Thursday, December 22, 2011

~Si Kedekut Cinta~

                                                    


                       Bab 1

Kring!!!!! Bunyi jam loceng  yang nyaring di awal pagi ni telah membangkitkan aku dari lena.. Aku menekupkan bantal ke telinga. Namun, masih juga kedengaran bunyi nyaring itu. “Aduh…ni yang aku malas ni.” Dengan muka terpisat-pisat aku bangun menuju ke bilik sebelah iaitu bilik Nabila, kawan serumahku. Si makcik ni, kalau dah tidur memang tak ingat dunia betul! Bebelku sambil mematikan jam loceng yang masih berbunyi itu.
     “ Ila, bangun. Subuh dah ni.” Kejutku sambil menutup mulut yang menguap itu. Aku menepuk punggungnya apabila tiada tanda-tanda yang dia akan bangun.
    “Ila..bangun la cepat. Subuh dah nak habis ni.” Kejutku lagi sambil menarik selimut yang menutupi seluruh badannya itu.
    Nabila bergerak sedikit. “Ala..kejap lagi aku bangun la. Kau pergi la solat dulu.” Katanya sambil menarik semula selimut yang dah ku tarik tadi.
   “aku cuti la. Dah..dah..bangun cepat. Karang habis waktu pulak.” Kataku sambil berpaling melangkah untuk menuju ke bilikku.
   “Oh,yeke? Erm..aku nak cuti jugak la.” Jawabnya selamba..
   Aku yang mendengarnya segera berpusing kembali. ‘Ish..nak kena makcik ni.’ Aku menarik nafas panjang sebelum menjerit memanggil namanya.
    “Ila!!!!!!!” Jeritku kuat.
    Ila yang baru ingin menyambung tidur semula terus-terus bangkit menuju ke bilik air. “Hish…tak payahlah jerit-jerit. Macam mak aku la kau ni.” Bebelnya sebelum menutup pintu bilik air.
    Aku tersengih puas. ‘Ha, boleh pun bangun. Kan senang dari tadi kau bangun je terus bila aku kejutkan. Tak payahlah aku nak jadi tarzan pagi-pagi buta macam ni.’ Omelku sambil keluar menuju ke bilikku sambil berbaring semula di atas katil. Hari ni, hari cuti. Jadi aku tak perlu nak rushing bersiap untuk ke tempat kerja. Hari-hari cuti begini, tiada apa yang boleh dilakukan selain duduk di rumah. Dating? Oh..tidak. Dating..dating ni bukan kerja aku ok. Si Ila tu yelah. Weekend je tak duduk rumah. Orang dah nak kahwin kan. So, banyaklah program yang nak dibuatnya. Beli barang hantaranlah, pergi tempah kad jemputanlah. Itulah, inilah. Hai…. Kadang-kadang, seronok jugak tengok rakannya itu. Tak lama lagi, dah berdua. Aku ni jugak yang dari dulu sendiri dan masih lagi sendiri. Huhu. Nak buat macam mana, pengalaman hidup dah cukup buat aku rasa, cinta hanya layak diberi kepada orang yang betul-betul boleh menghargai apa itu cinta. Wah, ayat.. tak nak gempak pulak aku ni kan? Hehe.
        “Hah! Berangan! Tak habis-habis nak berangan.” Sergah Ila sambil melabuhkan punggung di katilku.
        Aku yang terkejut dengan sergahan yang tiba-tiba itu termelatah dengan tidak semena-mena. “Opocot mak kau. Ila! Kau ni takde kerja lain eh? Tak reti-reti nak bagi salam ke kalau masuk bilik orang?” Ujarku separuh marah. Ish..makcik ni. Suka sangat potong line. Aku baru je nak berangan, dia dah mengacau. Heish… potong betullah dia ni. Entah bila pulak la dia ada kat sini ni? Soalku di dalam hati.
       Ila ketawa melihatku. “Weh..jangan nak mengada-ngada cakap aku tak ketuk and bagi salam eh. Aku siap bagi salam penuh tau tak? Kau tu yang berangan entah ke mana..lepas tu nak salahkan aku pulak eh. Amboi..amboi… banyak kau punya cute.” Balas Ila dengan panjang lebarnya.
     Aku tersengih sambil menggaru-garu kepala. ‘Bila pulak la makcik ni ketuk. Iya lah sangat ketuk tu.’ Desis hatiku. “Hah.. kau nak apa ni? Asal tak gi tidur balik? Awal lagi kot.” Kataku sinis. Saja menyakat temanku yang sorang ni. Pelik pulak tengok kawannya itu yang sudah bersiap-siap.
    Nabila menampar bahuku. “Amboi..perli tak agak eh? Dah..dah..tak payah nak sindir-sindir aku. Sekarang ni, kau pergi mandi. Lepas tu ikut aku.” Arah Nabila sambil menarik selimut yang cantik menyelimuti badanku ini.
    “Alahai..nak pergi mana pulak? Kau ni.. agak-agaklah kalau nak ajak aku gi shopping pun. Awal lagi kot. Mana ada kedai bukak pagi-pagi macam ni.” Ujarku sambil menggaru-garu kepala. Serabut betul. Padahal baru je shampoo kot semalam. Heish..rambut..rambut. suka bagi aku berserabut dengan kerenah kau ni kan? Bebelku di dalam hati.
    “Weh.. bila masa pulak aku nak ajak kau gi shopping bagai ni? Akai ada ka, minachi?.” Tempelak Nabila kepadaku. Hish, dia ni. Asal ajak je, mula la kata aku nak ajak dia gi shopping. Macamlah selama ni minat sangat-sangat nak ikut aku bershopping. Gerutu Nabila di dalam hati.
    “Habis.. nak gi mana pulak?”
    “Dah..dah..tak payah nak banyak tanya sangat. Kau siap cepat. Aku tunggu kat luar. Cepat sikit. Aku bagi masa 10 minit je.” Katanya sambil berlenggang menuju ke luar. Sengaja ditetapkan masa untuk rakannya itu. Kerana siapa tak kenal Alya Irdina Abdul Karim tu. Kalau bersiap, mengalahkan perempuan melayu terakhir. Lambat ya rabbi. Alasan yang diberi, ‘aku kan perempuan. Kenalah sopan santun.’ Hergh..tension betul!
     “Ila..kita nak gi mana ni?” Jeritku sedikit kuat.
    “Jogging!” sahut Nabila dengan selamba sambil tersenyum sedikit.
    “Jogging? Alahai.. malas betul la dengan dia ni. Tak de aktiviti best ke nak ajak aku buat?” aku merungut sendiri. Aku gagahkan diri untuk bangun apabila terdengar suara Nabila menjerit memanggilku.
      
Note : Bab pengenalan cerita terbaru saya..~SI KEDEKUT CINTA~ selamat membaca semua.. still ada kekurangan ni. 2nd trial.. hihi.. jemput la baca ye..:)

No comments:

Post a Comment

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...