Bab 45
Malam itu, aku bermalam di rumah Elly. Rumah yang kami sewa sebelum
aku menamatkan zaman bujangku. Sengaja aku membawa diri. Handphoneku yang berdering
sejak dari siang tadi, tidakku endahkan. Aku masih lagi kaku di atas sofa
sambil menonton tv. Menonton la sangat. Dah macam hape je rasanya tercongok macam ni. Ini semua pasal kejadian siang
tadi. Hatiku membentak geram.
Elly yang dari tadi
lagi memerhatikan perilaku temannya itu menggelengkan kepala apabila handphone yang dari tadi berdering minta
diangkat tidak dihiraukan oleh tuannya. Mesti yang call tu Sahel. Kesiannya la
kau wahai telefon. Dapat tuan keras hati macam si Syazreen ni. Sempat Elly
mengutuk teman baiknya itu di dalam hati.
“Weh, makcik…. phone kau berbunyi tu. Tak nak angkat
ke?” Elly memanggil apabila dirasakan yang deringan telefon itu sememangnya
mengganggu dirinya yang dari tadi sedang cuba hendak menghayati drama yang
sedang ditayangkan di astro warna itu. Syazreen masih tidak menunjukkan
sebarang reaksi. Elly mendengus geram. Susah betul cakap dengan orang yang
tengah emo ni tau! Elly menggeleng
sambil mengambil remote control untuk
menukar channel.
Aku masih membuat
muka selamba. Aku tahu Elly geram dengan aku. Gasak kau la Elly kena hadap
perangai kawan kau yang sorang ni.
Selepas kejadian tengah hari tadi, aku memutuskan untuk bermalam di rumah Elly.
Jenuh jugak si Elly tu memujuk aku suruh balik. Akhirnya aku tersadai dekat
sini dengan muka kusut dah mengalahkan kucing aku mati terlanggar lori. Eh,
sejak bila pulak aku ada bela kucing? Ah… belasah je la. Itu semua tak penting!
Yang paling penting, aku tak kuasa nak melayan panggilan-panggilan dari sesiapa
saja buat masa ini. Aku perlukan ketenangan. Ceh wah! Ketenangan konon! Kau
ingat, dengan main ‘nyorok-nyorok’ macam ni, ketenangan tu sampai la? Poyo
betul! Syazreen membebel di dalam hati.
Handphoneku berdering lagi. Aku masih
buat-buat tak dengar. Hish, kalau dah aku kata aku tak kuasa nak angkat tu…
memang tak kuasalah. Tak faham bahasa ke apa orang yang call ni? Aku masih lagi dengan muka kerasku. Lantak kaulah telefon
nak berdering sampai pagi esok ke apa. Malas aku nak angkat.
Elly yang dari tadi
cuba sedaya upaya untuk bersabar, sememangnya sudah hilang sabar lalu dia terus
mengangkat handphone kepunyaan teman
baiknya itu. Syazreen yang melihat tidak sempat menghalangnya.
“Hello.. Sahel?”
Elly mengerling sekilas ke arah Syazreen yang sedang membuat muka macam kucing
nak telan ikan bilis.
“Ha’ah… dia ada kat
sini. Nak cakap dengan dia? Dia dah tidurlah sahel… kau call dia besok jelah eh?” Balas Elly berbohong.
“Okey.. kau jangan
risau. Nanti aku sampaikan.”
Aku memandang Elly.
“Thanks Elly.”
Elly mengeluh
perlahan. “Sampai bila kau nak menyorok kat sini, Reen?” soalnya kepada teman
baiknya itu.
Syazreen mengangkat
bahu dan menggeleng tanda tidak tahu.
“Aku bukan nak
halau kau.. tapi, aku rasa better kau
balik. Selesaikan masalah kau dengan dia. Itu lebih baik daripada kau duduk kat
sini dengan buat muka serabut kau tu.” Elly sudah mula nak membebel.
“Aku tak nak. Please Elly, kalau kau sayang aku..
tolong jangan suruh aku balik.” Aku membuat muka simpati.
Elly melepaskan
keluhan berat. Hish.. dia ni la. Suka buat muka kesian tahap dewa macam tu.
“Yelah..yelah. Kali ni je aku tolong kau. Lain kali, jangan harap.” Elly
berkata dengan nada yang ala-ala tegas.
Aku mengukir
senyuman menawan apabila mendengar kata-kata Elly. “Thanks Elly.” Aku
memeluknya erat sambil mencium pipinya bertalu-talu.
Elly yang sudah
mula rimas itu, segera meleraikan pelukan kawan baiknya. “Eh.. dah..dah.. kalau
nak express feeling pun agak-agak la. Jahanam bedak sejuk aku weh.”
Aku sudah
tergelak-gelak memandang Elly. “Hish…kau ni. Kacau la. Bukan senang tau aku nak express
feeling macam ni. Lagi satu, yang kau ni.. apasal la suka sangat menempek
bedak sejuk kat muka kau tu? Dari dulu, sampai sekarang.. tak habis-habis
dengan bedak sejuk. Dah macam tepung kurmak
dah aku tengok tau tak?” Kutukku sambil kembali menumpukan perhatian ke arah
tv.
“Eh.. hello. Bahasa
tu indah sikit boleh tak? Kang aku tepon laki kau, suruh hangkut kau bawak
balik kang.. baru kau tau.” Elly mengugut.
Aku buat muka
gelabah. “Kau main ugut kan? Mana boleh macam tu. Yelah.. yelah.. sorry. Aku
tak buat lagi.” Ish.. apa la punya member. Sikit-sikit nak ugut orang.
Sikit-sikit nak ugut orang. Tak memahami naluri kewanitaan aku langsung! Huh!
Eh, dah apa kena mengena pulak dengan naluri kewanitaan segala bagai ni? Ah.. belasahlah.
Layan je boleh tak? Aku tengah serabut ni.
“Hah.. tahu takut.
Ala.. rileks la. Aku main-main jelah. Muka kau bila cuak, kelakar gila kan?”
Elly mengusik kawannya itu.
Aku menjeling Elly.
“Senget! Dah la.. malas nak layan kau. Tengok tv lagi baik.”
Elly terus
tersengih-sengih sambil mengangkat bahu.
“Weh.. tapi, betul
ke muka aku macam tepung kurmak?” Elly
menyoal setelah terdiam beberapa minit.
Soalan Elly itu aku
balas dengan anggukan pantas. “Kalau kau kahwin nantikan, tolong la jangan
pakai lagi bedak sejuk a.k.a tepung kurmak kau tu.”
Elly menarik muka
sebelum menyoal kembali. “Kenapa pulak?”
“Yelah.. aku takut
suami kau dapat sakit jantung sebab hari-hari terkejut tengok muka kau yang
bertempek bedak sejuk tu.” Jawabku sambil ketawa.
“Weh.. kurang asam
kau kan!” Elly membalingku dengan bantal. Dan akhirnya kami sama-sama tergelak.
Hilang seketika masalah yang melanda.
“Beb, aku lapar ar.” Elly bersuara setelah penat
bergelak ketawa.
“So…?” Balasku.
“Jom kita keluar pi
makan roti canai, nak?”
Aku mengerutkan
dahi. “Elly.. kau biar betul? Kau tengok jam sekarang dah pukul berapa?” Aku
mengerling jam di dinding. Dah hampir pukul 11 malam! Biar betik makcik sorang
ni. Tak pasal-pasal pulak nak ajak makan roti canai. Hish.. Elly.. Elly.. kau
memang suka buat benda pelik-pelik kan? Getus hatiku.
“Ala.. baru pukul
11.00. Jom la.. aku lapar sangat ni. Jom ar.. jom la.” Elly sudah merengek
macam budak-budak. Kalau budak-budak merengek, aku boleh terima la jugak. Boleh
bagi gula-gula. Ni, dah tahap mak budak merengek ni. Ai.. macam nak mintak
penampar jelah pulak. Aku menggerutu di dalam hati. Tapi, tak sampai hati pulak
nak menolak bila tengok muka kawan baiknya yang dah macam tak makan seminggu.
Since, aku pun belum makan lagi.
“Woi.. aku ajak
makan roti canai je pun. Yang nak gi ‘istikharah’ bagai macam nak pi makan
chicken chop tu dah kenapa? Nak ke tak nak ni?” Elly menyergah. Orang dah lapar
ni, dia boleh main fikir-fikir pulak. Giliran Elly pulak yang membebel sendiri.
Aku tersentak.
“Ha..?? Ish.. yelah.. yelah. Kau ni, banyak bunyi kan. Jom la. Bising je.
Selagi tak dapat makan, macam tu la kau kan?” Sempat aku mengutuk Elly sambil
tersengih sedikit.
Elly sudah
tersengih-sengih. “Yeah! Jom.. jom…eh, kejap.. aku tukar baju kejap.”
Aku menggelengkan
kepala. Apa jelah member aku ni. Aku
lantas naik ke tingkat atas untuk menukar baju dan memakai tudung.
# Assalam, masih ingat lagi dengan cerita ni? Maaf sangat-sangat sebab lambat update. Terima kasih kat semua pembaca-pembaca (ceh, bunyi cam ramai sangat je pembaca. Hahaha..) yang sudi membaca karya saya yang tak seberapa ni. Alhamdulillah.. ni bab yang sempat saya update.. maaf sangat-sangat atas segala kekurangan. Lately agak busy sebab nak final exam dah.. In sha Allah.. lepas ni, kalau dah settle semua urusan yang perlu diutamakan, saya update lagi permaisuri hati ni. Jazakumullah khairan khathiran kpd yang sudi baca.. Moga Allah redha. Saya tak pernah harap manuskrip ni akan dibukukan.. tapi, saya akan cuba buat sampai manuskrip menjadi sebuah buku... :) #
pendeknya nak lagi.
ReplyDelete