Bab 38
Selesai saja kelas
petang itu, aku menerima panggilan telefon dari emak. Kata emak, hujung minggu
ni mak nak buat kenduri tahlil untuk arwah atuk. Jadi emak memberitahuku
awal-awal supaya aku boleh prepare
apa yang patut. Aku ingin ketawa mendengar perkataan prepare yang keluar daripada mulut ibuku ketika itu.
“Amboi mak.. dah pandai cakap orang putih
nampak?” usikku sambil ketawa kecil. Ni mesti banyak sangat tengok drama mak
aku ni. Desis hatiku.
Emak turut tergelak. “Habis.. kau ingat,
kau je pandai cakap omputih? Mak pun
tau jugak.” Jawab emak dengan nada bangganya.
Aku tergelak kecil. “Yelah mak… banyak
sangat tengok drama la tu. Erm.. kenduri nanti hari apa nak buat mak?” aku
kembali kepada topik asal kami tadi.
“ Mula-mula tu, mak ingat nak buat malam
jumaat nanti. Yelah.. tak terfikir pulak nak buat besar-besar. Doa tahlil je
lagipun. Tapi, dah bincang-bincang dengan ayah kau.. ayah nak buat hari cuti.
Katanya, anak-anak boleh balik. Erm.. ikutkan aje lah Reen oi. Dah rindu kat
anak-anak dialah tu.
Aku tersenyum. Ayah..ayah.. itu sikap ayah yang
aku dan adik beradik memang dah cukup faham. Kalau nak buat apa-apa, dia tak
nak anak-anak dia tak de. Katanya, keluarga tak besar mana. Bila ada
anak-anak.. terasa sikit meriahnya. Hai.. rindu pulak kat kampong halaman.
Cehwah! Tetiba!
“Oh.. jadiknya mak.. hari sabtu la
kendurinya?” Soalku lagi.
“Lah.. yelah.. kan mak dah cakap tadi. Kau
tak dengar ke?” Bebel mak.
“Eh.. mak ada cakap ke? Macam tak de je
mak..” Jawabku sambil mengigit bibir. Aduhai.. macam manalah boleh berangan ni.
Tengah cakap dengan mak pun, sempat lagi fikiran melayang. Aku mengutuk diri
sendiri.
“Hah.. itulah kerja kau. Berangan..berangan.
Ubah sikit perangai tu Reen. Dah jadi bini orang dah pun. Dah.. mak ada kerja
ni. Makcik Semah kau tu, nak buat kenduri malam ni. Mak nak pergi menolong
kejap. Nanti bagitahu dengan Sahel sekali. Jangan lupa pulak. Emak dan ayah
mertua kau, nanti mak bagitau. Oh, ye.. sebelum terlupa. Ajak Elly sekali.
Jemput mak dia jugak. Lama dah tak jumpa maknya si Elly tu. ” Dalam berleter
dengan kerenah anaknya yang kuat berangan tu, sempat Puan Salmah mengingatkan
anaknya itu untuk memberitahu kepada menantu dan besannya. Elly pun turut tak
ketinggalan. Anak angkat kesayanganlah katakan.
“Yelah mak.. insyaAllah. Mak kirim salam
kat ayah tau. Kat adik-adik jugak. Assalamualaikum.”
Aku tersenyum sambil berjalan menuju ke
biliku. Namun belum sempat aku menguak daun pintu, tiba-tiba aku disergah
dengan satu suara dari belakang.
“Hah!”
Aku terjerit kecil sambil mengurut dada.
Aku lantas berpusing untuk melihat siapa gerangan yang berani-beraninya
menyergah aku sebegitu. Sebaik saja berpusing, ku lihat Sahel suamiku sedang
mengekek-ngekek mentertawakan aku. Aku memandangnya dengan wajah geram.
“Ya Allah..abang! Terkejut Reen. Ingatkan
siapa tadi. Kata ada seminar? Ni dah kenapa ada kat sini pulak?” soalku sambil
menarik nafas lega. Pelik jugak apabila melihat suaminya itu tiba-tiba terpacak
di situ sedangkan pagi tadi, awal-awal lagi suaminya itu dah keluar untuk ke
seminar dengan menaiki kereta rasmi university.
“Sorry
sayang. Abang saja je nak bagi surprise
kat sayang abang ni. Seminar dah habis. So,
tu yang balik awal tu. Terkejut eh?” Soalnya sambil tersenyum memandangku.
“Mahunya tak terkejut. Ingatkan siapalah
tadi. Kenapa abang tak balik rumah terus?” Soalku lagi.
“Abang nak balik dengan isteri abang ni. Lagipun,
malaslah balik rumah awal-awal. Bukan ada sapa-sapa pun. Kalau ada Reen, tak pe
lah jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih memandangku.
Aku mengerutkan dahi. “Pulak? Macam
budak-budaklah abang ni. Ok la.. abang tunggu kejap eh. Reen nak kemas barang.”
Sahel Haqimy tersengih lagi. “ Ok.. jomlah
abang tolong. Reen tu bukan boleh percaya. Kata nak kemas barang, kejap lagi
kang.. tengok-tengok dok bersembang dengan kawan baik dia tu.”
Aku membantah. “Ala.. tak payahlah.. Reen
kemas sekejap je ni…ab..” Tak sempat ku sudahi kata-kataku, suamiku itu sudah
memintas.
“Kenapa banyak cakap sangat ni? Jom.”
Katanya sambil menarik tanganku sekali. Aku menggerutu di dalam hati. hish..
dia ni. Ini yang aku tak gemar ni.
Malam itu, ketika
sedang menonton tv.. aku memberitahu Sahel tentang kenduri yang mak nak buat
hujung minggu nanti.
“Abang, sabtu ni mak nak buat kenduri.
Kita balik eh?”Aku memulakan bicara.
Sahel yang ketika itu sedang ralit
menonton perlawanan bola sepak di tv mengerutkan dahi. “ Kenduri apa sayang?”
Soalnya sambil memandang sekilas wajah isterinya yang sedang memandang ke
arahnya.
“kenduri tahlil untuk arwah atok. Kita
balik ya, bang?”
Sahel Haqimy mengelus-ngelus janggutnya
yang sejemput itu. “Tak boleh la sayang..” Balasnya dengan nada bersahaja.
Aku tersentak mendengarnya. “Kenapa
pulak?” Abang ada program ke sabtu ni?” Soalku sambil membuat muka tak puas
hati. Takkan la ada seminar pulak kot. Desis hatiku.
“Abang dah janji dengan orang. Sorry ye sayang.”
Jawabnya lagi sambil masih mengekalkan muka selambanya.
Aku sudah buat muka bengang. Ish.. ada ke
orang lagi penting? Dia ni memang nak kena tau. “So, now.. abang nak kata, orang lagi penting la?” Soalku dengan
nada geram.
Sahel Haqimy yang mendengarkan kata-kata
itu, terus menghela nafas panjang. Dia menutup tv dan terus memusingkan
badannya ke arah isterinya yang seakan-akan bengang dengannya. Dia menarik
tangan isterinya itu.
Aku yang sudah mula panas hati, menarik
semula tanganku. Orang tengah marah, dia boleh pulak nak manja-manja segala.
Eii… geram betul. Tak rasa bersalah ke suamiku ini? Soalku di dalam hati.
Sahel Haqimy tersenyum. Dia tahu isterinya
itu sudah mula merajuk dengannya. “Sayang abang ni.. merajuk eh?” Soalnya. Saja
menyakat isterinya itu.
“Tak de la. Mana ada.” Jawabku sambil
memeluk tubuh memalingkan wajah ke arah lain.
“Sayang.. abang ada benda nak cakap ni.”
Sahel Haqimy cuba memancing. Namun tiada reaksi dari pihak isterinya itu. Dia
menggarukan kepalanya. Hai.. merajuk la ni. Dia menarik nafas panjang.
“Sayang.. dengar la ni. Abang nak cakap
sesuatu ni.”
Aku masih lagi membatu.
“Sayang…” Sahel Haqimy memanggil lagi
sambil mencuit-cuit pinggang isterinya itu.
Aku yang mudah merasa geli di bahagian
pinggang, terasa mahu menjerit saja menyuruh suamiku itu supaya jangan
main-main di bahagian pinggangku. Tapi, disebabkan perang dingin yang aku
lancarkan, aku mengambil sikap diamkan diri je.
“Sayang….. pandanglah abang. Abang nak
cakap something ni.”
Aku yang sudah tidak tahan geli itu
segera berpaling dengan muka geramku. “Abang nak apa ni?” Soalku geram.
Sahel haqimy tersengih-sengih memandang
muka isterinya itu. “Abang nak cakap.. yang abang kena balik rumah mak mertua
abang sabtu ni.”
Aku yang mendengarnya terkebil-kebil
seketika. Aku salah dengar ke? Dia sebut mak mertua kan? Kalau mak mertua,
maksudnya mak aku la kan? Eh.. tapi, tadi dia kata tak dapat nak balik. Eh..
kejap-kejap..berapa ramai mak mertua yang suami aku ni ada?
“Abang cakap apa tadi? Mak mertua? Mak
mertua yang mana satu?” Soalku lurus.
Giliran Sahel Haqimy pulak yang membuat
muka. “Sayang ni kan.. nak kena kiss dengan abang ke apa? Mak mertua abang,
satu tu jela. Mak sayang tu. Sayang jangan nak macam-macam eh. Tu nak tuduh
abang ada perempuan lain la tu.” Sahel Haqimy membuat muka bosan.
“Yelah.. abang tu bukan boleh percaya
pun.” Sengajaku tambah lagi panasnya.
“Syazreen..” Sahel Haqimy sudah menyebut
nama penuhnya. Dia tidak suka isterinya itu menganggap dirinya sebegitu.
Walhal, dia teramatlah sayang kepada isterinya itu sampai tidak pernah
terlintas dihatinya untuk menduakan wanita itu.
Oppst.. alamak! Dia dah sebut nama penuh
akulah. Sah-sah la tengah berangin tu.
“Sorry bang.. Reen main-main jelah.
Janganlah marah eh.” Aku menunjukkan isyarat peace kepada suamiku itu.
Sahel Haqimy yang pada mulanya ingin marah,
terus tidak jadi apabila melihat telatah isterinya itu. Perlahan-lahan senyuman
terukir di bibirnya. Dia menggelengkan kepalanya melihat sengihan nakal
isterinya. Lalu dia menarik isterinya supaya lebih dekat dengannya.
“Isteri abang ni.. nakal kan? Jangan
main-main pasal tu boleh tak? Apa pun jadi, abang sayang sorang je. Reen je
permaisuri hati abang. Tak ada siapa pun boleh ganti tempat Reen dalam hati
abang. Faham?”
Aku mengangguk sambil terus melentokkan
kepalaku dibahunya. Terharu pulak hatiku mendengarnya. “Reen mintak maaf bang.
Reen janji tak cakap macam tu lagi.”
Sahel Haqimy tersenyum sambil menarik
hidung sederhana mancung milik isterinya. “Kalau Reen cakap macam tu lagi.
Abang kiss Reen tiap-tiap saat.” Ugutnya.
Aku mengangkat sedikit kepalaku. “Amboi..
dia tu yang main-main dengan kita tadi, tak apa pulak.” Kataku sambil mencubit
lengannya.
Sahel haqimy tersengih-sengih. “Abang
main-main je. Jumaat ni kita balik Melaka, okey?”
Aku tersenyum sambil mengangguk. Aku terus
menyandarkan semula kepalaku dibahunya. Beberapa minit kemudian, aku mengangkat
wajahku semula.
“Abang.. macam mana abang boleh janji
dengan mak yang kita nak balik hujung minggu ni?” Soalku.
Suamiku itu tersenyum macam biasa.
Pemurah betul dengan senyuman. Desis hatiku. “Sebab… mak dah telefon abang dulu
sebelum telefon Reen.” Ujarnya sambil mengelus-ngelus rambutku.
Aku mengerutkan dahi. “Erm.. dah agak
dah. Mak tu suka macam tu. Tak puas hati la kononnya kalau tak cakap sendiri
dengan orang yang nak dijemput tu. Hai.. mak.. mak..”
“Marah?” sahel haqimy menegur isterinya
yang tiba-tiba diam itu.
Aku tersengih. “tak de la.. teringat pulak
kat mak yang beria-ia suruh Reen cakap kat abang. Rupanya dia sendiri dah
cakap.” Aku tergelak kecil.
Sahel turut tergelak. “mak mertua abang tu
kan sayang kat abang.”
Aku
mencebik. “Eleh… perasan.”
“Jealous la tu.” Sahel haqimy mengusik.
“Tolonglah.” Balasku
“Eleh.. eleh. Yelah tu. Isteri abang ni
jealous eh?” masih lagi mengusik isterinya itu.
“Abang…” aku menjegilkan mata ke arahnya.
“Yelah.. yelah…” sahel Haqimy memeluk
isterinya itu. Syazreen..Syazreen. Sahel Haqimy merasakan yang rumah tangganya
semakin berseri. Memang itu pun harapannya sebaik sah menjadi suami kepada
isterinya itu. Ya Allah.. kau berkatilah perkahwinan kami ini ya Allah. Doanya
di dalam hati.
Pesanan Penaja : .. lately ni tak tau kenape malas sgt nak update blog. Idea tu ade.. tapi, bila nak menaip je.. datang la "Encik M" ni menyerang.. huhu.. Tapi, alhamdulillah.. sebabkan sokongan2 kawan2 yg rajin menyapot Permaisuri Hati, saya jadi rajin pulak tetiba nak update citer ni.. InsyaAllah, the next chapter.. will be update soon..:) Doakan sye eh.. semoga terhibur dgn bab baru ni and jgn lupe... leave ur comment ok.. (^_^) ~Ain Sabrina~
Pesanan Penaja : .. lately ni tak tau kenape malas sgt nak update blog. Idea tu ade.. tapi, bila nak menaip je.. datang la "Encik M" ni menyerang.. huhu.. Tapi, alhamdulillah.. sebabkan sokongan2 kawan2 yg rajin menyapot Permaisuri Hati, saya jadi rajin pulak tetiba nak update citer ni.. InsyaAllah, the next chapter.. will be update soon..:) Doakan sye eh.. semoga terhibur dgn bab baru ni and jgn lupe... leave ur comment ok.. (^_^) ~Ain Sabrina~
No comments:
Post a Comment