Saturday, February 2, 2013

~Permaisuri Hati~


Bab 43 & 44

Selesai membantu semua kerja-kerja diluar, aku terus menuju ke bilik. Suamiku yang sedang ‘berangin’ itu harus dipujuk. Pujuk? Alahai.. ini yang aku lemah ni. Lalu perlahan-lahan aku membuka pintu bilik. Ku lihat suamiku sedang ralit membaca majalah sambil berbaring di atas katil.
Sahel Haqimy yang sedang berpura-pura membaca itu mengerling isterinya dengan hujung mata. Sakit hatinya masih belum hilang. Ingatkan bila dia membawa diri ke dalam bilik, isterinya itu akan terus-terus datang memujuk. Tapi, at last.. dia sendiri yang bengang. Lupa yang isterinya itu memang tak layan scene merajuk yang dah macam drama melayu petang-petang itu.
“Abang…”
Sahel Haqimy masih lagi meneruskan ‘pembacaannya’. Konon-kononnya tengah membacalah tu. Sahel.. Sahel. Pandai berlakon!
Aku mencuba lagi. Merajuk tak agak-agak la suami aku ni. Udah-udah la tu abang. Isterimu ini sangatlah tidak pandai nak memujuk.
 “Abang… kalau Reen salah, Reen mintak maaf sangat-sangat. Abang maafkan Reen, ya?
Sahel Haqimy masih membisu. Sengaja mahu dilihat sejauh mana effort isterinya itu mahu memujuknya.
“Abang.. janganlah macam ni. Okey, if it was about Hasyimi, biar Reen explain. Reen dengan Syimi, kitorang tak ada apa-apa pun. Kitorang kawan je. Since sekolah lagi. Not more than that.
Sahel Haqimy masih membatukan diri. Sengaja mahu menduga kesungguhan si isteri. Dia masih tidak berpuas hati dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi. Kalau tak ada apa-apa. Kenapa mamat tu boleh ada kat sini? Soal hatinya. Kadang-kadang, dia sendiri tak tahu kenapa apabila melihat saja wajah pesaingnya itu, dia boleh menjadi seorang yang tidak rasional seperti itu. Sedangkan, sebelum ini dia bukanlah o9rang yang mudah berperasaan begitu. Hebat jugak penangan isterinya itu. Sahel Haqimy berkata di dalam hati.
Aku masih berusaha untuk membetulkan keadaan. Geram pula melihat susuk tubuh suaminya yang seakan-akan mahu masuk ke dalam majalah yang dibacanya itu saja gamaknya. Aku melepaskan pandanganku ke arah majalah yang dibaca oleh suamiku itu. Best sangat ke majalah yang dibaca tu? Khusyuk dan tawaduk betul. Hatiku berkata. ‘Kantoi! Nampak sangat berpura-pura. Baca majalah pun terbalik!’ Aku sudah tersenyum-senyum sendiri.
 “Tak pelah kalau abang tak percaya. Reen dah try explain everything kat abang. And now, up to you nak percaya ke tak.” Aku terus berlalu menuju ke bilik air.
Sahel Haqimy buat-buat tidak mendengar. Dia masih lagi khusyuk membaca majalah di tangannya itu. ‘Aik, dia pulak yang merajuk ke? Ingatkan beria sangat nak pujuk tadi.’ Sahel Haqimy memanjangkan lehernya melihat kelibat isterinya yang sudah pun menghilang.
Sebentar kemudian, aku menjenguk kembali ke luar.
Sahel Haimy kembali buat-buat membaca majalah ditangannya itu. ‘Nak pujuk balik la tu.’ Dia tersenyum di sebalik majalah yang dipegangnya itu..
“Err.. abang, next time kalau nak merajuk, atau nak pura-pura merajuk pun, biarlah nampak betul-betul jadi. Baca majalah dengan keadaan terbalik macam tu, dah klise la. Reen dah banyak jumpa dalam novel-novel yang Reen baca. So, abang kena guna taktik lain kot kalau nak pura-pura merajuk.” Ujarku sinis sambil menutup kembali pintu bilik air.
Sahel Haqimy melihat muka hadapan majalah yang dibaca dengan penuh ‘minat’ sebentar tadi itu. Dia lantas menepuk dahinya apabila melihat kedudukan majalah yang di atas sepatutnya di atas, tetapi sudah bertukar posisi apabila yang di atas berada di bawah, dan yang di bawah, berada di atas.
“Alamak! Buat malu diri sendiri je kau ni Sahel.” Getus hatinya. Nak merajuk, tapi.. sudahnya, dia yang bengang sendiri.
                                  **************************** 

                                                          Bab 44

Aku menyelak-nyelak helaian demi helaian jawapan quiz pelajar-pelajarku. Dengan masalah yang berlaku di kenduri doa selamat tempoh hari, ditambah pula dengan jawapan-jawapan yang diberikan oleh pelajar-pelajarku ini, sudah cukup membuatkan hatiku yang kurang sejuk ini mendidih panas seperti gunung berapi. Sudah acap kali diingatkan, supaya jangan memberi contoh yang sememangnya sudah ada di dalam buku, tetapi pelajar-pelajarku ini masih lagi gemar memberi contoh yang sudah sedia ada itu.
            Bukannya aku tidak boleh berkompromi dengan mereka, tetapi kalau beginilah caranya pelajar-pelajar zaman sekarang ini menjawab soalan-soalan kuiz yang diberikan, aku takut sekiranya mereka tidak dapat nak mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari setelah tamat belajar nanti. Ini baru quiz. Macam mana nanti kalau time final exam? Aku melepaskan keluhan berat. Boleh migrain dibuatnya kalau hari-hari tanda kertas macam ni. Aku menggeleng sambil sesekali mengerutkan dahi.
            “Holla, makcik!” tergur satu suara.
            Aku segera mengangkat muka untuk melihat gerangan si pemilik suara. Kulihat Elly sudah tersengih-sengih memandangku sambil berjalan menuju ke arah kerusi yang terdapat betul-betul di hadapan mejaku. Aku mempamerkan wajah bosan. Dia ni la.. suka sangat main terjah tau. Omelku.
            “Waalaikumusalam…” sengajaku balas sapaannya itu dengan jawapan salam.
            “ Oppstt.. sorry. Assalamualaikum wahai sahabat?” Elly tergelak-gelak menyedari kesilapan sendiri.
            “Waalaikumusalam. Hah.. tahu pun nak bagi salam. Aku ingat tak tahu tadi.” Jawabku sambil mengerling ke arahnya sekilas.
            “Ala… aku lupa la. Bukan sengaja pun. Eh… kau apasal? Serius semacam je? Ada masalah negara ke?” Soal Elly dengan muka penuh tanda tanya. Seriau pulak aku tengok muka makcik ni. Serius sesangatlah pulak. Ini mesti masalah rumah tangga yang tak habis-habis tu. Tebak Elly suka-suka hati    .
            “ Mana la tak seriusnya, kalau dah dari tiga puluh paper yang aku mark, lima orang je yang lulus. Yang lain-lain semuanya failed!” Kataku sambil membulatkan markah untuk kertas yang terakhir aku tanda ketika itu.
            Elly yang mendengar sudah membulatkan mata. “What? Lima orang je lulus? Amboi.. macam main pop kuiz pulak diorang ni kan?” Elly sudah tergelak-gelak.
            “Itulah pasalnya budak-budak ni. Bila kat dalam kelas, aku tanya faham ke tak? Semua dengan muka confidentnya cakap, faham… faham. Tapi, bila bagi kuiz macam ni, entah apa-apa yang diorang taram. Hai.. pening kepala aku.” Sememangnya itulah yang sering berlaku. Bila ditanya, semua akan memberikan jawapan yang begitu meyakinkan sekali. Pernah terjadi, semasa aku sedang menanda kertas untuk ujian pertama, ada beberapa kertas jawapan yang hanya disalin semula soalan. Bukan tu saja, ada juga yang menulis begini, ‘MAAF PUAN, SAYA TAK DAPAT JAWAB DENGAN BAIK. PUAN TOLONG BAGI MARKAH BONUS YA. THANK YOU.’
            Elly sudah tergelak-gelak. “Hai Reen.. nak buat macam mana? Budak-budak zaman sekarang ni susah nak mengaku yang diorang tu sebenarnya tak faham dan sebab tu jugaklah diorang berusaha sedaya upaya untuk buat-buat faham. Walhal hakikatnya, diorang memang tak faham.”
            “Itu yang aku memang betul-betul tak faham. Apa, kalau diorang bagitahu kat aku, yang diorang tak faham, aku ni akan baham diorang semua ke?” Balasku seakan melepaskan rasa geram.
            Elly tergelak lagi. “Amboi… emosinya kau hari ni. Apsal weh? Rasanya, dah selalu sangatkan student kau bagi performance macam ni? Selalu tu kau okey je. Tak ada pun nak marah-marah macam ni. Siap boleh senyum lagi tu aku tengok.” Elly memuntahkan soalan demi soalan.
            Aku terkedu seketika. Ye ke aku macam tu? Macam mana aku boleh tak perasan ya? Ya, mungkin apa yang diperkatakan oleh Elly itu ada benarnya. Aku jarang nak beremosi seperti ini. Ini semua pasal lelaki yang bernama Sahel Haqimy. Terbayang segala reaksi yang ditunjukkan oleh suaminya sejak  peristiwa malam itu. Lebih memedihkan hati, apabila sampai ke hari ini suaminya itu seakan sengaja mahu melancarkan perang dingin dengannya. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Itu ditanya, kalau tak ditanya.. alamat, jangan haraplah nak dengar dia bercakap.
“Tak ada apa-apalah. Aku cuma rasa yang student-student aku ni, kalau dibiarkan.. kalau diberi muka sangat, alamat.. boleh jatuh reputasi aku tahu tak?”
            “Cehwah! Reputasi konon? Kau ni Reen, sejak bila pulak mula fikir pasal reputasi ni? Ke.. kau saja je buat alasan kan? Kau ada masalah lain kan? Kan? Kan? Cepat… bagitahu aku.” Elly membuat muka seriusnya.
            Aku mengeluh perlahan sambil menyandarkan tubuhku ke kerusi yang sedang aku duduki itu. Macam mana aku boleh terlupa yang duduk di hadapanku ketika ini adalah Elly Dayana. Orang yang sentiasa dapat detect segala masalah yang sedang aku hadapi. Dari dulu, sampailah sekarang… dialah orang yang selalu dapat teka bila aku ada masalah. Yang peliknya, tak pernah pula tekaannya itu salah. Aku selalu mengharapkan perkara yang satu itu. Tapi, agak sukar sebenarnya untuk tidak menyatakan yang Elly memang hebat dalam bab-bab nak meneka permasalahan yang aku hadapi kerana dia sememangnya sangat hebat tentang itu.
            “Tak payahlah nak mengeluh sana, nak mengeluh sini.. Syazreen oi. Daripada kau mengeluh sambil tayang muka dh macam cicak tercekik bola golf tu, lebih baik kau cerita kat aku, apa masalah kau sebenarnya?” Elly sudah mula mengorek cerita dari sahabatnya itu. Dia rasa dia tahu, apa yang sedang mengganggu gugat fikiran sahabat baiknya itu. Ini mesti kes hari tu. Tekanya sendiri.
            “ Entahlah Elly. Aku rasa, macam nak tubing-tubing je orang yang bila aku ada depan mata, tapi buat-buat tak nampak. Buat-buat tak kisah.” Luahku perlahan.
            Elly yang mendengarkan kata-kata itu terus tergelak-gelak besar. Tubing-tubing? Eh… tak biasa pulak aku dengar perkataan tu. Si Syazreen ni, kalau dah beremosi.. boleh menangis A. Samad Said dengar dia punya bahasa.
            Kalau tadi, aku rasa nak tubing-tubing orang yang buat-buat tak nampak akan kewujudan aku sejak beberapa hari ni, dan sekarang rasa itu dah beralih pula kepada orang yang sedang khusyuk bergelak ketawa di hadapan aku ketika ini. ‘Amboi.. syok sangat ke ketawa sampai tak hengat macam tu? Minah ni memang over tau.’ Marahku di dalam hati.
            Melihat Elly yang dah macam kena sawan sebab ketawa tak henti-henti itu, aku mengambil pen yang aku gunakan sebentar tadi lalu kubalingkan ke arahnya. “Yang kau ni dah kenapa? Ketawa tak habis-habis. Demam eh?” Soalku geram. Orang tengah bermasalah, dia boleh ketawa riang pulak. Hish! Entah apa-apa. Rungutku di dalam hati.
            “Oppstt.. sorry.. sorry. Kelakarlah kau ni. Serius weh, aku tak pernah dengar pulak perkataan tubing-tubing tu selama ni. So, bila kau sebut tiba-tiba tu kan… aku rasa kelakar sangat. So, that’s why la aku gelak.” Ujar Elly dengan ketawa yang masih bersisa.
            “Tak payah nak gelak sangatlah.” Dengusku geram.
            “Okey… sorry. So, siapa yang kau rasa macam nak tubing-tubing tu?” Elly sudah mula serius walaupun senyuman di bibirnya masih belum hilang. Terasa lucu pula apabila dia menyebutnya.
            “Malaslah nak cakap. Buat sakit hati je.” Aku mengerling sekilas jam dipergelangan tangan. Lima minit lagi nak lunch dah.
            “Pulak. Kau dah kenapa ni? Cuba cerita kat aku. Manalah tahu aku boleh tolong. Aku ni kan kaunselor tak bertauliah kau.” Elly tersengih-sengih dengan muka poyonya.
            Aku tergelak kecil. Makcik sorang ni.. ada-ada je. “ Siapa lagi.. kalau bukan laki aku tu. Eii.. aku tak faham betul la. Entah apa yang dia tak puas hati lagi entah. Aku rasa, dah berjela-jela dah explaination yang aku bagi kat dia pasal Hashimi tu. Tapi, dia still macam tak boleh nak terima. Asyik la dok kata, aku ada sorokkan sesuatu lagi dari dia. Aku penatlah macam ni Elly. Sebab tu la aku rasa, macam nak tubing-tubing je dia tu.” Luahku dengan rasa geram yang teramat sangat.
            “Woo… woo.. rileks la kawan. Dosa tau buat macam tu kat suami. Apa-apa pun yang jadi, dia tetap suami kau. Kau mana boleh nak tubing-tubing dia sesuka hati kau je.” Dalam rasa macam nak tergelak, sempat jugak Elly menasihatkan kawan baiknya itu.
            “Oh.. dia tu ignore aku selama tiga hari berturut-turut tak berdosa pulak.” Balasku sambil membuat muka.
            “Yelah.. itu aku tahu. Tapi, sebagai isteri.. kau tak bolehlah buat macam tu. Suami tetap suami. Dan kau sebagai isteri.. kenalah tahu macm mana nak dapatklan balik kepercayaan dia. Yang penting, jangan give up. Kau cuba cakap dengan dia elok-elok lagi. Mana tahu., bila dia dengar suara kau kejap lagi.. dia jadik lembut hati. Insya Allah, aku kenal Sahel tu.. dia pun kawan aku jugak. Korang punya fiil ni, dah berlambak-lambak dalam poket aku. Aku dah faham sangat dah.” Pujuk Elly sambil tersenyum.
            Aku memandang Elly sambil mengangkat kening. “Tengoklah macam mana.” Ujarku sambil menyandarkan tubuh ke kerusi.
            “Hah.. macam tu la. Syazreen yang aku kenal.. seorang yang cool all the time. Setakat masalah macam ni, small matter je kan? Kan? Kan? Kau jangan risaulah, kalau tak settle jugak… aku sendiri yang akan tubing-tubing dia untuk kau.” Ujar Elly sambil menggenggam penumbuk.
            Aku sudah membuat muka risau. “Eh.. tak payahlah. Kesian dia.”
            Elly tergelak-gelak melihat wajah cemas kawan baiknya itu. “ Aku acah jelah. Risau sangat. Sayang jugak kau kat laki kau tu eh?” Usik Elly.
            “Mestilah.. suami aku tu. ” Balasku dengan muka selamba.
            “Eleh.. eleh.. hee, tak malu.”Sakat Elly lagi.
            Aku masih mempamerkan raut wajah selamba. “Anyway, thanks Elly. Kau memang best.” Ucapku ikhlas.
            “Ala… rileks ar. Tak de hal la. Small matter je tu. What are friend for? Tapi, lunch jap lagi.. kau belanjalah.” Elly sudah tersengih-sengih.
            No problem. Dah time lunch dah pun ni. Jomlah. Karang jammed pulak.” Aku bangun sambil menyandang beg tanganku dengan senang hatinya. Elly turut bangun dan kami sama-sama melangkah menuju ke arah pintu.  
            “Naik kereta siapa ni?” Soal Elly.
            “Herm… naik kereta akulah. Tapi, kau drive eh? Aku malaslah nak drive.” Jawabku sambil tersengih-sengih.
            “Hish.. pemalas betul. Bak sini kunci kereta.” Balas Elly sambil mengambil kunci kereta yang aku hulurkan.


“KAU ni dah kenapa, berhenti tiba-tiba macam ni? Nasib baik aku sempat brek tau?” Soalku geram. Elly yang ketika itu tersedar akan kesilapannya segera meminta maaf. Dia terkejut sebenarnya melihat Sahel dengan seorang wanita yang tidak dapat dikenal pasti, siapakah gerangannya. Namun, untuk memberitahu hal itu kepada Syazreen, dia tak rasa dia perlu berbuat demikian. Oleh itu, dia dengan pantasnya menyuruh temannya itu duduk membelakangkan pasangan itu.
            “ Kau duduk sini, biar aku duduk situ. Lagipun, senang aku nak tengok tv.” Kata Elly sambil tersengih-sengih memandangku.
            Aku mengerutkan dahi. Pelik je Elly ni. Tanpa banyak songehnya, aku mengambil tempat duduk yang bertentangan dengan pintu masuk restoran asam pedas kegemaranku dan Elly.
            Elly masih lagi memerhatikan tindak tanduk kedua-dua pasangan itu. Doanya di dalam hati, janganlah Syazreen dapat lihat situasi itu. Dia perlu memainkan peranannya ketika ini. Dia tidak mahu keadaan menjadi semakin rumit. Dia tak nampak apa-apa yang mencurigakan antara suami teman baiknya itu dengan wanita yang bersamanya ketika itu. Tetapi, bagi Syazreen yang mungkin melihat, pasti akan membuat pelbagai andaian yang boleh merumitkan lagi rumah tangga mereka yang sedang dalam krisis itu.
            Aku yang sedang menyuap nasi berlaukan asam pedas ikan parang itu terasa pelik dengan kelakuan Elly yang macam gelisah tak tentu arah. Dari tadi temannya itu asyik memandang ke satu arah. Yang pastinya bukan ke arah televisyen yang ada di dalam restoran itu, kerana televisyen di restoran itu diletakkan di bahagian atas. Jadi, sudah pastinya Elly akan mendongak sedikit untuk membolehkannya melihat atau menonton tv itu.
“Weh.. kau dah kenapa ni? Gelisah semacam je aku tengok? Kau tengok siapa tu?” Soalku sambil turut menoleh ke arah yang sama.
            Aku terkedu seketika melihat seorang lelaki dan seorang perempuan sedang duduk berbual mesra seperti pasangan kekasih gamaknya. Aku menoleh semula ke arah Elly. “ Itu ke sebabnya kau tak bagi aku duduk kat situ?” Soalku perlahan.
            Elly sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. “Reen.. dengar dulu. Okey.. I don’t think kita boleh buat assumption dengan apa yang kita baru tengok ni. Maybe itu kawan dia ke? Who knows kan?” Elly cuba menenangkan teman baiknya itu. Dalam hati, dia mengutuk diri sendiri kerana tidak menghalang Syazreen dari turut sama menoleh ke arah pasangan itu.
            Aku cuba untuk tersenyum. “ Aku nak balik!” ucapku tegas. Aku terus menghayunkan langkahku keluar dari restoran itu. Tumpul sudah seleraku untuk makan tengah hari ketika itu walaupun perutku tersangatlah lapar minta segera diisi.
            Elly terkocoh-kocoh mengikuti langkah temannya itu yang sudah beredar dari meja yang mereka duduki. “Eh… Reen, tunggu aku!”
            Jeritan Elly yang agak kuat itu membuatkan semua orang yang turut berada di dalam restoran itu berpaling ke arah mereka termasuklah Sahel Haqimy yang ketika itu sedang meneguk air juga menoleh ke arah datangnya suara itu. Dia terkejut melihat Elly, kawan baik isterinya yang tergesa-gesa berlari seperti sedang mengejar seseorang. ‘Elly? Dia kejar siapa pula tu?’ Hatinya tertanya-tanya.
            “Macam-macam hal. Nak main kejar-kejar pun, pilihlah tempat yang betul.” Wanita yang di sangka mempunyai apa-apa dengan Sahel Haqimy itu bersuara.
            Sahel Haqimy hanya tersengih sedikit. Tiba-tiba dia rasa macam tidak sedap hati. Dia yakin yang Elly menyebut nama seseorang tadi dan mungkinkah orang itu Syazreen? Macam mana kalau orang itu Syazreen? Kalau benar, orang itu Syazreen.. dia sememangnya perlu meninggalkan tempat ini sekarang juga. Dia yakin, orang yang dikejar oleh Elly tadi adalah Syazreen. Elly takkan datang ke sini seorang diri kalau tidak bersama isterinya itu kerana restoran ini, restoran kegemaran mereka berdua.
            “Sahel.. are you okey?” Soal wanita itu. Dia memandang Sahel yang kelihatan seperti memikirkan sesuatu.
            “I’m okey. Err.. Sorry, I got to go.” Sahel Haqimy tergesa-gesa meninggalkan wanita yang terpinga-pinga melihat gelagat peliknya itu.

Pesanan penaja : Bab terbaru Permaisuri Hati.. maaf, lambat lagi bayar hutang. Sudi2 la baca karya cabuk saya yang tak seberapa ni ye. Segala komen dan kritikan saya alu-alukan.. thanks a lot.. moga Allah redha.. :)

                                                 

2 comments:

  1. lama juga x ada n3 baru selalu juga buka tapi x ada kecewa juga.

    ReplyDelete
  2. dh lama x da sambungan...or novel ni akan di terbitkan ke?

    ReplyDelete

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...