"kau ni.. tak muak ke tengok benda ni je..."
Ayah saya ingat saya asyik dok berfacebook je. Saya buat selamba je sambil jawab macam ni,
"ala.. orang bukan tengok benda ni je yah.. orang tengok benda lain jugak.."
Ceh.. ceh.. jawapan cover line! Haha.
Dipendekkan cerita, sudahnya.. kerja-kerja membasuh pinggan mangkuk yang dari pukul 8 mak saya suruh buat, berganjak ke pukul 3 pagi baru saya buat. Hihi. Hai la.. saya kalau dah mengadap (bak kata ayah saya, benda alah ni..), memang tak sah la kalau tak lama. Sebab tu la saya punya power cermin mata ni, bertambah2 setiap tahun. hehe.
ok.. actually nak kongsi satu advertisement yang saya baru je baca tadi kat fesbuk. Nak tau apa? Ha.. sini.. check kat bawah ni. Nak taip balik, macam tak berapa nak rajin je. So, korang baca la ye kat bawah ni..
*****************************************************************************
******************************************************
Ya Allah... bestnya la kalau saya dapat hantar manuskrip kat sini kan? ataupun dapat tulis satu buku motivasi islamik ke? hehe. Erm.. tapi, saya tak de bakat. Setakat merapu je boleh la kot. Hehe. Saya memang suka menulis.. tapi, mungkin apa yang saya tulis, belum boleh dibukukan kot. Mungkin jugak, 'bakat' menulis yang saya ada.. hanya untuk dikongsikan secara maya je atau mungkin jugak penulisan saya yang lebih ke arah 'orang kuat berangan' sesuai untuk saya menulis sebuah novel yang mana lebih ke arah memberi saya ruang dan waktu untuk memanjangkan angan-angan saya yang tak pernah berhenti untuk menjadi seorang penulis. Hehe. Tengok la manuskrip-manuskrip yang ada pun. Seingat saya, saya start tulis Permaisuri Hati, masa saya dalam tahun pertama study. Dan sekarang.. saya dah habis pun diploma yang ambik masa, gedebak gedebuk.. 3 tahun semuanya! So, what kind of penulis saya ni, kalau bukan penulis 'kuat berangan' kan? Haha. Tapi, saya masih berharap untuk menyumbang sesuatu dalam bidang penulisan. Bagi saya sendiri, seorang penulis tu takkan berjaya menjadi penulis sekiranya dia sendiri tidak mahu menjadi seorang pembaca. Dan saya kategorikan diri saya sebagai seorang yang masih belum banyak membaca dan menjadi pembaca.. sebab itu la saya masih belum layak nak menjadi penulis dan menulis walaupun tulisan saya itu adalah sebuah buku cerita kanak-kanak.
InsyaAllah.. mungkin peluang tu akan datang satu hari nanti. Dengan sokongan anda semua yang rajin suruh saya update Permaisuri Hati.. dah cukup buat saya bersemangat untuk terus 'menulis'. Terus doakan saya kerana saya sangat menghargai setiap doa-doa anda. Allah je yang dapat membalasnya.
[ Hasil tangan si kuat berangan.. ekeke.. ]
Pesanan penaja : Bagi saya, its gud to be a dreamer rather than nothing. Berangan tu, boleh. Sebab berangan tu satu cita-cita jugak sebenarnya. Tapi, perlu seiring dan selaras dengan usaha. Berangan2 jugak.. tapi, jangan sampai lupa tanggungjawab kat ALLAH.. kat mak ayah dan kat diri sendiri jugak.. Hehe. For those yg ada bakat tertanam dan terpendam tu.. boleh la cuba nasib.. contact number editor pon ade je kat atas tu.. cuba la buat sesuatu untuk mengilmukan masyarakat...(^_^)
blog menambahkan ilmu penulisan...
ReplyDeletehttp://jomtulis.blogspot.com/
layan..........................
oh yeke? Thankz.. insyaAllah, nnti saya try tengok2...:)
ReplyDelete