Tuesday, July 30, 2013

Contengan Kebosanan

Assalamualaikum wbt,

Dah lama gilerr tak mengupdate contengan-contengan kebosanan kat teratak saya yang maha usang ni. Eh, tapi.. dah tak usang dah. Sebab saya baru je tukarkan layout baru untuk 'teratak' saya ni. Adoii.. bila orang yang rabun IT ni dah mula menggodek-godek sesuatu yang dia sendiri tak berapa nak hebat, memang take time lebih-lebih la jawabnya di mana hasilnya... well, not really good.. but, ok la. Hahaha.

By the way, saya sebenarnya dah tak sabar-sabar nak bercuti raya. Bukan sebab excited nak beraya ke apa. Tapi, sebab kepala otak ni dah terasa berat sangat dah. Since dari habis final exam hari tu, sampailah ke hari ni. Terasa macam tak cukup rehat je. Lesu, lemah dan tak bermaya je rasanya. Hohoho. Ayat macam dalam iklan sungguh. Huhuhu.


                                          [ Gambar hiasan]

Seriously, sedih sebenarnya nak tinggalkan bulan ramadhan yang memang sangat-sangat dinanti every year ni. Tahun ni mungkin saya berpeluang sambut ramadhan, mana tahu kot-kot tahun depan, saya tak berpeluang? Hah.. kan sedih je bunyinya tu kan? Mana dengan kelasnya. Dengan assignmentnya. Dengan quiz dan testnya. Wallaweh! (Bahasa apa entah ni, saya pun kurang pasti).. memang mencabar fizikal dan mental la weh. Sebab tu sekarang ni, kalau boleh.. masa rehat yang ada tu, memang akan meng'qadak' la sebanyak mana waktu tidur yang tak cukup tu. Eh.. jap.. jap.. bulan puasa ni, tak de la tidur je sepanjang hari ke apa.. maksud saya, bila ada waktu yang memang agak-agak line dia clear se'clear' clean & clear tu, saya akan tidurlah sekejap. Orang kata, bila kita tak cukup tidur, dan bila kita ambik keputusan untuk tidur walaupun cuma 5 minit, itu dah pun buat badan kita jadik segar. So, kalau nak segar.. tidur la walaupun cuma sebentar. Bagi fresh balik diri kita yang memang dah macam zombi je gayanya. Hahaha.

Erm, tahun ni pun rasanya ramadhan yang amat menyedihkan.. sebab saya tak dapat nak berterawikh sangat macam tahun lepas. So, terasa amat rugilah for this ramadhan. So, sebelum nak habis ni.. memang kena pulun la tambah amal. Mana yang kurang, kita topup la dengan sebanyak mungkin amalan-amalan sunat yang kita boleh dan kita mampu buat. saya sendiri pun, memang tak banyak mana amalan.. so, rasa segan je nak mengaku yang saya banyak buat amal. Lagi satu, 10 malam terakhir ni, cubalah kejar lailatul qadar walaupun amalan tak seberapa, tapi tak salah kalau kita berusaha dan ingin 'turut serta' nak cari lailatul qadar tu kan? 



                                         [Gambar Hiasan]
                                        
Tahun ni, rasa macam lebih excited nak buat kuih raya daripada nak beli baju raya. Hahahaha. Salah konsep betul Ain Sabrina ni. Sampaikan saya siap suruh mak saya beli perkakas nak buat kuih lagi. Mak saya sendiri pun tak excited macam tu. Hohoho.

Tapi, apa pun.. persiapan-persiapan raya tu, tolonglah bersederhana je. Ingat kat orang-orang yang kurang berkemampuan. Saya sendiri kurang gemar bila orang sibuk bercerita pasal baju raya, persiapan-persiapan raya yang gah tu depan orang lain. Bukan tak boleh nak bercerita, tapi saya takut bila kita bercerita.. timbul pulak riak kat dalam hati kita. Tambah-tambah lagi bila kita bercerita di depan kawan-kawan, atau saudara mara kita yang susah. Kesian diorang. Nak cerita, ceritalah.. tapi, make sure kita peka dengan sensitiviti orang sekeliling kita.. orait geng? Hehehe.. (terasa macam bercerita dengan geng pulak..Kih3..)

Oh, ya. Sebelum terlupa.. saya tersangatlah ingin menyambung kisah Sahel Haqimy dan Syazreen tu, tapi... saya perlukan masa. In sha Allah.. akan ada sambungannnya. Maaflah banyak-banyak. Saya ni budak baru belajar. Masih baru lagi nak berjinak-jinak dalam penulisan novel. Mohon semua sahabat-sahabat pembaca mendoakan saya dan semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Aamin.. In sha Allah.


Nota  : jaga Iman, jaga Amal dan jaga hati juga. Selamat Hari Raya.
           Maaf Zahir Batin. :)

Tuesday, July 16, 2013

Kisah Semalam

Assalamualaikum wbt,

Dah lama rasanya tak main conteng-conteng kat sini. Life sebagai seorang student, macam gini la gayanya. Bila kita kata, kita sibuk.. sesetengah orang mungkin faham.. dan sesetengah orang lagi mungkin tidak akan faham. Lebih teruk lagi, langsung tiada yang cuba mahu faham. Hah.. kalau macam tu, memang payahlah nak bagi mereka faham, kalau kita sendiri tak cuba untuk faham. 

Tapi, bukan tu pun sebabnya entry ini ditulis. Dengan kesejukan yang melampau dekat kampus ni, sampai menggigil-gigil bagai dah.. tangan ni laju jugak la menaip dan berfikir, cerita apa la yang ingin dikongsi kali ni? dan, akhirnya.. tertulis satu kisah yang diberi nama 'Kisah Semalam'.

Semalam, masa buka.. mak tanya..

"Kelas pukul berapa esok?"
Tak jawab pun. Diam je sambil makan. Penat sampai nak bercakap pun terasa malas.

Sambung mak lagi,

"Hura-hara dah mak tengok kau ni.."

Errkkkk.. Hura-hara? Hahaha.. bukan huru-hara lagi dah.. ni dh haru biru nama dia. Mana la tak huru-hara binti haru birunya kalau habis je final exam hari tu which is hari ahad, besoknya hari isnin dah start kelas untuk intersesi. Dengan waktu tidur yang tak berapa nak normal sepanjang minggu exam tu... atau dengan erti kata lainnya, jadi 'mak guard' di kala orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi di malam hari dan lepas tu sambung lagi dengan kelas yg start pukul 8 pagi setiap hari.. Allah.. terasa mahu pengsan.. Huhuhu..

Semoga Allah beri saya kekuatan.. 

banyak benda sebenarnya yang nak dituliskan untuk entry kali ni, tapi macam tak berapa pandai pulak nak menyusun dan mengarang ayat. Hahaha. Mungkin sebab minda masih lagi berjalan dan belum mahu berhenti. Serius, semester ni sangat terasa penatnya. Bila saya sendiri dah rasa tak berdaya sangat, terluah jugak keluhan dari mulut. 


Dan disebabkan kepenatan itu jugak la saya memilih untuk mendengar berulang kali lagu SUCI SEKEPING HATI dari kumpulan saujana tu..


Lirik yang memang sangat kena la dengan situasi yang saya alami sekarang ni.


"Mengharap senang dalam berjuang, 

bagai merindu rembulan di tengah siang.. 
jalannya tak seindah sentuhan mata, 
pangkalnya jauh hujungnya belum tiba.."

Bila rasa nak tergelincir sikit dari landasan, lirik lagu ni seakan-akan memberi saya semangat untuk teruskan perjuangan. Allah takkan uji hambaNya dengan sesuatu yang tak mampu nak dihadapi oleh hambaNya, bukan? Jadi, just train ourself to put a trust in Allah. In sha Allah... everything will be fine.

Sedar tak sedar jugak, hari ni dah pun 8 hari umat islam berpuasa. Semoga bulan ramadhan ini menjadikan kita lebih bersemangat nak buat kebaikan dan berebut-rebut nak mengumpul pahala. 
# Kalau sebelum ni, bukan bulan ramadhan.. kita tak berapa suka nak buat baik.. bulan ramadhan ni la untuk kita latih diri kita untuk berbuat baik..  #

-8 Ramadhan 1434H-
-Ain Sabrina -

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...