Monday, February 6, 2012

~Jangan Putus Asa~

Masa kecik-kecik dulu, selalu jugalah berangan nak jadi doktor. Bila cikgu tanya je, “Nurain Sabrina, dah besar nanti nak jadi apa?” Saya mesti akan jawab macam ni dengan penuh semangatnya,

    “Saya nak jadi doktor , cikgu!”

     Cikgu saya pulak mesti akan cakap macam ni,

    “Bagus..bagus. Belajar rajin-rajin. Jangan malas-malas.”

      Soalan pasal cita-cita dalam hidup ni selalu je ditanya, kan? Sampai dah ke alam kampus pun masih ditanya. Cita-cita saya nak jadi doktor, mungkin takkan tercapai sekarang ni sebab dah lari dari bidang yang sepatutnya. Hehe. Tak apa, mungkin dah tertulis yang bukan rezeki saya nak jadi doktor. Lagipun, saya bukan orang pandai dan cemerlang. Saya tak layak ambil jurusan kedoktoran. Tapi, manalah tahu satu hari nanti.. kalau tak dapat jadi doktor perubatan, jadi doktor PHD pun dah syukur alhamdulillah. Yang penting jangan putus asa. Insyaallah.



Cerita pasal jangan putus asa, saya ada seorang sahabat. Sahabat saya ni orangnya lebih hebat dari saya. Akademiknya lebih bagus dari saya. Beliau sangat bersemangat orangnya. Apa sahaja yang dilakukan, mesti akan diselesaikan sehingga habis. Beliau sangat meminati bidang ketenteraan. Mungkin itu juga antara faktor pendorong kenapa beliau sangat meminati bidang tersebut. Saya ingat lagi sekitar tahun 2008, di mana keputusan SPM keluar. Sahabat saya tu mendapat keputusan yang lebih baik dari saya. Jadi saya terfikir begini, “mesti peluang dia cerah nak masuk U ni.” Masa tu saya rasa sedikit cuak juga, yelah..kalau nak dibandingkan dengan beliau, saya tak yakin yang saya boleh diterima ke mana-mana U. Tambah pula dengan keputusan yang tak seberapa. Tapi, alhamdulillah. Saya berjaya diterima. Tetapi, agak menyedihkan kerana sahabat saya itu tidak dapat apa-apa tawaran dari mana-mana U. Sedangkan keputusannya boleh tahan. Dia mengadu kepada saya.

     “Aku frust la. Malas la nak apply lagi. Asyik tak dapat je..” katanya dengan nada kecewa.

     Saya katakan kepada dia,

    “Jangan cakap macam tu. Kau try la buat rayuan pulak. Mana tau kau dpat...insyaallah.. mesti boleh dpt...” kata-kata semangat untuknya dari saya.

      Semasa keputusan rayuan keluar, saya cuba memeriksa nama sahabat saya tu. Kerana saya sudah berjanji dengan diri sendiri, saya akan membantu beliau untuk dapatkan tempat di mana-mana U. Masa tu juga sudah terbayang di benak fikiran saya untuk meminta bantuan jiran saya yang juga merupakan pensyarah di sebuah IPTA tempatan. Saya berani untuk meminta bantuan daripada jiran saya itu, kerana saya yakin dan pasti yang sahabat saya memang layak. Saya takkan buat begitu kalau sahabat saya tidak layak. Saya sedar yang mungkin orang lain akan pertikaikan tindakkan saya itu.

     Hendak dijadikan cerita, kawan saya mengaku yang beliau tidak membuat rayuan semula. Saya mengucap panjang. Sahabat saya yang satu ni memang begitu perangainya. Kalau dah kecewa, memang begitulah jadinya. Satu hari kami berjumpa dan saya bertanyakan kepadanya,

      “kenapa kau tak buat rayuan?”

      Dia menjawab dengan nada kecewa,

      “Biarlah.. aku dah malas nak apply.. sekarang ni aku nak try mintak askar plak..” katanya. 

     Saya hanya menggelengkan kepala. Tetapi, satu yang saya perasan sahabat saya tu sangat bersemangat apabila mengatakan yang beliau ingin memohon pekerjaan dalam bidang ketenteraan itu. Biarlah, mungkin rezekinya ada dalam bidang itu. Sebagai kawan saya hanya mampu mendoakan yang terbaik saja untuk dirinya.

     Laluannya tak kurang hebat jugak. Banyak kali menghadiri temu duga dan dalam masa yang sama, banyak kali juga gagal dalam temu duga yang di hadiri. Tetapi, itu tidak melemahkan semangatnya untuk terus dan terus mencuba. Sehinggalah pada suatu hari, beliau datang ke rumah saya. Beliau memberitahu yang beliau lulus temu duga akhir dan akan menjalani latihan selama 6 bulan di PUSASDA Port Dickson. Sebagai sahabat dari kecil, saya turut gembira. Tiada apa yang boleh saya katakan selain ucapan tahniah kepadanya kerana ini adalah hasil atas usaha kerasnya selama ini yang tidak pernah kenal erti putus asa untuk menjadikan impiannya itu satu realiti. 

    Sekarang beliau dah tamat latihan dan sudah pun dihantar bertugas di Unit Udara di salah sebuah kem tentera di selatan tanah air. Untuk sahabat saya, saya di sini sentiasa mendoakan kejayaan beliau dan mengharapkan beliau juga sentiasa mendoakan kejayaan saya di dunia dan di akhirat. Akhir kata dari saya insan yang lemah ini, semua orang boleh capai cita-cita dan matlamat masing-masing. Yang penting, jangan cepat mengalah dan berputus asa. Kerana sesungguhnya apabila Allah gagalkan kita sekali, tak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Kisah ini untuk tatapan semua. Semoga kita menjadi manusia yang sentiasa mensyukuri nikmat dan ketentuan ALLAH kepada kita. Amin.
   

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...