Sunday, May 20, 2012

~Permaisuri Hati~


                                                              Bab 39

Aku ke tempat kerja dengan rasa semangat yang teramat. Sahel turut hairan melihatku. Bila ditanya, aku cuma tersengih saja memandangnya. Aku sendiri tak tahu kenapa. Mungkin sebab petang nanti aku akan pulang ke Melaka kot. Aku berkata-kata di dalam hati. Yelah, manalah tak happy.. kalau dah lama jugak la kiranya aku tak balik ke Melaka tu. Rindu tahu tak kat family aku tu.
     Sampai saja aku di kampus pagi itu, aku terus diterjah oleh Elly. “Assalamualaikum ya sahabat?” Tegurku sambil melemparkan senyuman.
    Elly memandangku  dengan muka peliknya. Aku yang terjah dia, dia yang tegur aku dulu. Apa kes la dengan kawan aku hari ni? Senyum dah sampai nak terkoyak telinga je aku tengok. Tapi, sempat jugak dia menjawab salam yang diberi.
     “Reen.. kau dah kenapa? Sihat ke tak ni?” Giliran Elly menyoal kawannya itu. Dia melekapkan tangannya ke dahi syazreen. ‘Ok je ni. Tak panas pun’. Desis hatinya.
    Aku mengerutkan dahi. “Aku sihat la. Kau tu yang dah kenapa? Tanya macam aku ni tak berapa nak sihat pulak.
     Elly mengurut dadanya. “Nasib baik sihat. Tak de la.. aku just tanya je. Mana la tau, kot-kot la kau tak sihat kan. Yelah.. orang dah bahagia sekarang ni. Manalah tau, kot-kot jugak la nak dapat orang baru ke.” Elly memandangku sambil tersengih-sengih.
      Aku yang mulanya blur, akhirnya dapat juga menangkap maksud di sebalik kata-katanya itu. “Hei… banyak la kau. Amboi.. mulut. Bukan main eh. Sejak bila kau pandai cakap benda-benda macam ni hah? Balasku sambil buat-buat marah.
     Elly tersengih-sengih memandangku. “Oppst.. sorry. Ala.. mulut aku kan memang dari dulu lagi dah pandai cakap benda-benda macam ni. Kau ni pun.. macam baru kenal aku seminit yang lepas je. Tapi.. aku hairan binti pelik ni. Apsal kau happy semacam je hari ni erk?”
       “ Kau ni.. karang kalau aku masam, kau membebel macam tak cukup hari. Bila aku senyum memanjang macam ni, kau nak hairan siap berbinti-binti bagailah pulak. Salah ke aku berhappy-happy hari ni?” Jawabku dengan panjang lebarnya.
       “ Tak la.. tapi, kau pelik la hari ni. Kau janganlah buang tebiat pulak Reen. Nanti, kalau kau takde.. siapa nak teman aku?’ Elly sudah membuat cerita sedih.
      Tapi, cerita sedihnya itu bagi aku tersangatlah out of mind! Ada ke dia kata aku buang tebiat? Hish.. kasar sungguh gurauanmu itu wahai sahabatku. “Weh! Kau dah kenapa? Doakan yang bukan-bukan pulak untuk aku, eh? Siapa yang buang tebiat sekarang ni? Aku ke kau?” Marahku sambil menjegilkan mata ke arahnya. Kawan aku yang sorang ni.. pagi-pagi dah macam nak mintak penampar aku je gamaknya. Ada ke cakap macam tu. Hish.. hampeh punya member! Gerutuku di dalam hati.
      Elly tersenyum-senyum. “ Oppst, sorry. Aku main-main je. Hah.. tau pulak kau gelabah bila aku cakap macam tu. Next time, kalau nak sengih-sengih ke.. senyum-senyum ke.. meh sini, ajak aku sekali. At least, nanti tak ada la orang nak cop kau, minah senget!” giliran Elly yang menempelak kawan baiknya itu.
     Aku menarik muka. “ Minah senget pun, kawan kau jugak kan. Meh sini kau. Aku nak bercakap dari hati ke hati sikit dengan kau. Kita kan dah lama tak sembang-sembang.” Ajakku. Sekarang semua student sedang bercuti semester, jadi pensyarah macam kami ni tak perlulah rushing hendak ke kelas. Cuma menyiapkan kerja-kerja yang perlu saja. Tapi, aku bukan nak curi tulang ya. Aku ambil masa sekejap je. Hehe.
        “Kenapa.. Kenapa? Nak ajak aku gosip-gosip la tu.” Usik Elly. Namun dia tetap jugak menarik sebuah kerusi yang terdapat di hadapan meja rakannya itu.
         “Banyak la kau punya gosip. Ni, aku nak bagitau. Petang ni, aku nak balik Melaka.” 
         “Balik Melaka? Wah.. bestnya. Nak balik jugak. ” Kata Elly seakan-akan merengek.
         Aku mengangkat kening. “Macam budak-budak.” Ejekku sambil menjelirkan lidah ke arahnya.
         Elly membalingku dengan pen yang diambil dari dalam cawan yang memang ada di atas mejaku ketika itu. Aku ketawa melihatnya. Beberapa saat kemudian, Elly turut ketawa. Dah lama tak bergurau dengan sahabat baikku itu. Rindu pulak dengan zaman bujangku.
       “Eh, kenapa tiba-tiba nak balik?” soal Elly setelah beberapa minit kami bergelak ketawa.
       “Mak aku nak buat kenduri tahlil untuk arwah atuk aku. Oh, ya.. nanti bagitahu mak kau tau. Mak aku suruh jemput mak kau sekali.”
      “Aik.. mak aku je? Habis aku? Sampai hati mak angkat aku tu lupakan aku.” Elly bersuara sambil membuat sedih.
      Aku yang melihatnya terasa nak ketawa pulak tapi aku tahan je. “ Eleh.. mengada. Dah.. tak payah nak buat ayat sedih kau tu. Selama ni, kalau tak jemput pun. Memang kau akan datang kan? Macam la tak biasa dengan family aku. Dan satu lagi, kalau mak aku dah jemput mak kau tu, maknanya pakej sekali dengan kau la.” kataku sambil tersengih-sengih memandangnya. Dari dulu lagi, kalau ada apa-apa majlis yang dibuat, mak tak pernah lupa nak jemput Elly dan keluarganya. Kata mak, Elly tu dah jadi sebahagian dari keluarga kami dah pun. Yelah, sejak dari sekolah menengah kot kami berkawan. Kalau sampai sekarang masih berkawan, takkan pulak mak aku nak lupakan anak angkat kesayangan dia ni.
      “Yelah.. kalau tak jemput pun, memang aku kasi gegar punya rumah kau tu.” Elly sudah ketawa kuat-kuat.
      “So, tak payah nak jemput official sangat la kalau dengan kau ni kan. Tapi, dengan mak kau. Kena beb.. kena jemput officially. Kalau tidak… masak aku kena bebel dengan mak aku tu. Kau jangan lupa eh.. bagitahu mak kau. Bising nanti mak aku. Hari tu lagi dia dah pesan banyak kali kat aku. Sampai aku dah tak boleh nak lupa dah pesan dia tu.” Jawabku sambil ketawa kecil.
     “InsyaAllah.. nanti aku bagitahu. Jangan risaulah. Mak aku pun, hari tu ada cakap. Dah lama tak jumpa mak kau. Rindu kat kawan la tu.” Kata Elly.
     “Erm.. sama la mak aku tu pun.” Balasku.
     “ Nanti aku ajak Hisham sekali, boleh?” Soal Elly.
     “Eh.. ajak la sekali. Boleh je. Aku lupa pulak pasal dia. Nasib baik kau sebut.” Aku tersengih.
     “Itu pun kalau dia tak busy. Dia tu bukan boleh harap sangat. Asyik busy je.” Rungut Elly.
    “Biasalah tu. Nanti tak boleh nak pinang kau kalau tak kerja keras.” Usikku.
   “Eleh.. aku pun kerja keras jugak. Ingat dia sorang je.” Elly membalas.
   “Erm.. yelah tu. Eh… dah la. Dah pukul berapa ni. Karang orang ingat, kita curi tulang pulak. Dah.. dah.. pergi balik tempat kau. Aku nak buat kerja ni.” Kataku sambil menyuruh Elly beredar.
     “Amboi.. menghalau nampak.” Katanya.
     Aku mengangkat bahu cuma sambil tersengih-sengih memandangnya.
    “Yelah..yelah.” Elly bangkit sambil merungut apa entah.
     Aku biarkan saja. Malas mahu melayannya. Yang pasti, tugas yang perlu dibuat masih setia menanti. Sebelum hilang di balik bilik, aku sempat mengingatkannya tentang jemputan mak aku tu.
     “Baik boss.” Ujarnya sambil menjelirkan lidah ke arahku. Aku hanya mampu tersenyum sambil menggelengkan kepala. Elly.. Elly. Entah apa-apa. Eleh.. aku pun lebih kurang je sebenarnya. Dua kali lima!
      Aku terus ralit menanda kertas jawapan peperiksaan pelajar-pelajarku. “Makcik.. tak nak keluar lunch ke? Tu laki kau dah tercegat kat luar tu. Bukan main senyum lagi dia.” Tiba-tiba Elly menyergahku. Aku yang sedang ralit menanda kertas-kertas yang masih bertimbun itu, terus memalingkan muka ke arahnya.
       “ Kau ni Elly… agak-agaklah nak lunch pun. Baru pukul berapa?” Soalku dengan dahi berkerut. Aku menjeling sekilas jam di pergelangan tangan. Baru pukul 10 pagi kot. Desis hatinya.
      “Weh… kau dah kenapa? Tak tengok jam eh? Kau tengok jam ‘mahal’ kau tu sekarang. Itu la.. orang lain pun buat kerja jugak, tapi tak adalah sampai nak tengok jam pun dah tak sempat.” Perli Elly sambil tersenyum sinis.
      Aku melihat kembali jam ditanganku. “Baru pukul 10 la. yang kau kecoh sangat nak pergi lunch ni apahalnya?” Soalku selamba.
      Giliran Elly pulak yang mengerutkan dahinya. “Reen… it’s almost 1 o’clock la. kau guna timer negara mana ni? Bangladesh eh? Ke Pakistan?” Soalnya sambil tergelak-gelak memandangku.
        Erk.. dah nak pukul 1? Ish.. biar betik si Elly ni. Aku melihat sekali lagi jam di tanganku. Jam kesayangan ni. Takkan salah pulak. Tiba-tiba aku terperasankan sesuatu. Dan aku terus beristigfar di dalam hati. “Ya Allah… jam aku rosak rupanya. Patutlah dari tadi tak bergerak-gerak jarumnya.” Aku memandang Elly yang sedang ketawa memandangku.
        “Itu la.. aku dah suruh tukar jam 10 ringgit kau tu dari dulu lagi. Kau degil sangat. See.. dah kena tipu dengan jam sendiri. Hai.. Reen.. Reen.” Elly sudah menggelengkan kepalanya. Itu sikap Syazreen yang dia memang sudah faham benar. Sahabatnya itu memang suka beli jam ‘mahal’ macam tu. Bila ditanya, kenapa tak beli yang lebih mahal.. sekurang-kurangnya berkualiti sikit. Jawapan yang diberi mesti akan menyakitkan telinga. ‘Jam 10 ringgit lagi best apa. Boleh beli banyak-banyak. Boleh tukar-tukat pakai.’ Hergh.. penat nak cakap dengan dia ni.
       Aku sudah tersengih-sengih memandangnya. “Ala.. jam ni pun ok what? Nanti aku ganti la bateri dia.” Jawabku masih mahu memenangkan jam murahku itu. Ini memang perangaiku sejak dari sekolah dulu. Mungkin disebabkan didikan mak ayahku jugak kot. Kata ayah, hidup biar tak mewah.. sederhana tu yang penting. Orang bukan tanya pun, berapa harga barang-barang yang kita pakai. Paling-paling pun, orang akan memuji kalau barang yang kita pakai tu cantik. Macam tu jugak sebaliknya. Jadi, bagi aku..tak salah pun pakai barang murah, kalau itu boleh jauhkan kita dari sikap bermegah-megah. Hish..panjang pulak aku bercerita.
        “Erm.. yelah. Dah.. dah tu. Laki kau dah tunggu dah tu. Dari tadi lagi suruh aku panggil kau. Dia kata, dia ada sms kau. Tapi, tak jawab.” Kata Elly.
        Aku menjenguk keluar. Memang benar suamiku sudah berada diluar bilik yang menempatkan pensyarah-pensyarah fakulti perniagaan. Aku teringatkan handphoneku. Kenapa tak dengar bunyi erk? Lantasku keluarkan handphoneku itu. Aku mengeluh. Lah.. patut la. bateri kong! Komfem kena lecture dengan Sahel kejap lagi.
       “Kenapa? Bateri habis lagi?” Soal Elly. Ini pun satu hal yang dia teramatlah faham pasal kawan baiknya itu. Pemalas nak charge bateri telefon. Katanya, ‘aku bukan orang penting pun sampai setiap masa nak kena charge telefon. Lainlah kau. Kau tu orang hot.’ Kata kawannya itu apabila ditegur. Hai.. Syazreen..Syazreen. ada je jawapannya.
      Aku tersengih memandang Elly. “Itu la pasal. Aku lupa nak charge semalam.” Bukan lupa.. tapi, malas! Desis hatiku.
     “Aku dah agak dah. Dah la.. pergilah cepat. Yang kau tersengih-sengih dah macam kerang basi ni apahalnya? Tak payah nak bodek-bodek aku. Hari ni aku tak nak ikut kau. Aku ada date dengan Hisyam.” Kata Elly.
     “Eleh.. perasan. Siapa nak ajak kau. Okey la.. aku pergi dulu tau. Nanti kirim salam dengan Hisyam. Cakap kat dia, cepat-cepat sikit meminang kawan aku ni. Nanti tak pasal-pasal kena kebas pulak. Lagipun, not nice asyik dating je.” Sebaik berkata begitu, aku terus keluar meninggalkan Elly sebelum sempat kawanku itu membalas walaupun sepatah.
      Elly mendengus geram. “Weh.. kejam gila statement kau!” jerit Elly.
      Aku melambai-lambai Elly dari jauh. Kalau dekat, mahunyalah dia smackdown aku kat situ jugak agaknya. Getus hatiku.
Aku melemparkan senyuman ke arah suamiku. “Sorry lambat. Siapkan kerja sikit tadi.” Kataku sambil masih tersenyum memandang suamiku itu.
    “Mahunya tak lambat. Pergi berborak dengan kawan baik dia tu. Memanglah.” Usik Sahel Haqimy. Isterinya itu kalau dah berjumpa dengan Elly, memang boleh tumbuh janggut lagi dia gamaknya kalau menunggu.
     “Ala.. sorry la bang. Elly tu ha.. abang bukan tak tau. Ada je ceritanya. Lagipun sekali sekala, apa salahnya.” Balasku sambil tersengih-sengih.
      “Erm..yelah. Ha.. abang call, sms semua.. kenapa tak reply?” soalnya tiba-tiba.
      Alamak.. matilah aku macam ni. Nak jujur ke, nak kelentong? Kalau jujur, habislah.. mesti kena bebel dengan dia. Dia mana boleh dengar kalau aku kata phone aku habis bateri. Tapi, kalau kelentong.. nanti dosa pulak berbohong dengan suami. Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal itu.
      “Kenapa diam ni… bateri habis lagi eh?” soalnya.
      Aku mengangguk perlahan sambil tersenyum-senyum. “Ha’ah….. lupa nak charge semalam.”
      Sahel Haqimy menggeleng. “Sayang..sayang. berapa kali dah abang ingatkan. Lain kali, bagi kat abang handphone tu. Biar abang chargekan. Harapkan sayang buat.. memang taklah dibuatnya.” Putus Sahel Haqimy sambil menarik sedikit hidung isterinya itu.
     Aku cuba mengelak. “yelah..yelah. eh..jomlah bang. Kata nak gi lunch. Dah lambat ni.” Aku segera menukar topik.
    “Pandai eh tukar topik. Jom..nak makan kat mana ni?” Sahel Haqimy menyoal lantas menarik tangan isterinya itu.
      “Kat mulut la..” Jawabku selamba. Aku tersengih apabila melihat muka suamiku yang sudah pun berubah kelat.
     “Tau la kat mulut.. takkan kat lutut pulak. Hish.. asyik nak buli orang je dia ni.” Sahel Haqimy merungut perlahan.
      Aku sudah tergelak-gelak melihatnya. “Ala.. Reen main-main jelah. Kita makan kat kedai asam pedas biasa tu nak,bang? Dah lama la tak makan asam pedas.” Cadangku. Dan senyumanku semakin meleret apabila melihat anggukan dari suamiku itu. kami terus menuju ke kereta milik suamiku ketika itu. Sudah terbayang-bayang keenakan asam pedas di kedai itu. Tak dapat makan asam pedas mak pun tak apalah. Kedai pun kedailah. Janji sedap macam mak punya. Sempat jugak aku berbicara di dalam hati.

Pesanan penaja : Alhamdulillah... dapat update lagi the next bab untuk Permaisuri Hati.. mcm biasa, nak say thankz kat member2 yg rajin follow up citer yg tak seberapa ni.. Syukran jazilan la.. hehe.. ecehwah.. ckp arab la pulak.. hehe... selamat membaca..dan jgn segan2 komen yer.. feedback korang amat la diperlukan untk sye improve more and more..:)

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...