Thursday, July 19, 2012

~Permaisuri Hati~


                                           Bab 40, 41

Kami bertolak dari rumah sejurus selepas maghrib. Abah dan Umi akan menyusul keesokkannya.
     “Semua barang dah ambil ke, bang?” Soalku semasa hendak masuk ke dalam kereta.
     Suamiku itu mengangguk sambil berkata. “Dah…tuan puteri.” Dia tersengih memandangku.
     Aku menolak lembut mukanya. “Mengada.” Kataku.
     Sahel Haqimy ketawa. “Ok.. jom. Dah pukul berapa ni. Nanti lambat sampai. Kesian mak dengan ayah. Tertunggu-tungu pulak diorang nanti.”
      “Jom la.. Reen dah ready dari tadi lagi. Abang tu yang lambat.” Selamba saja ucapanku itu.
      Sahel Haqimy tersengih memandang isterinya itu. “Yelah.. yelah.” Jawabnya pulak.
      “Mak ada cakap kenduri besok pukul berapa?” Sahel Haqimy mencetuskan perbualan setelah lebih dua puluh minit mereka berada di atas jalan raya menuju ke lebuh raya menghala ke Melaka.
      “Tak de pulak. Tapi, mak dengan ayah tu kalau buat kenduri, diorang prefer lepas isyak. Sebab kalau awal-awal, takut terkejar-kejar.” Balasku sambil menyeluk beg tanganku untuk mengambil telefon. Aku ingin menelefon emak.
      Sahel yang melihat saja perlakuan isterinya itu terus bertanya. “Sayang nak telefon siapa tu?”
     “Reen nak call mak kejap. Nak bagitau yang kita dah on da way.”
      “Lah.. tak bagitau lagi ke?” soal Sahel Haqimy.
     “Belum.. Ingat nak bagitau siang tadi. Tapi, sebab bateri dah habis. So, tu yang tak sempat tu.” Balasku sambil tersenyum memandangnya.
     Sahel menggeleng cuma. Dia memperlahankan radio apabila melihat isterinya itu sudah mula bercakap. Mungkin panggilannya sudah disahut.
     “Hello.. assalamualaikum mak. Reen ni. Reen dengan Sahel tengah on da way. Mungkin dalam 1 jam lagi kitorang sampai la. Ye… mak jangan risau. InsyaAllah.”
     Aku tersenyum sebaik mematikan talian.
     “kenapa? Mak cakap apa?” Suamiku itu menyoal.
     “Tak ada apa. Mak cakap, suruh abang bawak kereta elok-elok. Hati-hati katanya.” Balasku.
     “Ye? Risau bukan main mak mertua abang tu. Patut la ada orang tu selalu jealous.” Usiknya tiba-tiba.
     Aku mencebik. “Eleh.. perasan tak habis-habis.”
     Sahel Haqimy ketawa melihat reaksi isterinya itu. Nampak comel sungguh bila membuat aksi seperti itu. Dia menguatkan semula radio yang diperlahankan tadi. Dan kebetulan pula lagu nasyid permaisuri hati ketika itu baru saja berkumandang.
      “Sayang.. cuba dengar lagu ni.” Katanya dengan perasaan teruja.
     Aku yang baru saja hendak berkhayal atau dalam erti kata lainnya berangan, terus-terus tak jadi meneruskan agendaku itu dek sergahan yang datang tiba-tiba. Aku merungut di dalam hati. Suka kacau orang nak berangan tau dia ni.
     “Sayang dengar tak?”Soalnya lagi.
     “Tengah dengar la ni. Lagu permaisuri hati. My favourite song.” Aku tersenyum sambil memandangnya.
     My favourite too. Dedicate this song, special untuk sayang abang ni.” Ujarnya sambil meramas-ramas tanganku.
      Aku tersenyum. Terharu pulak rasanya. Terimbau saat-saat ketika makan malam pertama kami setelah secara rasminya aku dan dia bertunang. Suamiku itu pernah menujukan lagu tersebut untukku. Tapi, masa tu aku tak ambil pot sangat. Lagi-lagi bila tiba-tiba status kami berubah dari sahabat kepada tunangan. Tambah-tambah situasi ketika itu seoalah-olah aku terpaksa menerimanya yang selama ini sudah ku anggap sebagai teman baikku. Terimbau semua perlakuan burukku terhadap suamiku itu. Ya Allah, banyak benar perlakuan-perlakuanku yang tidak menyenangkan terhadap suamiku ini Ya Allah. Kau ampunkanlah aku Ya Allah.
     Sahel Haqimy mengerling isterinya yang tiba-tiba senyap di sebelah. Dia merasa pelik tiba-tiba. Aik, tadi banyak cakap sangat. Sekarang ni, tiba-tiba je dah diam. Kenapa pulak dengan isterinya itu? Sahel Haqimy tertanya-tanya di dalam hati.
      “Sayang abang ni, okey?” Soalnya.
      Aku yang terkejut dengan pertanyaan itu, tersentak tiba-tiba. “Hah.. abang cakap dengan Reen ke?” Soalku pula.
       Sahel Haqimy menggeleng-geleng sambil tersenyum. Sah, tengah berangan! “Abang cakap dengan sayang la. Dengan siapa lagi. Sayang abang ni, berangan eh?” Usiknya.
      Aku tersengih-sengih. “Mana ada berangan. Pandai-pandai je.” Bidasku.
      “Yelah tu tak ada. Habis tu, abang tanya pun sayang tak jawab. Termenung je. Berangan la tu kan?” Katanya lagi.
      Aku memandangnya wajah suamiku itu. Lelaki yang sentiasa baik denganku ini selalu peka dengan apa yang aku buat. Tengoklah caranya itu. Macam manalah aku tak touching. Aduhai… betul kata Elly, aku beruntung dapat suami yang bernama Sahel Haqimy ini. Apa saja yang aku buat, dia sentiasa tersenyum. Tak pernah sekali pun dia marah. Kadang-kadang, aku terfikir.. kat mana dia letak hati dan perasaan dia?
      “Sayang abang ni kenapa? Jangan pandang abang macam tu boleh tak? Abang nak drive pun tak tenang.” Sahel Haqimy tersengih-sengih. Dia sudah serba salah. Apahal la pulak dengan isteri aku ni? Risau pulak aku tengok.
      “Tak ada apa-apa la. I love you.” Kataku sambil memalingkan muka ke arah lain. Malu la konon.
     Sahel Haqimy yang sedang memandu itu tiba-tiba menekan brek secara mengejut. Dia seakan tidak percaya pulak dengan apa yang dia dengar itu.
     Aku yang sedang cuba menahan rasa malu itu, tidak jadi nak meneruskan niat suciku itu apabila badanku terdorong ke depan. “Abang ni, dah kenapa?” Soalku sedikit marah.
      Sahel Haqimy tersengih-sengih sambil mengelap peluh. “ Sorry sayang..sorry. Abang terkejut dengar sayang cakap benda tu tadi…”
      “Benda apanya?” Soalku pelik. Hish.. orang cakap I love you pun nak terkejut ke? Soalku di dalam hati. Apa kena la dengan laki aku ni. Pelik-pelik je.
     I love you tu la.” Jawabnya sambil tersenyum-senyum memandangku.
    “Oh… tu je ke? Hish.. abang ni. Cakap benda tu pun terkejut. Selamat tak accident tau.” Bebelku
    Sahel Haqimy tersengih. “ Sorry. Anyway, thanks sayang. I love you more than you love me tau.” Katanya sambil memegang tanganku. Aku menahan rasa. Terharu, gembira dan senang hati. Semuanya bergabung menjadi satu.
    Aku tersenyum sambil membalas pegangan tangannya itu.
    “Reen yang patut say thanks kat abang. Sebab selama ni sanggup melayan kerenah Reen. Kalau diingat-ingat balik.. teruk jugak kan Reen layan abang. Tapi, abang cool je. Reen kagum la dengan abang.”
     “Jangan cakap macam tu. Reen isteri abang. Kalau bukan abang, siapa lagi yang nak layan kerenah isteri abang ni, kan?” balasnya sambil tersenyum memandangku.
     Aku ketawa kecil. Tapi, aku segera mematikan ketawaku itu apabila melihat senyuman suamiku yang sudah lain macam. “Abang kenapa? Kenapa pandang Reen macam tu?” Soalku dengan muka cuak dan risaunya.
     “Reen kan isteri abang.” Jawabnya selamba.
     Aku blur sekejap. Beberapa minit kemudian baru aku sedar apa maknya kata-kata suamiku itu. “Ha.. dah..dah.. abang jangan nak buat pasal. Jom la.. kita dah lambat ni. Nanti lambat sampai mak bising pulak.” Aku terus mengubah topik. Makin dilayan, makin menjadi-jadi pulak laki aku ni. Getus hatiku.
     “ Yelah.. yelah..” Sahel Haqimy mengeluh sambil membebel kecil.
     Aku tersenyum sambil menggelengkan kepala.


KAMI sampai di rumah orang tuaku, tepat jam 10 malam. Ketika itu, semua ahli keluargaku sudah pun berkumpul. Termasuklah kakakku, Syahira. Dan apa yang lebih mengejutkan, kakak kesayanganku itu dah berbadan dua! Setelah bersalaman dengan mak dan ayahku serta adik-adikku. Aku terus mendapatkan kakakku itu.
     “Akak! Ya Allah. Rindunya kat akak. Lama tau kita tak jumpa.” Kataku sambil mencium tangannya lalu memeluknya erat.
     “Itulah pasal. Orang tu yang busy sangat. Sampaikan nak jumpa pun susah.” Balas Syahira sengaja mengusik adik perempuannya yang satu itu.
     “Eleh.. cakap orang. Dia pun sama je. Asyik outstation memanjang.” Jawabku tak mahu kalah.
     “Amboi… bukan main lagi ye mak nenek ni. Kalau bercakap, nak menang aje.”
     Kakakku itu menampar lembut bahuku. Aku tersengih. “Akak… dah berapa bulan ni?” Soalku teruja.
    Almost 4 month. InsyaAllah.. dijangka bersalin lepas raya nanti.”
   “Yeke? Wah… bestnya. Tak lama lagi, nak jadi makcik dah orang ni. Tak sabarlah pulak.” Kataku sambil tersenyum-senyum.
    Syahira tersenyum juga. “Awak tu bila lagi?” Soalnya. Sengaja mahu dilihat reaksi adiknya itu.
     Aku tersentak. “Akak ni.. orang tengah honeymoon lagi la.” Jawabku sambil membuang pandang ke arah suamiku yang sedang rancak berborak dengan ayah dan abang iparku. Dalam masa yang sama, Sahel turut memandang ke arah isterinya itu. Aku tersengih sambil kembali berborak dengan kakakku.
     “Dah setahun lebih, haneymoon apanya?” Syahira menyoal lagi.
    “Ala.. rileks la kak. InsyaAllah.. kalau ada rezeki nanti, adalah. Lagipun, orang muda lagi kot.” Jawapan yang aku kira selamat jugak la. Dan aku berharap sangat yang isu ni tidak dibangkitkan lagi. Ini baru kena soal dengan akak. Kalau dengan mak ni, haish.. mahunya la keluar muntah hijau aku nak menjawab. Huhu.
     “Ha’ah kak.. belum ada rezeki lagi. Nanti, kalau dah ada.. insyaAllah, kitorang bagitahu.” Tiba-tiba suamiku datang mencelah. Dia sudah duduk di sebelahku sambil memeluk bahuku dan tersenyum penuh makna.
     Aku membalas senyumannya itu. ‘Terima kasihlah wahai suamiku yang sangat memahami diriku ini.’ Aku berkata-kata di dalam hati.
     “Erm.. suka hati koranglah. Eh.. akak nak masuk bilik dulu la. Sakit pinggang pulak rasanya duduk lama-lama ni.” Kata kakakku sambil menyeringai menahan sakit pinggangnya itu. Aku yang melihatnya pulak terasa risau.
     “Yelah kak. Baik-baik jalan tu.”
     Aku memandang kakakku yang sudah pun menghilang ke dalam bilik. Sahel Haqimy menundukkan wajahnya memandangku. Aku yang terkejut dengan reaksinya itu, segera bertanya.
      “Abang ni kenapa? Terintai-intai macam tu.” Soalku dengan kerutan di dahi.
     Sahel Haqimy tersenyum. “Reen tu yang kenapa? Dari tadi statik je mata tu ke sana. Pandang apa? Kak Syira dah masuk bilik dah. Ke sayang abang ni, teringin nak ada baby jugak ni?” Soalnya menyerkap jarang. Saja ingin dilihat aksi isterinya itu.
     Aku menjegilkan mata ke arahnya. “Mana ada? Pandai-pandai je abang ni.” Balasku sambil menampar lembut pipinya.
    “Ya ke? Boleh percaya ke sayang abang ni?” Masih lagi mahu mengusik.
   “Abang… mana ada la. Reen risau je tengok akak tu. Baru 4 bulan, tapi, dah macam 8 bulan gayanya.” Jawabku sambil terkekeh-kekeh ketawa.
       Sahel Haqimy turut ketawa. “Amboi.. suka hati eh. Nanti, kalau Reen mengandung.. baru tahu macam mana.”
      Aku mematikan senyuman. Alahai… kesiannya dengar dia cakap macam tu. Dia faham akan hint yang suaminya itu berikan. Aku memandang ke arahnya. “ Abang nak anak ye?” Soalku.
      “Sahel Haqimy tersenyum. “Sayang.. its ok. Abang faham kalau sayang belum bersedia. InsyaAllah.. abang akan tunggu sampai sayang sedia, ok. Jangan risau.. abang tunggu. Abang kan cool.” Katanya sambil tersenyum memandangku.
     Aku tersenyum kelat. Ya Allah.. mulianya hati suamiku. Kenapalah dia baik sangat. Dan kenapa erk, aku tak pernah nampak kebaikan dia dari dulu? Patutlah emak dengan ayah sayang sangat kat menantu dia yang ni. Dan patut la jugak, si Elly tu pun boleh jadik ‘rakan kongsi’ dan rakan sekongkol dia dari dulu sampai sekarang bila tiba bab nak mencairkan hati aku yang keras macam ice berg kat lautan Antartik tuh. Bak kata Elly la. Huhu. Keras ke? Tak la jugak. Hati aku banyak ‘tisu’ kot. Yelah sangat tisunya. Haha.
     “Hah.. Reen, Sahel.. buat apa lagi kat situ? Tak penat? Pergi la berehat…” Tegur emak yang baru tiba dari dapur.
      Aku dan suamiku tersentak tiba-tiba. Kami tersengih-sengih sambil menggaru-garu kepala. “Nak pegi la ni mak..” Jawab kami serentak.
      Emak menggeleng melihat kami. “ Dah.. pergi tidur. Besok, mak nak mintak tolong ikut mak ke pasar. Beli barang-barang nak kenduri tu..Nanti terlambat pulak bangunnya.”
      “Oh.. tak beli lagi eh, mak?” Soalku.
      “Mak dengan ayah kau, dah beli barang-barang kering. Besok, ingat nak cari barang-barang basah pulak.”
      Aku mengangguk. Suamiku sudah menawarkan diri untuk jadi driver. “Besok, pegi dengan Qimy je la mak.”
      “Eh… tak pe ke? Kalau penat, tak payah la. Mak pegi dengan Reen dan ayah kau je besok. Kak Syira kau tu, mak tengok macam tak larat nak jalan je. Kesian pulak nak ajak dia.” Balas emak.
      “Eh.. tak ada la mak. Qimy tak kesah. Tak penat pun. Dari KL je mak. Tak jauh mana pun. Mak tak payah risau la…” Jawabnya sambil tersenyum.
      “Erm.. yelah. Ikut suka kamu la. Mak masuk tidur dulu. Kau orang berdua tu pun, pergi masuk tidur. Jangan tertidur kat sofa tu sudah.”
     Aku tersengih memandang emak. “Yes boss.” Balasku. Aku memandang suamiku dan dia memandangku. Kami berpandangan seketika dan akhirnya ketawa.
     “Jom la sayang..” Sahel menarik tanganku menuju ke bilik kami. Aku mengekori langkah suamiku itu.

                      *******************************
                                                Bab 41
Aku mengikut emak ke pasar. Eh, bukan aku. Aku dan suamiku. Hehe. Ceh..ceh.. sejak-sejak dalam hati dah ada taman ni, tak nak tinggal dah suami dia tu. Haha. Eh.. hello, tolong sikit ya? Bukan aku yang ajak dia, dia yang beria-ia nak ajak diri dia sendiri. So, takkanlah aku nak cakap macam ni pulak kat dia, ‘Abang duduk rumah la. Tak payah ikut. Abang buatlah apa-apa yang patut.’ Ataupun, ‘Abang jaga jelah rumah ya? Tak pun, abang berehat.’ Ceh, kalau macam tu.. baik aku suruh dia je yang jadi isteri, aku jadi suami. Betul tak? Jadi, nak tak nak.. terpaksalah jugak aku memabawa bersama suamiku yang terchenta itu. Lagipun, suami aku tu yang beria-ia nak jadi dirver aku dan mak aku. Ayah pulak, kebetulan ada hal yang nak diselesaikan. Mungkin pergi menjemput orang-orang surau kot. Peluang tu kan? Takkan nak tolak beb. Hehe.
        Suasana di pasar borong Melaka pagi tu, agak hingar bingar jugak. Mungkin kerana hujung minggu. Dan untuk diri aku sendiri, ini adalah kunjungan kedua bersama emak. Emak memang dah banyak kali datang kot. Aku je yang banyak kali bagi alasan kalau mak ajak pergi pasar. Biasalah, dulu masa zaman anak dara.. aku manalah suka keluar rumah. Kalau keluar pun, bila time nak ke kelas je. Balik kelas, masuk rumah. Besoknya baru keluar. Itu pun sebab nak pergi kelas. Kalau tak, tak adanya nak nampak muka aku ni. Huhu. Sebab tu jugak, jiran-jiran aku selalu kata yang mak aku simpan anak-anak dara dia. Walhal, bukan mak aku simpan pun. Aku yang suka sorokkan diri. Dan kunjungan ni, merupakan kunjungan pertama aku dengan suamiku. Hamboi.. sekali lagi. Ok, dah ada suami kan. Siapa lagi nak disebut, kalau bukan suami. Betul tak? Karang kalau sebut nama bekas kekasih cinta monyet kang, lain pulak jadiknya.
      Lamunan aku terhenti bila suamiku membisikkan sesuatu ditelingaku. “Sayang, kalau nak berangan pun. Janganlah sampai nak langgar orang.” Katanya sambil menarikku jauh dari orang-orang yang lalu lalang membeli barang di pasar ketika itu.
       “Tengok tu, semua orang nak dilanggarnya.” Bebelnya sambil menggelengkan kepala melihatku.
       Aku tersengih-sengih sambil menggaru-garu kepala yang dilitupi tudung itu. “Ramai sangat orang la bang. Pening dah kepala Reen tengok. Eh.. mak mana?” Soalku apabila menyedari yang emak tiada bersama kami.
       “Mak pergi cari barang sikit. Dia suruh kita tunggu kat sini.
       Aku mengangguk sambil terus melangkah. Namun langkahku dihalang oleh suamiku itu. “Kenapa pulak lagi ni?”
      “Reen nak pergi mana?”
      “ Cari mak la. takkan nak biar mak angkut barang sorang-sorang?” Balasku selamba.
     Sahel Haqimy menggeleng. “ Dah.. tak payah. Sayang tunggu sini, biar abang pergi cari.”
      ‘Tapi…” aku tak sempat nak menghabiskan kata-kataku, suamiku itu sudah memintas.
      “Jangan degil. Tunggu kat sini. Jangan pergi mana-mana pulak. Kejap lagi abang datang balik.”
      “Yelah..yelah.” Aku mengeluh bosan. Sikit-sikit tak boleh. Sikit-sikit nak kena tunggu dia. Hish.. apa pun tak boleh. Teringat dialog kumpulan Jambu dalam rancangan Maharaja Lawak yang disiarkan di saluran astro warna itu.

Sedang aku mengelamun jauh, sampai masuk pulak bab maharajalawak bagai tu kan, tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu teguran di belakang.
     “Hai..”
     “Eh.. hai. Syimi? Lah.. keciknya dunia. Boleh pulak terjumpa kat sini erk?” Ujarku sambil tergelak kecil.
     Lelaki itu turut tergelak kecil. “Itulah.. macam ada jodoh pulak kita ni ya?” Hasyimi membalas dengan nada gurauan.
     Aku tersengih saja. Kalau dengar dek laki aku ni, mahunyalah dia buat launching sesi merajuk satu jam dengan aku. Hahaha. Sempat aku bermonolog di dalam hati. Lagi sekali, fikiran aku melayang memikirkan benda yang bukan-bukan. Atau dengan erti kata lainnya, benda yang pelik-pelik. Aku perlu mengucapkan terima kasih mungkin kepada Syimi kerana telah mematikan tempoh lamunanku yang sudah semakin jauh itu dengan pertanyaan yang mungkin jugak boleh aku kategorikan sebagai satu soalan yang boleh membuatkan aku membalingnya dengan botol kicap yang berada di dalam plastik di tanganku ketika ini. Kicap yang sempat aku beli tadi.
      So, awak buat apa kat sini?”
      Aku memberi satu senyuman paksa. “Saya nak cari bola ping pong tadi.. tapi, tak jumpa. Mungkin salah tempat kot. Saya sepatutnya kena beli bola ping pong tu kat kedai jual barangan sukan kan? Bukan kat pasar.. ya tak?”
     Hasyimi sudah ketawa besar. Mengaku yang dia sudah tersalah soalan. Dia sempat mengutuk dirinya yang entah apa-apa tu. “Oh.. ya tak ya. Apa punya soalanlah yang saya tanya kan? So, datang sini dengan siapa?”
     Aku tersenyum. “ Oh.. its ok. Datang dengan mak saya. Beli barang untuk kenduri malam ni.”
      Dengan mak je? Suami mana? Harap-harap tak adalah suami dia. Soalan yang hanya di dalam hati saja. “Oh.. I see. Patut tengok macam meriah je kat rumah awak tadi. Ada kenduri rupanya. Kenduri apa?” Hasyimie menyoal. Sengaja mahu berlama-lama di situ. Wanita di depannya itu sudah banyak berubah. Makin cantik pulak dia melihatnya. Syimi.. control Syimie..control. Bini orang tu. Jangan buat pasal. Dia mengingatkan dirinya.
      “Kenduri tahlil untuk arwah atuk je. Eh, dah terlanjur jumpa ni… jemput la datang sekali.” Laju saja aku mempelawa kawan satu sekolahku itu. Oppst, bukan kawan satu sekolah je, bekas kekasih cinta monyetku jugak dia nih. Huhuhu. Kalaulah Sahel tahu pasal ni, agak-agaknya dia marah ke dia senyum je erk? Eish.. apa punya soalanlah. Suami mana pulak yang nak senyum je kalau tengok dan lihat isterinya berbual mesra dengan bekas pakwe dia dulu kan? Eh, tapi.. itu dulu.. sekarang ni, dalam hati dah ada nama En. Sahel Haqimy je tau. Ceh..ceh.. dalam hati ada taman orkid dah. Memang tak boleh bla! Hahaha.
      “InsyaAllah.. so, balik naik apa ni? Kalau tak keberatan.. jomlah saya hantarkan.” Hasyimie mencuba nasib.
       Aku tersentak. Eh.. tak pe lah.. saya datang dengan..” Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, tiba-tiba satu suara kedengaran dari belakang.
      “Sayang… jom. Mak dah tunggu kat kereta.” Sahel Haqimy sudah pun memeluk pinggang isterinya. Sengaja dibuat begitu di depan lelaki yang bernama apa entah. Syimot.. Syimie.. ah, lantaklah. Bukan satu kepentingan pun  untuk dia mengingati nama lelaki itu. Dia dah lama berada di situ tadi. Selepas menghantar ibu mertuanya ke kereta, dia berpatah balik ke tempat isterinya yang disuruh menunggu sementara dia mencari ibu mertuanya. Sampai saja di situ, dia terpandangkan isterinya sedang berbual dengan seorang lelaki. Isterinya itu tidak perasaan akan kehadirannya. Dia mahu melihat sekiranya lelaki itu cuba berbuat sesuatu yang tidak elok terhadap isterinya. Namun, apabila melihatkan yang isterinya seperti seolah-olah sudah mengenali lelaki itu, dia biarkan saja. Tiba-tiba dia terasa yang Syazreen dan lelaki itu pernah ada apa-apa. Tapi, cepat-cepat dia mengusir prasangka buruk itu. Mungkin mereka memang kawan lama. Rileks la Qimy. She’s yours. Nak risau tahap dewa sangat tu, aphal pulak? Hatinya berkata-kata. ‘Mahunya tak risau? Bini aku tu beb.’
       “Eh.. abang. Bila masanya abang sampai?” soalku terkejut. Dalam hati, lega jugak rasanya. Ada jugak alasan nak melepaskan diri dari si Syimi ni.
       Dah lama dah. Namun hanya di dalam hati saja. “ Baru je. Jom .. nanti lambat. Mak dah pesan tadi, jangan lama-lama.” Sahel terus menarik tangan  isterinya itu tanpa sempat isterinya itu berkata apa-apa.
       Hasyimie terkebil-kebil memandang pasangan suami isteri itu. Lah.. datang dengan suami dia jugak rupanya. Hai.. melepas lagilah aku. Dia mengeluh lalu melangkah pergi.
      Aku memandang muka selamba suamiku itu. Hish.. dia ni.. dahlah tarik tangan orang tiba-tiba, lepas tu boleh buat muka tak berdosa pulak tu. “Abang.. are you okey?” soalku apabila melihat wajah boleh tahan bengang suamiku itu. Mesti bengang pasal tu. Tekaku sendiri.
        Sahel Haqimy mempamerkan senyuman kepada isterinya itu sebelum menjawab. “ Okey je. Kenapa awak tanya?” Jawapan yang selamba. Namun disebalik jawapan yang selamba itu, terselit satu persoalan dari benak fikiranku. Awak? Ah, sudah. Nampak sangat ketidak’ok’an dia tu. Sejak kahwin, tak pernah pun lelaki tu membahasakan dirinya awak.
       “ Abang, you’re not okey kan? You better tell me the truth.” Aku memberhentikan langkahku. Sengaja mahu tunjuk protes. Kalau dia boleh buat muka protes, aku pun boleh buat aksi protes jugak.
      Sahel Haqimy yang sudah melangkah ke depan turut menghentikan langkahnya. Dia mengeluh. “ Abang jealous dengan dia tu.” Jawabnya perlahan. Antara dengar dan tidak dengar je suaranya.
     Aku memandangnya dengan dahi yang berkerut sebelum perlahan-lahan ketawaku lepas. Jealous? Dah agak dah. Hai.. susah betullah dapat suami kaki jealous ni. Adoiyai.. aku menggeleng kepala sambil melangkah menuju ke arahnya.
       “Abang ni.. mengada-ngadalah tu. Kan Reen dah kata, dia tu kawan lama Reen je. Kawan biasa. Kami tak ada apa-apa. Abang janganlah sangka bukan-bukan pulak. Macam tadi tu, datang-datang tak ada hint tak ada apa.. terus tarik tangan Reen pergi macam tu je. Kesian dia Reen tengok. Muka dah terkebil-kebil tengok abang.” Aku ketawa kecil mengenangkan peristiwa sebentar tadi. Terserlah muka blurr Hasyimie melihat perlakuan suaminya itu.
        Sahel Haqimy turut tergelak besar mendengar kata-kata isterinya itu. “Yelah.. abang takutlah kalau-kalau dia nak mengurat isteri abang ni ke. So, abang tariklah tangan Reen cepat-cepat. Reen, abang punya ok. Siapa pun tak boleh kacau. Dah ada cop mohor ni.” Jawabnya sambil memegang tanganku.
        Aku tersengih memandangnya. “Amboi.. bukan main lagi. Dahlah bang.. kesian mak. Mesti dah lama tunggu kita. Jom.”
        “Yelah.. abang lupa pulak. Jom. Tadi mak dah siap pesan dah jangan lama-lama. Tapi, sebab ada orang tu boleh pulak berborak sakan dengan kawan lama dia tu. Dah lambat jadiknya.” Sahel Haqimy sengaja menekankan perkataan kawan lama itu untuk mengusik isterinya.
         Aku menjegilkan mata ke arahnya. “Abang! Saja je kan?” aku menampar lembut bahunya.
       Sahel Haqimy ketawa. Seronok dapat mengusik isterinya itu. aku turut ketawa apabila melihat gelagatnya itu. kami terus berjalan menuju ke parking kereta. Sampai saja di tempat parking, emak memerli kami dengan kata-kata ini.
      “Amboi.. anak menantu aku ni. Ingatkan dah tak jumpa jalan nak balik dah.” Omelnya.
      Aku dan suamiku tersengih-sengih cuma sambil sama-sama meminta maaf kat mak.
      
# Bersambung… nanti sambungannya dalam bab yang akan datang. InsyaAllah. Syukran kepada yang sudi membaca karya saya yang tak seberapa ni. Agak busy sikit sebelum ni.. jadik, ambil masa nak update. So, ini bab terbaru Permaisuri Hati. Semoga terhibur.. segala komen amatlah dihargai..J #

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...