Bab 39
Aku ke tempat kerja dengan rasa semangat yang teramat. Sahel turut
hairan melihatku. Bila ditanya, aku cuma tersengih saja memandangnya. Aku
sendiri tak tahu kenapa. Mungkin sebab petang nanti aku akan pulang ke Melaka
kot. Aku berkata-kata di dalam hati. Yelah, manalah tak happy.. kalau dah lama
jugak la kiranya aku tak balik ke Melaka tu. Rindu tahu tak kat family aku tu.
Sampai saja aku di kampus
pagi itu, aku terus diterjah oleh Elly. “Assalamualaikum ya sahabat?” Tegurku
sambil melemparkan senyuman.
Elly memandangku dengan muka peliknya. Aku yang terjah dia,
dia yang tegur aku dulu. Apa kes la dengan kawan aku hari ni? Senyum dah sampai
nak terkoyak telinga je aku tengok. Tapi, sempat jugak dia menjawab salam yang
diberi.
“Reen.. kau dah kenapa?
Sihat ke tak ni?” Giliran Elly menyoal kawannya itu. Dia melekapkan tangannya
ke dahi syazreen. ‘Ok je ni. Tak panas pun’. Desis hatinya.
Aku mengerutkan dahi. “Aku
sihat la. Kau tu yang dah kenapa? Tanya macam aku ni tak berapa nak sihat
pulak.
Elly mengurut dadanya.
“Nasib baik sihat. Tak de la.. aku just
tanya je. Mana la tau, kot-kot la kau tak sihat kan. Yelah.. orang dah bahagia
sekarang ni. Manalah tau, kot-kot jugak la nak dapat orang baru ke.” Elly memandangku
sambil tersengih-sengih.
Aku yang mulanya blur, akhirnya dapat juga menangkap
maksud di sebalik kata-katanya itu. “Hei… banyak la kau. Amboi.. mulut. Bukan
main eh. Sejak bila kau pandai cakap benda-benda macam ni hah? Balasku sambil
buat-buat marah.
Elly tersengih-sengih
memandangku. “Oppst.. sorry. Ala..
mulut aku kan memang dari dulu lagi dah pandai cakap benda-benda macam ni. Kau
ni pun.. macam baru kenal aku seminit yang lepas je. Tapi.. aku hairan binti
pelik ni. Apsal kau happy semacam je
hari ni erk?”
“ Kau ni.. karang kalau
aku masam, kau membebel macam tak cukup hari. Bila aku senyum memanjang macam
ni, kau nak hairan siap berbinti-binti bagailah pulak. Salah ke aku berhappy-happy hari ni?” Jawabku dengan
panjang lebarnya.
“ Tak la.. tapi, kau
pelik la hari ni. Kau janganlah buang tebiat pulak Reen. Nanti, kalau kau
takde.. siapa nak teman aku?’ Elly sudah membuat cerita sedih.
Tapi, cerita sedihnya
itu bagi aku tersangatlah out of mind!
Ada ke dia kata aku buang tebiat?
Hish.. kasar sungguh gurauanmu itu wahai sahabatku. “Weh! Kau dah kenapa?
Doakan yang bukan-bukan pulak untuk aku, eh? Siapa yang buang tebiat sekarang ni? Aku ke kau?” Marahku
sambil menjegilkan mata ke arahnya. Kawan aku yang sorang ni.. pagi-pagi dah
macam nak mintak penampar aku je gamaknya. Ada ke cakap macam tu. Hish.. hampeh
punya member! Gerutuku di dalam hati.
Elly tersenyum-senyum. “
Oppst, sorry. Aku main-main je. Hah..
tau pulak kau gelabah bila aku cakap macam tu. Next time, kalau nak sengih-sengih ke.. senyum-senyum ke.. meh
sini, ajak aku sekali. At least,
nanti tak ada la orang nak cop kau, minah senget!” giliran Elly yang menempelak
kawan baiknya itu.
Aku menarik muka. “ Minah
senget pun, kawan kau jugak kan. Meh sini kau. Aku nak bercakap dari hati ke
hati sikit dengan kau. Kita kan dah lama tak sembang-sembang.” Ajakku. Sekarang
semua student sedang bercuti
semester, jadi pensyarah macam kami ni tak perlulah rushing hendak ke kelas. Cuma menyiapkan kerja-kerja yang perlu
saja. Tapi, aku bukan nak curi tulang ya. Aku ambil masa sekejap je. Hehe.
“Kenapa.. Kenapa? Nak ajak aku gosip-gosip la tu.”
Usik Elly. Namun dia tetap jugak menarik sebuah kerusi yang terdapat di hadapan
meja rakannya itu.
“Banyak la kau punya gosip. Ni, aku nak
bagitau. Petang ni, aku nak balik Melaka.”
“Balik Melaka? Wah.. bestnya. Nak balik jugak. ” Kata Elly
seakan-akan merengek.
Aku mengangkat
kening. “Macam budak-budak.” Ejekku sambil menjelirkan lidah ke arahnya.
Elly membalingku dengan pen yang
diambil dari dalam cawan yang memang ada di atas mejaku ketika itu. Aku ketawa
melihatnya. Beberapa saat kemudian, Elly turut ketawa. Dah lama tak bergurau
dengan sahabat baikku itu. Rindu pulak dengan zaman bujangku.
“Eh, kenapa tiba-tiba
nak balik?” soal Elly setelah beberapa minit kami bergelak ketawa.
“Mak
aku nak buat kenduri tahlil untuk arwah atuk aku. Oh, ya.. nanti bagitahu mak
kau tau. Mak aku suruh jemput mak kau sekali.”
“Aik.. mak aku je? Habis aku? Sampai hati mak
angkat aku tu lupakan aku.” Elly bersuara sambil membuat sedih.
Aku yang melihatnya terasa nak ketawa pulak
tapi aku tahan je. “ Eleh.. mengada. Dah.. tak payah nak buat ayat sedih kau
tu. Selama ni, kalau tak jemput pun. Memang kau akan datang kan? Macam la tak
biasa dengan family aku. Dan satu
lagi, kalau mak aku dah jemput mak kau tu, maknanya pakej sekali dengan kau
la.” kataku sambil tersengih-sengih memandangnya. Dari dulu lagi, kalau ada
apa-apa majlis yang dibuat, mak tak pernah lupa nak jemput Elly dan
keluarganya. Kata mak, Elly tu dah jadi sebahagian dari keluarga kami dah pun.
Yelah, sejak dari sekolah menengah kot kami berkawan. Kalau sampai sekarang
masih berkawan, takkan pulak mak aku nak lupakan anak angkat kesayangan dia ni.
“Yelah.. kalau tak
jemput pun, memang aku kasi gegar punya rumah kau tu.” Elly sudah ketawa
kuat-kuat.
“So, tak payah nak jemput official
sangat la kalau dengan kau ni kan. Tapi, dengan mak kau. Kena beb.. kena jemput
officially. Kalau tidak… masak aku
kena bebel dengan mak aku tu. Kau jangan lupa eh.. bagitahu mak kau. Bising
nanti mak aku. Hari tu lagi dia dah pesan banyak kali kat aku. Sampai aku dah
tak boleh nak lupa dah pesan dia tu.” Jawabku sambil ketawa kecil.
“InsyaAllah.. nanti aku bagitahu. Jangan
risaulah. Mak aku pun, hari tu ada cakap. Dah lama tak jumpa mak kau. Rindu kat
kawan la tu.” Kata Elly.
“Erm.. sama la mak aku tu
pun.” Balasku.
“ Nanti aku ajak Hisham
sekali, boleh?” Soal Elly.
“Eh.. ajak la sekali.
Boleh je. Aku lupa pulak pasal dia. Nasib baik kau sebut.” Aku tersengih.
“Itu pun kalau dia tak busy. Dia tu bukan boleh harap sangat.
Asyik busy je.” Rungut Elly.
“Biasalah tu. Nanti tak
boleh nak pinang kau kalau tak kerja keras.” Usikku.
“Eleh.. aku pun kerja keras
jugak. Ingat dia sorang je.” Elly membalas.
“Erm.. yelah tu. Eh… dah
la. Dah pukul berapa ni. Karang orang ingat, kita curi tulang pulak. Dah..
dah.. pergi balik tempat kau. Aku nak buat kerja ni.” Kataku sambil menyuruh
Elly beredar.
“Amboi.. menghalau
nampak.” Katanya.
Aku
mengangkat bahu cuma sambil tersengih-sengih memandangnya.
“Yelah..yelah.” Elly
bangkit sambil merungut apa entah.
Aku biarkan saja. Malas
mahu melayannya. Yang pasti, tugas yang perlu dibuat masih setia menanti.
Sebelum hilang di balik bilik, aku sempat mengingatkannya tentang jemputan mak
aku tu.
“Baik boss.” Ujarnya sambil menjelirkan lidah
ke arahku. Aku hanya mampu tersenyum sambil menggelengkan kepala. Elly.. Elly.
Entah apa-apa. Eleh.. aku pun lebih kurang je sebenarnya. Dua kali lima!
Aku terus ralit menanda
kertas jawapan peperiksaan pelajar-pelajarku. “Makcik.. tak nak keluar lunch
ke? Tu laki kau dah tercegat kat luar tu. Bukan main senyum lagi dia.”
Tiba-tiba Elly menyergahku. Aku yang sedang ralit menanda kertas-kertas yang
masih bertimbun itu, terus memalingkan muka ke arahnya.
“ Kau ni Elly…
agak-agaklah nak lunch pun. Baru
pukul berapa?” Soalku dengan dahi berkerut. Aku menjeling sekilas jam di
pergelangan tangan. Baru pukul 10 pagi kot. Desis hatinya.
“Weh… kau dah kenapa?
Tak tengok jam eh? Kau tengok jam ‘mahal’ kau tu sekarang. Itu la.. orang lain
pun buat kerja jugak, tapi tak adalah sampai nak tengok jam pun dah tak
sempat.” Perli Elly sambil tersenyum sinis.
Aku melihat kembali jam
ditanganku. “Baru pukul 10 la. yang kau kecoh sangat nak pergi lunch ni
apahalnya?” Soalku selamba.
Giliran Elly pulak yang
mengerutkan dahinya. “Reen… it’s almost 1 o’clock la. kau guna timer negara
mana ni? Bangladesh eh? Ke Pakistan?” Soalnya sambil tergelak-gelak
memandangku.
Erk.. dah nak pukul 1?
Ish.. biar betik si Elly ni. Aku melihat sekali lagi jam di tanganku. Jam
kesayangan ni. Takkan salah pulak. Tiba-tiba aku terperasankan sesuatu. Dan aku
terus beristigfar di dalam hati. “Ya Allah… jam aku rosak rupanya. Patutlah
dari tadi tak bergerak-gerak jarumnya.” Aku memandang Elly yang sedang ketawa
memandangku.
“Itu la.. aku dah
suruh tukar jam 10 ringgit kau tu dari dulu lagi. Kau degil sangat. See.. dah kena tipu dengan jam sendiri.
Hai.. Reen.. Reen.” Elly sudah menggelengkan kepalanya. Itu sikap Syazreen yang
dia memang sudah faham benar. Sahabatnya itu memang suka beli jam ‘mahal’ macam
tu. Bila ditanya, kenapa tak beli yang lebih mahal.. sekurang-kurangnya
berkualiti sikit. Jawapan yang diberi mesti akan menyakitkan telinga. ‘Jam 10
ringgit lagi best apa. Boleh beli banyak-banyak. Boleh tukar-tukat pakai.’
Hergh.. penat nak cakap dengan dia ni.
Aku sudah tersengih-sengih
memandangnya. “Ala.. jam ni pun ok what?
Nanti aku ganti la bateri dia.” Jawabku masih mahu memenangkan jam murahku itu.
Ini memang perangaiku sejak dari sekolah dulu. Mungkin disebabkan didikan mak
ayahku jugak kot. Kata ayah, hidup biar tak mewah.. sederhana tu yang penting.
Orang bukan tanya pun, berapa harga barang-barang yang kita pakai.
Paling-paling pun, orang akan memuji kalau barang yang kita pakai tu cantik.
Macam tu jugak sebaliknya. Jadi, bagi aku..tak salah pun pakai barang murah,
kalau itu boleh jauhkan kita dari sikap bermegah-megah. Hish..panjang pulak aku
bercerita.
“Erm.. yelah. Dah.. dah tu. Laki kau dah
tunggu dah tu. Dari tadi lagi suruh aku panggil kau. Dia kata, dia ada sms kau.
Tapi, tak jawab.” Kata Elly.
Aku menjenguk keluar. Memang benar suamiku
sudah berada diluar bilik yang menempatkan pensyarah-pensyarah fakulti
perniagaan. Aku teringatkan handphoneku. Kenapa tak dengar bunyi erk? Lantasku
keluarkan handphoneku itu. Aku mengeluh. Lah.. patut la. bateri kong! Komfem
kena lecture dengan Sahel kejap lagi.
“Kenapa? Bateri habis
lagi?” Soal Elly. Ini pun satu hal yang dia teramatlah faham pasal kawan
baiknya itu. Pemalas nak charge bateri telefon. Katanya, ‘aku bukan orang
penting pun sampai setiap masa nak kena charge telefon. Lainlah kau. Kau tu
orang hot.’ Kata kawannya itu apabila ditegur. Hai.. Syazreen..Syazreen. ada je
jawapannya.
Aku
tersengih memandang Elly. “Itu la pasal. Aku lupa nak charge semalam.” Bukan
lupa.. tapi, malas! Desis hatiku.
“Aku dah agak dah. Dah la.. pergilah cepat.
Yang kau tersengih-sengih dah macam kerang basi ni apahalnya? Tak payah nak
bodek-bodek aku. Hari ni aku tak nak ikut kau. Aku ada date dengan Hisyam.”
Kata Elly.
“Eleh.. perasan. Siapa
nak ajak kau. Okey la.. aku pergi dulu tau. Nanti kirim salam dengan Hisyam.
Cakap kat dia, cepat-cepat sikit meminang kawan aku ni. Nanti tak pasal-pasal
kena kebas pulak. Lagipun, not nice
asyik dating je.” Sebaik berkata
begitu, aku terus keluar meninggalkan Elly sebelum sempat kawanku itu membalas
walaupun sepatah.
Elly mendengus geram.
“Weh.. kejam gila statement kau!”
jerit Elly.
Aku melambai-lambai Elly
dari jauh. Kalau dekat, mahunyalah dia smackdown
aku kat situ jugak agaknya. Getus hatiku.
Aku melemparkan senyuman ke arah suamiku. “Sorry lambat. Siapkan
kerja sikit tadi.” Kataku sambil masih tersenyum memandang suamiku itu.
“Mahunya tak lambat. Pergi
berborak dengan kawan baik dia tu. Memanglah.” Usik Sahel Haqimy. Isterinya itu
kalau dah berjumpa dengan Elly, memang boleh tumbuh janggut lagi dia gamaknya
kalau menunggu.
“Ala.. sorry la bang.
Elly tu ha.. abang bukan tak tau. Ada je ceritanya. Lagipun sekali sekala, apa
salahnya.” Balasku sambil tersengih-sengih.
“Erm..yelah. Ha.. abang call, sms semua.. kenapa tak reply?” soalnya tiba-tiba.
Alamak.. matilah aku
macam ni. Nak jujur ke, nak kelentong? Kalau jujur, habislah.. mesti kena bebel
dengan dia. Dia mana boleh dengar kalau aku kata phone aku habis bateri. Tapi, kalau kelentong.. nanti dosa pulak
berbohong dengan suami. Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal itu.
“Kenapa diam ni… bateri
habis lagi eh?” soalnya.
Aku mengangguk perlahan
sambil tersenyum-senyum. “Ha’ah….. lupa nak charge
semalam.”
Sahel Haqimy menggeleng.
“Sayang..sayang. berapa kali dah abang ingatkan. Lain kali, bagi kat abang handphone tu. Biar abang chargekan. Harapkan sayang buat.. memang
taklah dibuatnya.” Putus Sahel Haqimy sambil menarik sedikit hidung isterinya
itu.
Aku cuba mengelak.
“yelah..yelah. eh..jomlah bang. Kata nak gi lunch.
Dah lambat ni.” Aku segera menukar topik.
“Pandai eh tukar topik.
Jom..nak makan kat mana ni?” Sahel Haqimy menyoal lantas menarik tangan
isterinya itu.
“Kat mulut la..” Jawabku
selamba. Aku tersengih apabila melihat muka suamiku yang sudah pun berubah
kelat.
“Tau la kat mulut..
takkan kat lutut pulak. Hish.. asyik nak buli orang je dia ni.” Sahel Haqimy
merungut perlahan.
Aku sudah tergelak-gelak
melihatnya. “Ala.. Reen main-main jelah. Kita makan kat kedai asam pedas biasa
tu nak,bang? Dah lama la tak makan asam pedas.” Cadangku. Dan senyumanku
semakin meleret apabila melihat anggukan dari suamiku itu. kami terus menuju ke
kereta milik suamiku ketika itu. Sudah terbayang-bayang keenakan asam pedas di
kedai itu. Tak dapat makan asam pedas mak pun tak apalah. Kedai pun kedailah. Janji
sedap macam mak punya. Sempat jugak aku berbicara di dalam hati.
Pesanan penaja : Alhamdulillah... dapat update lagi the next bab untuk Permaisuri Hati.. mcm biasa, nak say thankz kat member2 yg rajin follow up citer yg tak seberapa ni.. Syukran jazilan la.. hehe.. ecehwah.. ckp arab la pulak.. hehe... selamat membaca..dan jgn segan2 komen yer.. feedback korang amat la diperlukan untk sye improve more and more..:)