Wednesday, December 5, 2012

~Permaisuri Hati~


                                                                        Bab 42

Majlis tahlil di rumah orang tuaku berjalan seperti yang telah dirancangkan.. Ramai jugak jemaah surau yang datang. Sampai tak menang tangan nak melayan. Mujur Elly ada, dialah yang membantu aku dan emak melayan tetamu yang datang. Dalam melayan tetamu, sempat jugak Elly berbisik di telingaku.
      “Aku nak kau tapaukan makanan untuk aku kejap lagi, lebih-lebih sikit.” Bisiknya sambil ketawa kecil.
      Aku membalas dengan kata-kata ini. “Eleh.. baru tolong macam ni dah demand lebih-lebih.” Usikku. Sambil mengukir senyuman ke arah jiran-jiran yang baru tiba itu.
     “Eh… haruslah. Aku datang sebagai tetamu okey, bukan sebagai penyambut tetamu. Nasib baik mak aku tak dapat datang. Kalau tak, mesti dia marah kau sebab buli aku.” Jawab Elly selamba.
      Aku menolak bahunya. “Ek eleh.. banyaklah kau. Mak kau pun mesti sokong punya kau datang tolong aku jadik penyambut tetamu. Daripada kau duduk melantak je. Lebih baik aku bagi kau kerja.” Kataku, juga tak mahu kalah.
      Elly membuat muka. “Inilah kawan. Asyik nak membuli je kerjanya. Macam manalah Sahel tu boleh tergila-gila kat kau yang kaki buli ni? Simpatinya aku kat dia.” Kata Elly sambil buat muka sedih.
      Aku tergelak-gelak mendengar kata-kata Elly itu. “Sudah la kau. Tak payah nak simpati-simpati sangat. Kejap lagi, aku bagi kau makan yang sedap-sedap sikit. Okey tak?” Umpanku sambil mataku meliar mencari kelibat suamiku itu. apabila terpandangkan suamiku itu sibuk melayan tetamu-tetamu lelaki, aku kembali menumpukan perhatianku kepada Elly.
     “Sedap-sedap sikit tu, mesti kau yang masak kan?” Jawab Elly sambil tersengih memandangku.
      “Kenapa pulak?” Soalku hairan.
     “Yelah.. sebab kalau mak kau yang masak, mesti sedap banyak.” Jawabnya selamba sambil terkekeh-kekeh ketawa.
     Aku membuat muka. “Ek eleh..” Balasku.
     Sedang kami rancak berborak tu, Elly menjuihkan bibir ke arah pintu. “Hah.. dah tak payah nak ek eleh.. ek eleh sangat. Itu, kekasih lama dah datang. Eh.. kau jemput dia ke? Kau tau tak, itu akan menjadi satu tanda tanya yang besar di benak fikiran suami kau yang terchenta tu?” Pertanyaan yang bertalu-talu diajukan kepadaku dari Elly a.k.a mak nenek.
       Aku tergamam seketika. ‘Aiseh.. dia datang betul-betul pulak. Aku menahan diri dari rasa gabra yang melampau. Bukan gabra sebab aku ada feeling ke apa kat dia. Tapi, gabra mengenangkan penerimaan suamiku. Lantas, cepat-cepat aku berpaling mencari-cari kelibat suamiku. Kata-kata dan persoalan dari Elly, sudah tidakku hiraukan lagi. Ceh wah! Novel sangat ayat aku ni. Oh, okey.. okey. Fokus balik. Sempat pulak terbabas ke lain aku ni. Huhuhu.
      “Habislah kau Reen. Aku dah nampak dah pandangan tak puas hati tahap macam nak humban kau gi gunung everest dah tu.” Elly menjadi seperti lalang yang tunggu masa nak disembur dengan racun toksik je.
      Aku mengerling Elly disebelah dengan jelingan mautku. “Eh, mak nenek… boleh diam kejap tak? Aku tarik balik offer nak bagi kau makan sedap-sedap sikit tu karang.” Ugutku. Kalau itu perlu, untuk Elly mendiamkan dirinya. Why not kan? Tapi, aku taklah kejam sangat sampai nak biarkan tetamu aku balik tanpa menjamah sesuap ataupun sebutir nasi. Lagi-lagi si Elly yang dah mak aku anggap macam anak sendiri ni. Mahunyalah aku balik yang kena bebel dengan mak. Atau mungkin ayah akan sama-sama berpadu tenaga dengan emak membebelkan aku. Tak mustahil jugak, kakakku akan turut serta.
      Elly tersengih-sengih. “Oppst.. sorry. Kau gelabah eh? Hah.. padan muka kau. Siapa suruh jemput dia? Kan tak pasal-pasal je.”
      “Ala.. aku jemput main-main je. Tak sangka pulak dia nak datang betul-betul.” Balasku.
     “Kau pun… kalau dah namanya kenduri. Mana ada orang jemput main-main. Apalah.. hish.. dahlah, biar aku yang handle dia. Kau tunggu sini.”
     Sahel Haqimy menghampiri isterinya itu. “You owe me an explanation.” Dia berbisik ditelingaku dengan nada suara yang semacam je aku dengar.
     Aku memandangnya dengan muka kelatku. Aku cuba untuk senyum, tetapi senyumanku seolah-olah susah untuk dipamerkan. Aku menarik nafas sebelum cuba mengeluarkan kata-kata. “Abang….”
      Not here.” Pintasnya. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Hasyimie.         
       Aku cuba berlagak cool. Ceh, cool la sangat kan? Elly disebelahku, aku pandang sambil mengangkat kening. Elly memandangku sambil mengangkat keningnya pula.. Ei, dia ni lah. Aku angkat kening, dia pun sibuk nak angkat kening jugak. Aku cepuk kau kang Elly. Marahku di dalam hati.
       “Hai.. sorry lambat. Ada hal sikit tadi.” Tegur Hasyimie. Dia menyambut huluran salam dari suamiku.
       Sahel Haqimy tersenyum cuma. ‘Tak datang pun tak apa.’ Desis hatinya. Dia cuba mengawal emosi hati dan perasaannya yang sedang bergelora tatkala melihat lelaki yang sejak dua menjak ni selalu muncul di depan matanya. Ada apa-apakah yang pernah terjadi antara lelaki itu dan isterinya sebelum ini? Dia beristighfar di dalam hati dek telahannya itu. Mungkin mereka memang kawan.
        Aku hanya tersenyum kerana tidak mampu dah nak berkata apa-apa. Namun begitu, aku wajib memberikan sedikit kredit kepada Elly sahabat baikku itu, kerana tanpa disuruh dia dengan segeranya menjemput Hasyimie ke dalam rumah dan seterusnya melayan lelaki itu makan. Pakej gitu! Hahaha. Sebelum berlalu meninggalkan aku, dia sempat berbisik.. “Mamat ni, kasi aku yang handle. Kerja kau sekarang ni.. cari alasan yang konkrit banyak sikit untuk explain kat laki kau tu. Weh.. muka dia dah macam Hulk Hogan nak smack down orang la weh.” Usiknya sebelum segera berlalu sambil tersengih-sengih apabila aku sudah mula membuat aksi seperti dia yang mahu aku smackdownkan.
        Aku memandang Elly yang sudah pun masuk ke dalam. Aku mengalihkan perhatianku  pada suamiku di sebelah. “Err.. abang dah makan?” Soalku sambil control cool.
        Pertanyaan dari isterinya itu dibiarkan sepi. Dia hanya mendiamkan diri sambil matanya memandang tepat ke arah isterinya itu.
       Aku sudah mula gelisah. Aiseh.. aku tahulah aku dah buat salah. Janganlah pandang aku macam aku buat salah besar sangat. Eh, salah ke jemput orang datang kenduri kat rumah? Macam tak je aku rasa. Aku bermonolog sendiri.
       “Kenapa dia boleh ada kat sini?” Soal Sahel Haqimy dengan muka serius yang dah macam hulk Hogan nak smack down orang.
       “Reen yang jemput dia.” Jawabku perlahan.
       Sahel Haqimy diam. Dia masih membuat muka macam nak smackdown orang dia tu.
      “ Abang marah ke?” Soalku setelah terdiam beberapa minit. Eh, laki aku ni? Suka ke, tak suka ke.. muka nak maintain gitu. Cuba bagi expression yang berbeza sikit. Barulah boleh aku teka.. dia ok ke tak. Ini tidak, dari tadi lagi dok nak buat muka dengan aku. Hish.. entah apa-apa. Getusku hatiku.
      “Kenapa Reen tak bagitahu abang pun?” Soalnya serius.
      “Abang… he’s only my friend. Not more than that. Mak pun kenal dia. So, tak salah kan kalau jemput dia? Lagipun dia tinggal dekat-dekat sini jugak.” Jawabku sambil memandang wajah kelatnya itu.
     “ Tapi, kenapa dia? You guys ada something yang abang tak tahu ke?” Soalnya lagi.
     Aku tersentak. Tak sangka sampai sejauh itu fikiran suaminya. “Abang.. I think you are too much. Sampai hati abang cakap macam tu. Kami kawan bang. Tak lebih pun.” Lirih saja bunyi nada suaraku ketika ini.
     Sahel haqimy melepaskan keluhan berat. “ I’m sorry.. but, its hard for me to believe what you were saying.” Dia berlalu meninggalkan isterinya itu keseorangan di situ.
     Kata-katanya itu sesungguhnya umpama batu besar yang menghempapku. Sampai begitu sekali sangkaannya terhadapku dan juga Hasyimi. Aku terasa mahu menangis di situ juga ketika ini. Namun, aku tahan kerana tidak mahu merosakkan majlis. Tak.. tak.. aku tak boleh menangis. Malulah orang nampak. Aku segera mengesat air mataku yang ingin mengalir itu. Sebelum manjadi deras, lebih baik aku hentikan. Namun, ianya sedikit terlambat apabila Elly tiba-tiba muncul di belakangku.
     “Reen… kau kenapa?” Soalnya dengan wajah penuh tanda tanya. Di sebelahnya berdiri Hasyimie yang terpinga-pinga melihat wajah kelatku.
    Aku segera melemparkan senyuman. Senyuman plastikku. Atau lebih tepat sekali senyuman cetak rompak. “ Tak ada apa la. Mata aku masuk habuk. Eh.. Syimie, awak dah sudah makan ke?” soalku mengubah cerita.
     Elly memandang temannya itu dengan wajah tak percaya. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak beres di situ. Namun dia simpan sahaja hasrat hatinya yang sudah pun membuak-buak dengan perasaan ingin tahu yang maha hebat.
     Hasyimie mengangguk sebelum menjawab. “Dah.. thank you for inviting me. And thanks to Elly jugak, yang sudi temankan saya makan tadi.”
     Aku tersenyum. Sekali lagi, senyuman plastik! “Oh… tak pe. Its ok. Maaflah.. tak dapat nak layan sangat. Ada hal sikit tadi.” Ujarku sambil meminta maaf.
     “Eh.. tak apa. Its ok. Saya pun dah nak balik ni. So, thanks again la sebab sudi jemput saya. Saya mintak diri dulu. Kirim salam kat suami awak.” Katanya sambil melemparkan senyuman kepada kedua-dua wanita di depannya itu. Entah kenapa dia dapat merasakan kehadirannya tidak diperlukan di situ. Melihatkan wajah mencuka lelaki yang bergelar suami kepada wanita di hadapannya itu, dia tahu ada sesuatu yang berlaku antara pasangan suami isteri itu tadi.
      “ Thanks for coming.” Ujarku pula.
     “ Jom, aku tolong escort kau.” Elly mencelah tiba-tiba. Dia tersengih-sengih.
     Hasyimie ketawa kecil. “Wah… terharunya aku.” Balas lelaki itu pula.
         Aku turut ketawa. Aku hanya menghantar Hasyimie balik dengan pandangan saja. Fikiranku mula menerawang jauh memikirkan perihal suamiku. Lamunanku terhenti apabila Elly menyergahku.
         “Hah!” Sergah Elly.
         Aku yang sedang melayan perasaan itu terkejut seketika sebelum menarik nafas lega. “Kau ni.. terkejut aku.
         Elly tergelak kecil sambil meminta maaf. “Weh.. kau apasal? Monyok dah macam tertelan bola ping pong je aku tengok.” Elly menyoal sambil terkekeh-kekeh ketawa.
        Aku menolak bahunya. “Bukan setakat bola ping pong, dah macam tertelan bom atom dah aku rasa ni,” Balasku sambil membetul-betulkan tudung bawal biru lembut yang aku padankan dengan sehelai jubah hitam.
        “Yeke? Eh.. bahaya tu weh. Jom..jom.. aku bawak kau gi klinik. Mana tahu apa-apa jadik ke.” Elly sudah membuat muka cemas-cemas ayamnya.
         Aku ketawa. “Sengetlah kau ni.”
         Elly turut ketawa. “Hah.. see.. tau pun macam mana nak ketawa. Aku ingat kau dah lupa dah cara nak ketawa. Kau pesal weh? Apa cerita tadi, sampai macam nak telan bom atom bagai? Sahel mana?” Soal Elly sekali lagi sambil meliarkan matanya sekeliling rumah.
       Aku mengeluh. “Entah la, Elly. Aku tak tahu dah nak cakap macam mana. Dia syak  yang aku dengan Syimie tu ada apa-apa.
       Elly mengerutkan dahinya. “Pulak? Kau bagitahu tak Syimie tu kawan satu sekolah kita dulu?”
      Aku mengangguk.
    “Dah tu yang dia tak percaya bagai tu dah kenapa?” Elly menggeleng-gelengkan kepalanya. Hei.. Sahel.. Sahel. Sejak bila pulak kau jadik seorang yang tak rasional ni? Soalnya di dalam hati.
     Aku mengangkat bahu. “Entah la. Aku pun tak faham.
    Elly menepuk-nepuk bahuku lembut. “Sabarlah. Kau nak aku tolong explain kat dia ke?” Elly menyoal?
    Aku menggeleng lemah. “Tak payahlah Elly. Susahkan kau je.”
   Elly menampar lembut bahuku. “Hek eleh minah ni. Gedik sungguh la! Menyampah aku tau. Sejak bila pulak pandai nak berkira-kira dengan aku ni ha? Mengada-ngada betul.” Elly pura-pura marah.
    Aku ketawa melihat wajah kelat Elly. “Ala.. merajuk pulak makcik ni. Yelah.. kau tu dah banyak tolong aku. Aku segan la nak terima pertolongan kau lagi.” Balasku sambil ketawa kecil. Terserlah kepoyoanku ketika itu.
    “Sudah la. kau jangan poyo sangat boleh tak? Kau ingat aku nak layan ayat-ayat touching kau tu? Sorry la eh. Dah.. tak yah nak segan-segan sangat la. Nanti aku try slow talk dengan laki kau.” Dia ni nak kena piat telinga ni. Suka suki dia je nak syak kawan aku yang bukan-bukan. Haish… Sahel..Sahel. Elly membebel di dalam hati.
      Thanks Elly. Kau memang best. Jom, aku ‘belanja’ makan.” Kataku sambil tersengih-sengih memandangnya.
    
   “ Belanja la konon. Makan kenduri je kot.” Omel Elly perlahan.
   Aku yang masih boleh mendengar omelannya itu segera menarik tangannya. “Dah.. tak payah nak mengomel sorang-sorang kat situ. Jangan ingat aku tak dengar eh apa yang kau omelkan. Jom cepat. Sebelum aku ubah fikiran.” Ugutku sambil tersengih.
    Elly mendengus geram. “Ini la dia kawan. Asyik nak main ugut je. Laki bini sama jelah diorang ni.”

Note : Alhmdulillah.. terupdate jugak bab baru PH ni.. selamat membaca dan jangan lupa komen ye. Komen anda sangat la dialu-alukan.. :)
   

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...