Thursday, December 22, 2011

~Si Kedekut Cinta~

                                                    


                       Bab 1

Kring!!!!! Bunyi jam loceng  yang nyaring di awal pagi ni telah membangkitkan aku dari lena.. Aku menekupkan bantal ke telinga. Namun, masih juga kedengaran bunyi nyaring itu. “Aduh…ni yang aku malas ni.” Dengan muka terpisat-pisat aku bangun menuju ke bilik sebelah iaitu bilik Nabila, kawan serumahku. Si makcik ni, kalau dah tidur memang tak ingat dunia betul! Bebelku sambil mematikan jam loceng yang masih berbunyi itu.
     “ Ila, bangun. Subuh dah ni.” Kejutku sambil menutup mulut yang menguap itu. Aku menepuk punggungnya apabila tiada tanda-tanda yang dia akan bangun.
    “Ila..bangun la cepat. Subuh dah nak habis ni.” Kejutku lagi sambil menarik selimut yang menutupi seluruh badannya itu.
    Nabila bergerak sedikit. “Ala..kejap lagi aku bangun la. Kau pergi la solat dulu.” Katanya sambil menarik semula selimut yang dah ku tarik tadi.
   “aku cuti la. Dah..dah..bangun cepat. Karang habis waktu pulak.” Kataku sambil berpaling melangkah untuk menuju ke bilikku.
   “Oh,yeke? Erm..aku nak cuti jugak la.” Jawabnya selamba..
   Aku yang mendengarnya segera berpusing kembali. ‘Ish..nak kena makcik ni.’ Aku menarik nafas panjang sebelum menjerit memanggil namanya.
    “Ila!!!!!!!” Jeritku kuat.
    Ila yang baru ingin menyambung tidur semula terus-terus bangkit menuju ke bilik air. “Hish…tak payahlah jerit-jerit. Macam mak aku la kau ni.” Bebelnya sebelum menutup pintu bilik air.
    Aku tersengih puas. ‘Ha, boleh pun bangun. Kan senang dari tadi kau bangun je terus bila aku kejutkan. Tak payahlah aku nak jadi tarzan pagi-pagi buta macam ni.’ Omelku sambil keluar menuju ke bilikku sambil berbaring semula di atas katil. Hari ni, hari cuti. Jadi aku tak perlu nak rushing bersiap untuk ke tempat kerja. Hari-hari cuti begini, tiada apa yang boleh dilakukan selain duduk di rumah. Dating? Oh..tidak. Dating..dating ni bukan kerja aku ok. Si Ila tu yelah. Weekend je tak duduk rumah. Orang dah nak kahwin kan. So, banyaklah program yang nak dibuatnya. Beli barang hantaranlah, pergi tempah kad jemputanlah. Itulah, inilah. Hai…. Kadang-kadang, seronok jugak tengok rakannya itu. Tak lama lagi, dah berdua. Aku ni jugak yang dari dulu sendiri dan masih lagi sendiri. Huhu. Nak buat macam mana, pengalaman hidup dah cukup buat aku rasa, cinta hanya layak diberi kepada orang yang betul-betul boleh menghargai apa itu cinta. Wah, ayat.. tak nak gempak pulak aku ni kan? Hehe.
        “Hah! Berangan! Tak habis-habis nak berangan.” Sergah Ila sambil melabuhkan punggung di katilku.
        Aku yang terkejut dengan sergahan yang tiba-tiba itu termelatah dengan tidak semena-mena. “Opocot mak kau. Ila! Kau ni takde kerja lain eh? Tak reti-reti nak bagi salam ke kalau masuk bilik orang?” Ujarku separuh marah. Ish..makcik ni. Suka sangat potong line. Aku baru je nak berangan, dia dah mengacau. Heish… potong betullah dia ni. Entah bila pulak la dia ada kat sini ni? Soalku di dalam hati.
       Ila ketawa melihatku. “Weh..jangan nak mengada-ngada cakap aku tak ketuk and bagi salam eh. Aku siap bagi salam penuh tau tak? Kau tu yang berangan entah ke mana..lepas tu nak salahkan aku pulak eh. Amboi..amboi… banyak kau punya cute.” Balas Ila dengan panjang lebarnya.
     Aku tersengih sambil menggaru-garu kepala. ‘Bila pulak la makcik ni ketuk. Iya lah sangat ketuk tu.’ Desis hatiku. “Hah.. kau nak apa ni? Asal tak gi tidur balik? Awal lagi kot.” Kataku sinis. Saja menyakat temanku yang sorang ni. Pelik pulak tengok kawannya itu yang sudah bersiap-siap.
    Nabila menampar bahuku. “Amboi..perli tak agak eh? Dah..dah..tak payah nak sindir-sindir aku. Sekarang ni, kau pergi mandi. Lepas tu ikut aku.” Arah Nabila sambil menarik selimut yang cantik menyelimuti badanku ini.
    “Alahai..nak pergi mana pulak? Kau ni.. agak-agaklah kalau nak ajak aku gi shopping pun. Awal lagi kot. Mana ada kedai bukak pagi-pagi macam ni.” Ujarku sambil menggaru-garu kepala. Serabut betul. Padahal baru je shampoo kot semalam. Heish..rambut..rambut. suka bagi aku berserabut dengan kerenah kau ni kan? Bebelku di dalam hati.
    “Weh.. bila masa pulak aku nak ajak kau gi shopping bagai ni? Akai ada ka, minachi?.” Tempelak Nabila kepadaku. Hish, dia ni. Asal ajak je, mula la kata aku nak ajak dia gi shopping. Macamlah selama ni minat sangat-sangat nak ikut aku bershopping. Gerutu Nabila di dalam hati.
    “Habis.. nak gi mana pulak?”
    “Dah..dah..tak payah nak banyak tanya sangat. Kau siap cepat. Aku tunggu kat luar. Cepat sikit. Aku bagi masa 10 minit je.” Katanya sambil berlenggang menuju ke luar. Sengaja ditetapkan masa untuk rakannya itu. Kerana siapa tak kenal Alya Irdina Abdul Karim tu. Kalau bersiap, mengalahkan perempuan melayu terakhir. Lambat ya rabbi. Alasan yang diberi, ‘aku kan perempuan. Kenalah sopan santun.’ Hergh..tension betul!
     “Ila..kita nak gi mana ni?” Jeritku sedikit kuat.
    “Jogging!” sahut Nabila dengan selamba sambil tersenyum sedikit.
    “Jogging? Alahai.. malas betul la dengan dia ni. Tak de aktiviti best ke nak ajak aku buat?” aku merungut sendiri. Aku gagahkan diri untuk bangun apabila terdengar suara Nabila menjerit memanggilku.
      
Note : Bab pengenalan cerita terbaru saya..~SI KEDEKUT CINTA~ selamat membaca semua.. still ada kekurangan ni. 2nd trial.. hihi.. jemput la baca ye..:)

Sunday, December 18, 2011

~Bersederhanalah dalam kehidupan~

Dulu.. masa kecik-kecik.. kalau nak apa-apa, mesti  beria-ia mintak kat mak ayah. Tak kira la masa tu, ayah ngn mak kita tu ada duit ke tak. Tak kira la kalau masa tu barang tu keperluan atau kehendak.. tak kira lah jugak, masa tu hujung bulan ke.. awal bulan ke.. atau hujung minggu ke.. kita belasah je.. mintak je apa yang kita nak.  Kalau ayah atau mak kita tu berkeras tak bagi, kita pun berkeras dok golek-golek atas lantai. Tak kira la masa tu lantai tu kotor ke.. bersih ke.. [tapi, usually memang tak la bersihnya..]..kita langgar je.. peduli hape? Yang penting, apa yang kita nak tu.. mak ayah kita kena bagi jugak.. walaupun apa yang kita nak tu hanya  gula lollipop sebatang… haha..

Itu masa saya kecik-kecik la.. saya mengaku. Apa yang saya tuliskan kat atas ni, totally is my bad behaviour. But that was before. Before saya tahu apa itu makna kesenangan dan kesusahan.  Sebelum saya tahu, yang mana satu barang keperluan..yang mana satu barang kehendak. Tapi, bila dah semakin membesar ni, saya terfikir satu perkara. Perkara yang kadang-kadang membuatkan saya berkata-kata sendiri,

“Ya ALLAH..teruknya perangai aku masa tu..” huhu..

Sekarang ni, bila dah tau susah senangnya mak ayah saya membesarkan saya…buat saya malu nak meminta-minta kat diorang. Kalau masa kecik-kecik dulu diorang dah banyak spend duit, masa, tenaga…and  kasih sayanglah yang paling penting untuk saya dan  adik beradik saya.. so, apalah sangat nak dibandingkan dengan sijil yang bakal saya dapat ni.. kalau ianya masih tak dapat nak repay apa yang diorang dah buat untuk saya and adik beradik. Ye tak? Hehe..

Saya ingat lagi, masa ayah saya hantar saya balik hostel bulan lepas. Masa turun kereta, ayah saya tanya,

“ada duit tak?”

Saya dengan confidentnya jawab…

“ada.”

Walhal dalam poket masa tu, only duit syiling je yang tinggal. Bukan nak tunjuk baik. Konon-kononnya tak nak menyusahkan. Saya nak tekankan kat sini, saya bukan nak tunjuk yang konon-kononnya saya ni anak yang baik ok.. saya memang nak jadi anak yang baik. Kalau boleh, biarlah urusan pembelajaran saya ni, saya tak gunakan duit mak ayah saya. Kalau keadaan tak memaksalah. Kalau dah terpaksa, kena la guna jugak kan. [bak kata orang, selagi tak pegang duit sendiri, tak yah nak poyo sangat la.. hahaha..].. tapi, kalau boleh, memang saya tak nak menyusahkan mak ayah saya. Buat apa pinjaman yang saya buat tu, kalau tak digunakan? Betul tak?

Susah senang waktu belajar ni, memang adat la. Untung mereka-mereka yang disediakan semuanya. Ada yang berkereta, ada yang bermotorsikal.. dan kalau basikal tu, boleh dikategorikan sebagai pengangkutan paling canggih.. paling mewah, mesti ramai jugak yang nak naik basikal pergi kolej, pergi U kan? Tapi, malangnya…basikal tu hanya gah masa zaman saya bebudak je.. zaman ‘merempit’ ke sekolah dengan kawan-kawan.. huhu.. itu bezanya zaman budak-budak saya, dengan zaman budak-budak ADIK-ADIK saya. Apa yang diorang nak, tak susah untuk diorang dapat macam mana susahnya saya and kakak saya nak dapat dulu. They should be thankful.

Dan hari ni, lagi sekali… saya terpaksa ‘tidak menjujurkan’ diri saya bila ayah saya tanya, masa berhenti sarapan pagi tadi, sebelum balik kolej…

“ada duit tak?”

Macam biasa, tahap confident untuk tidak berkata jujur tu masih maintain macam bulan lepas jugak. Saya jawab macam ni..

“Ada..”

Kalau la ayah saya tahu yang saya tipu.. mesti saya kena sekeh laju-laju kan? Hehe.. sorry ayah.. bukan sengaja nak menipu.. tapi, tak sampai hati nak mintak.. [sebelum tu saya dah mintak untuk bayar yuran pengajian..sementara tunggu loan masuk…so, memang tak la sampai ke hati saya ni nak mintak duit belanja pulak. Huhu.. stok elaun bulan lepas pun still ada lagi..insyaAllah cukup untuk menampung hidup.
Itu memang perangai saya la.. perangai suka menyorokkan kesusahan yang melanda diri. Walaupun saya tahu, ayah saya takkan cakap apa-apa bila saya mintak duit. Maksud saya, ayah saya cool sikit compared to mak saya. Bila dia tau apa tujuannya anak-anak dia mintak duit, dia akan bagi. [kalau dia ada duit time tu la.. kalau takde duit time tu, insyaallah dua tiga hari lepas tu mesti akan dapat..]. Itu ayah saya. Tapi, saya bukan jenis yang suka ambik kesempatan di atas kelembutan dan ke’cool’an ayah saya tu. Sebab tu masa saya ‘pecahkan rahsia’ kat mak saya pasal saya terpaksa tahan and ikat perut seminggu sementara tunggu elaun masuk, adik saya yang kebetulan ada masa tu kata kat saya macam ni,
“Ek eleh..poyo je ko nih. Budget seh!”

Saya buat muka poyo je la.. dah memang saya poyo. So what? Haha. Tak kisah la nak cakap saya poyo ke.. budget bagus ke..hape ke… lantak pi la. As long as mak ayah saya tak susah hati sebab saya, itu dah cukup buat hati saya senang dan insyaALLAH tenang. Hihi..

Alhamdulillah… bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang bukan mewah. Sebab dengan hidup yang walaupun sederhana ni la saya jadi lebih bermuhasabah diri. Saya percaya, bila ALLAH jadikan kita macam ni, bukan sebab ALLAH tu tak adil. Tapi, mungkin sebab ALLAH nak jadikkan kita orang yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang DIA beri dan mungkin juga ALLAH nak kita jadi diri kita sendiri. Tak perlu harta yang melimpah ruah, kalau ianya boleh buat kita jadi megah. Cukuplah dengan kasih sayang dari ALLAH dan cukuplah dengan kasih sayang yang mak ayah saya limpahkan untuk saya dan adik beradik juga. Bagi saya, emak and ayah saya tu pun dah dikira harta yang paling bernilai dah. (^_^)

P/S : kalau rasa-rasanya ada gastrik..janganlah tiru apa yang saya buat.. ikat perut tak makan.. hehe.. nanti boleh memudaratkan kesihatan. Itu bukan lagi tak nak menyusahkan orang dah tu.. itu namanya, menyeksa diri sendiri. Haha..



~Jumaat Yang 'Indah'~

Assalamualaikum.... Hai kawan2! Hehe...

Meh duduk sini meh..saya nak bercerita sikit.. Hermm,, hari ni memang hari yang sangat-sangat menggelabahkan bagi saya.. nak tahu kenapa? masyaALLAH...sangat-sangat la memenatkan! Kenapa? 

Ni yang nak citer ni. Macam-macam hal hari ni. Mana nak gi kelas lagi. Mana nak gi jumpe bahagian kewangan lagi. Mana nak kena buat assignment lagi. Nak fikirkan meeting dengan ahli-ahli kelab lagi..and yang paling penting, nak fikir pasal test lagi.  Wow! Memang hebatlah saya kalau boleh tahan sume dugaan-dugaan ni.. tapi, saya tetap manusia biasa. Tau apa itu rasanya penat.. apa itu rasanya lelah [walaupun penyakit lelah saya dah lama hilang..alhamdulillah..].. and yang paling penting, saya tetap manusia biasa yang masih ada perasaan. Perasaan untuk merasai kekalutan dan kegelabahan yang membuatkan saya hampir-hampir nak menitiskan air mata. Wah, dasyat giler nih. Memang mencabar kesabaran betul la. Kalau tak sabar, memang dah lama saya nangis.[peduli hape saya kalau masa tu saya kat tempat awam sekali pun.. sebab dah memang tak leh nak tahan kot... everything datang serentak.. dush3..jatuh kat atas kepala ni ha..] hoho..

Yelah, mana tak nya. Saya diberitahu yang saya kena replace tempat orang untuk sampaikan tazkirah ringkas kat HM. Ok la.. i’m ok with it. Tapi, yang buat saya rasa tak ok tu.. bila saya gelabah. Gelabah sebab kena bagi tazkirah tu satu hal la... sebab saya tak pernah bagi tazkirah kat depan orang. Selalunya yang rajin dan terpaksa merajinkan diri dok dengar saya ber’tazkirah’ pun.. geng saya and adik-adik junior saya je. Tapi, untuk yang ni..special untuk semua ahli HM. Mana la saya tak gelabah. Saya ni dah la ‘pemalu’.. nak kena record lagi benda tu. Adeh.. betul-betul menguji saya la.. menguji mental dan fizikal bak kata orang. Nasib baik jugak orang kuat HM terima video saya yang tah pape tu. Kalau tak, pengsan saya! Haha..

Bila dapat tau je yang saya kena recordkan tazkirah tu untuk tv HM..saya terus-terus tergamam. “Record?” adeh.. macam mna nih? Saya dah la tak reti nak record-record video nih.. seingat saya, saya record video pun masa sem 3 and sem 4 yang lepas. Itu pun sebab saya and kawan2 kena buat video. WAJIB! Sebab markah kami termasuk dalam video tu. So, nak tak nak.. sebab nak markah punya pasal. Memang kena la buat kan? Kalau tak, kempunan la nak dapat markah. Itu je la. Lepas tu, mana ada dah dok buat recording.
 
Alahai.. itu dah satu hal yang menggelabahkan saya. Tak masuk lagi, bila saya kena dok tunggu bas berjam2 kat bustand tadi. Hadoi.. saya hangin betul la. Dari pukul 1 tgh hari saya tnggu.. sampai dah dekat pukul 3.. baru bas tu memunculkan diri. Ya ALLAH..saya faham la hari ni hari jumaat. Orang lelaki pergi solat jumaat termasuk la driver bas tu sekali. Tapi, masalahnya... kenapa lambat sangat? Ye tak? Saya punya tak senang duduk+gelabah...sampai saya berzikir je la sepanjang dok tunggu bas tadi. Satu, sebab saya sangat risau. Risau coz keje saya tak siap lagi. Keje2 mengupload video kat you tube...[yang mana tanpa saya sedar, saya dah ada satu akaun you tube! Entah bile masa pulak la saya meng’create’ benda alah tu..hoho..].. dua, sebab saya serabut tengok bas yang keluar masuk kat bustand tuh tanpa ada satu pun bus2 tersebut merupakan bus yang akan atau bakal saya naiki untuk sampai ke rumah! Itu memang boleh mendatangkan marah. Tapi, saya sabar je dulu. Tak mo marah-marah..hari jumaat kot. Sabar itu lebih baik dari marah-marah... betul tak? Dan yang paling penting, kenapa saya sampai berzikir segala tu? Sebab..saya takut, tahap kesabaran saya yang senipis kulit bawang ni hilang. Dan kalau ianya sudah mula hilang..akan terjadi la satu peristiwa di mana.. hati akan mula berkata-kata sesuatu yang tidak enak. Hish.. tak mo.. tak mo.. saya tak nak macam tu. So, as a result..saya berjaya mengawal perasaan marah saya daripada menguasai diri. Hehe.. suka2.. ini la yang dinamakan, kuasa ALLAH. Dengan berzikir mengingati ALLAH..hati akan menjadi tenang. Walaupun memang terserlah kegelisahan dan kegelabahan saya masa kat tempat awam tu tadi. Haha..

Bila dah naik bas... saya siap text orang kuat HM tu.. sambil mintak maaf yang saya lambat uploadkan video.. sebab internet low.. and saya kata lagi, insyaallah bila dah sampai rumah..saya terus proceedkan. Tapi, bila dah sampai rumah.. dugaan ALLAH tu datang lagi. Internet kat rumah saya pulak yang buat hal. Ya ALLAH.. memang rasa cam nak nangis la. Seriously! Sebab risaukan keje yang tertangguh tu. Keje yang tak settle tuh. Hish.. time tu la jugak.. saya start membebel dah. Hilang sudah kesabaran saya  yang setipis kulit bawang nih. Yelah.. takde sapa-sapa inform me yang internet tak boleh guna. Yang saya ni pulak, dok harap la konon-kononnya internet kat rumah takde masalah. Last-last..hambik! terduduk saya sekejap. Huhu. Sudahnya..lepas solat zohor..saya terus keluar balik.. gi cc pulak. And nak jadikan lagi penyeri and penambah perisa untuk cerita saya yang sadis lagi ‘best’ ni.. CC yang saya selalu pegi tu pulak tak bukak! Ya ALLAH... ujian bertimpa-timpa.. tapi, nasib baiklah ada satu CC bukak. And saya terus-terus terjah masuk CC tu...[siap bukak selipar lagi nih..padahal tak payah pun..konon2 masuk rumah orang la..gelabah punya pasal..hahaha..]...dan akhirnya, alhamdulillah...selamat jugak saya menyempurnakan kerja yang telah diamanahkan oleh pihak pengurusan HM. Syukur2...walaupun hasilnya tidaklah sehebat mana dan walaupun macam-macam benda yang jadik hari ni..saya percaya..semuanya dah ditentukan oleh ALLAH. Ujian itu tanda ALLAH sayang.. dan janganlah kita mengeluh dengan segala ujian tu kerana sesungguhnya ALLAH tidak akan menguji setiap hambaNYA melebihi batas kemampuan mereka. Wallahualam..:)

Note 1 : tengah nak menghadapi TEST sebagai seorang pelajar pulak... doa kan saya yer..:)
Note 2 : jadual yang sangat pack! huhu.. tak berkesempatan nak update permaisuri Hati... sabo..sabo.. hehe..:)

Sunday, December 11, 2011

~Cerita minggu ini..~

Assalamualaikum…

Boleh tak kalau saya nak membebel sikit untuk entry kali ni? Hehe.. bukan membebel apa pun. Just nak meluah and menceritakan sikit2 apa yang berlaku dalam hidup saya sepanjang seminggu ni. Ececeh.. apa yang berlaku dalam hidup erk? Haha. Ayat yang sangat tak leh bla.. bak kata bebudak zaman sekarang la kan..[saya pun kadang2 cakap gak ayat tu..hik3]… ok2..lets go to the point.. dah masuk zohor nih..  jap lagi nak solat pulak.. antara orang-orang yang disayangi oleh ALLAH..adalah orang yang mengawalkan solat kan? Hihi.. tapi… saya ni macam nak melambatkan solat je… adeh.. sesungguhnya saya hanya manusia biasa… tak sempurna mana… jadi, mari la sama2 kita perbaiki diri ye kawan2..sekian tazkirah ringkas dari saya…[lepas ni gi solat terus!]..huhu..

Actually, minggu ni saya tak dapat balik rumah mak ayah. Itu yang rasa cam…wah.. lama giler tak balik umah.. mesti mak ayah saya rindu kat saya kan? Ececeh… dan-dan la. Walhal..saya ni ha yang rindu giler kat depa..sampai termimpi-mimpi kot.. hahaha.. [ehem2..kaver sikit..control2.. huhu..]

Weekend yang lepas, saya dah komfem2 la tak dapat balik.. sebab ada meeting kelab la.. ada discussion ngn group members la..[yang mana..last2 minit diorang kata tak jadi..] heish..dalam hati ni.. tuhan je yang tau betapa saya rasa cam nak sekeh2 je kepala diorang tuh.. nasib baik ada plan nak gi survey tempat camping kat Gua Batu Maloi.. kalau tak..memang time tu gak saya call teksi suruh amik..[tak mo nyusahkan ayah…lagipun stok money saya ada lagi..cukup la nak buat tambang…]hoho.. acah je lar.. saya bukan berani sangat pun.. cakap je lebih.. haha..

Nasib baik la hari sabtu tu, saya dah jumpa mak ayah saya. Sebab saya mintak diorang hantarkan buku teks untuk subject selling saya.. [yang saya booking kat lecturer sebelah umah saya tu..].. kebetulan family saya nak gi kenduri kawen kat keratong… so, itu yang mintak tolong tu.. hehe… and one more thing yang bestnya… balik dari kenduri tu.. mak saya call kata nak hantar lauk kenduri.. so, saya yang tengah main badminton dengan roommates time tu.. just say.. “Ok…” sambil termengah-mengah menjawab.. haha.. [padah sebab dah lama tak exercise..padan muka saya! Haha..… [sampai la ni tangan still terasa lenguh..]
Sekarang pun walaupun kelas tak berapa nak pack.. [sebab saya carry 12 credit hour je..] tapi, bebannya stil macam carry 20 credit hour! Hadoi… memang seksa rasanya… nasib baik business studies ni tak gempak macam bebudak accounting yang even dah part 6 pun..still ada 7 subject overall… kalau tidak.. mau pengsan saya awal2 sem nih.. haha.. syukur2..pengalaman repeat satu paper pun dah boleh bagi a big lesson for me.. saya ni bukan rajin belajar pun… Cuma semangat nak  belajar sampai ke peringkat lebih tinggi tu je yang buat saya masih berada di sini.. kalau tak de semangat.. tak tau la nak kata apa.. macam yang saya selalu citer  tu.. saya bukan orang pandai… tapi, sebab semangat untuk ubah corak hidup tu yang buat saya masih dan insyaallah akan terus bertahan.. amin.. [tetiba teringat pesan2 mak ayah..huhu..]

Oh..ye.. Alhamdulillah…saya dapat feedback yang sangat baik untuk permaisuri hati.. Thank you semua… Insyaallah.. all the comments, I consider it as a motivation for me to give more..more and more. Tak sangka sebenarnya… ada jugak follower citer yang tak seberapa tu… hik3..segan saya tetibe.. saya dah la tak hebat pun menulis ni. Orang kata apa.. baru nak bertatih.. erm..itu saya la tu.. macam baby yang baru nak belajar berjalan.. there are a lots of thing yang saya perlu dan patut improve.. Insyaallah..saya cuba buat yang terbaik. Walaupun sekarang ni saya macam dah buat dua tiga kerja dalam satu masa… tapi, saya still boleh berharuk pikuk ngan adik2 junior serumah.. hihi.. [jangan ikut saya..sebab saya memang macam ni.. bak kata geng saya, suka ambik mudah.. huhu..]… erm, tak kisah la apa pun.. yang penting tau tanggungjawab masing-masing.. tanggung jawab dengan ALLAH… and tanggungjawab dengan mak ayah pun dah cukup bagi saya. Itu prnsip yang saya pegang dari dulu sampai sekarang.. [walaupun kadang2 macam payah je nak istiqamah kan benda2 tu semua.. hihi..]

Saya ada tulis artikel jugak. Kat satu group islamik ni. Group ni bagus la. Banyak ajar saya erti sebenar kehidupan. Maksudnya, group ni ramai kawan-kawan yang mendekatkan diri kita dengan ALLAH [Untuk mudah kawan2 pembaca semua nak faham.] Hehe.. macam yang saya mentioned tadi..saya bukan orang baik.. tapi saya suka kawan dengan orang baik2.. sebab saya pun nak jadi baik jugak. Insyaallah.. so, untuk short explaination.. group ni sebenarnya, konsep nye lebih kurang macam iluvislam.com jugak… diorang ada tv sendiri..diorang ada laman web sendiri..[yang mana memuatkan semua artikel2 yang ditulis oleh penulis2 group itu sendiri, termasuk saya.. hehe..]..so, kalau rajin.. kawan-kawan boleh la jenguk-jenguk website diorang… just type je Halaqahmaya.blogspot.com.. pastu, leh baca apa-apa je kat situ… insyaallah..saya jamin, semuanya bermanfaat..:)

Lastly, saya nak inform..mungkin bab seterusnya Permaisuri Hati akan lambat sikit saya postkan entrynya..sebab sekarang tengah busy dengan assignment in group.. saya cuak sikit kalau buat assignment in group..sebab takut terlebih curi tulang pulak.. hoho.. kalau individual.. boleh je saya curik tulang… hehehe.. selamat hari isnin semua..:)

Note 1 :  Insyaallah..nanti saya update Permaisuri Hati… 
Note 2 :  Jom layan lagu zivillia ni...~pintu taubat~






Thursday, December 8, 2011

~Salam jumaat~

Assalamualaikum..

Salam jumaat semua..Sedih! Huhu.. apa pulak kali ni? Tetiba je sedih bagai.. apa hal pulak kan? Huhu... takde apa sebenarnya. Saje je nak buat mukadimah macam tu. Maybe sebab tak dapat balik rumah mak ayah hari ni. So, tu yang jiwa jadi kacau tak tentu arah tu. Ececeh...kacau la sangat kan jiwa saya ni. Hoho..

Actually, tak la sangat. Cuma..maybe sebab dah terbiasa...asal lepas kelas je hari jumaat..mesti lesap.. lesap balik rumah la.. bukan lesap merayau ke hape.. huhu..walaupun memang itu yang saya and geng saya buat, kalau kitorang balik rumah tanpa dijemput. Haha.. ala, tapi..bukan merayp ke mana pun. Dok jalan2 area Alor gajah gak. lepas isi perut..balik la. Hehe. itu kalau balik dengan geng la.. kalau balik sorang2..memang tak la nak jenjalan bagai.. hoho..

Kebetulan hari ni pulak ada meeting dengan penasihat kelab, so tu yang terkandas lagi kat kolej ni. Insyaallah..mungkin besok bari dapat balik rumah. Huhu. Tak sabo pulak. hehe.. Masa dalam kelas tadi, tengah dok jawab kuiz untuk subject research...saya boleh pulak berangan pasal a few things... antaranya, pasal  Permaisuri Hati jugak. Haha.. tak pasal2 pulak berangan pasal PH..ape daa AIN SABRINA nih! hoho... tapi, jangan ikut pulak fiil saya ni. Saya memang suka berangan benda yang bukan2.... sebab tu jugak kot jerawat dah makin bermaharajalela kat muka saya nih. Hahaha..

Lepas tu, boleh pulak dalam kelas..and time jawab quiz tadi.. kepala otak ni melayang teringatkan asam pedas mak saya. Huhu..lagi bertambah2 kerinduan di hati ini. Ceh wah! Budget betol ayat saya nih... huhu.. hasilnya untuk quiz...memang sangat tak memberangsangkan.. sebab saya tak faham satu hape pun. Blurr kot belajar research nih. Lagi-lagi lecturer yang ajar tu.. nama dia Syazreen jugak..and lagi bertambah2 la tahap keberanganan saya ni. Hahaha.. 

Ok, erm.. sebelum saya lupa...saya nak say thankz to all readers yang baca Permaisuri Hati.. and thnkz jugak sebab menyokong karya dari penulis cabuk macam saya ni. Macam yang saya tuliskan kat atas tu...[my blog description]..saya menulis bukan kerna nama.. tapi, kerana sifat kasih pada sesama insan..untuk menyatakan kasih sayang saya kepada anda semua.. semoga tulisan saya tu memberikan sedikit ilmu walaupun hanya tulisan ringkas yang mungkin tiada makna untuk anda semua...apa-apa pun, cukuplah semoga  kawan2 pembaca saya tu..terhibur. InsyaAllah...:)

Note 1 : rindu asam pedas mak! huhu...
Note 2 : Thank u semua....teruskan menyokong PH yer... and salam jumaat dari saya....

Saturday, December 3, 2011

~Permaisuri hati~


                                                      
                                                            Bab  33

Aku turun ke bawah selesai menunaikan solat asar. Aku menghayunkan kaki menuju ke ruang tamu mencari-cari kelibat suamiku. aku menggelengkan kepala apabila melihat suamiku sedang tidur dengan wajah yang nampak sangat kepenatannya. Hajat dihati ingin mengejutkannya solat asar, tapi apabila terpandangkan wajah polosnya itu tidur dengan dahi yang berkerut-kerut, aku batalkan saja niatku itu.
         Aku mengambil peluang yang ada untuk menatap dengan lebih dekat wajah insan yang selama ini tidak kuhiraukan hati dan perasaannya. Aku mengusap kepalanya dengan penuh hati-hati.
        “Maafkan Reen bang. Selama ni Reen banyak buat salah dengan abang. Reen berdosa dengan abang. Reen janji, Reen akan cuba jadi isteri yang baik untuk abang. Reen sayang abang.” Kataku perlahan.Aku menaikkan rambutnya yang jatuh menutupi dahinya itu lantas ku kucup perlahan dahinya sebagai tanda yang aku memang sayang akan dirinya. Perasaan yang ada ini mungkin sudah lama hadir, Cuma aku saja yang tidak mahu mengakuinya.     
        Sahel haqimy yang sudah mula sedar itu, masih berpura-pura tidur. Sejuk hatinya mendengar pengakuan isterinya itu. memang itulah doanya siang malam supaya ALLAH bukakan pintu hati isterinya untuk menerima dirinya. Terima kasih YA ALLAH. Sahel Haqimy mengucapkan syukur ke hadrat illahi.
       Tiba-tiba aku teringat akan sesuatu. Suamiku itu masih belum makan ubat. Aku baru perasan akan hal itu apabila terpandangkan plastik yang berisi segala ubat-ubatannya berada di atas meja. Suamiku itu juga masih belum menunaikan solat asar.
       “Abang..abang…bangun bang..dah asar ni.” Panggilku.
       Sahel Haqimy yang memang sedari tadi sudah terjaga berpura-pura mengeliat. “Kenapa ni sayang?” Soalnya sambil menutup mulutnya yang menguap itu.
      “Abang tak makan ubat lagi kan?”
      Sahel Haqimy mengeluh perlahan. Ubat..ubat..ubat. ish..bosan betul. Rungutnya di dalam hati. “Tadi kat hospital nurse dah bagi.” Sahel Haqimy menjawab.
     Aku memandang lama wajahnya. Sahel Haqimy yang sedar akan makna disebalik pandangan isterinya itu segera tersenyum. “Ok..ok..abang tipu. Tak makan pun kat hospital tadi.” Dia tersengih-sengih memandang Syazreen. Aduh…ingatkan kat hospital je yang kena macam ni. Kat rumah pun kena jugak. Hai…nasib- nasib. Terlupa pulak kat rumah pun ada ‘doktor’. Dia berkata di dalam hati.
      Aku membuntangkan mata ke arahnya. “See..i knew it. Pandai eh nak tipu orang. Dah..abang makan dulu ubat ni. Lepas tu, abang gi solat eh. Dah lewat ni. Tak baik lewat-lewatkan solat. Abang tunggu sini. Reen pergi ambil air kejap.” Aku berlalu ke dapur.
       Sekembalinya aku ke ruang tamu, ku lihat ubat di atas meja masih tidak berusik. “Lah..kenapa tak makan lagi ubat tu?” Soalku.
      “Ala…nak kena makan jugak ke? Abang dah sihat la. Tak payah makan ubat la ek?” Jawabnya selamba.
     “Abang ni..mana boleh macam tu. Kan doktor dah pesan, suruh abang makan ubat.” Bebelku sambil mengeluarkan satu persatu ubat dari dalam plastic. Sahel Haqimy membuat muka bosan. Dia memeluk tubuhnya sambil menyandarkan kepala di sofa. ‘Kat hospital ubat. Kat rumah pun ubat. Silap-silap kat tempat kerja nanti pun kena toture makan ubat jugak agaknya.’ Sahel Haqimy membebel di dalam hati.
     Aku yang perasan akan reaksinya itu tersenyum-senyum memandang ke arahnya. Sudah faham benar dengan fiil suaminya yang tersangatlah susah untuk makan ubat. Sejak zaman berkawan lagi dah memang macam ni perangainya. Tak hilang-hilang. Sengaja dia ‘bertegas’ begitu. Kalau dibiarkan, sampai expiredlah ubat tu dibiarkan tanpa dimakan.
     “Dah-dahlah tu bang nak buat muka macam tu. Tak handsome nanti, baru tau.” Usikku sambil tersengih-sengih memandangnya.
     Sahel Haqimy menjeling sekilas wajah isterinya itu. Geram pula bila diusik sebegitu. Lain yang diharapkan, lain pula yang isterinya itu buat. ‘Ingatkan nak pujuk ke, nak simpati ke apa. Dia boleh kutuk pulak kita. Hish, memang tak de perasaan betullah bini aku ni.’ Sahel Haqimy mengomel. “Amboi-amboi… sedap eh kata abang tak handsome. Reen lupa ke, abang ni lah suami paling handsome tau.” Dia memuji diri sendiri sambil tersenyum bangga.
     “Eleh.. perasan. Handsomelah sangat. Dah-dah.. abang ambik ubat ni, then makan terus. Jangan nak buat cerita lain pulak. Nah, ambik ni. Reen nak masak untuk makan malam.” Sebelum meninggalkannya, sempat aku member peringatan supaya jangan nak mengelat dengan membuang kembali ubat tersebut.
     “Reen tak Nampak, tapi ALLAH Nampak.” Ujarku sambil terus berlalu. Sengaja aku menakut-nakutkannya.
      Sahel haqimy mengeluh bosan. Mak aii! Besarnya ubat ni. Doktor pun satu hal, bagi yang kecik-kecik sudahlah. Nak bagi yang besar-besar segala. Hish, leceh betullah macam ni. Dia memandang sepi ubat yang berada di telapak tangannya itu. Dengan paksa rela dia menelan ubat itu sambil meneguk air dengan rakusnya. “Iyekkk… pahit gila!” Luahnya sambil mengesat mulut. Dia meneguk semula saki baki air yang masih berada di dalam cawan itu.
     Aku yang ketika itu sudah hampir sampai ke dapur, berpusing kembali apabila teringatkan sesuatu. Lantas tanpa apa-apa hint, aku terjerit tiba-tiba.
     “ Ya ALLAH bang!” Jeritku separuh kuat.
      Sahel Haqimy yang sedang meneguk air ketika itu tersedak-sedak. “Apalagi ni sayang?” Soalnya dengan muka tak puas hati. Syazreen ni, suka sangat buat perangai cemas dia tak memasal.
     Aku tersengih-sengih memandangnya sambil memohon maaf. “Sorry bang. Reen tak sengaja. Reen baru teringat yang Reen lupa nak bagitau parents kita yang abang dah keluar. Habislah..mesti kena marah kejap lagi ni.” Kataku sambil terus mencapai telefon bimbit.
     Ish..ingat apalah tadi. “Eh..eh…sayang nak buat apa tu?” Sahel Haqimy menyoal.
     “Nak telefon pakwe.” Jawabku selamba sambil menekan-nekan keypad phoneku itu. Terlintas difikiranku ingin mengusiknya.
    Sahel Haqimy menjegilkan mata ke arahku. Aku tersenyum saja memandangnya.
   “Reen jangan nak mengada-ngada. Pakwe mana pulak ni?” Soalnya dengan nada cemburu.
    “Adalah..mana boleh bagitau abang.” Balasku lagi. Sengaja mahu menyakatnya.
   “Reen.. bak sini telefon tu. Bagi abang.” Pintanya sambil cuba mengambilnya dari tanganku.
   Aku tersenyum. Kelakar melihat muka cemasnya itu. “Kejaplah. Reen nak call pakwe ni.” Sakatku lagi.
   Sahel Haqimy menarik muka. Aku yang melihatnya sudah tergelak-gelak. “Abang..abang. Reen nak call Umi la. Nak inform yang abang dah discharge. Gelabah sangat tu kenapa?” Soalku sambil ketawa besar.
   Sahel Haqimy mengetap bibirnya menahan geram. Ish, ingat betul-betul la tadi. Saja je dia ni tau. Omelnya di dalam hati.

SAHEL HAQIMY mengambil satu bantal yang dan selimut yang berada di atas katil lalu membawanya ke sofa apabila terpandangkan kelibat isterinya yang baru saja keluar dari bilik air dengan lengkap berpakaian. Baginya, mungkin Syazreen sudah menerima dirinya, tetapi dia tidak yakin yang isterinya itu akan membenarkannya tidur sekali di atas katil.
        Aku yang baru keluar dari bilik air itu memandangnya dengan dahi yang berkerut. Aku berjalan ke arahnya lantas duduk disisinya.
       “kenapa abang tidur kat sofa?” Soalku dengan penuh tanda tanya.
       “La..sayang ni. Kan selama ni memang abang tidur kat sofa pun. Tak ingat eh?” Sahel haqimy menjawab sambil tersengih memandang isterinya itu. Dia sudah menepuk-nepuk bantal tanda sudah mahu tidur. Dia sudah tidak kisah lagi. Masa mula-mula dahulu, memang terasa agak janggal, tetapi sekarang dia sudah boleh menerimanya.
       Aku memandang saja apa yang dilakukan. Di dalam hati terbit rasa bersalah. Hatiku meronta-ronta ingin menyuruhnya tidur di atas katil. Ya, dulu memang aku yang beria-ia melarangnya untuk tidur sekatil denganku. Tetapi, sekarang rasa itu sudah tiada lagi. Tambah-tambah dengan keadaan dirinya yang tak berapa elok itu. Aku menarik nafas panjang.
     “Err…bang. Kalau abang nak tidur atas katil, tidurlah. Reen tak kisah.” Tuturku teragak-agak. Aku malu sebenarnya. Yelah, sebelum ni mati-mati aku tak nak suamiku itu bersama-sama di atas katil denganku ketika tidur. Sekarang aku pula yang seakan-akan terlupa dengan “prinsip” yang entah apa-apa itu.
     Sahel Haqimy yang baru saja ingin membaringkan tubuhnya kembali duduk tegak. Dia terkejut sebenarnya. Dalam masa yang sama tidak percaya yang kata-kata itu akan keluar daripada mulut isterinya yang selama ini sentiasa meletakkan sempadan apabila dia berada di dalam bilik.
    Sayang cakap apa tadi?”Soalnya meminta kepastian.
    “Reen cakap, kalau abang nak tidur  kat atas katil, tidurlah. Reen tak kisah.” Ulangku sekali lagi sambil menundukkan muka. Malulah konon. Adeh..gasak kaulah Syazreen.
      Sahel Haqimy bertanya lagi. “Cakap lagi sekali sayang. Abang tak dengar.” Sahel Haqimy tersengih-sengih memandang isterinya yang sudah kemerah-merahan mukanya itu. Segan mungkin.
     Lah.. laki aku ni. Memang betul-betul tak dengar ke saja buat-buat tak dengar ni. Ish.. malulah nak cakap banyak-banyak kali. Omelku di dalam hati. “Abang ni… saja buat-buat tak dengar ke apa?” Soalku geram.
     Sahel Haqimy ketawa melihat wajah geram isterinya itu. “takde la…abang just nak make sure je, betul ke apa yang isteri abang ni cakap. Are you serious sayang nak abang tidur atas katil? Habis, sayang nak tidur kat mana?”
    “Reen tidur atas katil jugaklah.” Balasku tenang. Padahal dalam hati, Tuhan saja yang tahu, betapa menggelabahnya diriku ini.
    “Erm..takpe lah kalau macam tu. Reen tido kat atas katil. Abang tidur kat sofa. Lagipun, abang tahu..sayang mesti tak selesa nanti kan. So, takpelah..malam ni  biar abang tidur kat sofa je.” Sahel Haqimy menolak. Jual mahal la kononnya. Dalam hati, kalau tak difikirkan keaadaan dirinya ketika ini, memang sepantas kilat dia pergi landing atas katil tu. Peluang kot. Bisik hatinya.
    “Eh..takpe la. Kan Reen yang ajak. So, maknanya..Reen selesalah. Abang jangan risau, Reen takkan tolak abang ke bawah macam dulu-dulu tu.” Kataku sambil tersenyum manis. Sesungguhnya, sudah tiba masanya untuk aku menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang isteri kepada lelaki yang bergelar suami itu.
     Sahel haqimy turut tersenyum mendengar kata-kata terakhir isterinya itu. Memang pernah dirinya ditolak sampai jatuh ke bawah katil dek kerana dirinya yang gelojoh tak ingat apabila dengan tiba-tiba merebahkan badan di sebelah isterinya yang ketika itu sedang nyenyak tidur. Hasilnya, sedar-sedar pagi itu, dia sudah berada di bawah katil. Haha.
    Dia menggaru-garukan kepala. “Erm… takpelah Reen. Abang tidur kat sini jelah malam ni eh.” Sahel haqimy menjual mahal lagi. Mahu dilihat kesungguhan isterinya itu.
     Aku memandangnya geram. Ish..time orang bagi green light, tak nak pulak ambik. Bila tak bagi green light, suka-suka hati dia je nak ambik. Haish.. saja je dia ni tau. Nak testing akulah tu. Hmm..takpe…takpe. Biarkan. Aku mengangkat bahu. “Tak nak sudah. Terpulanglah kat abang. Jangan cakap Reen tak pelawa pulak.” Kataku sambil sudah bersedia untuk berlalu. Baru saja aku ingin melangkah. Tanganku terasa ditarik.
     “Tolong papah abang ke katil boleh? Kaki abang sakitlah.” Sahel Haqimy tersengih-sengih memandang isterinya itu. Aku melemparkan senyuman manis terhadapnya sambil membantunya bangun menuju ke katil. Malam itu, buat pertama kalinya tidurku ditemani insan yang bernama suami. Perasaan yang hadir malam itu, tidak dapatku ungkapkan denga kata-kata. Cuma harapanku, semoga aku dapat menjadi seorang isteri yang lebih baik untuk lelaki yang bergelar suamiku itu.


 Note 1: sejak dapat sokongan dan dorongan ni..saya jadi semangat pulak nak update Permaisuri Hati.. hehe..so, ni the latest bab untuk permaisuri hati..special for my loyal readers.. haha.. macamlah ada pembaca setia.. perasan je saya ni.. hoho..selamat membaca...and jangan lupa komen ye..:)


Note 2 : saya letak sekali instrumental lagu permaisuri hati dari kumpulan hijjaz.. bagi naikkan mood sesape yang membacanya.. so, enjoy your reading kawan2..hehe..:)
    

Thursday, December 1, 2011

~jeng..jeng..jeng...~

Assalamualaikum semua...

How's my new look? i mean..teratak usang saya ni la.. hehe.. Erm, hari ni saya make over lagi sekali 'rumah' saya ni.. [entah yang ke berapa, tak pasti pulak..hehe..]. Saya dah ada kat rumah dah ni sekarang. Biasalah..weekend je, kalau tak balik rumah..memang bukan sayalah. Hahaha.. saya tak reti sangat nak hias2 blog ni. so, apa yang ada, saya belasah je la. Asalkan elok mata memandang pun dah kira ok. Ececeh.. haha..

oh, ye.. ya ALLAH.. syukur sangat2 dengan feedback tentang Permaisuri Hati. happy tak terkata sebenarnya bila tengok komen2 dari pembaca. Karya yang tak seberapa itu, rupanya ramai jugak pengikutnya yer? hoho. terima kasihlah banyak2 kat  kawan2 and pembaca2 yang rajin dan sudi baca citer rekaan saya tu. Hehe. Sampai ada yang tanya, "bila nak kuar novel?".  Insyaallah..kalau ada rezeki Permaisuri Hati nak dibukukan..saya terima dengan hati terbuka. Tapi, kalau tak de, saya terima juga. Terima kasih kat pihak penulisan2u yang baik hati sangat2 publishedkan citer saya tu kat laman penulisan2u.. kalau tak, mesti takde orang yang nak baca melainkan saya sendiri. kadang2 kakak saya pun baca gak. tapi, itu setelah menerima beberapa 'ugutan' dari sayalah. kalau tidak.... jangan haraplah dia nak baca! Hahaha.. thankz a lot kawan2... jasamu dikenang. Walaupun saya tak kenal sape yang membacanya, tapi saya tau.. mereka2 itu mesti orang yang sentiasa menyokong penulis cabuk macam saya ni.. hehe..

sekarang, saya dalam proses nak menyiapkan Permaisuri Hati tu. nak kembangkan lagi watak yang ada. Sahel dan Syazreen, of course akan bahagia.. jangan risau..saya akan create cerita itu ikut selera saya dan ikut macam mana logiknye saya 'mengarut' dan 'meraban'... haha.. insyaallah. Doakan saya ye kawan2. Kalau rasa2 ada cadangan nak kembangkan plot cerita tu, janganlah segan2 nak kongsi pendapat ye. saya terima je...

Note  1: kebetulan sangat2, lecturer saya pun bernama Syazreen... hehe.. so, bila kat dalam kelas, saya sempat je teringat kat PH.  berangan tetibe... hahaha...kurang asam punye student..:)

Note 2 : sorry..saya memang failed dalam nak tulis tajuk untuk setiap entry saya nih.. so, terciptalah tajuk yang senget2 macam ni.."Jeng..jeng..jeng.."

Saturday, November 26, 2011

~Akhirnya...~

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah...setelah sekian lama menanti PH di update di penulisan2u.. akhirnya berbaloi jugak. Sebab saya baru dapat feedback dari org kuat P2u yang diorang akan update PH tu. Saya pun tak pasti kenapa... tapi, dah lebih sebulan saya hantar still tak diupdate lagi. Mungkin dah terlalu banyak karya yang dihantar, jadi kemungkinan pihak P2u tak perasan email saya tu. Tapi, takpe la... dah dapat feedback yang positive macam tu pun dah ok. Bersyukur sangat2.

Barulah ada semangat nak menulis macam ni. Hehe. Sebelum ni rasa down sikit. Yelah, karya saya tu tak sebagus karya orang lain. Bila dah masuk kat P2u pon dah kira bagus kan. So, di sini saya nak mintak maaf kat kawan2 yang rajin google permaisuri hati sehingga membawa kepada penemuan teratak usang saya ni...saya mintak maaf sangat2 coz dah lama tak update PH.. insyaallah..ada rezeki, saya update lagi. Betullah kata orang, semangat untuk menulis tu akan ada bila dapat sokongan dari kawan2 dan pembaca2.. hehe.. doakan saya dapat ilham nak siapkan PH ye...:)

~Salam maal hijrah semua~

Monday, November 14, 2011

~..Updating..~

Assalamualaikum... lama rasanya tak update teratak usang saya ni. Bukan apa banyak sangat virus M dalam badan ni. Itu yang bila nak update je, tetiba tak jadi..bila nak jadi je, tetiba virus M datang. Tak tau la macam mana nak nyahkan virus M nih.. So, terpaksalah hold dulu nak update. cuma yang saya sempat buat, tukar cat dengan remove a few picture je. Bukan apa, gambar banyak2 pun macam tak proper je. Yelah, takut mengundang fitnah pulak nanti. Hehe. sekarang ni kan banyak cerita pasal sihir melalui gambar dlm FB la.. dalam Blog la. Heish, mintak jauh la dari semua tu.

Erm, sekarang ni saya nak share satu lagu ni. Haha. Update la sangat kan. Buat masa ni, malas pulak nak mengupdate sangat-sangat teratak saya ni. See, virus M lagi. Erm, takpe la. Insyaallah kalau ada masa, saya update yang best2 punya cerita. sekarang ni saya nak share lirik lagu Albi Nadak nyanyian Fares. Lagu arab ni best giler ar. Even saya tak faham apa pun pasal lagu ni, tapi melodi and cara penyanyi ni sampaikan pun dah buat saya jadi faham. Dan kebetulan pulak masa dok cari2 lirik lagu ni, terkeluarlah satu blog yang menterjemahkan sekali maksud lirik lagu ni dalam bahasa melayu. 

Allah.. indahnya lirik dia. Syahdu sangat2. Hehe. Dan tiba-tiba jugak saya terfikir macam ni... InsyaAllah, kalau dah kawen nanti, saya nak hadiahkan lagu ni kat suami saya. Hihi. Siapa calonnya? Huhu. Belum ada. Saya sendiri tak pasti, siapa jodoh saya. Mudah-mudahan diberi jodoh yang baik oleh ALLAH.. hehe.. aish, menyimpang jauh dah ni.. huhu..sebelum saya melalut and mengarut lagi, baik saya stop dulu. Meh, hayati sama2 lagu albi nadak nih..best sangat..(^_^)




Albi Nadak by Fares

Hanya padamu...
Diri ini hanya milikmu
Datanglah dekat
Air mataku mengalir
Mengharapkan mu

Hanya padamu...
Dan jiwaku padamu
Wahai kasihku usia kita,usiaku
Seluruh hidupku untukmu

Cintamu adalah hayatku
Dirimu buat kita bercinta sebenar2 cinta
Hatiku disini, keindahanmu millikku
Jadi bersatu

Hatiku memanggil
Harapkan engkau sentiasa kekal
Hanya dirimu
Selepas bertahun lihatlah sayang
Kita berjumpa di sini dan bersama
Airmataku mengalir keranamu
Engkaulah kekasih, hidupku hanya untukmu
Seluruh hidupku, usiaku..
Kerna matamu, aku serahkan segalanya

Apa yang daku harapkan
Indahnya kau disisi bersamaku selamanya
Katakanlah kepadaku..
Diri ini..sekian lama mengharapkan
Hati ini, perasaan ini
Bersama hati dan perasaanmu



                                             .....Best kan lirik dia.. lagu dia lagi la best.. (^_^)
      ... forget about to find a good man.. but, be the good woman first.. ALLAH knows the best...insyaallah...

Sunday, October 30, 2011

~...sepatah...~

Salam semua....

lama x update teratak usang saya nih.. hahaha..

bukan ape... penyakit M saya tak recover lagi.. tu yg melampau2 jadiknye tuh.. huhu..

just nak inform... insyaallah.. dalam dua tiga hari ni..saya try update bab terbaru permaisuri hati... (saya try..)..hehe... saya tak hebat mcm penulis lain... saya baru je nak bertatih2 menulis... so, banyak kelemahan yg perlu saya improve lagi... antaranya ni la.... mungkin kena letak deadline kot.. baru saya ade kesedaran nak mengupdate citer saya tu..hahaha..

Pape pun... sekali lagi, thankz a lot kat kwn2 yg sudi baca citer PERMAISURI HATI saya yang tak seberapa tu..and thankz for the support too... really appreciate it... (^_^)

"Saya tak hebat... tapi, tak pernah terlintas pon nak tunjuk hebat... hehehe.."

Wednesday, October 19, 2011

~mood yang tunggang langgang...

Assalamualaikum...

Minggu ni..minggu Tak De Mood bagi saye...bagi saye la..bagi orang lain..insyaallah..diorang ok kot...huhu..

Seriously..saya memang tak de mood...nak buat tu..tak boleh..nak buat ni tak boleh..sampaikan nak sambung tulis permaisuri hati pun dah macam takde hati..ececeh..boleh pulak kan? huhu.. saya mintak maaf kat kwn2 yg mungkin tunggu2 entry terbaru pasal permaisuri hati...mungkin la... hehe..insyaallah..saya akan cube siapkan citer tu sebaik mungkin...

Saya tak tau la kenape...sejak akhir2 ni..banyak sangat dugaan yang datang... lagi berat bila saya baru je kehilangan moyang tersayang kelmarin..ALLAH...sungguh berat ujianMU ini YA ALLAH...tapi, saya cube tabahkan hati and kuatkan semangat....mungkin ini ujian dari ALLAH...

Alhamdulillah..saya dapat mandikan jenazah arwah..and siap tolong sekali urusan mengkafankan mayat...itu je yang boleh saya buat... asyik org je yang kumpul pahala untuk saya..apa salahnye kali ni saya pulak kumpul pahala untuk diri sendiri..dan utk orang lain jugak kan...ini kan fardhu kifayah...

Masa mandikan arwah..saya rasa sayu sangat..insaf tetibe...ini first time saya terlibat...YA ALLAH...rase insaf memang memenuhi ruang hati saya ni dari tgk arwah terlantar sakit..sampai la arwah dah pergi...masa kafan pun sama jugak...lagi2 bila tengok anak2 arwah...cucu2..and cicit2nya bagi kucupan terakhir..ALLAH...shahdu rasenye...moga2 ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...insyaallah..amin..

Erm..tadi usha2 wall geng saya...pastu terbaca komen die...dia kata, saya garang macam singe! hahaha...tak ambik hati pun sebenarnye...cume rasa lawak gile...seriously, saya admit la yang muke saya ni memang stok serius pun.. bukan geng sorang je yg ckp saya garang...adik2 junior sye n kwn2 kat kolej pon sama.... kalau dulu, rase jugak something..sekarang dah nothing..haha..

Sebabnya saya tahu...segarang2 muka saya..still ade limitnye...saya tetap leh kontrol diri...and garang saye tu pun..garang yang bertempat... lagipun saya tak la garang mane...cume kadang2 ketegasan tu mungkin agak melampau... gasak la kawan2 yer..dpt kwn cam saye yg muke stok serius je nih...huhu..and adik2 saya pon tak takut dgn saya...ape citer? huhu...

Tak kesah la garang macam singe ke... serius doploh 4 jam ke...saya tetap saya..hanya ALLAH yang tahu siapa saya disebalik muka yg garang nih... hehe... biarlah ketegasan itu menjadikan saya seorang yang tetap pendiriannya...insyaallah...dan semoge ketegasan dan kegarangan saya tak menjadikan saya seorang yg sombong...nauzubillah...


Thursday, October 13, 2011

~kalaulah....~

Salam sume..

Saya nak update citer permaisuri hati... tapi, takde mood pulak...serabut dengan masalah yang datang suddently.. so, saya hold dulu la hajat saya tu yer.. hehe..

Actually, masih terkejut dengan apa yang jadik sabtu lepas...

Adik saya accident teruk malam tu... nasib baik, takde apa-apa... cuma kereta ayah saya je yang teruk...

Ya Allah..kalau tengok kereta tu..memang orang ingat adik saya and kawan2 dia dah tak de lagi lah... tapi, mungkin sebab Allah nak bagi adik saya pengajaran kot...

Cuma yang sedihnya kereta yang baru pakai 4 bulan tu la... teruk jadiknya..nak repair pon, lebih dari budget yang insurance dah cover... erm... kesian mak ayah saya... pening kepala depa dok fikir macam mane nak buat dengan kereta tu....

Erm, silap saya jugak kot...kalau saya dengar cakap mak saya suruh call adik saya masa dia dah keluar tu... before kredit saya expired, mesti tak jadik macam gitu kan? uwaa..saya rasa bersalah sangat.... walaupun yang sepatutnye rasa bersalah tu adik saya..coz die keluar tak bagitau mak saya....

Maybe ada hikmah kot disebalik semua nih..saya accept je... cuma dalam hati ni, rasa terkilan coz tak dengar cakap mak saya tu still ade lagi... berdosanyer saya... 

Kalau lah saya buat apa yg mak saya suruh... mesti takkan jdik macam tu... pape pun, alhamdulillah..adik saya ngan kawan2 die takde pape...cume sakit2 belakang and melecet je kat atas dahi....

Bising jugak mak saya time tuh..dengan saya2 sekali terkena..saya nak buat macam mana... dah itu dugaan yang ALLAH nak bagi.... nak bising2 sangat pun... nanti dikata tak redha dengan ujian ALLAH...so, walaupun dalam hati ada rasa menyesal... saya try terima semua ni... and saya harap, what happened will give a big lesson to my brother so that lepas ni jangan buat action sendiri....

Ahh....malas pulak nak citer panjang lebar pasal nih..buat hati diburu rasa bersalah yang teramat sangat jer....
**************

Friday, October 7, 2011

~si kedekut cinta~

salam semua...since tengah dok tunggu idea nak sambung citer pemaisuri hati saye tuh... so, saya tetibe dapat plak idea nak mengarang satu cerita ni.. kira another story la... huhu.. actually, rasa cam kelakar plak.. idea untk citer yang tak habis lagi ni.. takde plak.. tetibe boleh datang idea untuk create satu citer lain.. hahaha... ini kelakar! huhu..

saya dah ada tajuknye... tajuk tak la best and gempak mana pun.. tapi, ok la for me yang tak berapa nak femes nih.. haha..

saya state kan sikit gazet nye kat bawah ni.. ececeh...haha..

 check it out plz...:-)

***********************************
~si kedekut cinta~

Ammar Haqim : "Nak kahwin dengan saya tak?" Ammar Haqim menyoal sambil tersengih-sengih...

Alya Irdina      : " Ei, pakcik! Tak faham bahasa ke? Saya kata, tak nak.. tak nak lah! Sekeh laju-laju kang!" 
                         Balasku garang. geram pulak hatiku melihat muka kerang basinya itu.


 Ammar Haqim : "Lya.. kalau nak temberang pun.. guna la cara orang cerdik sikit. ada ke bagi statement tiga
                          suku macam tu. Awak buat saya rasa macam nak gelak golek-golek la." Ammar Haqim 
                          ketawa sambil menekan-nekan perut.

Alya irdina       :  "Mamat senget tu? Oh..please! daripada kahwin dengan dia.. baik aku kahwin dengan 
                          pak mat jual tempe belakang rumah mak aku kat kampung tu!"

yang sorang ke laut.. yang sorang ke darat... yang sorang garang tak bertempat.. yang sorang cool tak ingat...

setakat ni.. ini je yang dapat saya summary kan... baru je dpat idea ni.. so, wait n see je la ape jadik kat watak2 ni yer.. hehehe..

adioz!;-)



Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...