Saturday, February 11, 2012

~The Best Experience : ALLAH.. Besarnya KuasaMU~


Assalamualaikum

Alhamdulillah, sekali lagi diberi ilham olehNya untuk mencoret sesuatu. Sejak dua menjak ni, rasa macam tak cukup masa je nak buat kerja. Mana nak kejar masa buat assignment. Nak kejar masa study untuk test ( yang saya dah boleh agak keputusannya macam mana..), nak uruskan program-program yang dah dirancang... buat saya rasa nak pengsan jap. Busy sangat-sangat je bunyinya kan? Hehe. Itulah.. nak kata tak busy, memang tipulah. Tapi, saya tahu.. sesibuk mana pun kita, tetap ada orang lain yang lebih sibuk daripada kita. Betul tak?

Hari sabtu lepas, saya dengan geng-geng kelab Intergamez buat satu aktiviti ekstrem iaitu meneroka gua. Gua yang kami teroka ni, bukan calang-calang gua tau. Sebab kat dalam gua ni, ada air terjun yang mengalir dari Gunung Datok dan Gunung Angsi. Pengalaman meneroka Gua Batu Maloi di Jelebu, Negeri Sembilan tu membuka mata saya tentang kebesaran ALLAH yang maha esa. Kenapa? Sebab masa berada kat dalam gua tu, macam-macam benda yang saya jumpa. Antaranya, lukisan yang terjadi hasil daripada titisan-titisan air hujan yang menitis dari bahagian atas dinding gua. Bagi saya, apa yang saya dan kawan-kawan saya tengok tu adalah salah satu kekuasaan ALLAH yang memang menakjubkan. Kata salah seorang jurupandu arah yang mengiringi langkah kami sepanjang penerokaan gua tu, dia sendiri pelik dengan lukisan yang terhasil tu.. sebabnya, lukisan tu terbentuk hanya di satu tempat  je iaitu di sebuah batu besar. Masa dengar penerangan dari pakcik jurupandu tu, saya rasa sebak tiba-tiba. Subhanallah, hebatnya kuasa ALLAH. Saya sempat jugak meliar-liarkan mata saya di segenap ruang gua tu. Bentuk batu-batu gua tu yang seketul-seketul seolah-olah diletakkan satu-satu, buat hati saya tertanya-tanya.. 

‘Macam mana ye boleh terjadinya struktur seperti ini?’

Struktur batu-batunya yang seketul-seketul itu seolah-olah diletakkan menggunakan kren mengangkat batu. Ketika itu, saya sempat berceloteh dengan pakcik jurupandu arah yang kebetulan ada di belakang saya. 

 “Pakcik.. batu-batu ni macam diletakkan sebijik-sebijik erk?”

 Pakcik tu jawab dengan penuh yakinnya,

“Pakcik yang buat tu..” sambil ketawa.
Saya layankan aje. Mustahil pulak nak percaya kata-kata pakcik tu, sebab dah memang terang lagi jelas, gua batu maloi tu hundred percent semula jadi. Macam yang telah diterangkan oleh ketua jurupandu arah sebelum aktiviti kami bermula. Hehe.
Sepanjang perjalanan tu jugak, banyak benda yang saya dan kawan-kawan dapat tengok. Antaranya, struktur batu yang seakan-akan berbentuk seperti sebuah perahu layar yang lengkap dengan layarnya dan juga struktur batu yang berbentuk sebuah tempayan besar. Allah.. memang besar kuasaNYA tu. Yang paling tak percaya, bila kami semua boleh lepas semua halangan-halangan yang ada kat dalam gua tu sama ada dari yang ruang sempit, sampailah ke ruang yang tak berapa nak sempit. Memang benarlah, tiada yang lebih berkuasa melainkan ALLAH s.w.t yang mentadbir sekalian alam. Alhamdulillah, walaupun badan sakit-sakit ditolak air yang memang boleh tahan deras kat dalam gua tu, saya tetap rasa puas..sebab dapat menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH yang mana saya sendiri tak pernah tengok secara live. Jadi, ini kira pengalaman pertama saya dan mungkin juga pengalaman pertama untuk kawan-kawan saya termasuklah sorang pensyarah saya. Apa yang boleh saya kata, ini pengalanman paling best.. dapat tengok sendiri kekuasaan ALLAH walaupun sakit kaki.. sakit badan.. sakit semuanyalah.. hehe..Allahuakbar..Allahuakhbar.. Allahuakhbar.

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...