Sunday, September 25, 2011

~Permaisuri hati~

                                                               Bab 31

WAD yang menempatkan Sahel penuh dengan ahli keluarga dari kedua belah pihak. Ayah dan emakku yang baru tiba pagi tadi turut berada di situ.
      “Abang…amacam? Best tak accident?” Nisa menyoal sambil tergelak kecil.
      Kak long yang berada disebelahnya segera menyiku adiknya itu. “ Nisa…takde soalan yang lebih proper ke nak tanya kat abang tu? Hish..budak ni. Bertuah betul.” Marah Kak Long.
     “Oppstt…sorry. Nisa tanya soalan lain pulak. Erm…doktor yang treat abang tu…handsome tak? Hihi..”
     Soalan Nisa tu membuatkan semua yang berada di situ ketawa melihatnya termasuklah aku sendiri. Nisa..Nisa…tak habis-habis nak buat lawak.
     Sahel Haqimy hanya mampu tersenyum sebelum menjawab. “ Abang jawab yang nombor satu dulu. Best sangat accident nih. Sebab abang dapat hadiah paling bermakna dalam hidup abang.” Katanya sambil memandang ke arahku. Aku membalasnya dengan senyuman.
     “Hadiah apa?” soal Nisa menyibuk.
     “Nisa…” Giliran Kak Ngah pulak yang bersuara.
     “Ok..ok. Nisa diam.” Nisa segera menutup mulutnya. Apabila kak Ngah sudah bersuara, tiada apa lagi yang boleh diperkatakan. Kakak keduanya itu agak garang sikit orangnya. Sebelum kena debik, baik diam.
     Sahel Haqimy tersenyum. “ Pasal soalan Nisa yang kedua tu… I’m sorry sis.. he’s married.” Sahel Haqimy menepuk-nepuk bahu adiknya itu sambil ketawa kecil.
    Nisa segera menarik muka. “Ala.. baru ingat nak usha tadi.”
    “Amboi…amboi.. bukan main lagi dia. Awak tu belajar pun tak habis lagi. Dah gatal eh.” Giliran Umi pulak yang bersuara.     
     “Ala..Umi ni. Orang main-main jelah.” Nisa tersengih-sengih memandang ibunya itu. abah hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat kerenah anak bongsunya itu.
     Setelah lebih sejam ahli keluargaku dan juga keluarga suamiku berada di wad yang menempatkan Sahel, mereka pun meminta diri untuk pulang. kebetulan, Kak Ngah ada kerja yang perlu diselesaikan. Begitu juga Abang Radzi, suami Kak Long.
     “Jomlah kita beransur dulu. Sahel pun nampak letih tu. Kita bagilah dia berehat. Besan kita ni pun nampak penat jugak ni. Apa kata ke rumah kami dulu Encik Arshad..Puan Salmah?” Usul abah.
    “Eh..tak menyusahkan Encik Hakim dan Puan Mariah ke?” Emak menyoal. Risau pula jika menyusahkan besannya itu.
    “Eh..apa pulak menyusahkan. Kita kan bukan orang lain pun.” Jawab umi sambil tersenyum memandang emak dan ayah.
    Aku turut serba salah sebenarnya. Aku lebih senang jika emak dan ayahku balik ke rumah kami sahaja. Tapi, memandangkan aku harus menemani suamiku di hospital, aku akur juga.
      Akhirnya setelah mendapat kata sepakat, ayah dan emak pun bersetuju untuk balik ke rumah umi dan abah. Aku menghantar mereka sehingga ke pintu keluar. Namun sebelum itu, aku terlebih dahulu meminta izin dari Sahel. Bimbang pula ingin ditinggalkan suamiku itu seorang diri. “Abang..Reen pergi hantar diorang kejap eh. Abang, kalau nak apa-apa… tunggu Reen datang balik tau. Jangan nak pandai-pandai buat sendiri.” Kataku sambil sempat mengingatkan suamiku itu supaya jangan buat-buat apa selagi aku takde.
    Sahel yang mendengar kata-kata berbentuk amaran itu tergelak sahaja. “Yelah…sayang oi. Jangan risau. Dah..pergi cepat. Abang tunggu kat sini.”
      “Jangan risau..jangan risau. Abang tu bukan boleh percaya sangat. Oklah..Reen pergi kejap tau.” Aku segera mengejar orang tuaku dan mertuaku yang sudah pun agak jauh ke depan.
      Setengah jam kemudian, aku kembali ke bilik yang menempatkan suamiku. Sebaik melangkah masuk, aku lihat suamiku itu sedang cuba untuk mencapai cawan yang terletak di tepi katilnya itu. ‘ish… degil betullah dia ni. Orang dah cakap tunggu orang datang. Nak jugak buat sendiri.’ Omelku di dalam hati.
     “Abang… kan Reen dah cakap.. kalau nak apa-apa, tunggu Reen dulu. Abang tu belum sihat betul lagi kan. Yang pandai-pandai nak buat sendiri tu kenapa?” Bebelku sambil membetulkan baringannya.
    “Abang hauslah sayang. Reen tu, pergi hantar mak ngan ayah…macam dah tak nak balik lagi je. Abang ambiklah sendiri.” Jawabnya sambil dahinya kelihatan berkerut-kerut. Menahan sakit mungkin.
    Aku menoleh jam di tangan. Patutlah pun. Hampir setengah jam aku keluar. Aku memandang suamiku dengan rasa bersalah yang amat sangat. Kasihan pulak aku melihat dirinya ketika itu.
     “ Sorry bang..Reen pergi beli barang sikit tadi. Abang nak air ya? Reen ambikkan eh.” Aku segera mengambil cawan dan menuangkan air masak yang tersedia lantas kuhulurkan kepadanya.
     Sahel Haqimy menyambut huluran air tersebut dari tangan isterinya itu. “Thanks sayang.”
    Aku membalasnya dengan senyuman.
    Sahel Haqimy menghulurkan cawan yang telah kosong itu kepada isterinya. “Abang nak apa-apa lagi?” Soalku sebelum bangkit ke bilik air yang tersedia untuk membasuh cawan yang telah digunakan.
    Sahel Haqimy menggeleng.
   “Abang tunggu kejap. Reen nak pegi basuh cawan ni. Ingat bang..jangan banyak bergerak.” Pesanku sebelum meninggalkannya.
   Sahel Haqimy hanya mengangguk sambil tersenyum. Dia senang dengan layanan isterinya itu. walaupun baru dua hari ditahan di wad ini, sudah banyak kali keluhan bosan tercetus keluar dari bibirnya. Dia cuba untuk memejamkan matanya, namun tidak berjaya kerana dia terasa seperti mahu ke tandas pula tiba-tiba. Lantas perlahan-lahan dia bangkit dari katilnya itu. Baru saja ingin menjejakkan kaki ke lantai, kelibat Syazreen sudah kelihatan.
     “Abang!” jeritku separuh kuat.
      Sahel Haqimy hanya tersengih memandang isterinya yang kelihatan tak puas hati itu sambil menggaru-garu kepala.
     “Abang nak pergi mana ni? Kan Reen dah cakap, kalau nak apa-apa..bagitau Reen.” Ujarku separuh marah sambil membantunya untuk duduk.
     “It’s ok sayang. Abang nak pergi toilet je. Don’t worry ok.” Sahel Haqimy tergelak-gelak memandang isterinya itu.
     “Yelah…but, at least..tunggulah Reen dulu. Please, bang. Jangan bagi Reen risau. Abang tu bukannya sihat sangat.” Kataku dengan nada sebak. Sememangnya aku amat risau akan dirinya.
     “Hei..sayang abang ni..tak mo la nangis-nangis. Okey..okey. Abang mintak maaf  sebab risaukan Reen. Abang takde niat pun nak buat Reen risau. Abang just tak nak susahkan Reen. Itu je. Sorry ok. Dah..janganlah sedih-sedih. Abang kan kuat.”Sahel Haqimy cuba menceriakan hati isterinya itu. Dia membawa kepala isterinya itu ke dadanya.
     Aku tersenyum mendengar ayat terakhirnya itu. “Janji tau. Don’t do it again.
   “Ye, sayang. Abang janji.”
   “Good husband. Jom..Reen temankan abang ke toilet.” Aku memegang lengannya dan memapahnya ke tandas yang terletak berhampiran dengan katil yang didudukinya.
    “Teman je. Reen tak nak masuk sekali?” Soal Sahel Haqimy sambil tersengih nakal.
    Aku yang mengerti akan maksud kata-katanya segera mengahdiahkan satu cubitan di lengannya.
      “Adoi…. Sakitlah sayang.” Sahel Haqimy terjerit kecil.
      “Padan muka. Lain kali merepek lagi yang bukan-bukan.” Kataku sambil ketawa kecil.
      “Ala… nak manja-manja pun tak boleh. Kedekut!” Sahel Haqimy merungut sambil tangannya memeluk erat bahuku.
      Bulat mataku memandang ke arahnya. “Apa abang cakap?” Soalku sambil sudah bersedia untuk memberikan satu lagi cubitan.
      Sahel Haqimy segera menahan tangan isterinya itu daripada mendarat di lengannya.
    “Ok..ok… abang tak cakap dah. Ish…sayang abang ni… garangnya tak hilang-hilang.”
    “Tau takut.”
    Sahel Haqimy ketawa melihat wajah geram isterinya itu. Aku yang melihatnya tidak jadi mahu meneruskan marahku dan akhirnya aku turut sama ketawa. Semoga kebahagiaan ini berkekalan selama-lamanya Ya Allah. Sahel Haqimy sempat menitipkan doa.

                          *********************************************


                                                                     Bab 32


Sahel Haqimy memandang wajah isterinya sedang memandu di sebelah. Serius saja riaknya. Dia tahu, isterinya itu sedang melancarkan perang dingin dengannya. Sebabnya adalah kerana dia telah meminta dari doktor yang merawatnya supaya membenarkannya keluar dari hospital. Jenuh juga dia mahu memujuk doktor tersebut. bermacam-macam alasan yang dia bagi. Dan akhirnya doktor itu membenarkan, tetapi dengan bersyarat iaitu dia harus membuat pemeriksaan susulan pada setiap minggu selama sebulan! Mahu tidak mahu, terpaksalah dia bersetuju. Seminggu di hospital membuatkan hidupnya seperti berada di dalam penjara. Bosan! Syazreen hanya diberitahu ketika dia sudah mengemas barang untuk pulang. Ketika sampai di hospital, terpaksalah dia menadah telinganya mendengar bebelan isterinya itu.
         Sahel Haqimy mencapai tangan isterinya yang sedang memandu itu. Dia meramas-ramas jari-jemari isterinya.
         Aku menarik semula tanganku. Orang tengah geram dengan dia ni. Dia boleh pulak nak bermesra-mesra macam tu. Geram dengan suaminya yang pandai-pandai sendiri mintak keluar dari wad. 
      Sahel Haqimy tersenyum saja dengan reaksi isterinya itu. dia menarik lagi tangan Syazreen dan dibawanya ke bibir.
        “Reen tengah drive ni, ok.” Aku bersuara mengingatkannya. Pandanganku masih terhala ke depan.
       Sahel Haqimy ketawa kecil. “Hah… at last, abang dengar jugak suara sayang abang ni. Ingatkan dah tak reti nak cakap dengan abang.” Sahel Haqimy mengusik.
      Aku merentap tanganku kembali dan terus memegang stereng kereta. “ Abang jangan nak main-main eh. Reen tengah hot ni.” Sengajaku tekankan perkataan ‘hot’ itu tanda protes yang aku memang kurang senang dengan tindakannya.
       Sahel Haqimy tersenyum lagi. “ Kenapa ni? Reen marah kat abang eh. Abang mintak maaf ok.” Pujuknya.
       “Abang sepatutnya stay lagi kat hospital. Abang tu belum sembuh lagi. Yang abang pandai-pandai mintak keluar dengan doktor tu kenapa?” Soalku dengan nada kesal. Terkocoh-kocoh dia menyudahkan kelas sebentar tadi apabila mendapat panggilan dari pihak hospital tentang suaminya yang sudah pun dibenarkan keluar.
      Sahel Haqimy ketawa. “Sayang…abang dah sihatlah. Tengok ni…mana ada sakit-sakit lagi. I’m okay, dear. Don’t worry okey.” Sahel Haqimy cuba meyakinkan isterinya itu dengan dahi yang berkerut.
      “Dah sihat konon… tu yang berkerut-kerut dahi tu kenapa? Abang ni degil kan? Suka bagi Reen risau. Abang tahu tak, kalau umi dan abah tau…mesti diorang marah.”
     “Ala…tak ade apa la sayang. Sikit je ni. Tadi doktor tu dah check dah. Dia kata, abang memang dah boleh balik. Reen je yang risau sangat.” Sahel Haqimy menjawab sambil tersenyum.
     Aku memandangnya dengan pandangan tak puas hati. ‘Hish..ada je jawapannya.’ Omelku di dalam hati.
    Sahel Haqimy yang sedar maksud pandangan itu hanya tersengih. “Dah la sayang. Tak payah risau-risaulah. Abang ok. Kalau tak percaya..Reen berhenti kat depan tu.”
     Aku mengerutkan dahi dan memandang ke arahnya dengan pandangan pelik. “Kenapa pulak?” Soalku ingin tahu.
     “Bagi abang drive la. Kan Reen tak percaya abang dah ok. So, abang naklah buktikan kat Reen yang abang memang dah sembuh.” Sahel Haqimy tersenyum-senyum memandang isterinya itu.
     Aku membuntangkan mata ke arahnya. “What?? No way! Abang jangan nak mengada-ngada eh. Biar Reen je drive. Abang duduk kat sebelah tu diam-diam.” Kataku sambil menjegilkan mata ke arahnya. Hish…laki aku ni. Suka nak buat benda yang bukan-bukan.
       Sahel Haqimy ketawa melihat wajah cemas isterinya itu. Ha… tu la. Tak percaya sangat bila orang kata orang dah sihat. Baru main-main je tu. Sahel Haqimy menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia senang sebenarnya dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Syazreen kepadanya. Namun, dia tidak mahu menyusahkan isterinya itu.

AKU memapah Sahel ke dalam rumah. Bising mulutnya merungut tak puas hati denganku kerana berkeras mahu memapahnya berjalan. Sedangkan katanya, dia sudah boleh berjalan sendiri. Kononnya tidak mahu menyusahkanku. Aku memekakkan telinga saja dengan bebelannya itu.
       “Dah sudah?” soalku sebaik saja melabuhkan punngungku ke sofa.
       Sahel Haqimy yang baru saja diam itu memandang isterinya sambil mengerutkan dahi? “Apa yang dah sudah?” soalnya tidak faham.
       “Abang tu la.. dah sudah merungut?” soalku sambil tersenyum.
    Sahel Haqimy menjeling Syazreen dengan ekor matanya. Sindirlah tu! Omelnya.
    “Sejak bila pulak suami Reen ni pandai merungut eh?” aku bersuara lagi setelah soalan pertamaku tadi tidak dijawab olehnya. ‘Marahlah tu.’ Desis hatiku.
     “Mana ada abang merungut. Abang just tak nak susahkan Reen je. Kan abang dah kata, abang dah okey. Dah boleh jalan sendiri dah. Reen yang tak nak percaya cakap abang.” Jawabnya dengan panjang lebar sambil membuat muka.
      “Eleh… boleh jalan sendiri konon. Habis yang tadi tu, macam nak terjatuh je Reen tengok. Boleh jalan sendiri apa kebendanya?” balasku pula. Aku memang belum cukup yakin untuk membiarkannya berdikari sendiri buat masa ini. Tambahan pula, selain kecederaannya di kepala, suamiku itu turut mengalami kecederaan di bahagian kakinya.
       “Baru nak jatuh. Belum jatuh pun lagi, kan?” Sahel Haqimy menjawab lagi. Masih tidak mahu kalah.
       “Yelah…yelah. Reen mintak maaf. Salah Reen kot sebab terlalu risaukan abang.” Kataku dengan nada yang seakan-akan sedih. Ala-ala merajuklah konon. Orang nak practice ambik berat kat dia. Dia banyak bunyi pulak. Bagilah chance orang nak jadik isteri yang baik. Apalah dia ni. Gerutuku di dalam hati.
       Sahel Haqimy serba salah apabila mendengar nada sayu isterinya itu. Sungguh, dia sangat bahagia dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh isterinya itu. tapi, dia tak sampai hati nak menyusahkan Syazreen.
      Sahel Haqimy merapatkan kedudukannya dengan Syazreen. Dia menggaru-garu kepalanya yang memang tidak gatal langsung itu. Berkira-kira untuk memujuk si isteri.
      “Sayang abang ni..janganlah merajuk. Abang mintak maaf okey. Abang tahu, abang sepatutnya ucap terima kasih kat Reen sebab dah bersusah payah jaga abang. Tolong abang. Abang nak Reen tahu, yang abang hargai sangat apa yang Reen buat ni. Tapi, abang tak nak menyusahkan Reen.” Katanya dengan penuh perasaan.
      Aku yang mendengarnya terasa hendak ketawa pun ada. Memandangkan yang aku sedang berpura-pura merajuk, ku tahan saja tawaku ini. Suamiku ini memang hebat dalam bab berkata-kata. Senang cerita, jiwang karat la!
     “Sayang….”Sahel Haqimy memanggil.
     Aku pura-pura tidak mendengarnya. Orang tengah merajuk kan?
     Sahel Haqimy meraup rambutnya ke belakang. Dia mencuba sekali lagi.
    “Syazreen…” kali ni nama penuh isterinya itu disebut.
    Aku masih membatukan diri.
     “Ustaz abang kan…pernah kata, berdosa kalau kita tak jawab panggilan orang. Lagi-lagi bila suami memanggil isterinya.”Sahel Haqimy cuba mengumpan isterinya itu dengan sedikit tazkirah.
      Aku yang mendengarnya cepat-cepat berpaling ke arahnya. “Okey..okey. Reen jawab. Ya, abang. Nak apa?” balasku dengan muka yang cubaku maniskan.
      Yes! Berjaya. Sahel Haqimy tersenyum. “Hah…macam nilah isteri abang. Ish… asyik nak merajuk je sayang ni.” Sahel Haqimy memeluk bahu isterinya itu sambil mencuit hidungnya.
      Aku menampar lembut tangannya. “Mana ada merajuk la. Buat-buat je.” Kataku sambil ketawa kecil.
      Dia membulatkan matanya ke arahku. “Oh…pandai eh. Nak kenakan abanglah ni.” Soalnya sambil mencucuk pinggangku.
     Aku yang memang amat sensitive di bahagian pinggang, sudah mengeliat kegelian. “Janganlah bang. Gelilah.” Jeritku kegelian sambil menahan-nahan tangannya yang semakin lincah menggeletek pinggangku.
     “Nak buat lagi tak?” Sahel Haqimy menyoal.
     “Okey…okey. Tak buat lagi.” Jawabku sambil termengah-mengah kepenatan.
     Sahel Haqimy menghentikan perbuatannya itu. Dia memandang isterinya yang sedang membetulkan- betulkan baju kurung yang sudah kedut itu.
     “Teruklah abang ni. Habis kedut baju Reen.” Omelku sambil membetulkan baju yang kupakai itu.
     Sahel Haqimy ketawa. “Sapa suruh nakal sangat? Oleh sebab Reen nakal sangat hari ni..meh sini, abang nak denda Reen.” Katanya sambil menarikku ke dalam pelukannya.
     Aku mengerutkan dahi. “Denda? Lah… tadi tu bukan denda ke?” Soalku lurus.
     “Abang nak denda lain pulak.”
    “Apa dia?”
    “Kiss abang sikit.”
    Kata-kata itu membuatkan aku tersentak seketika. Aku tersengih-sengih memandangnya. “Eh….alamak,bang! Dah masuk asar la. Reen pergi solat dululah, ya.” Helahku sambil melangkah laju menuju ke tingkat atas.
   “Reen! Kiss la abang dulu.” Panggilnya kuat
   Aku buat-buat tidak dengar sambil menonong terus ke tingkat atas.
    Sahel Haqimy yang terpinga-pinga ditinggalkan itu hanya mampu menggarukan kepala. “Ish..nak mengelaklah tu. Tak dengar bunyi azan pun.” Omelnya tidak puas hati.

~Permaisuri hati~

                                                                Bab 30

Sahel haqimy tersedar apabila terasa seperti ada tangan yang memegang tangannya. Dia cuba bergerak, namun tidak berdaya kerana kepalanya terasa sakit. Dia mengamati wajah yang sedang lena itu. ‘Syazreen’. Ya.. dia kenal wajah itu. wajah insan kesayangannya. Tapi, apa yang berlaku ni? Aku kat mana ni? Sahel Haqimy tertanya-tanya sendiri. Cuba mengingati apa yang berlaku. Namun masih tidak berjaya. Dia cuba mengejutkan Syazreen. Baru saja dia ingin mengangkat tangannya, dia mengaduh.
    “Aduh..”
    Syazreen yang sedang lena itu terjaga serta merta. Dia mengangkat kepalanya memandang ke arah suaminya itu. “Abang dah sedar?” soalnya perlahan.
     Sahel Haqimy mengangguk sambil tersenyum sedikit. Bersyukur dengan panggilan itu. sekurang-kurangnya dia tidak kempunan mendengarnya. “ Kenapa sayang tidur kat sini?” Sahel Haqimy bertanya risau. Diri sendiri sakit, tidak pula dirisaukan. Orang yang tak sakit pulak yang nak dirisaukan.
     “Reen tunggu abang.” Jawabku perlahan.
     “ Abang kat mana ni sayang?”
     “Abang kat hospital. Abang kemalangan semalam.” Jawabku lagi.
     Sahel Haqimy memejamkan matanya cuba mengingati peristiwa yang berlaku semalam. Seingatnya, dia sedang memandu ketika itu. apabila tiba di satu persimpangan traffic light, tiba-tiba dia terasa keretanya dirempuh kuat. Selepas itu, dia sudah tidak ingat apa yang berlaku. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Dia cuba bangun.
     Aku yang melihat reaksinya itu segera menahannya. “ abang nak ke mana?” soalku cemas.
      “Abang nak balik.” Jawab Sahel haqimy tersekat-sekat sambil menahan rasa sakit.
      Aku yang mendengarnya terkejut seketika. “Nak balik? No…tak boleh. Abang belum sihat lagi.” tegahku.
      “Abang nak balik jugak. Abang nak celebrate anniversary kita. Abang dah janji nak bawak sayang keluar kan?” Jawabnya sambil masih terkial-kial untuk bangun.
     Aku yang mendengarnya serta-merta berasa sebak. Ya Allah… dalam keadaan sakit begini, lelaki itu masih mahu meneruskan niatnya untuk menyambut ulangtahun perkahwinan kami. Ya Allah…mulia sungguh hati suamiku ini. Sesalan semakin beraja dihati. Sebak yang kutahan akhirnya terlepas juga. Aku menangis teresak-esak. Aku mencapai tangannya.
     “Maafkan Reen bang. Reen banyak dosa dengan abang. Ampunkan Reen.” Kataku sambil mencium tangan suamiku itu.
     Sahel Haqimy tergamam seketika. Sayu hatinya melihat tangisan isterinya itu. “Reen…abang dah lama maafkan Reen. Abang tau, semua ni berpunca dari diri abang sendiri. Abang yang salah sebab abang terlalu sayangkan Reen. Terlalu cintakan Reen… sampai abang terpaksa lupakan perjanjian kita dulu. Abang terima apa je yang Reen buat kat abang. Reen tak salah sayang. Abang yang salah.” Tutur Sahel Haqimy dengan panjang lebarnya.
      Tangisanku semakin kuat. Aku menggeleng-gelengkan kepala. “ tak bang… Reen yang salah. Reen ego...Reen keraskan hati Reen selama ni semata-mata sebab Reen marah kat abang kerana melanggar perjanjian kita. Reen sedar..dah banyak dosa yang Reen buat selama ni pada abang. Ampunkan Reen bang. Reen menyesal sangat.” Kataku dengan esakan.
       Sahel Haqimy tersenyum. “ Sayang abang janganlah menangis. Abang maafkan Reen. Abang nak mintak maaf jugak kat Reen sebab dah langgar perjanjian kita dulu. Abang tak boleh mengelak lagi. Sebab abang sayang sangat-sangat kat Reen.” Sempat diseka air mata isterinya itu. sesungguhnya dia tidak senang melihat wanita kesayangannya itu menitiskan air mata.
      Aku semakin terharu dengan sikapnya itu. Benar kata Elly, lelaki ini memang seorang lelaki yang baik. Aku memandangnya dengan perasaan yang sukar untuk aku gambarkan. Dengan tidak semena-mena aku memeluknya. “Terima kasih bang. Reen sayang abang. Reen janji akan jadi isteri yang baik.” Ucapku dalam tangis yang masih bersisa.
     Sahel Haqimy tersenyum gembira dengan reaksi  dan pengakuan isterinya itu. ternyata penantiannya selama ini berakhir. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih kerana membuka pintu hati isteriku ini. Terima kasih Ya Allah.
       Lama pasangan itu berpelukan antara satu sama lain. “sayang…” panggil Sahel haqimy.
       “Hmm….” Jawabku.
       “lama lagi  ke nak peluk abang ni? Tangan abang dah naik lenguh ni.” Soal Sahel haqimy dengan perlahan.
      Aku yang mendengarnya cepat-cepat meleraikan pelukan. “Oppst…sorry..tangan abang sakit ke?” soalku buat-buat Tanya untuk menutup malu.
     Sahel Haqimy yang melihat muka isterinya ketika itu hanya mampu ketawa. “Tak la sayang..ok je. Kenapa muka sayang merah ni? Malu eh?” soalnya sambil ketawa kecil.
     “Mana ada. Pandai je abang ni.” Jawabku sambil pura-pura memandang ke arah lain.
    “Ye ke?” soal Sahel lagi. Sengaja mahu mengusik isterinya itu.
    “Yelah. Abang ni…” balasku sambil pura-pura marah.
   Sahel haqimy ketawa lagi melihat wajah masam isterinya itu.
   “Abang!” Jeritku lagi. geram pulak apabila diketawakan sebegitu. Ingat aku buat lawak sarkas ke apa?
    “yelah..yelah. sayang abang ni..asyik nak marah je. Meh sini.” Sahel haqimy menarik Syazreen rapat ke sisinya dan memeluk isterinya itu. Aku yang pada mulanya ingin protes tidak jadi berbuat begitu apabila dia terus memelukku dengan kejap.
    “sayang…nanti kalau abang dah sihat…kita keluar eh? Abang nak tunaikan janji abang tu.” Kata Sahel haqimy tiba-tiba.
    “Takpe bang. Reen tak kisah. As long as abang selamat pun, Reen dah bersyukur. Pasal keluar tu. Abang tak payah fikirlah. Insyaallah..kalau ada rezeki…kita celebrate lain kali.”
     “tak mo la.. abang dah janji kan? So, abang kenalah tunaikan. It’s a promise. Tak best la kalau abang tak tunaikan. Insyaallah lepas abang sihat sepenuhnya, abang tunaikan janji abang tu.”
     “Tapi bang…”
     “Takde tapi-tapi lagi sayang.”
     “yelah.. tapi..” kata-kataku terhenti di situ apabila dia sudah memandangku dengan pandangan geram.
     “Sayang abang ni degil tau. Nak kena cium dengan abang eh? Dah..dah..tak nak tapi-tapi lagi. Lagi sekali sayang sebut perkataan tapi..siap sayang.” Katanya dengan nada mengugut.
    Aku sudah terdiam. Hish..tak habis-habis nak ugut orang! Omelku dalam hati. Nasib baik baru lepas accident..kalau tak, memang kena la jawabnya.

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...