Saturday, August 3, 2013

Thank You Allah

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur kat Allah. Hari ni, keputusan final exam keluar. Rasanya macam baru semalam saya habiskan paper terakhir. Tup.. tup.. hari ni dah dapat tahu result. Allah... cepat je rasanya masa berlalu. Dah pun habis semester 4, now ready to be part 5 student yang mana final sem untuk degree ni sebelum melangkah ke dunia 'kerjaya' sementara ( praktikal la senang citer..). Tapi, bukan tu pun cerita yang saya nak kongsi untuk entry kali ni. Ada yang lagi interesting. Hehehe. Ceh.. ceh.. interesting la sangat (buat muka - mata ke atas, tangan kat bahu..).

Hari ni result keluar, so.. perasaan memang nervous tak hengat la. Sampai terkeluar la status macam ni kat FB,

"Selalunya bukak email, buat muka takde perasaan je. Tapi, kali ni macam-macam perasaan ada. Semoga semuanya baik-baik saja. :) "

Huhuhu. Memang macam tu pun setiap kali musim result nak keluar. Simptom-simptom yang akan melanda diri bila tibanya masa nak tengok result,

1) Muka gelabah macam nak akad nikah.

2) Bukak email, sambil tangan terketar-ketar nak taip email and password sendiri.

3) Chatting dengan geng, sambil bagtau bad feeling and teori-teori merepek dan merapu masing-masing. Sebagai contoh, "Aku mimpi buruk malam tadi. Mesti tu petanda tak baik." - Nonsense sangat! Hohoho.

Itulah antara simptom-simptom yang berlaku kat saya, dan saya percaya bukan kat saya je. Tapi, mungkin orang lain pun rasa apa yang saya rasa. Dipendekkan cerita, sampai dekat pukul 2 jugaklah saya terpacak depan laptop, semata-mata nak tunggu result punya pasal. Dan akhirnya, tertidur sampai tak sedar diri and the worst part is, bila saya tak kejut bapak saya yang bercadang nak gi qiamulai kat masjid. Hahaha. Hadoi la.. result punya pasal.

Akhirnya, lepas bangun solat subuh.. barulah saya dapat bukak email and check result. Alhamdulillah.. lulus semua. Walaupun tak gempak mana, itu dah cukup bagi saya. Hidup ni bagi saya, its very unexpected. Itulah yang saya katakan kat kawan saya tadi, bila masing-masing meluahkan kekecewaan  dengan result yang tak seberapa.


Macam yang saya jangkakan untuk semester ni, mungkin saya akan grade yang macam ni, untuk subjek yang satu tu, tapi.. tup... tup.. bila tengok result, subjek yang saya expect dapat grade tu, tak dapat. Tapi, subjek yang saya tak expect akan dapat.. saya dapat. Masya Allah.. terasa nak menangis mengenangkan perangai sendiri yang kadang-kadang lupa, hidup ni bukan untuk kita dapat apa yang kita nak.. tapi, hidup ni adalah untuk kita dapat apa yang kita perlu. Bila fikir-fikirkan balik, terus fikiran saya teringat kat satu firman Allah dalam surah Al- Baqarah yang menyebut,

" Boleh jadi, kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik bagi kamu, dan boleh jadik kamu menyukai sesuatu sedangkan ia tidak baik bagi kamu. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.." - ayat 216 -
 




So, conclusionnya.. Bersyukur dengan apa yang kita dapat. Tinggi ke rendah keputusan exam tu, yang pastinya itu adalah ujian dari Allah untuk hati kita. Yang tinggi resultnya, tahniah. Yang rendah, jangan rasa lemah. Teruskan usaha. Ayat penyedap hati untuk diri sendiri.


Bila kita dah terbiasa menjadi orang yang sederhana, dan apabila mendapat sesuatu.. kita takkan rasa 'sengsara dan kecewa' dengan tekanan-tekanan 'high expectation' dari orang lain.. kerana apa? Kerana yang kecewa itu cuma kita, bukannya orang lain. ;)







Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...