Saturday, February 4, 2012

~Si Kedekut Cinta~


                                         Bab 3

Minggu baru telah pun bermula. Dan sebabkan minggu baru jugaklah, aku rasa malas gila nak pergi kerja. Bukan setakat aku je, Nabila pun sama. Al maklumlah, kami ni sehati sejiwa. Kalau aku malas gila..Si Nabila tu lagilah gila. Eh..bukan gila..maksud aku, dia lagi malas gila. Ada ke ajak aku ponteng kerja tak memasal. Heish..pantang nenek moyang sebelah mak aku tau tak ponteng kerja tanpa sebab munasabah ni.  Tak berkat nanti. Ececeh.. dan dan la aku ni. Tau pulak cakap pasal berkat tak berkat. Padahal tadi, aku punya setuju tu..dah macam pakcik guard kat office dibelanja aiskrim pop  je. Haha..
        Tapi.. kerja tetap kerja beb. Malas ke rajin ke.. itu belakang cerita. Dalam melompat-lompat tak setuju dengan cadangan tak semenggah Nabila tu, aku dah pun berada di office sekarang ni. Hehe.. hebat tak aku? Berjaya menghalang anasir-anasir jahat daripada menghasut aku. Lagi-lagi kalau hasutan tu datangnya daripada Nabila. Kawan sehati sejiwa aku tu. Alahai..statement aku ni dah macam melebih-lebih pulak kan? Nabila kalau dengar ni, mahu kembang tak kuncup-kuncup ni. Dia tu dah la pantang kena puji. Ada je perah santan dia tu. Perah santan tu perasan la. Itu bahasa aku dengan Nabila. Hai.. aku pun pelik sebenarnya. Kalau dengan minah tu, ada je bahasa-bahasa pelik yang dia ajar kat aku. Dah tu, yang aku ni pun satu hal jugak.. sengal tahap hape. Kadang-kadang faham. Kadang-kadang tak faham. Dan bila Nabila dah geram, barulah aku buat-buat faham walaupun aku sebenarnya memang tak faham kejadah hape bahasa yang dia guna tu. Hoho.
      “Lya!!!” jerit Nabila tiba-tiba.
      Aku yang memang tengah tak ready dengan jeritan yang tiba-tiba tu, terus-terus terjatuh dari kerusi yang tengah aku duduki itu.
      “Adoi… sakitnya. Ila!!! Kau ni dah kenapa hah? Kan aku dah kata, kalau nak panggil aku, panggil perlahan-lahan sikit. Yang kau pergi menjerit-jerit dah macam tarzan tak cukup makan pisang tu, apahal?” Marahku sambil bangkit dengan penuh sopan santunnya dari tempat aku mendarat tanpa sebarang isyarat kecemasan tadi.
     Nabila sudah pun mendapatkan sahabatnya itu. Ish, makcik ni. itulah..aku dah kata. Kalau nak berangan tu.. ajak aku sekali. Ini tidak.. berangan sorang-sorang je. Lepas tu, bila aku panggil perlahan, dah tak dengar. Bila dah jatuh tergoleh itik macam tu, barulah sibuk-sibuk nak sound aku. Ee.. dia ni.
    “Ala.. sorrylah. Dah kau tu berangan tak reti-reti nak ingat aku. Lepas tu, bila panggil.. bukan nak jawab. So, aku jeritlah  bagi stabil sikit pendengaran kau tu.” Balas Nabila sambil tersengih-sengih memandangku.
    Aku yang ketika itu sudah pun berjaya duduk di kerusi empuk aku tu, memandang geram ke arah Nabila. Ei.. dia ni. kecik besar..kecik besar je aku tengok tau.
    “ Banyaklah kau punya sorry. Lagi satu, aku tak berangan ok. Cuma dok flashback a few things je. Hah.. yang kau tu, bagi salam tak.. apa tak.. tiba-tiba menjerit-jerit panggil nama aku macam tarzan tak cukup makan pisang tu, apa masalah kau? kot ye pun pernah menang persembahan vokal terbaik masa tadika dulu, tak payah la jerit-jerit kat aku macam tu. Boleh pecah tau tak gegendang telinga aku ni.” Bebelku dengan panjang lebarnya. Dah kalah orang masuk pertandingan debat peringkat daerah dah ni. kalau masuk, memang komfem aku boleh menang. Haha. Sempat aje aku membayangkan situasi yang tak masuk akal macam tu.
     “Ewah..ewah.. hello kawan. Meh sini, aku bagitau kau secara detailnya kronologi-kronologi kedatangan aku ni ya. Mula-mula, aku bangun dari tempat duduk aku yang kat sebelah bilik kau ni. lepas tu, aku jalan dengan penuh sopan santunnya ke bilik kau.. sampai depan bilik kau, aku tak terus masuk tau. Aku bagi salam dulu. Kau tau tak berapa kali aku bagi salam?”
     Aku menggeleng laju.
     “Aku tau kau tak tahu.. sebab memang kau tak suka nak ambik tahu. So, kerja aku sekarang ni.. bagitau kau. Dengar baik-baik ok. Aku ketuk pintu and bagi salam lebih 35 kali setengah tau tak.Yang setengah tu sebab aku dah tak sanggup lagi nak bagi salam kat kau, bila semua staff yang kat luar tu, dah pandang aku macam nak tampar aku laju-laju je tadi. Ini semua sebab kau yang tak reti-reti nak berhenti berangan. Sebab tu jugak la aku terpaksa jerit panggil nama kau, walaupun aku tau kau mesti akan gelar aku macam tarzan tak cukup makan pisang.” Giliran Nabila pula memuntahkan isi-isi pentingnya. Explaination tak nak gempak pulak kan dia ni.
     “So, kira aku la yang salah ni?”
     “Tak la.. bukan kau pun.. kawan aku Alya Irdina Abdul Karim tu yang salah.” Jawab Nabila selamba.
     “Oh.. teruk gak dia tu erk? Ish..ish.. anak sapa la tu.” Aku menggeleng-gelengkan kepala. Dan sebentar kemudian, aku memberhentikan kepala aku yang tergeleng-geleng tadi. Alya Irdina Abdul Karim? Eh.. macam familiar je nama tu. Aku memandang Nabila. Nabila tersengih memandangku.
     “Weh.. itu nama aku la senget!”Jeritku geram.
     “Kau la senget. Aku dah terang-terang dok sebut nama kau. Yang sopan santun sangat kau nak loading tu kenapa?” Nabila sudah pun tergelak-gelak tahap hape sambil tekan-tekan perut lagi.
      Memang over la dia ni. Hish! Geram aku dengan makcik ni. Nasib baik mak dengan ayah aku selalu ajar aku apa itu erti sabar. Kalau tidak, memang kena wrestling dah dengan aku dia ni.
     “Ei.. dah la. Malas layan kau. aku ni baik hati. Daripada hati aku jadik jahat jap lagi…and kau pun tak pasal-pasal je kena kaki anak patung aku kat rumah tu. Baik aku redha je. Hah.. cerita dah panjang ni. apa hal kau datang bilik aku ni? Dah tak de kerja nak buat dah? Kalau tak de, meh sini aku nak transfer kerja aku yangh bertimbun-timbun ni kat kau.” kataku sambil tanganku leka menaip sesuatu. Ceh wah! Menaip sesuatu konon. Padahal tadi, satu kerja pun tak jalan-jalan lagi. Asyik sangatlah dengan angan-angan mak lampir dia tu.
        Nabila menjelirkan lidahnya ke arah  “kerja aku pun banyak ok. Tak nak aku ambik kerja kau. Aku nak bagitau citer best ni.” Nabila membuat aksi terujanya itu.
      “Citer best apa lagi kau ni. Tak habis-habis nak bercerita. Make sure citer best kau tu tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang dah meninggal dunia ok. Kalau ada kena mengena jugak, jangan cerita.” Aku mengingatkan.
      “Ek eleh dia ni. Nak cerita pasal orang yang dah meninggal buat apa. Buat dosa je…”
      “ Habis kalau kau cerita pasal orang yang masih hidup tu tak dosa pulak?” balasku. Ei.. mak cik ni. nak kena tazkirah ringkas dengan aku ni agaknya. Ececeh… pandai la sangat nak bagi tazkirah kat orang. Diri sendiri pun macam betul tak betul sangat je. Erm.. tak jadi la. Tak yah la bagi tazkirah. Aku selalu dengar yang nasihat- menasihati ni memang perlu, tapi perlu jugak diingat kalau kita nak nasihat orang kita kena tengok diri kita jugak. Kalau kita sendiri tak berapa nak betul.. lebih baik betulkan dulu diri kita ni. then, baru boleh nak nasihat orang. Kalau tidak, sia-sia je nanti nak menjawab kat akhirat sana.
      “ Aduh kau ni.. macam mak cik kat sebelah rumah aku la. Cuba diam jap. Bagi aku habis cakap dulu. Ei.. aku sumbat dengan tahu sumbat mulut kau tu kang. Baru kau tau.” Bebel Nabila pulak.
     Aku sudah pun membuat muka bosan. Ini lagi satu fiil minah ni. Suka sangat nak samakan aku dengan sepupu sepapat dia la.. jiran tetangga dia la. Itulah..inilah. Ei..sabar je la.
     “Yelah.. yelah.. cepatlah sikit. Apa bendanya yang kau nak cerita sangat tu? Dah la waktu kerja ni. karang big boss datang.. mau tak cukup kaki kau lari. Big boss kita tu dah la lain macam sikit perangainya. Datang angin monsun barat daya timur laut selatan daerah Thailand yang tengah bergolak tu kang..tak pasal-pasal je dapat ‘kata-kata semangat’ free of charge dari dia. Kalau dapat betul-betul kata-kata semangat tahan la jugak. Buatnya dia memekik-mekik dah macam tarzan tak cukup makan pisang jap lagi kang. Sapa nak jawab? Aku? Oh.. memang tak la. Banyak lagi soalan-soalan mencabar minda yang aku boleh jawab.” Ini yang tak boleh nak blah sangat ni. Jangan bagi aku cakap boleh tak? Aku kalau cakap, memang tak leh nak berhenti. Si Nabila ni pulak. Tak reti-reti nak tutup mulut. Tu la kerja dia. Asal aku cakap sikit je.. eh, sikit ker? Ah.. tak kesah la sikit ke banyak ke.. yang pastinya asyik nak melopong tak hengat dunia je dia ni.
      ‘Hah.. dah habis dah kau berkata-kata? Kalau belum.. aku nak gi ambil handphone jap.” Kata Nabila sambil tersengih-sengih memandangku.
      “Dah kenapa pulak kau nak ambil handphone kau segala?” soalan ala-ala lurus bendul gitu dari aku.
     “Nak record segala patah perkataan yang keluar dari mulut kau tu. Senang sikit aku nak replay nanti. Bukan apa.. tak larat woo telinga aku ni nak dengar semuanya. Silap-silap boleh jammed otak aku dengar kau cakap nanti.” Nabila membalas juga dengan kata-kata yang lebih kurang panjang jugak. Sama je la dua-dua manusia ni. kalau dah namanya pun sehati sejiwa. Fiil pun dah lebih kurang sama aje.
     “Kurang asam. Dah.. tak payah nak sindir-sindir aku. Cepat la apa dia?” Gesaku dengan muka bengang.
      “jap..jap.. aku nak recall jap. Lupalah.” Nabila sudah pun membuat aksi seperti orang mahu mengingat formula add math je gayanya.
      “Oh.. ok. Aku dengar kan, big boss kita kemungkinan akan bertukar tau. Tak tahu la sapa yang akan ganti tempat dia. Tapi, dengar ceritanya.. big boss baru tu, anak kepada big boss kita yang sekarang ni. Erm.. tak sangka pulak aku yang big boss kita ada anak erk? Maksud aku, anak yang dah besar la. Selalu tu aku nampak, wife dia je yang selalu ke sini. Tak pernah pulak dia bawak anak-anak dia.”
      Aku mengerutkan dahi. Bertukar? Amboi.. hebat bos aku ni. siap boleh bertukar-tukar bagai pulak. Dah macam kamen rider yang adik aku suka tengok la pulak. Haha. “Mana kau tahu citer ni? And lagi satu.. memanglah big boss tu tak pernah bawak anak-anak dia datang sini. Ini kan office. Kau ingat nursery? Pusat jagaan kanak-kanak, sampai dia nak kena hangkut anak-anak dia datang sini?”
       “Ish… kau ni. kalau aku cakap tu.. kau tak melebih-lebih dalam menjawab boleh tak?” Ei.. tension betul la dengan minah ni. Idea tak pernah kering nak menjawab. Aku sumbat betul-betul dengan tauhu sumbat jap lagi kang baru nak diam agaknya. Nabila sudah membebel geram.
      “oppstt.. sorry. Dah kau tanya. Aku jawab la. Lagipun, kau tak bagitau nak jawapan pendek ke panjang. Kalau bagitau, senang la aku nak limitkan jawapan aku.” Jawabku dengan muka yang jelas-jelas macam banduan dapat parol.
     “Tengok tu.. ada je jawapan senget kau tu kan. Dah la.. malas nak layan kau. jap lagi lunch tunggu aku. Jangan nak pergi makan sorang-sorang pulak. Kalau tak tunggu aku, siap kau. aku bagitau mak aku.” Usai memberikan arahan mandatori macam tu, Nabila pun melangkah keluar dari bilik sahabatnya itu. Sengaja dia berkata begitu. Kerana sahabatnya itu bukan boleh percaya sangat. Kalau dah lapar tu, memang tak hengat orang dah. Silap-silap tempat dia dok makan pun dia dah tak ingat dah kat mana.
    Erk. Boleh pulak macam tu minah ni. Aku tersenyum sendiri sambil menggelengkan kepala. Hai.. Nabila.. Nabila. Bila la kau nak berhenti guna nama mak kau? Kalau nak takutkan aku pun.. cuba bagi nama orang yang memang boleh buat aku nangis dua hari dua malam ke. Ini tidak.. nama mak dia yang dah memang terkenal dengan sifat penyayang dan baik hati tu jugak nak diguna. Aku terus menyambung kerja-kerja yang tertangguh sebentar tadi apabila tersedar yang sudah banyak masaku terbuang begitu saja dek melayan kerenah Nabila yang entah apa-apa tu. 

P/S : Assalamualaikum... ni bab terbaru Si Kedekut Cinta.. sorry la saya memang suka update satu2.. kalau tak nanti.. saya terkeliru.. ahakz.. alasan tak konkrit langsung! Pape pun, apa yg saya tulis ni datangnya dari DIA... enjoy ur reading yar.. (mcm ada org bace je.. hahaha..)

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...