Saturday, December 3, 2011

~Permaisuri hati~


                                                      
                                                            Bab  33

Aku turun ke bawah selesai menunaikan solat asar. Aku menghayunkan kaki menuju ke ruang tamu mencari-cari kelibat suamiku. aku menggelengkan kepala apabila melihat suamiku sedang tidur dengan wajah yang nampak sangat kepenatannya. Hajat dihati ingin mengejutkannya solat asar, tapi apabila terpandangkan wajah polosnya itu tidur dengan dahi yang berkerut-kerut, aku batalkan saja niatku itu.
         Aku mengambil peluang yang ada untuk menatap dengan lebih dekat wajah insan yang selama ini tidak kuhiraukan hati dan perasaannya. Aku mengusap kepalanya dengan penuh hati-hati.
        “Maafkan Reen bang. Selama ni Reen banyak buat salah dengan abang. Reen berdosa dengan abang. Reen janji, Reen akan cuba jadi isteri yang baik untuk abang. Reen sayang abang.” Kataku perlahan.Aku menaikkan rambutnya yang jatuh menutupi dahinya itu lantas ku kucup perlahan dahinya sebagai tanda yang aku memang sayang akan dirinya. Perasaan yang ada ini mungkin sudah lama hadir, Cuma aku saja yang tidak mahu mengakuinya.     
        Sahel haqimy yang sudah mula sedar itu, masih berpura-pura tidur. Sejuk hatinya mendengar pengakuan isterinya itu. memang itulah doanya siang malam supaya ALLAH bukakan pintu hati isterinya untuk menerima dirinya. Terima kasih YA ALLAH. Sahel Haqimy mengucapkan syukur ke hadrat illahi.
       Tiba-tiba aku teringat akan sesuatu. Suamiku itu masih belum makan ubat. Aku baru perasan akan hal itu apabila terpandangkan plastik yang berisi segala ubat-ubatannya berada di atas meja. Suamiku itu juga masih belum menunaikan solat asar.
       “Abang..abang…bangun bang..dah asar ni.” Panggilku.
       Sahel Haqimy yang memang sedari tadi sudah terjaga berpura-pura mengeliat. “Kenapa ni sayang?” Soalnya sambil menutup mulutnya yang menguap itu.
      “Abang tak makan ubat lagi kan?”
      Sahel Haqimy mengeluh perlahan. Ubat..ubat..ubat. ish..bosan betul. Rungutnya di dalam hati. “Tadi kat hospital nurse dah bagi.” Sahel Haqimy menjawab.
     Aku memandang lama wajahnya. Sahel Haqimy yang sedar akan makna disebalik pandangan isterinya itu segera tersenyum. “Ok..ok..abang tipu. Tak makan pun kat hospital tadi.” Dia tersengih-sengih memandang Syazreen. Aduh…ingatkan kat hospital je yang kena macam ni. Kat rumah pun kena jugak. Hai…nasib- nasib. Terlupa pulak kat rumah pun ada ‘doktor’. Dia berkata di dalam hati.
      Aku membuntangkan mata ke arahnya. “See..i knew it. Pandai eh nak tipu orang. Dah..abang makan dulu ubat ni. Lepas tu, abang gi solat eh. Dah lewat ni. Tak baik lewat-lewatkan solat. Abang tunggu sini. Reen pergi ambil air kejap.” Aku berlalu ke dapur.
       Sekembalinya aku ke ruang tamu, ku lihat ubat di atas meja masih tidak berusik. “Lah..kenapa tak makan lagi ubat tu?” Soalku.
      “Ala…nak kena makan jugak ke? Abang dah sihat la. Tak payah makan ubat la ek?” Jawabnya selamba.
     “Abang ni..mana boleh macam tu. Kan doktor dah pesan, suruh abang makan ubat.” Bebelku sambil mengeluarkan satu persatu ubat dari dalam plastic. Sahel Haqimy membuat muka bosan. Dia memeluk tubuhnya sambil menyandarkan kepala di sofa. ‘Kat hospital ubat. Kat rumah pun ubat. Silap-silap kat tempat kerja nanti pun kena toture makan ubat jugak agaknya.’ Sahel Haqimy membebel di dalam hati.
     Aku yang perasan akan reaksinya itu tersenyum-senyum memandang ke arahnya. Sudah faham benar dengan fiil suaminya yang tersangatlah susah untuk makan ubat. Sejak zaman berkawan lagi dah memang macam ni perangainya. Tak hilang-hilang. Sengaja dia ‘bertegas’ begitu. Kalau dibiarkan, sampai expiredlah ubat tu dibiarkan tanpa dimakan.
     “Dah-dahlah tu bang nak buat muka macam tu. Tak handsome nanti, baru tau.” Usikku sambil tersengih-sengih memandangnya.
     Sahel Haqimy menjeling sekilas wajah isterinya itu. Geram pula bila diusik sebegitu. Lain yang diharapkan, lain pula yang isterinya itu buat. ‘Ingatkan nak pujuk ke, nak simpati ke apa. Dia boleh kutuk pulak kita. Hish, memang tak de perasaan betullah bini aku ni.’ Sahel Haqimy mengomel. “Amboi-amboi… sedap eh kata abang tak handsome. Reen lupa ke, abang ni lah suami paling handsome tau.” Dia memuji diri sendiri sambil tersenyum bangga.
     “Eleh.. perasan. Handsomelah sangat. Dah-dah.. abang ambik ubat ni, then makan terus. Jangan nak buat cerita lain pulak. Nah, ambik ni. Reen nak masak untuk makan malam.” Sebelum meninggalkannya, sempat aku member peringatan supaya jangan nak mengelat dengan membuang kembali ubat tersebut.
     “Reen tak Nampak, tapi ALLAH Nampak.” Ujarku sambil terus berlalu. Sengaja aku menakut-nakutkannya.
      Sahel haqimy mengeluh bosan. Mak aii! Besarnya ubat ni. Doktor pun satu hal, bagi yang kecik-kecik sudahlah. Nak bagi yang besar-besar segala. Hish, leceh betullah macam ni. Dia memandang sepi ubat yang berada di telapak tangannya itu. Dengan paksa rela dia menelan ubat itu sambil meneguk air dengan rakusnya. “Iyekkk… pahit gila!” Luahnya sambil mengesat mulut. Dia meneguk semula saki baki air yang masih berada di dalam cawan itu.
     Aku yang ketika itu sudah hampir sampai ke dapur, berpusing kembali apabila teringatkan sesuatu. Lantas tanpa apa-apa hint, aku terjerit tiba-tiba.
     “ Ya ALLAH bang!” Jeritku separuh kuat.
      Sahel Haqimy yang sedang meneguk air ketika itu tersedak-sedak. “Apalagi ni sayang?” Soalnya dengan muka tak puas hati. Syazreen ni, suka sangat buat perangai cemas dia tak memasal.
     Aku tersengih-sengih memandangnya sambil memohon maaf. “Sorry bang. Reen tak sengaja. Reen baru teringat yang Reen lupa nak bagitau parents kita yang abang dah keluar. Habislah..mesti kena marah kejap lagi ni.” Kataku sambil terus mencapai telefon bimbit.
     Ish..ingat apalah tadi. “Eh..eh…sayang nak buat apa tu?” Sahel Haqimy menyoal.
     “Nak telefon pakwe.” Jawabku selamba sambil menekan-nekan keypad phoneku itu. Terlintas difikiranku ingin mengusiknya.
    Sahel Haqimy menjegilkan mata ke arahku. Aku tersenyum saja memandangnya.
   “Reen jangan nak mengada-ngada. Pakwe mana pulak ni?” Soalnya dengan nada cemburu.
    “Adalah..mana boleh bagitau abang.” Balasku lagi. Sengaja mahu menyakatnya.
   “Reen.. bak sini telefon tu. Bagi abang.” Pintanya sambil cuba mengambilnya dari tanganku.
   Aku tersenyum. Kelakar melihat muka cemasnya itu. “Kejaplah. Reen nak call pakwe ni.” Sakatku lagi.
   Sahel Haqimy menarik muka. Aku yang melihatnya sudah tergelak-gelak. “Abang..abang. Reen nak call Umi la. Nak inform yang abang dah discharge. Gelabah sangat tu kenapa?” Soalku sambil ketawa besar.
   Sahel Haqimy mengetap bibirnya menahan geram. Ish, ingat betul-betul la tadi. Saja je dia ni tau. Omelnya di dalam hati.

SAHEL HAQIMY mengambil satu bantal yang dan selimut yang berada di atas katil lalu membawanya ke sofa apabila terpandangkan kelibat isterinya yang baru saja keluar dari bilik air dengan lengkap berpakaian. Baginya, mungkin Syazreen sudah menerima dirinya, tetapi dia tidak yakin yang isterinya itu akan membenarkannya tidur sekali di atas katil.
        Aku yang baru keluar dari bilik air itu memandangnya dengan dahi yang berkerut. Aku berjalan ke arahnya lantas duduk disisinya.
       “kenapa abang tidur kat sofa?” Soalku dengan penuh tanda tanya.
       “La..sayang ni. Kan selama ni memang abang tidur kat sofa pun. Tak ingat eh?” Sahel haqimy menjawab sambil tersengih memandang isterinya itu. Dia sudah menepuk-nepuk bantal tanda sudah mahu tidur. Dia sudah tidak kisah lagi. Masa mula-mula dahulu, memang terasa agak janggal, tetapi sekarang dia sudah boleh menerimanya.
       Aku memandang saja apa yang dilakukan. Di dalam hati terbit rasa bersalah. Hatiku meronta-ronta ingin menyuruhnya tidur di atas katil. Ya, dulu memang aku yang beria-ia melarangnya untuk tidur sekatil denganku. Tetapi, sekarang rasa itu sudah tiada lagi. Tambah-tambah dengan keadaan dirinya yang tak berapa elok itu. Aku menarik nafas panjang.
     “Err…bang. Kalau abang nak tidur atas katil, tidurlah. Reen tak kisah.” Tuturku teragak-agak. Aku malu sebenarnya. Yelah, sebelum ni mati-mati aku tak nak suamiku itu bersama-sama di atas katil denganku ketika tidur. Sekarang aku pula yang seakan-akan terlupa dengan “prinsip” yang entah apa-apa itu.
     Sahel Haqimy yang baru saja ingin membaringkan tubuhnya kembali duduk tegak. Dia terkejut sebenarnya. Dalam masa yang sama tidak percaya yang kata-kata itu akan keluar daripada mulut isterinya yang selama ini sentiasa meletakkan sempadan apabila dia berada di dalam bilik.
    Sayang cakap apa tadi?”Soalnya meminta kepastian.
    “Reen cakap, kalau abang nak tidur  kat atas katil, tidurlah. Reen tak kisah.” Ulangku sekali lagi sambil menundukkan muka. Malulah konon. Adeh..gasak kaulah Syazreen.
      Sahel Haqimy bertanya lagi. “Cakap lagi sekali sayang. Abang tak dengar.” Sahel Haqimy tersengih-sengih memandang isterinya yang sudah kemerah-merahan mukanya itu. Segan mungkin.
     Lah.. laki aku ni. Memang betul-betul tak dengar ke saja buat-buat tak dengar ni. Ish.. malulah nak cakap banyak-banyak kali. Omelku di dalam hati. “Abang ni… saja buat-buat tak dengar ke apa?” Soalku geram.
     Sahel Haqimy ketawa melihat wajah geram isterinya itu. “takde la…abang just nak make sure je, betul ke apa yang isteri abang ni cakap. Are you serious sayang nak abang tidur atas katil? Habis, sayang nak tidur kat mana?”
    “Reen tidur atas katil jugaklah.” Balasku tenang. Padahal dalam hati, Tuhan saja yang tahu, betapa menggelabahnya diriku ini.
    “Erm..takpe lah kalau macam tu. Reen tido kat atas katil. Abang tidur kat sofa. Lagipun, abang tahu..sayang mesti tak selesa nanti kan. So, takpelah..malam ni  biar abang tidur kat sofa je.” Sahel Haqimy menolak. Jual mahal la kononnya. Dalam hati, kalau tak difikirkan keaadaan dirinya ketika ini, memang sepantas kilat dia pergi landing atas katil tu. Peluang kot. Bisik hatinya.
    “Eh..takpe la. Kan Reen yang ajak. So, maknanya..Reen selesalah. Abang jangan risau, Reen takkan tolak abang ke bawah macam dulu-dulu tu.” Kataku sambil tersenyum manis. Sesungguhnya, sudah tiba masanya untuk aku menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang isteri kepada lelaki yang bergelar suami itu.
     Sahel haqimy turut tersenyum mendengar kata-kata terakhir isterinya itu. Memang pernah dirinya ditolak sampai jatuh ke bawah katil dek kerana dirinya yang gelojoh tak ingat apabila dengan tiba-tiba merebahkan badan di sebelah isterinya yang ketika itu sedang nyenyak tidur. Hasilnya, sedar-sedar pagi itu, dia sudah berada di bawah katil. Haha.
    Dia menggaru-garukan kepala. “Erm… takpelah Reen. Abang tidur kat sini jelah malam ni eh.” Sahel haqimy menjual mahal lagi. Mahu dilihat kesungguhan isterinya itu.
     Aku memandangnya geram. Ish..time orang bagi green light, tak nak pulak ambik. Bila tak bagi green light, suka-suka hati dia je nak ambik. Haish.. saja je dia ni tau. Nak testing akulah tu. Hmm..takpe…takpe. Biarkan. Aku mengangkat bahu. “Tak nak sudah. Terpulanglah kat abang. Jangan cakap Reen tak pelawa pulak.” Kataku sambil sudah bersedia untuk berlalu. Baru saja aku ingin melangkah. Tanganku terasa ditarik.
     “Tolong papah abang ke katil boleh? Kaki abang sakitlah.” Sahel Haqimy tersengih-sengih memandang isterinya itu. Aku melemparkan senyuman manis terhadapnya sambil membantunya bangun menuju ke katil. Malam itu, buat pertama kalinya tidurku ditemani insan yang bernama suami. Perasaan yang hadir malam itu, tidak dapatku ungkapkan denga kata-kata. Cuma harapanku, semoga aku dapat menjadi seorang isteri yang lebih baik untuk lelaki yang bergelar suamiku itu.


 Note 1: sejak dapat sokongan dan dorongan ni..saya jadi semangat pulak nak update Permaisuri Hati.. hehe..so, ni the latest bab untuk permaisuri hati..special for my loyal readers.. haha.. macamlah ada pembaca setia.. perasan je saya ni.. hoho..selamat membaca...and jangan lupa komen ye..:)


Note 2 : saya letak sekali instrumental lagu permaisuri hati dari kumpulan hijjaz.. bagi naikkan mood sesape yang membacanya.. so, enjoy your reading kawan2..hehe..:)
    

3 comments:

  1. alhamdulillah, reen dh lembut hati sikit... best2... nk n3 lg...hehehe

    ReplyDelete
  2. hehe... thnkz Salina...alhmdulillah..die dah dpt hidayah tu.. haha..insyaallah2..akan sye update lagi utk sume org.. teruskn mnyokong yer..:)

    ReplyDelete
  3. akhitnya ada n3 br...dan nampaknya hbgn mrk dah semakin mekar dan harap2 bahagia hingga ke akhir cerita...hehehe

    ReplyDelete

Comments system

Disqus Shortname

Maybe yang korang cari ada kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...