

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...