Monday, February 6, 2012

~Cari Pasangan~


"Cari-carilah pasangan hidup betul-betul oh kawan...bahagia berseri..rumah tangga akan harmoni..."

Alhamdulillah, berjumpa kita sekali lagi dalam artikel yang tak seberapa ini. Mudah-mudahan boleh memberi sedikit manfaat kepada kita semua. Sekarang ni banyak musim kan? Musim cuti sekolah, musim angin kuat, musim hujan, musim banjir dan tak ketinggalan jugak musim orang naik pelamin. Bagi yang ditimpa banjir tu, bersabarlah. Sesungguhnya setiap ujian yang ALLAH berikan itu ada rahmat disebaliknya.

Hmm.. bila cerita pasal musim orang naik pelamin ni ataupun bahasa mudahnya, musim orang kahwinlah. Saya terus-terus teringatkan mak dan ayah saya. Kenapa pulak? Sebab, dalam beberapa minggu ni..mak dan ayah saya sibuk sikit. Bukan sibuk sebab anak-anak dia orang yang kahwin, tapi sibuk dok pergi jemputan kahwin. Hai..kadang-kadang pelik jugak saya bila tengok mak dan ayah saya jarang terlepas menghadiri mana-mana jemputan. Tapi, tak mengapalah. Orang tua kita mesti tahu apa yang dia buat kan? Yelah, daripada apa yang saya dengar, kalau kita rajin datang atau hadir ke jemputan kenduri orang, insyaAllah orang akan rajin jugak datang ke majlis kita. Itu yang saya dengarlah. Mak saya selalu jugak kata macam tu. Nenek saya pun selalu mengatakan perkara yang sama. Kalau difikirkan secara logiknya, betullah. Macam pepatah inggeris yang selalu orang sebut-sebutkan, “What You Give, You Get Back.” Maksudnya, apa yang kita beri, kita akan dapat balik. Kalau elok, eloklah. Dan kalau tidak, makanya tidaklah. Mungkin orang tua kita mengamalkan konsep, “bila kita datang rumah orang, orang pun akan datang rumah kita.” Wallahualam.

Sebenarnya, tujuan saya menulis artikel ni, adalah kerana saya terasa ingin mengupas sedikit tentang cara bagaimana hendak mencari pasangan yang baik? Macam lagu Cari Pasangan yang saya tuliskan liriknya di atas tu. Dan macam mana pulak kita nak tahu kalau pasangan kita tu baik atau tidak? Ada yang buat kenyataan sebegini,

“kalau nak tahu pasangan kita tu baik ke tak..sesuai dengan kita ke tak... cuba tengok cara dia ambik berat kat kita.. lepas tu tengok pulak, kita dengan dia..ada persamaan ke tak. Kalau semuanya sama.. orang tu la pasangan yg sesuai dengan kita..”

Tak kurang jugak kenyataan sesetengah orang lagi,

“Ala... janji ada chemistry pun dah cukup. Contohnya..dia suka nasi goreng kampung..saya pun suka nasi goreng kampung jugak. Saya suka warna kuning..dia pun suka warna kuning jugak...tu tandanya, dia memang padanlah dengan kita...”

Macam-macam erk jawapan orang? Itu belum lagi yang kata, 

“You Jump, I Jump..”

Konon-kononnya nak jadi pasangan yang baiklah. Ada yang minta nasihat kawanlah. Nasihat orang yang dah berpengalamanlah. Semuanya untuk dijadikan panduan untuk mencari dan mendapatkan pasangan yang baik. Tapi, berapa ramai yang selalu menjadikan orang tua sebagai rujukan untuk mencari pasangan yang baik? Bagi saya sendiri, untuk mendapatkan pasangan yang baik, ada beberapa perkara yang perlu kita ambil berat. Antaranya,

Restu Ibu Bapa
Ini yang saya sangat-sangat ambil berat. Bagi saya, kebahagiaan sesuatu pasangan tu, bukan terletak pada keserasian saja, tetapi terletak daripada restu ibu bapa. Ramai anak-anak yang sukar nak menerima hakikat apabila ibu bapa tak restu dengan pilihan masing-masing, lepas tu, mulalah nak buat “operasi gerak gempur” mereka sendiri. Bila dah buat operasi gerak gempur sendiri, ini yang terjadinya isu kahwin lari, isu dah kahwin, tapi tak nikah lagi dan sebagainyalah. Jadi, apa saja yang perlu kita lakukan, dapatkanlah restu ibu bapa. Kalau ibu bapa tak restu, bukan bermakna mereka tak suka dengan pilihan kita, tapi mereka lebih tahu mana yang baik, mana yang tidak. Ingat, redha ALLAH terletak pada keredhaan ibu bapa. Bila ibu bapa tak redha, maka ALLAH pun tidak akan redha. Jangan sedih kalau ibu bapa kita tak restu dengan pilihan kita, kerana mereka lebih pakar dalam menilai seseorang yang boleh jadi pasangan kita. 

Ilmu agama 
Ini salah satu faktor yang sangat penting bagi saya. Ramai yang tak ambil berat soal ni. Mungkin ada yang beranggapan, “Ala..dia dah solat lima waktu tu, kira ok la.” Itu salah ye sahabat-sahabat. Solat tak mencerminkan keimanan seseorang. Jadi, seelok-eloknya carilah pasangan yang boleh membimbing kita di dunia dan InsyaAllah di akhirat jugak. Zaman sekarang, dengan ilmu agama yang tinggi je setiap pasangan tu boleh mencapai kebahagiaan. Tak perlu rupa paras yang hebat, kalau asas agamanya zero. Tak perlu pangkat yang tinggi, kalau budi bahasanya rendah. Mungkin orang lelaki suka memberikan diskripsi yang tak kurang hebatnya juga kalau bab mencari pasangan hidup ni. Sebagai contoh, 

 “Saya tak kisah, macam mana pun.. janji pandai masak.. pandai jaga makan minum.. itu pun dah cukup...kalau yang tak pandai masak tu.. maaf la ye..”

Dan saya pulak, lebih suka buat statement begini,

“Perempuan tak pandai masak.. lelaki bising.. tapi, kalau lelaki yang tak pandai nak jadi imam tu.. macam mana pulak?”

Saya teringat kata-kata seorang ustaz yang selalu memberi ceramah di kolej saya. Katanya,

“Orang perempuan.. kalau nak cari suami, cari yang rajin ke surau. Jangan cari yang rambut pacak-pacak. Nanti bocor ketayap...” 

Kata-kata yang mengundang tawa kami yang mendengarnya. Tetapi, tetap ada mesej disebalik pesanannya itu. Jadi, sebelum meletakkan ciri-ciri pasangan yang kita hendak tu, kita kenalah lihat diri kita juga, kan? Tak bolehlah mengharapkan pasangan yang sempurna serba serbi kalau kita sendiri dah tahu yang nobody is perfect.

            

Hormat ibu bapa sendiri
Kenapa pulak kena cari yang hormat ibu bapa sendiri? Bukan ke kena cari yang boleh hormat ibu bapa kita jugak? Benar. Memang benar. Tak salah pun persoalan tu. Tetapi, apa yang saya nak tekankan kat sini. Hormat ibu bapa sendiri tu, maksudnya..bila pasangan kita tu hormat ibu bapa mereka, insyaAllah mereka akan lebih menghormati kedua orang tua kita. Dan bagi saya, pasangan kita tu bukan saja akan menghormati orang tua kita, tetapi dia akan lebih  menghormati orang sekeliling kita jugak. Macam yang pensyarah saya selalu sebut-sebutkan, 

“if  you want people to respect you..you must respect them first..and then, you can respect others..”

Kata-kata yang masih saya ingat sampai sekarang dan insyaAllah akan sentiasa diingati.

Jadi orang baik terlebih dahulu.
Jadi orang baik. Kerana ALLAH pernah berjanji, lelaki yang baik, adalah untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik, adalah untuk lelaki yang baik. Jadi, berusahalah untuk jadi lebih baik. InsyaAllah, kita akan mendapat pasangan yang baik. Dan ingatlah selalu, janji yang pasti adalah janji ALLAH.

Renung-renungkan dan selamat beramal. Semoga kita mendapat pasangan yang baik. Yang boleh membimbing kita dunia akhirat. Marilah kita sama-sama muhasabah diri, untuk menjadi insan yang lebih baik dan semoga kita  dikurniakan oleh ALLAH pasangan yang baik-baik juga. Sekian dari saya insan yang lemah ini. Selamat Tahun Baru semua. Semoga dengan pertambahan umur ini, menjadikan kita insan yang lebih baik daripada semalam. Amin.






No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...